Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, March 19, 2011

Kenapa kalau jadi suri rumah? Kenapa double standard?

Double standard di Malaysia, masih ada ya? Memang pun...malam tadi ada terbaca kat majalah Mastika pasal stay at home mums...mereka ada jugak bercerita pasal double standards yang mereka hadapi bila berdepan dengan society especially professionals.



Dari cerita mereka, masyarakat kita masih memandang rendah kepada those yang bergelar "suri rumah". Walaupun mereka tau, menjadi surirumah bukan kerana tak dapat kerja, tetapi kerana berhenti kerja demi untuk menjaga rumah tangga. Well, I got that sometimes pun.


Dan aku juga ada menyaksikan double standard ni berlaku depan mata aku suatu ketika dulu. Masa tu aku sedang melahirkan anak ke 3...aku melahirkan di hospital kerajaan, bukan swasta. So, dalam satu wad memang ramai ibu2 yang melahirkan. Sebelah katil aku, seorang ibu yang tidak bekerja, seharian bertarung nyawa melahirkan anak yang sulung, ada complication. Tapi alhamdulillah, berjaya juga akhirnya. Namun, aku rasa terkedu jugak dengan layanan misi2 terhadap beliau. Ye lah, malam tu beliau nak ke toilet sebab darah banyak sangat keluar, nak tukar pad la kot (kat hospital kerajaan, semua kita kena buat sendiri kan?). Bila dia bangun aje nak turun dari katil, dia jatuh balik, pening kot. Dua tiga kali jugak dia cuba bangun tapi tak berhasil. Lalu dia pun panggillah misi....panggil punya panggil tak de sorang pun yang datang. Aku nak tolong papah dia pun aku sendiri baru lepas bersalin. Aku pun call la misi...datangla sorang misi ke tempat aku (Masa tu aku memang kerja as lecturer). AKu bagitau kat misi tu, tolong lah orang sebelah aku....misi tu boleh pegi cakap "Kalau dah tau tak larat tu, tidur jelah, tak payah sibuk2 nak bangun"...terkejut badak aku.


Memang sampai sudah ibu itu kena buat sendiri semua. Aku tak tau nak cakap apa masa tu. Terkedu sampai tak terkata. My first experience with double standards.


Dan sesungguhnya masih ada juga yang berperangai sebegini di zaman millenium ini....sungguh menyedihkan....ada sapa2 yang juga ada pengalaman? Care to share? Sila lah...

Inilah yang akak nora baca di blog BIARKU DI SINI

Dulu, masa sebelum kawen, memang akak nora buat macam-macam kerja. Pasal akak nora tak minat kerja duduk dalam ofis ngadap komputer je. Akak Nora rela kerja di kedai makan dan macam-macam.

Sejarah kerja sebagai guru tadika bermula bila adik akak minta teman dia bekerja di tadika di Bangi. Masing-masing dah menganggur lepas belajar. Akak kata aku tak suka jadi guru.

Akak nora dapat jadi pembantu tukang masak (tapi, serius macam akak aje tukang masak nye) dan adik akak sebagai pengasuh Taska. Entah mcam mana bos tau akak ni ada diploma, terus melonjak jawatan, jagi guru tadika, ngajar abacus (sempoa tu..), guru kelas bimbingan tambahan, guru ngajar Al-quran (dpt sijil..tp nak belajar lagi)..hingga lah guru tuisyen..pergh..dari 6.00pg sampai kul 10 malam..non-stop.

Sehingga umur anak sulung aku 2 tahun, aku masih kerja di tadika. Ngikut aje dia apa ibu buat dalam tadika..hehe. cuma lokasinya sudah di Subang Perdana. Gajinya tidak segah aku kerja di Bangi. Tak merasa langsung..mungkin kerja aku pun tak banyak macam kat bangi. TApi, basic aku boleh tahan. Basic kat subang plak..ish..

Pengalaman aku bekerja setelah bergelar ibu..langsung tak membantu kewangan aku. Kenapa? gaji sikit..(kalau anda bergaji besar mungkin berbaloi)..duit minyak kereta, belanja makan, dan kadang-kadang..'ada orang kenen' cukup bulan..dah la balik aku tertonggeng-tonggeng dengan hal rumah pulak. Aku tak marahkan tak cukup gaji, tak cukup senang, sebab rezeki tidak putus dengan aku. Aku cuma tak suka perkara berkaitan emosi.

