Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, March 14, 2011

Kenapa dengan ibu mertua?

Nak dikatakan aku ni dah berpengalaman dalam rumahtangga, mungkin masih setahun jagung. Masih rapuh, dan perlukan pelbagai usaha untuk meneguhkannya. Masih banyak dugaan diluar sana yang tidak jemu-jemu mendekati aku dan suami agar ikatan kami berjaya juga digoyahkan. Astagfirullah, moga Allah membantu aku dengan kasih sayang Nya, mengukuhkan hubungan yang di bina atas nama NYa ini.

Bila kita berkahwin, ibu si dia turut menjadi ibu kita. Itulah insan baru yang kita gelarkan sebagai 'ibu mertua' iaitu tarafnya sama seperti ibu kita sendiri.

Aku terdetik untuk berkisahkan tentang ibu mertua ini, apabila terkenangkan pelbagai kenyataan, isu-isu, luahan, dan pandangan rakan-rakanku terhadap ibu mertua mereka. Bagi yang lama atau baru sahaja mendirikan rumahtangga.

Bila yang berkaitan yang buruk sahaja, pastilah kita kenangkan yang tidak baik je terhadap ibu mertua kita. Kalau buka isu ini untuk di bahaskan dalam program bual cara dalam TV, pasti aduan begitu dan begini, kebanyakannya yang negatif.

Tidak kurang juga yang baiknya. Boleh duduk serumah, menikmati masa terluang bersama-sama, bergurau senda, boleh di ajak berbincang dan sebagainya. Pasti kita akan cakap, beruntungnya dia dapat mak mertua baik macam tu. Ish....jahat sangat ke mak mertua yang orang lain dapat?Wallahualam..di sini, aku kisahkan tentang ibu mertua aku yang baru hampir 4 tahun ku kenali.


Inilah ibu dan bapa mertua aku.


Gambar ini ketika kami menyambut raya aidilfitri pada tahun 2009. Merupakan raya terakhir buat arwah abah, dia pergi ketika aku baru sebulan hamilkan Irsyad Soleh. Sempat juga dia bawa aku berurut di kampungnya. Hasilnya ketika mengandung dan sampai sekarang kaki aku tak pernah kejang (simpul mengkarung) lagi.

Berbalik kepada kisah aku dan ibu mertua. Aku kenal ibu mertua aku gitu-gitu aje. Sebab, dia kan emak saudara kawan aku. Masa, kami belajar dulu, ada la dia jenguk-jenguk kawan aku di kolej Mawar di Uitm. Masa tu aku tak kenal en.hubby lagi.

Aku kenal sedikit rapat lagi bila aku bertunang. Namun, aku tak pernah bertandang, beraya atau apa-apa aktiviti yang melibatkan aku kerumahnya sebelum aku berkahwin. Bukan kehendak aku, tapi kehendak suamiku. Dia kata, abah dan ibunya tak berapa minat perempuan tiada ikatan datang ke rumah mereka. Aku turutkan sahaja kerana aku merupakan bakal menantu perempuan yang pertama dalam keluarga itu. Agak menjadi kontroversi bila en.hubby nak kahwin dengan aku, memandangkan kami berusia sungguh muda waktu itu..(walhal orang lain lagi muda..adik aku pun dah kawin masa tu). Namun, setelah en.hubby yakinkan dia mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami, lalu kami dinikahkan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Aku masih tak kenal ibu mertua aku dengan baik. Hinggalah aku duduk serumah dengan dia. Masa tu, kakak ipar aku pun duduk di situ dengan suaminya. Memang banyak cabarannya, tambahan itu adalah suasana baru selepas aku rasmi menjadi sebahagian dari keluarga tersebut. Keluarga ini penuh islamik. Bukan nak katakan selama ni aku bebas, kepalaku sentiasa bertudung walau di depan rumah, namun..bertudung sentiasa di dalam rumah agak merimaskan aku. Gerak langkah aku terbatas. Namun, aku tak melatah. Aku cuba memahami situasi. Ketika itu, aku masih menganggur. Aku gunakan waktu sebaiknya memahami keluarga itu. Terasa kosong yang amat sangat...sunyi...Bukan apa, dah biasa dengan keluarga yang bising, senda tawa, tak pernah sunyi..tiba-tiba....sunyi. Masa tu, encik hubby selalu balik kerja awal pagi..

