Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, March 4, 2011

Entri Jumaat : Fadhilat Surah As-Sajdah

1. Hadith Riwayat Al Bukhari daripada Abi Hurairah r.a berkata : "Adakah Nabi saw membaca pada solat Fajar (subuh) pada hari jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) As-Sajdah dan ( Hal Ala alal Insan) Insan."

2. Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:"Adalah Nabi saw tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk."

Akak Nora Berkata: Membaca surah As-Sajdah merupakan sunnah Nabi saw. Maka, bila kita hidup berpandukan sunnah nabi, bukan saja mendapat pahala malah kita pasti hidup di landasan yang betul. InsyaAllah..dan jangan lupa Rasulullah menanti kita di sana di tempat-tempat tertentu untuk membantu kita..Baginda benar-benar mahu membantu kita supaya jangan dimasukkan ke neraka yang penuh dengan azab. Jadi, wajarkah kita yang hidup penuh kealpaan ini menagih simpati dengannya begitu sahaja. Jadi, tunaikan kewajipan anda kepada Allah, berselawat untuk baginda dan amalkan sunnah Baginda saw.

p/s: waa...impak akak nora kenalkan diri dalam segmen en.Ben..tetibe jadi glemer sekejap..ha..yang memang dah kenal akak nora, lagi 'mengenali' akak kan...tapi, tengah2 ni akak nora boleh post new entry ni je..nanti akak nora balas kunjungan ya..today, en.hubby balik cepat..jadi, tak boleh nak 'melehe'(mengadap) depan ms.lappy (penah guna perkataan tu tak..?)hahaha...tq kepada yang singgah..dan BACA ENTRI AKAK NORA..

7 comments:

  1. terima kasih kerana sudi berkongsi. Semoga mendapat pahala yg besar apabila ramai lagi yang dtg membaca

    ReplyDelete
  2. tak salah kan kan kalau kongsi2 ilmu.... walau dimana berada pun tuntutlah ilmu tul tak???

    ReplyDelete
  3. Huwaaa bagus entry canni Kak Nora... Betul tu bagus baca surah ni, tambah tambah pada sembahyang subuh, sekali ngan sujud sejadah.. gud gud..

    ReplyDelete
  4. nasihat yang bergune ni.. thanx share ye akak =)

    ReplyDelete
  5. salam

    perkongsian yang bagus utk diri ini..terima kasih...salam kenal.. terima kasih singgah di blog saya,

    ReplyDelete
  6. Terima kasih akak nora atas perkongsian ilmu ini. Selayaknya saya namakan ia sebagai tazkirah atau santapan rohani. Moga sama2 dapat mengambil manfaat daripadanya

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...