Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, February 1, 2011

Teruskan Menyokong Akak Nora..


Hari ini, angka cantik untuk jumlah follower blog Akak Nora nih. Ada 77 orang. Aku katakan angka cantik ini kerana en.hubby suka sangat nombor 7 ni..hehe. Memang la tak berates apatah lagi nak beribu riban. Namun, aku teruja kerana menunjukkan masih ada yang sudi menjenguk blog Akak Nora yang tak seberapa ini.
Buat kawan-kawan akak nora
terima kasih
kerana menyokong akak nora ya..




Mengimbau kembali masa zaman bermulanya aku berblog. Bermula ketika aku selalu masuk dan baca blog rakan sekelas ketika menuntut di Uitm dulu. Dia bukanlah blog tegar kerana ketika saat ini hanya lah 12 follower dia. Up date blog pun jarang sekali. Tapi, entahlah aku suka membacanya. Mungkin kisah hidup seharian dan mungkin aku baru menjebakkan diri dalam arena blog.

Jadi, terdetik dan terpengaruh nak ada blog sendiri juga. Korang semua jangan tak tahu..berpulun aku nak mencipta akaun blog sendiri. Yang terlintas hanyalah ‘blogspot’. Akak nora siap tengok video tutorial dia dik ooiii...

Perlahan-lahan aku mengikuti langkah-langkahnya. Dengan berhati-hati mengisi form yang disediakan. Hinggalah terbit blog aku nih. Masa tu, guna aje page yang dah sedia ada. Bermulalah aktiviti berblog aku. Tapi, masa tu tiba-tiba saja aku jadi ‘blur’. Nak taip apa..nak cerita apa? Kawan blogger? Memang tak ada langsung..istilah follower , aku cuma faham ‘pengikut’ tapi tak mengerti lagi. Sungguh zero ketika itu. Apa yang aku tau post entri, masukkan gambar pun terkial-kial weh.

Lama juga aku belajar. Bukan tak ade bertanya kat orang. Maklumlah mungkin tersilap tempat bertanya. Semua tak tahu..yang berblog pun kata, diorang punya pun orang lain buatkan. Aduh..merangkak betul aku ketika itu. Bab paling kritikal nak tempekkan iklan dan code html. Masa tu memang tak faham istilah-istilah ni..URL pun aku tak tahu dulu.
Tiba-tiba, blog aku ada follower. Takkan aku lupa follower pertama aku, GreenAppleKu. Sekarang dia dah up sikit dengan domainnya. Dia dah jauh ke depan, dah makin hebat. Aku masih di situ. Entri pun macam tak ada jiwa. Hehe...hinggalah aku di jembut buat pertama kali masuk contest oleh Gen2Merah. Haha..seharian juga aku siapkan contest pertama yang aku join, “gambar candid contest”. Tersenarai top 5 tapi tak menang. Tapi, aku suka. Kerana di sebabkan itu aku belajar macam-macam. Dalam berblog ni aku suka jenguk blog Makbed. Dalam diam aku banyak belajar dari blog dia. Inilah insan-insan yang membantu aku dalam tidak sedar.hehe..terimakasih Akak Nora ucapkan. Terasa diri ini tak keseorangan.
Bila aku dah betul-betul faham, aku mula berjinak-jinak mengenali blogger lain, blogwalking, masuk contest itu dan ini, haa...daftar Nuffnang jugak. Hehe..yang paling membanggakan bila aku jumpa blogger yang sudi mengajar apa-apa yang berkaitan dengan dunia blogging ni, seperti Nur, member baru aku. Sharing is caring...dan dari akak nora, Thanks for everything...
Akhir sekali terus lah menyokong, menyinggah dan menegur Akak Nora dengan komen-komen anda ya.

Dan maafkan diri ini seandainya jemari ini menaipkan ayat-ayat yang kurang menyenangkan di ruangan blog anda. Akak pun manusia, mungkin tak sedar masa tu.

2 comments:

  1. wahh! kembang jap diri sendiri. heheheuuheheuhu. takde apa la. sonok tgk blog org cun-cun.

    teringin la nak ada domain sniri. camne ek? tau dak mana nak refer?

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...