Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, January 7, 2011

Bila berdoa..

Tadi sempat aku menonton "Tanyalah Ustaz". Dah nak hujung-hujung juga. Tapi, sempat lah akak Nora ni dengar isi penting berkaitan doa. Meh kita kongsi, kalau akak silap sampaikan..tegur la ek.

Bila kita berdoa, selalulah berdoa mohon kesejahteraan kerana kesejahteraan itu lebih luas maksudnya (dengar di masjid). Bila Allah tak makbulkan doa kita, jangan cepat putu asa kerana Allah balas doa itu dalam 3 cara:


  1. Allah makbulkan apa yang kita minta.

  2. Allah jauhkan kita dari musibah.

  3. Allah tukarkan doa itu dalam bentuk pahala.
Yang penting, kita mesti percaya dan yakin dengan doa kita. Allah Maha Mendengar dan Dia juga Maha Mengetahui walaupun terselindung.
Mungkin dialog yang selalu kita dengar "Kenapa benda ni terjadi kat aku..kenapa?". Kerana Allah menguji kita. Mungkin senang je cakap kan, bila dan terkena batang hidung sendiri baru tahu. Aku tak nafikan. Nasihatkan orang memang senang. Tapi bila sendiri hadapi, agak perit. Namun, cuba kaitkan dengan diri. Mungkin Allah balas kesalahan kita, atau Allah nak uji keimanan kita. Yang paling penting, Allah sedang perhatikan kita. Ruginya kita kalau Dia mula memalingkan rahmatNya dari kita. Nauzubillah...

Jadi, akak nak pesan kat diri akak..marilah sama-sama kita berdoa kerana doa adalah senjata mukmin.

Jom Beramal.

4 comments:

  1. sy pernah melalui sesuatu yg sgt2 menduga di awal perkahwinan dulu.. tp waktu sy belajar untuk terima apa yg jd sbg balasan pd kesilapan sy sendiri & tidak terlalu menunding jari pada salah orang lain. memang kehidupan masa tu rasa sukar sgt.. tp sy berdoa dgn yakin.. Sbb sy pernah dgr satu ceramah yg menyebut pasal doa ni. Kita kena yakin.. Insyaallah Tuhan Makbulkan. Alhamdulillah kak.. kehidupan sekarang lebih baik dari yang sebelumnya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..baguslah adik cepat matang..akak memula dulu tersungkur jugak..tapi Allah permudahkan juga. MOga kita sama-sama temui jalan bahagia yg hakiki ya..

    ReplyDelete
  3. time kaseh sudi komen...btw,sekelas?ape maksudnye? xpaham neh kak..kekeke...

    n thanx mskkan sy dlm blog list...

    dah folo akk n da mskkn lam list.=)

    ReplyDelete
  4. btol tu..kalo ada musibah..yong cuba cool..wlupon yong ni cpat je gelabah
    heheh

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...