Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, March 17, 2011

Di tarikh ini....17 Mac 2007..

Kita telah bersatu,

Dengan ikatan serta restu,

Sama mendoakan moga kita gembira selalu,

Mengharungi hidup penuh berliku.



Namun, kita hanya manusia biasa,

Bahtera kita hampir pecah di landa gelora,

Allah itu Maha Berkuasa,

Kita kembali berbahagia,

Saling menyesal atas kesilapan kita,

Kita terus mengharungi badai bersama.



Sungguh aku terasa,

Pabila ada kata nista,

Disamakan dengan aku insan yang biasa,

Menjerit dalam jiwa,

Hingga hati ini terluka,

Namun, kupujuk juga jiwa lara,

Kerna kau juga insan biasa,

Pasti tak kalis dari di duga,

Tersendu ku sendiri bila sujud pada-Nya.



Kita punya dua putera,

Racun dan penawar buat kita berdua,

Bukti suci ikatan halal yang kita bina,

Marilah kita bersama mendidik mereka,

Berjaya di dunia berjaya juga di sana.



Bukan hidup bermewah ku pohonkan,

Cukup kita mampu teruskan kehidupan,

Jika rezeki kita dilimpahkan,

Jangan lupa ucap kesyukuran,

Sungguh ku bersyukur jodoh ku ditetapkan,

Jadilah imam ketika solat didirikan,

Bersama anak-anak kita yang menjadi harapan.



Sunguh aku mahu sejahtera,

Dalam erti segalanya dari dunia hingga mungkin ke syurga,

Bersama keluarga dan sudah tentu kau yang ku cinta,

Ingin lena yang indah dalam dakapannya.



Keranamu aku dilanda ujian,

Keranamu aku mengingati Tuhan.
Selamat Ulang tahun perkahwinan,
Semoga kita bercinta sehingga hujung hayat dikandung badan.
17 MAc 2011


5 comments:

  1. wah...so touching la kak nora..
    saya doakan ikatan akak dan suami kekal ke akhir hayat..smg hidup diberkati ALLAH swt.

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun akak...
    semoga berbahagia selamanye...
    ameen...
    :)

    ReplyDelete
  3. selamat ulang tahun kak..
    semoga bahagia selama-lamanya..
    err...dan perolehi anak lebih ramai lagi..yeah

    ReplyDelete
  4. selamat ulang tahun perkahwinan kak...nie abe bg apa??ngeh..ngeh..ngeh...

    ReplyDelete
  5. Kak Nora,
    Happy Anniversary!
    Semoga berbahagia selalu di samping suami tercinta + anak2 tersayang.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...