Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, March 27, 2011

Kuih Bantal untuk leyzajamil...

Ada sekali tu akak nora cek entri yang lama..ada orang meninggalkan komen. Akak nora dah lama nak tanya ni, kalau orang meninggalkan komen di entri yang lama-lama tu, macam mana nak tau ye..? Mesti ada caranya nye kan..cuma akak nora ni lembab IT sikit. Kalau sudi membantu, kongsikan caranya ye...

Kita sambung semula...ini, komen yang akak nora jumpa.


Akak nora tak tahu la dia serius atau tak. Tapi, akak tak nak hampakan harapan kawan ni. Pasal siap ada 'please......'. Ish...lembut betul akak ni ek..(silap aaa....cuba buat hal..hahaha)

Leyzajamil bertanya tentang kuih bantal akak nora ni. Hehe...Resepi orang malas je ni kawan..

Macam ni ye.

Bahan asas:

Mauripan (akak nora guna 1 sudu besar je, pasal buat sikit)

Gula 1/2 cawan sebab memang nak bagi rasa manis.

Larutkan bahan2 di atas dan biarkan yis itu kembang.

Kalau ada marjerin, letak dalam 1 sudu, dan kalau banyak 2 sudu besar. Saja nak kasi sedap kan..cairkan dan campurkan dalam tepung bila nak uli nanti.

Bila yis dah kembang, letakkan dalam tepung. Tepung ni, akak nora tak ada sukatan. Ini kerana, akak tambahkan sedikit demi sedikit sampai tepung tu tidak berapa lembik. ha..masa mencampurkan tu akak guna sudu, tak sanggup nak pegang..habis lekit kat tangan. Bila dah ok, baru uli dengan tangan.

Akak punya tak yah biar tunggu naik adunannya. Terus bentukkan doh tu panjang-pang ikut sukatan anda sendiri. Jangan besar sangat, nanti dia berkembang dalam kuali, lagi besar..hehe. Masa nak membentukkan tu, mungkin melekat-lekat di tangan. Gunakan tepung ye, jadi, kurang sikit melekatnya.

PAnaskan minyak yang banyak. Api kena kawal. Ini teknik goreng donat. Minyak kena banyak dan api kena kawal. Cuba masuk satu dulu, kalau dah boleh mengawal cara goreng. Boleh la letak banyak-banyak dalam kuali kan...Tak susah la..sekejap je menggorengnya. Cuma, kalau kita guna api banyak dan minyak sedikit, nanti dia hangus diluar, dalam tak masak.

Itu baru, kuih bantal. ish..maaflah kalau tak faham. Akak suka belajar masak. Tapi, akak tak pandai nak ajar orang masak. Akak bagi tau tu cara macam mana akak nora buat la..hehe..memang gagal jadi chef..kan..kan..

Akak nora guna adunan doh yang sama, cuma kurangkan gula. JAdi...



Pakai sardin dan cheddar cheese je, dah itu je ada kat rumah ni. Ni menu terkejut, nak makan sungguh-sungguh jap lagi kang nak gi kenduri pula.


Memang saja akak nora 'hangus'kan..rangup sikit. hehe..rupa dia menakutkan kan..pertama kali akak nora buat ni..yang pasti DAH HABIS...hahah..kebulur ya..

2 comments:

  1. Akak buat Comment moderate, jd stp komen smpai kita baca dulu baru publish..

    P Dashboard-Setting-Comments-cari 'Comment Moderation'-then tick la always..

    Tak paham nanti myra buat entry untuk akak, ok??

    ReplyDelete
  2. kuih bantal ni mmg feveret ayah sya..klau jumpe mmg bntai abis2 smpai licin pingan

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...