Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, March 3, 2011

Di sebalik tabir blog...

Hari ini akak nora ada mood untuk menyertakan diri dalam segmen En. Ben. Jika anda berminat, sila klik gambar hensem En. Ben di atas.


Terimalah...di sebalik tabir blog....

Akak Nora
Di kenali dengan nama 'Sayang' dalam keluarga belah aku, 'Sha' dalam keluarga belah mertua.
'Nora' dalam dunia internet dan seterusnya.
Berumur 28 tahun. Kenapa aku suka bahasakan diri 'akak nora'? Kerana aku banyak kali terkena dipanggil 'kak' walaupun umur dia dah kira 'tua' dari aku. Aku tak suka sound orang 'janganlah panggil akak, nampak tua la.." biar lah tua, mendekatkan kita dengan mati - itu motto hidup aku.
Sudah berkahwin setelah hampir 5 tahun berkawan. Itulah pilihanku, Mohd Shah Idham.
Anak pertama ku berumur 3 tahun.
Yang kedua sudah hampir 5 bulan.
tapi....

kedua-dua lelaki yang penuh ceria dengan pelbagai perangai.

Perempuan?..nak juga tapi kuasa Allah kan..masih mengharap.

Gila-gila geli dengan binatang ni. Tu pasal aku bengang en.hubby letak ular yg dia tangkap ni dalam rumah. dah terlepas..entah mana pergi ni..hari-hari hidup ku dalam kegelian bila masuk bilik air, kerana last jejaknya di bilik air. Ada hati En.hubby nak bela rupanya...tidakkkk!!!!

Lepas SPM aku bekerja di kedai makan, semua ceruk kedai tu aku bekerja. So, semua keje aku terel (huiyyoooo...) sampai ke dapur. Nak try nasi goreng pattaya aku..?hehehe..boleh la..nak kata jadi cheff..belum la..pasal aku suka masak main agak-agak n campak kan aje..
Tak lama lepas tu, aku dapat sambung belajar di uitm , Shah Alam. Kos? heheh Diploma Teknologi Makanan. Orang kata, tu pasal aku suka masak. Walhal, kos tu langsung tak ajar memasak..kami banyak buat penyelidikan..ada la sekali buat resepi yang berteknologi.
Tak suka menjadi guru. Tapi, aku berbakat menjadi guru..hehehe..pernah menjadi guru tadika di 3 buah tadika. Yang ini, ketika abg izzat masih kecil. Bawa gi kerja hari-hari. Menjadi guru memberi kepuasan kepada aku kerana...umur 4,5 tahun, aku seronok tengok anak murid yang aku ajar pandai menghafaz ayat kursi, dan ayat-ayat dalam solat, juga pandai membaca. Dan seronok bila mereka menjadikan aku sebagai idola.."nak jadi macam cikgu Nora la..."
Tapi, bila alahan anak kedua makin teruk, aku berhenti. Duduk rumah sampai sekarang, terus menjadi surirumah dengan anak kecil berdua ni. Jadi, aku belajar berblogging.
Pentingnya berblogging pada aku:
Menyambungkan aku dengan dunia luar, kerana aku tak berkesempatan nak keluar selalu. Sambil termenung mengenang masa hadapan, aku mencari ilmu ilmiah untuk di isikan di dada setiap hari. Sebagai pegangan dalam kita berblogging, jangan sampai terkandas.

Berkongsi dengan apa ilmu yang aku ada, pengalaman aku dan apa-apa yang boleh membuatkan kawan-kawan suka berkawan dan singgah ke blog aku. Tapi, yang penting juga kepuasan aku sendiri bila berblog.


Dan juga, sambil-sambil cari pelanggan siapa nak upah baju kurung. Aku ambil murah je...hehehe

Maaf lah, terpanjang la pulak. Jumlah follower hingga ke hari ini cuma 140 kerana aku tak pandai nak 'mengorat' orang. Aku suka orang ikut dengan seikhlas-ikhlas hati mereka bukan kerana aku paksa mereka..betul..biar kita selesa berkawan..kan..

Kalau aku tiada blog:

aku asyik terperuk kat facebook tu, cuba mencari benefit apa yang boleh..tapi, tak boleh nak berkisah dan tiada page sendiri..bosan lah...hehe..

Blog selalu singgah :

kertas a4 blog - sebab, komen-komen dia mampu mengukirkan senyuman tergelak, tidak menghampakan kerana komen dia membuktikan dia baca sampai habis entri aku.. Entri di blognya juga banyak perkongsian..lagipun dia mungkin sama-sama baru macam aku..cuma dia cepat up sikit..hehe

Prinsip akak nora berblog : Jika anda singgah pasti akak singgah blog kamu dahulu sebelum akak blogwalking seterusnya...

p/s: terimakasih ya..en.Ben Ashaari..

15 comments:

  1. baru kenal akak kalau tak angah tak kenal....

    ReplyDelete
  2. bila dah bace baru kenal siapakah nora yg manis ni...

    nora kenal kak ain tak????hehehe..

    ReplyDelete
  3. Oo baru kenal lebih rapat salasilah akak..
    InsyaAllah ada rezki pasnie leh dapat bb girl :)

    ReplyDelete
  4. datang berkenalan pulak dengn akak :D eh kang marah plak suami. ahaks...

    ReplyDelete
  5. abang saya lagi lah...anak smpi 3 lelaki...haha..poning pale

    ReplyDelete
  6. salam singgah dr blog abg ben segmen disebalik tabir..salam kenal!!

    keep it up untuk blogging yaa!!

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan.
    singgah sini dari blog BA :)

    ReplyDelete
  8. sama la kita surirumah yg terperap je kat umah... untung ada anak, mcm kita ni... hari2 dok jenguk kat luar je menanti sang hubby balik. At Least ada kawan borak

    ReplyDelete
  9. perghhh...
    akhirnye ku kenal siapa akak nora...
    hehehe...

    ReplyDelete
  10. umur lebih kurang jer,takpe nak panggil akak juge le..:)
    kisah hidup yang happy good lucky..
    semoga berbahagia selalu hendaknya,nanti jgn lupa belanja nasi pataya ye..hehe

    ReplyDelete
  11. Tak nak panggil kak nora...sebab akak lagi tua...tua bnyk lagi...hahahhaha. Salam perkenalan yer. Tertarik dengan nama blog, tu yg akak singgah. Setuju dgn ulasan perkongsian...sesungguhnya blog nie adalah untuk berkongsi...

    ReplyDelete
  12. akak...akak..akak....

    haida baca sampai habis.....hehehee..
    suka dtg blog akak jugak..sbb akak baik hati...

    ReplyDelete
  13. salam pekenalan buat kak nora..
    dtg dr blog abg ben

    http://norleladasuki.blogspot.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog.html

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...