Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, March 25, 2011

Entri Jumaat : Fadhilat Surah Ad-Dukhan

1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Nabi SAW telah bersabda:"Sesiapa membaca surah "Haamim Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya." (HR. Ibnu Katsir)

2. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda:"Sesiapa membaca "Haamimm Ad-Dukhan" pada malam jumaat, maka diberi keampunan baginya." (HR. Ibnu Katsir)

3. Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad:"Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apa dia? Maka nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah "Ad-Dukhan" dan bersabda lagi: Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi.

Akak Nora Berkata : Akak betul-betul nak fahami fadilat no.3 tak jelas. Kalau ada yang pernah mengetahuinya, share dengan akak ya...

Surah Ad-Dukhan (sebutan huruf 'kho' ya..) ni tak panjang. Cuma 59 ayat sahaja. Memang boleh diamalkan. Mengikut apa yang tertera dalam hadis, Rasullullah saw banyak mengaitkan surah ini dengan memohon keampunan. Jadi, bolehlah kita mulakan dari sekarang. Selain berdoa memohon keampunan, kita boleh juga amalkan surah ini dan lebih molek memahami ertinya.



Hari ini, pertama kali aku masak asam pedas ikan pari. Selama ini, tak pernah makan apatah lagi nak masak. Tu la..bila dah bersuami, sanggup buat apa saja demi memenuhi kehendak dan menyenangkan hati suami. Suami..? Bagaimana penghargaan anda...

5 comments:

  1. Kadang2 suami nie sukar nak memberikan penghargaan pada kita sbb mereka sangat selesa dengan kita. Mereka tak perlu sgt berhati2 sebab kita adalah sebahagian drpd diri mereka sendiri. Itu pendapat suami. Kita isteri selalu harapkan kasih sayang atau sekurang2nya diberikan hint yang mereka nampak hasil kita. Realitinya, kita berikan sebaik dan sedaya yg kita boleh untuk mereka tanpa menunggu apa2 remarks sbb bila kita tak ada barulah suami akan sedar pengorbanan kita yang tidak ternilai. Janji kita bahagia dengan kebahagian yg suami kita ada... Opss..panjang plak. Mcm entry plak. Sorry ek Nora...heheheh.

    ReplyDelete
  2. asam pedas?
    suka sangat...
    teh mkn berpinggan nasik ni..

    ReplyDelete
  3. asam pedas?? nyam nyam
    suka hirup kuah dia, emmm sedapnya
    tau makan je tak tau masak :p

    ENTRY HOT : Beku

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...