Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, March 29, 2011

Nota Nora : Isteri Solehah seperti 10 SITI - Siti Pertama

Saidatina Siti Khadijah.

Isteri Rasulullah yang sentiasa menyokong perjuangan Rasulullah saw. Beliau sentiasa di sisi baginda SAW ketika baginda memerlukan. Salah satu kisahnya, ketika Rasulullah saw bertemu dengan malaikat Jibril di Gua Hiraq. Baginda pulang dalam ketakutan hingga badan Nya menggeletar.

Siti Khadijah menenangkan Rasulullah saw dengan memangku dan membelai rambut Rasulullah saw. Membacakan Bismillah dan mengucapkan kata-kata yang menyenangkan perasaan baginda.

(yang ini aku selalu praktikkan. Tapi, bukan masa dia susah hati, pasal susah nak tengok dia susah hati begitu..ketika dia berehat dan suka letak kepala di pangkuan aku. Pesan Ustazah Siti Bahiyyah, amalkan menghantar suami kerja dengan senyuman dan lambaian. Kajian mengatakan dengan cara begitu, ia akan meningkatkan prestasi kerja si suami. Entahlah, tapi aku buat begitu kerana suka dia keluar rumah dengan tersenyum dan bukan memulakan hari dengan muka yang masam)

Walaupun Siti Khadijah telah tiada, namun namanya sentiasa meniti di bibir Rasulullah saw. Sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati Saydatina Aisyah. Dia bertanya kepada Rasulullah saw, mengapa nama Siti Khadijah juga yang diingat walaupun Siti Khadijah telah lama tiada. Merah padam muka baginda mendengar kata-kata Aisyah itu.

Lalu jawab Baginda, "Aku sayang dan cintakan Siti Khadijah atas 3 perkara:

1: kerana dia beriman denganku ketika orang lain ingkar dan kufur kepadaku

2: dia membenarkan dakwahku ketika orang lain mendustakannya

3: dia memberikan sumbangannya ketika orang lain tidak mahu membantu walaupun hanya 1 dirham.


Ketika Jibil bertemu Nabi Muhammad saw, disempat berkata sesuatu kepada Rasulullah saw.

"Ketika kamu pulang ke rumah, Siti Khadijah akan menghidangkan makanan. Ketika itu, kau sampaikanlah salam ku dan sampaikan salam Allah swt kepadanya. Dan katakan kepada Siti Khadijah bahawa Allah swt telah menyediakan syurga buatnya."

Rasulullah terkejut kerana begitu hebat isterinya hingga Allah swt dan Jibril menyampaikan salam dan jaminan syurga dari Allah swt buat isterinya itu.

Allah swt suka akan layanan Siti Khadijah terhadap Rasulullah atas 2 perkara,

1: Lemah lembut layanannya

2: Tutur kata yang terjaga.


Akak Nora Berkata :
YA Allah yang Maha Berkuasa..sungguh beruntung isteri Rasulullah itu. Mungkin kita bukan isteri baginda, namun insyaAllah kita isteri kepada seseorang. Kita ambil la sesuatu sebagai panduan. Akak hanya berkongsi..

p/s: Nota akak lepas tengok Muqaddimah di TV9

5 comments:

  1. tq sharing kak. Ilmu berguna ni. Tq jg sbb tag mama. Nanti mama cari gambar utk join jg

    ReplyDelete
  2. terlalu sukar unt jd seperti siti katijah..tp saya cuba unt jd isteri terbaik buat suami..walaupun banyak kelemahan yg perlu diperbaiki..ttp manusia itu tiada yg sempurna..tul tak kak nora

    ReplyDelete
  3. ingatan yg baik..
    menjadi isteri tanggungjawab nya besar..
    syabas akak..

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak, Siti Khadijah adalah contoh teladan yang terbaik buat semua para isteri :)

    ReplyDelete
  5. Owh ya kak, esok pg, MJ dah buat tutorial untuk akak.. Nanti akak terjah ye:)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...