Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, March 18, 2011

Entri Jumaat : Fadhilat Surah Yaasiin

1. Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda : "Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa yang membaca Yaasiin maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali. (HR. Al-Tarmizi)

2. Daripada Abi Hurairah r.a bersabda Rasulullah SAW :" Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan diampun keesokkannya. Dan sesiapa yang membaca "Haamim Al Dukhan" nescaya akan diampunkan baginya keesokkannya." (HR. Ibnu Katsir)

3. Daripada Abdullah berkata : Rasulullah SAW telah bersabda :"Sesiapa yang membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT, maka akan diberi keampunan baginya." (HR. Ibnu KAtsir)

4. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata :"Al-Baqarah adalah rangka. Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. Dan surah Yaasiin adalah jantung hati Al-Quran."

5. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata: Rasulullah SAW besabda :"Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia." (HR. Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al-Nasa'i)

6. Sesetengah ulama berkatan tentang Yaasiin bahawa antara keistimewaan surah Yaasiin ialah apabila dibaca tidak ada kesulitan melainkan dipermudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaannya (Yaasiin) ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya. (HR Ibnu Katsir)

7. Daripada Ibnu Abbas r.a berkata : Nabi SAW telah bersabda:" Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku." (Riwayat Bazzar, Ibnu KAtsir)

8. Daripada Safuan berkata : Adalah alim ulama berkata:"Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat, maka diringankan Allah baginya (SAKARATULMAUT)." (HR. Ahmad dan Ibnu Katsir)

Akak Nora Berkata : Jangan ingat bacaan yasin ini hanya untuk orang nak meninggal dan ketika dikuburan sahaja. Mengamalkannya mampu mendapatkan keredhaan dan keampunan dari Allah. Dipermudahkan juga hidup kita. Jangan lupa bacakan dengan niat sedekah untuk ahli keluarga kita yang telah tiada. Akak Nora terfikir, dalam dunia serba moden ni..rasa-rasa, ramai tak yang tak pandai baca Yaasiin..atau pun Al-Quran la senang kata..erm..

Akak Nora hairan. Dulu, bos ada offer sapa nak belajar Al-quran. Semua cikgu lari, tak nak..ish..hairan akak. Akak nora memang beria, akak nora suka, cuma tak kenal cikgu, dann cikgu sekarang pula kena milih..(yelah..yurannya..masya Allah...). Akak suka belajar Al-Quran. Lain nikmatnya baca seorang diri dengan berguru walaupun kita dah khatam berkali-kali. Sekarang ni pun, akak teringin nak belajar balik. Tapi, nantilah tunggu anak besar sikit, boleh letak kat umah siapa-siapa nanti (ingat nak letak anak kucing apa..).

p/s: Akak Nora mengepau ari ni..hahaha

6 comments:

  1. terim kasih ingat mengingati..
    salam jumaat:-)

    ReplyDelete
  2. akak nora, thanks sbb share..:)

    meh ke rumah..
    ~a week already~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  3. akak, sy kdg² xsempat nk sedekahkn yassin utk family yg telah tiada . tp at least cuba sekali dlm semgu. baca Quran tiap⊃ insyaALLAH xpernah lupa.

    tq share kak :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak info yg di beri....


    nak pauuu

    ReplyDelete
  5. setiap kali lepas maghrib, anak saya mesti datang bawak surah yassin, and kata "mommy, sing this".. dia ingat saya baca quran tu maknanya saya tgh menyanyi, hehhehehe

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...