Bayangkan..dah penat sehari, balik rumah perkara dirumah pulak, sampai ke malam tau..belum kisah 'overtime' lagi. Kemudian, esok pagi-pagi mula lagi..Penat dengan segala tu, orang suka-suka hati kata kita goyang kaki nak hidup zon selesa...aduh..kenapa manusia tak puas hati dengan kehidupan orang lain. Lantak la siapa yang sibuk ngan hidup akak tu kan..

Alah anak nombor dua..akak ambil keputusan berhenti...memang banyak tentangan. Lantakkan!!!!

Isteri dijadikan untuk menjadi penyokong dan teman suami bersenang hati, membesarkan anak-anak. Mengajar dan mengasuh anak-anak.

Isteri yang berkarier dan perlu bekerja itu mengikut PEREDARAN ZAMAN. Zaman sekarang yang menjadikan isteri perlu bekerja. Kerana tuntutan kewangan, keinginan dan rugilah belajar tinggi-tinggi berapa tingkat bagunan Universiti tu, tapi tak bekerja kan. Pemikiran wanita sekarang lebih tebuka (buka lain pun banyak juga)..mereka ingin setanding dengan lelaki.

Cuma janganlah serong kepada suri rumah ni. Apa salah aku...?Tetiba sedih...aku tak pernah merungut minta make-up jenama mahal, berbulan baru sekali beli. Aku tak minat branded..sesungguhnya akak nora 'alergik branded'. Tak caya..cari tudung akak yang harganya lebih rm 2o, itu pun ada sehelai je harganya rm20. Yang penting akak nora tutup aurat, tak nak suami akak dapat dosa akak tak tutup aurat kan..kesian dia..

Akak dah jimatkan duit susu (susu tin dah mahal sekarang ni). Anak akak nora semua minum susu badan completely (setakat ni). Baju kurung, akak jahit sendiri dengan mesin yang akak bayar sendiri masa kerja dulu..Kat sini sepasang boleh capai rm50 ooo..mahalnya..akak ambik baru rm 22 je..

4 tahun kawen..akak tak pernah ada almari baju tau..bukan tak mampu atau tak nak beli. Al-kisahnya nak tunggu dia renovate bilik terus buat almari yang permanent kat dinding tu..lama tau akak menanti, jd cuba fikir macamana akak susun kain. (nanti akak citer bab kain tak ada almari tu..)..bukan senang kita nak jadi baik. Memang banyak dugaan termasuk orang sekeliling kita.

p/s:tentang hospital kerajaan tu...nurse kerajaan memang ada course khas macam mana nak layan pesakit ke masa belajar...pasal mana-mana sama je cara melayan pesakit..BUAT MALU je...patutnya hospital KERAJAAN lagi bagus layanannya kerana mereka melambangkan KERAJAAN..jadi, bila kita dah tengok macam tu, mesti boleh agak maacam mana KERAJAAN kita kan...

tak de sapa nak baca n komen pun tak kisah lah..akak nora tengah double-double emo....

11 comments:

  1. Memang ada double standard ni. Aku salu sangat doa jangan le kena kat aku. Bagi la muka aku ni manis selalu walaupun sakit dan jangan le bagi orang lain contohnye misi ke doktor ke tension bila time dema nak merawat aku. Hoh, doa tau. Doa.. Manusia ni bila dah penat, hati pun kejam. Siyes!

    Aku nak brenti dah tak lama keje camni. Rasa cam tak berbaloi-baloi. Skang aku dah wat insurans dah. Keje sniri je. Ikut time. Hah, ko dah ada insurans nyawa belum? Kalau nak, roger aku tau. Tet! Sempat gi tu.

    ReplyDelete
  2. betul2..ada beza berbayar ngan tak..

    anak pertama bsalin kt gomen..kite sakit dia marah2..merungut je..

    anak kedua bersalin kat swasta..mengada2 pun xpe..diaorg layankan ajer hehe..

    sbenarnya diaorg kena letak dlm hati..keje kena ikhlas..baru duit gaji berkat..
    tapi smua nak ala kadar je..cmner? =)

    ReplyDelete
  3. tak de ke produser filem ke apa ke nak buat cerita pasal suri rumah pulak? hehehe....pasal pembantu rumah banyaklah...huhu

