Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, January 21, 2011

Aku pun perempuan..

Ini malam yang keempat aku tidur di wad kanak-kanak (Ipoh Specialist Hospital) menemani anak kecilku, Irsyad Soleh. Malam ni sejuk sikit pasal tadi aku dah request kat nurse tu kasi down skit temperature kat bilik ni. Kalau nak panas je..jangan la pakai air-cond..berpeluh weh. Pasalnya katil aku jauh dari air-cond, memang la yang depan air-cond tu sedap jek..aku lah derita.

Dari pagi tadi menghayun si Soleh, baru sekarang dia tidur dengan rasminya kerana sejak tadi dia asyik tidur ikut resmi ayam.
Berbalik kepada tajuk di dalam entri tengah malam ku ini. Aku nak melayan perasaan sedikit. Teringatkan member seangkatan pangkat dengan aku..isteri dan ibu. Dalam kebahagiaan dia melayari bahtera, macam biasa pasti ada ombak yang mengganas. Cuaca pun tak selalunya cerah. Dia marah..nasihatlah macamana pun, hatinya dikuasai amukan marah kerana suaminya bermain cinta dengan wanita lain.
Aku pun perempuan. Dan aku faham. Memang kecewa bila diperlakukan begitu. Aku pernah kecundang. Mungkin terlalu cepat membuat andaian. Salah aku pun ada juga..aku nasihatkan kawanku berdasarkan pengalaman. Jangan terlalu cepat melatah. Kita bermuhasabah ingat pada diri kita. Apa Allah nak tunjukkan..(senang la cakap..bukan laki ko yang buat hal..) Siapa tau..akan datang..itulah masalah yang akan menimpa Akak Nora suatu hari nanti kan..Nauzubillah..


Prinsip yang mematangkan Akak Nora dalam menjalani rumah tangga ini :
  1. Bahagia macammana pun, belum tentu suami pendengar yang baik..kembalilah merintih dan merayu kepada Allah. Kerana Dia tak pernah jemu dengan kita.
  2. Memang sakit jiwa dan raga jika kasih dipersendakan oleh orang yang kita sayangi..anggaplah kita pun mungkin ada silap hingga dia mencari keseronokkan di luar.
  3. Lelaki tetap lelaki. Perempuan sekarang pun tak boleh percaya...kalau tak melayan tak jadi masalahnya..ni tahap gatal suka tengok rumahtangga orang runtuh..
  4. Jika kita da cuba sedaya upaya yang sebaik mungkin, kita berdoa dan bertawakkal saja kepada Allah..anggaplah ia ujian untuk kita rapat kepada Nya...

Lagi satu, akak nora pegang pesanan Rasulullah saw ..kalau kita perempuan ada masalah, jangan ceritakannya kepada lelaki dan begitulah juga sebaliknya. Ini adalah untuk mengelakkan fitnah dan membesarkan masalah yang sedia ada. Dan seriously, akak nora tak suka KONSEP BERKAWAN LELAKI DAN PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG. Kenapa mesti PEREMPUAN telefon lelaki yang dah kahwin tengah-tengah malam..atas alasan KAWAN..begitulah juga sebaliknya

" KUCING MANA NAK TOLAK IKAN ?" "Perempuan sekarang ramai dah tak sunat ke"

3 comments:

  1. Kak nora kasi up sket aircond? lagi up lagi panas la kak nora weh hehehehehehehheheh......
    Patut nye, bagi turun temperature :p

    ReplyDelete
  2. hanya yg melalui tahu bagaimana rasanya.. tp sy setuju dgn akak ckp.. sy pun berpegang pd 1 perkara melihat slh sendiri dulu sblm menunding jari pd slh org lain.. kdg2 lelaki ni x nk mengaku dh berbini.. nk slhkan pmpuan yg menggatal dgn laki kita pun rasa x adil sdgkn laki kita yg gatal.. hnya memohon kpd Allah shja jalan yg terbaik.. Dlm usia perkahwinan yg br nak cecah 9 bln ni sy dh lalui mcm2 benda.. Bertahan & terus bertahan slgi Allah mengizinkan ikatan perkahwinan ini.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...