Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, March 22, 2011

faktor berat beg tangan pun boleh ganggu struktur badan kita..

Baru-baru ini topik tentang Beg Tangan dan Wanita di Wanita Hari Ini,TV3. Kan dah trend sekarang beg tangan gedabak-gedabak, dan jangan lupa..brand tu penting. KAng orang tak tau status kita.

Tetapi, dalam kita tidak sedar faktor beg yang berat itu boleh mengganggu struktur tulang belakang kita. Jika kita terus menyandang beg yang berat dalam jangka masa yang panjang, hari-hari pula tu, kita pasti akan terasa kesengalan dan sakit-sakit di bahagian belakang badan. Ishh... teringat masa zaman akak nora jadi cikgu di tadika dulu. Beg memang besar dan gedabak pasal bawak kerja sekolah, kertas kerja dan buku rancangan mengajar yang besar tu.

Tambahan dulu pergi sekolah dengan izzat, terasa juga lah sengal-sengal di belakang. Sekarang beg tak ada la sangat di sandang. Maklumlah duduk kat rumah je, tapi lain pula yang di sandang kali ni..hehehe..

Sebagai tips, orang yang bagi talk tu suruh :

1. Kita cek selalu, buang benda-benda yang tak berfaedah yang akan menambahkan berat beg anda.

2. Tukar posisi menyandang beg setiap selang beberapa minit. Yelah..dari kiri ke kanan kan..

3. Yang penting pilih beg yang menyelesakan, ni belum isi barang dah berat dulu.

4. Jika anda membawa beg tangan anda dalam keadaan badan yang senget, itu tandanya beg anda sudah terlalu berat.

Nak kongsi tengok beg akak yang sempoi..huhu..


Jenama, entah apa entah. Beli katalog je, tak tengok rupa pasal akak tengok saiz yang besar je. Hehe..konon senang nak letak pampers, baju, dan barang-barang anak-anak. Tapi, dah tak buat dah..semak!! Harga dia rm 12.oo je..akak kan alergi benda mahal..Rupa belakang kira..
Ni barang-barang yang tak boleh 'buang', sentiasa ada. Purse, baru tu. Tu hadiah dari en.hubby pasal kad-kad untuk mrs. isteri nak simpan dah bertambah, purse dulu dah tak muat (kalo penuh duit..ok gak). Kamera, kot-kot perlukan. Simpan kat rumah pun nak buat apa..Ubat yang penting di bawa. Tasbih tu perlu jika aku keseorangan. LAgipun, pemberian terakhir bapa mertua aku. Sayang..kat sini semua tempat ada tasbih..dalam kereta pun ada. Saja aku tunjuk kat en.hubby, jangan lupa berzikir guna tasbih tu. Sekurang-kurangnya ada pahala buat arwah ayah dia.

Tu bukan angpow, itu tempat simpanan duit bebudak ni. Kalau ibu berjaya buat penjimatan, ia akan disalurkan buat simpanan mereka. Rezeki dari Allah, jangan kerana itu korang jadikan alasan untuk tarik akak masuk MLM ye..(tetibe je)
beg kecik ada barang emergency. ala pompuan tetap pompuan..
Akak rimaskan 'juraian' beg akak tu. Terus akak kerjakan...hahah kita buat dia kan...

5 comments:

  1. alamak kak...beg cunndaa selalu berat sbb isi laptop bila nak g libry.....so, kena sllu tukar bahu la bila menyandangnye...lenguh...=)

    ReplyDelete
  2. beg berat di kalangan budak sekolah hanya akn selesai jika kerajaan sudi buat sistem semester di sekolah mcm kat Indonesia atau Jepun. Buku teks di pecah2kan mengikut semester. Setahun 3 sem.

    Hanya pendapat. Salam ziarah ~

    ReplyDelete
  3. oh akak ku
    katalog apakah itu?
    tiada online kah???
    share arrrr

    ENTRY HOT : Betul ke Tak Betul??

    ReplyDelete
  4. seriusniiii
    nak tau gak
    aku pun allergic ngan barang2 mahal ni
    kita kan kembar :p

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...