    ReplyDelete
  4. saya bangga menjadi suri umah..bangga sesangt tgk anak membesar dpn mata tgk suami makan pakai terjaga..sy sanggup lepaskan jawatan bergaji beribu hanyaa kerana nak jd suriumah..sanggup antar blk orng gaji sbb nak buat segala kerja umah..pd yg double standardkan suriumah ni korank kena ingat suriumah sekarang semua cerdik2 malah ada yg ada master..sbb tu cuba cek banyak blog kepunyaan suri umah...tul tak kak nora...sy pun setakat ni ada 2 hero ni menanti heroin lak tp tak tau la rezki dr tuhan timer je la..sama2 la kita tungu gegirlkan

    ReplyDelete
  5. setuju dgn entry ni.. sangat.. walau siapa pun kita..kita manusia juga..

    ReplyDelete
  6. betul tu kak..
    Tk pnh jumpe bnyk kes cmni..
    kt mana2 jbtn kerajaan pun ini blaku..
    asal nmpk kkampungn sikit, ia x brapa nk layan..
    tp klau yg dtg tu pkai smart2, ada tag2 nama tgantung kt leher tu (nmpk la kan depa ni bkerja) cpt je layan.. mesra rakyat lak tu..

    ReplyDelete
  7. Nora, mereka ni bila kita kata hospital kerajaan tak best, cepat terasa tapi hakikatnya sesetengah dari mereka yg buat kita kata mereka tak best. Tapi tak semuanya buruk perangai macam tu. Ada juga yg betul2 ikhlas dgn kerja mereka.

    Saya tabik kepada pekerja yg ikhlas. Saya rasa nak penampar jer buat pekerja yg dtg kerja sebab terpaksa nih. Lepas tu nak angin satu badan pula.

    ReplyDelete
  8. Salam akak..:)

    saya pun pernah jugak kena..Waktu dlm labour room pulak tu, rasa serik sangat..

    Masa tu kat sepital kerajaan lah kan..First masa kat LR, memang takde doktor yg sambut, cuma ade bidan kerajaan je..ya amat garang mengalahkan ape..

    Ok, fine..Then habis saje setel kat LR, masuk ward..Dang dang pukul 12 malam tu, die suruh kite pegi mandi bersih badan..kite pun dgn lemahnye,terkial-kial pegi bilik air.sib baik lah kite tak pening sangat masa tu..

    Yg paling tak bleh lupe ialah, waktu first night malam tu jugak lepas bersalin dlm kol 2,bersalin kol 7.30mlm, baby matanye naik ke atas, dan nafas terputus2..kite mula panik tahap gaban, almaklum first baby..panik ya amat..bawa pegi jupe nurse in charge,dgn mata terkebil-kebil merah merah..dia cakap takde ape tu, pegi tidur.tapi, dia pulak yg sambung tidooooooooooor kat kaunter...

    Alhamdulillah, nasib baik masa tu, ade sorang kakak dlm ward tu belum tidur.saya bawa baby kat dia..pastu, dia tolong tepuk2 belakang baby,baby terus sendawa..alhamdulillah syukur sangat, ucap time kasih kat akak..pastu sampai ke pagi kiter xleh tidur bimbangkan anak..

    Esoknye, barulah kite perasan rupanye baby tersedak susu..ye lah kan, baru beberapa jam lahir..paru2 belum cukup sedia lagi..dan bila baca2 baby bleh meninggal kalu tersedak susu, rasa ya Allah.......

    Kendian, cakap kt hubby.for the second baby, kite kumpul duit dulu,pegi swasta...emmm

    xnafikan, ade gak yg baik,cemerlang..

    ReplyDelete
  9. hei jgn kata hospital kerajaan free tau...habis duit yang kita bayar cukai itu ini,gov tax semua tu pergi ke perkhidmatan kerajaanla...!setuju hospital kerajaan patut lebih cekap dan baik kerana ianya melambangkan KERAJAAN...!

    ReplyDelete
  10. kena hok elok tu elok la kena hok entah apa2 nasib la tu hospital kerajaan

    seme anak kome lahir sepital kerajaan

    setakat semua ok kecuali satu je dulu leceh sikit kena staff nurse entah ape2...ade ke masa tu baby dah nak keluar dah nampak kepala dah tapi dia kata nanti2 jgn keluar lagi tunggu padahal tak buat apa2 pun berborok ke...

    ikut nasib kita la

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...