Kesabaran aku agak bergoyang bila aku di suruh mengikut kakak ipar aku yang membuat bisnes MLM Zhulian. Keluar pagi balik tengah malam wooo....hari-hari macam tu. Aku betul-betul tak minat. Tapi, ada unsur dipaksa di situ. Akhirnya, aku dapat kerja di sebuah tadika yang baru tahun lepas aku tamatkan perkhidmatan sebagai guru. Sebenarnya, kakak ipar ku yang sulung yang rekemenkan. Majikannya adalah kawan beliau. Dia kata tadika itu ada bilik untuk kelamin tinggal. Yelah, masa tu murid cuma ada 4 orang je. Jadi, tadika tu lebih suasanakan suasana rumah.

Masa aku ditemuduga, kakak tu (BOS) ada bersuara dalam nada bergurau..

" ..kalau boleh, elak lah duduk serumah dengan mertua. Bukan nak burukkan. Kita ni anak sendiri tak rasa. Bangun lambat ke, tak buat itu ini ke..tak salah. BIla menantu ni, bila duduk dekat je macam-macam yang busuk...bila duduk jauh sikit ada lah wangi nya.."

Kakak ipar aku sekadar tunduk dan buat-buat tak dengar (rumahnya selang satu rumah dari rumah ibu mertua aku. Sebenarnya adik beradik ipar aku semua bawa suami duduk dengan atau berdekatan keluarga. Pernah aku nak suarakan..tapi aku kena ingat, suamiku anak lelaki mereka, sulung pulak tu. Tanggungjawab dia masih kuat kepada ibu dia. Itulah yang membuatkan aku bersabar...

Hingga ada kejadian membuatkan aku makin tak dapat di kawal, marah, aku takut kesabaran aku hilang dan aku menjadi kurang ajar dengan orang yang tak sepatutnya. Setelah mendapat izin suami aku, aku keluar dari rumah ibu mertua aku. Sebelum itu, aku tinggalkan pesanan kepada abang ipar yang menjaga anaknya untuk di sampaikan kepada ibu mertua aku yang keluar pergi kenduri.

Tinggallah aku di tadika itu. Tapi, tak lama..dua bulan pun tak sampai. En.hubby asyik di suruh pindah ke salah sebuah rumah sewa mereka, sebelah rumah kakak ipar aku. Tekanan perasaan aku...tapi, macam biasa aku tak melawan. Aku turutkan..hinggalah aku pindah di rumah yang sedang aku duduk ini. Betul-betul di depan rumah mak mertua aku. Ini adalah permintaan abah, kerana dia renovate rumah ni untuk di berikan kepada en.hubby. Atas kesabaran...kami dapat sebuah rumah kan.

Masa berlalu, dan aku dah 'lali' dengan alam sekeliling. Pernah dulu, en.hubby bising aku tak keluar rumah..maksud keluar disini berborak dan bersembang di waktu petang. Maaf..itu bukan cara aku, tapi tak bermakna aku tidak berjiran, tak baik dengan jiran, cuma aku tak suka melepak macam sesetengah suri rumah yang lain lakukan. Aku memang tak suka ambil tau cerita orang. Memang tak minat...

Ibu mertua aku?..setelah masa berlalu..aku makin mengenali dia. Tambahan, masa dia bertambah terluang sejak kakak ipar aku dah berpindah ke Bangi. Dia makin rajin bersembang dan berkongsi pengalamannya dengan aku.

Pelbagai barang dia turunkan untuk aku memandangkan anak-anaknya tak sama minat dengannya. pernah dia berikan kepada aku, mesin jahit auto yang dia sayang sebab aku suka menjahit baju kurung dan kadang kala dapat tempahan. Aku guna sampailah aku dapat beli mesin sendiri. Perkakas dia gunakan untuk buat kuih, kek dan juga alat-alat menjahit. Untung juga aku..

Dan, aku dapati cara-cara nak dekatkan diri aku dengan ibu mertua aku adalah dengan cara mencari ilmu agama. Dia suka berkongsi apa dia belajar di kuliah agama, atau mana-mana dia dengar dengan aku. Aku pun suka tanya dia bab-bab solat sunat, surah dalam Al-Quran yang menjadi amalan seharian dan macam-macam lagi. Itulah yang merapatkan hubungan kami.

Emak en.hubby juga pembekal air minuman bersih untuk kami sebab rumah aku tak boleh pasang penapis air (tekanan rendah). Kalau aku lama tak ambil, dia hantarkan. Kadang-kadang siap di bacakan bismillah yang dibaca berkali-kali atau surah-surah tertentu. Moga berkat lah air minum tu..


