Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, March 2, 2011

Perempuan juga yang malu..kan..kan..

Sedang aku mengukur lipatan untuk lipat johor kain baju kurung aku ni, aku layan aje topik Wanita Hari Ini yang sedang bersiaran. Tajuknya "Dilema Ibu Si Anak Luar Nikah."

Hm...menghela nafas panjang aku menontonnya. Bila jadi macam ni, tetamu yang dijemput yang tidak dibenarkan wajahnya di rakam..siapa? PEREMPUAN kan...

Yang di buang keluarga akibat terkandas, dibenci kerana tersesat dilembah nafsu, menanggung akibatnya dengan keadaan memboyot..siapa? PEREMPUAN kan...

Rumah yang dibina untuk warga-warga teraniaya (dirogol) atau saja-saja aniaya (minta dirogol), sudah tentulah penghuninya...PEREMPUAN kan...ada ke lelaki..lelaki nun banyak kat pusat serenti nun...

Kalau anak yang bermasalah status ni, kalau lelaki, tiada masalah tau..tak memerlukan wali. Perempuan...?kita tak boleh berselindung, kerana kita memerlukan wali. Jadi, anda kena turun naik mahkamah untuk selesaikan masalah wali anda..jadi siapa yang susah..PEREMPUAN kan..

Yang mungkin akan disindir mentua dan ipar duai yang tidak memahami dan menerima keadaan anda..jadi siapa yang asyik tertekan memendam rasa...PEREMPUAN kan..

Yang aku tak boleh tahan..dalam video2 yang 18sx tu, anda pernah lihat muka lelaki yang asyik masyuk tak..tak kan,.kerana tentulah mangsanya PEREMPUAN kan...

Memang kehadiran rumah perlindungan itu tak mampu untuk mengurangkan masalah anak di luar nikah ini kerana puncanya adalah 1 , NAFSU YANG MENGAWAL IMAN.

Aku bukan berkata dengan sesuka hati. Aku pernah bercinta, dah tentu apa yang orang bercinta rasa aku rasa. Alhamdulillah..Allah tetapkan kami berdua duduk berjauhan. Sukar bertemu.

Aku mengambil langkah untuk kahwin awal kerana tak mahu segalanya berlarutan begitu dengan alasan "KITA MASIH MUDA, NAK ENJOY DULU, ALA...TAK BOLEH NAK KOMITMEN LA..".

Kita manusia, segala-galanya boleh berlaku. Yang bertudung labuh pun kita belum tentu tahu apa tersirat dihatinya. Moga-moga golongan bertudung ini terus menjadi contoh yang baik di bumi ini. Kepada yang tidak bertudung, jangan pula terlalu mecemuh yang bertudung. Tiada guna kita saling mencari kesilapan diri, apa yang penting..muhasabah..fikirkan jika ESOK NYAWA KITA TERHENTI...



Akhirnya, siap juga aku menjahit kainnya. Esok lusa baju kurungnya pula...siapa nak tempah..akak nora ambik murah je RM20++..hehe

9 comments:

  1. dah klik HB 6996 hehe.. =)
    amboii sempat pomot jahit bju dia dlm pada berciter tu hihihi..

    eppy blogging sis..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan pendapat akak tu..pada akhirnya perempuan jugak yang menjadi mangsa tak kira la dalam keadaan rela atau terpaksa.

    ReplyDelete
  3. pandai menjahit rupenye ye...
    kak ain ni...tak pandai..keras tangan....

    ReplyDelete
  4. masalah ini semakin parah. salah manyalahkan tiada kesudahannya. yg penting langkah mengatasinya.

    ReplyDelete
  5. hmm... bagi sy, sy akan salahkan penyebabnya... kalau takde angin, masakan pokok bergoyang hehehehe :p

    sory kak nora,, busy sket.. keje banyak :p

    ReplyDelete
  6. nak tempah satu...
    kami juga jauh akak..
    alhamdulillah....

    ReplyDelete
  7. dalam kes ni, puncanya bila kurang didikan agama.
    kesan kat perempuan memang sangat besar..
    lelaki boleh lepas tangan kat dunia..
    sebab tu orang kata, perisai seorang wanita adalah 'malu'nya.. malu dari segala segi.. kalau hilang malu, semua boleh jadi..

    Entry terbaru padlie: Matahari 3 Mac 2011

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...