Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, March 2, 2011

Pemaafnya Rasulullah s.a.w

Setelah diperintahkan oleh Allah supaya menyebarkan Islam secara terang terangan, maka Rasulullah menjalankan dakwah dengan penuh hikmah, namun mendapat tentangan daripada kafir Quraisy Makkah. Baginda tetap tabah. Baginda berubah arah ke perkampungan Taif, yang amat subur tanahnya. Malangnya, penduduk Taif juga menolak.

Di Taif, para penduduknya bukan sahaja menolah dakwah Baginda malah Baginda yang ditemani Zaid bin Thabit dilontar batu-batu. Zaid sedaya upaya melindungi Baginda Rasulullah, namun badan Baginda yang mulia itu terluka dan mengalir darah.

Mereka berdua berlari menyelamatkan diri dan singgah berteduh di bawah sepohon pokok. Sejurus itu juga malikat Jibrail datang dan meminta izin untuk mengangkat bukit dan menghempap penduduk Taif yang biadap itu.

Namun Baginda s.a.w tidak mengizinkannya. Baginda dengan tenang bersabda yang bermaksud :" Sesungguhnya mereka tidak tahu. Kalaupun mereka tidak beriman pada hari ini, tetapi siapa tahu suatu hari nanti anak cucu mereka yang akan menerima seruan ini."

Begitulah mulianya sifat pemaaf Baginda s.a.w

Akak Nora Berkata : Jadikan Rasulullah s.a.w sebaik-baik idola dalam hati kita. Semaikan siapa Rasulullah di dalam jiwa keluarga kita. Akak nora tak kata senang, tapi ari kita mencuba. Daripada kita mengajak anak kita sukakan IDOLA KECIL dan kita sama-sama menonton idol-idiot dalam tv nun...

7 comments:

  1. dia mmg terbaik!
    tak byk..sikit sifat dia dpt kita jadikan ikutan =)

    ReplyDelete
  2. Rasulullah SAW memang contoh ikutan terbaik..
    Sifat pemaaf beliau harus kita contohi :)

    ReplyDelete
  3. thanks kak nora sbb sudi kongsi kisah..:)

    meh ke rumah,
    ~happy birthday damia~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  4. rasulullah akhir zaman & ia idola yg terhebatttt

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...