(sengetkan kepala anda ya..akak nora malas nak edit)
Antara barang yang dia suka bagi aku. Air penawar, buku surah-surah pilihan..banyak buku macam ni..suka baca. Dan minyak macam minyak kapak tapi dah dibacakan 30 juzuk al-Quran.

Dah berpasang juga aku jahitkan baju untuk ibu mertua aku. Suka tak suka tapi aku tengok elok je dia pakai hasil tangan aku. Semalam, dia datang dengan dua pasang kain. Kain tu dia beli dari makassar, indonesia, masa dia jalan-jalan dengan pakcik makcik aku bulan lepas.Dia minta aku jahitkan baju untuk kakak ipar aku yang kedua, kain warna coklat. Yang hijau...?

"Kain untuk sha la..buat baju raya.." hehe aku sengih mengucapkan terima kasih. confirm raya ni tak yah beli baju aku pasal dah berlambak kainnya. Nak jahit je belum. Tu yang warna pink purple tu, kiranya kain tu dia bagi untuk baju raya tahun lepas. Sayang lah..pasal aku 'boyot sarat' time raya. Jadi, aku postpone sampai raya tahun ni..hahaha..Seronoknya lah..

Jadi, siapa kata aku takkan pernah berbaik dengan ibu mertua. Siap duduk berdekat lagi..cuma kena cuba dan bersabar. INsyaAllah..aku pun pernah tersungkur dalam percubaan. Akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah..moga hubungan kami kekal mesra hingga ke akhir hayat. Amin.

p/s: Ada ke yang nak baca entri akak hari ni..errmmmm...

6 comments:

  1. ade jew...
    ceroi bace...
    itu pengalaman akak..
    mengajar org laen...
    :)

    ReplyDelete
  2. hee.... Ibu mertua makbed pun baik hati.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kak, berkat kesabaran tu ada hikmahnya..
    Mmg permulaan agak sukar mencari keserasian tp bila dah lama2 tu dapat la sesuaikan diri kan.. :)

    ReplyDelete
  4. Lili pun dalam dilema ni. Abes ujung tahun hubby soh pindah betol2 depan umah mak dia. Sejengkal je. Umah taman...huhu..Lili setuju dlm terpaksa sbb hubby dia offshore, Lili lak pregnant. Hubby riso Lili sorang2 pregnant kt umah, takde org tgk kalo ape2 jadi. Tapi, kenapa mesti depan umah mak dia, kenapa tak sebelah umah mak Lili. huhu~ agak mencabar gak. Lili menantu pertama dan hubby anak sulung, cucu sulung gak... Berbelah bahagi rasanye tapi mak mertua sgt baik sebenarnye cuma ye lah..bukan mak kite kan...janggal tu ade

    ReplyDelete
  5. Saya ada 2 anak autisma. Ibu mertua(MIL) mmg tak sukakan saya sbb dia ada pilihan utk suami. MIL ckp anak saya autisma sbb ikut keturunan saya.. sedangkan bila saya selidik belah suami -adik bapa mertua ada yg ada anak autistic tapi perempuan.. Yang paling tak dapat saya lupakan bila MIL pergi kerumah jiran2 menceritakan anak saya gila ikut keturunan saya. Sampai hati dia buat mcm tu. Itupun saya cuma tahu bila ada jiran yg tak nak bertegur sapa & jiran yg baik pula mungkin kesian kan saya, mereka cerita apa yang berlaku. Bagaimana nak forgive & forget. Terlampau banyak kejian yg dilemparkan... Sekarang dia tinggal di rumah saya. Dgn maid dia berbaik2. Baru ni dia boleh suruh maid saya lari... dia ckp teruk kerja dgn saya sbb saya ada anak special.. Tabahkanlah hati saya ni..

    ReplyDelete
  6. ade jg mertua yang suka sindir menantu..... kecik hati sungguh....
    jika x suka menantu pun.... agak-agak lah......ke menantu ni x de perasaan ? ipar yang buli n x reti jaga hati pun same...... meluat nyeeeer..... sabor je lah x kan nk cerai ngan hsband plak ? tp jika selalu terjadi mcm tu....aku pileh berpisah lg baik drpd tgk muka -muka org org yg boleh menyhakitkan hati kita....... x sanggup den nk hadapi nya selama-lamanya . sabar pun ada limit nye jg.......

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...