Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, February 28, 2011

PEMAAF

Artikel Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
(Sambungan Jadilah Manusia Hebat)

Pemaaf.


Orang yang mudah meminta maaf dan mudah pula memberi maaf kepada orang yang berbuat salah keoadanya adalah orang yang hebat. Mengapa? Hal inikerana tidak ramai yang sanggup menundukkan perasaan ego dan sombong untuk berbuat demikian.

Walaupun pada pandangan manusia, orang yang pemaaf ini tiada apa-apa keistimewaannya, tetapi lama-kelamaan insan pemaaf akan dipandang tinggi oleh manusia. Hal ini ditunjukkan sendiri oleh junjungan Nabi Muhammad saw yang mudah memaafkan manusia yang berbuat jahat kepadanya.

Sikap pemaaf ini hanya dimiliki oleh jiwa yang bersih dan suci. Orang yang pemaaf mempunyai hati yang kaya, kerana ia tidak ambil hati terhadap kata-kata dan perbuatan orang lain kepadanya. Lantaran kekayaan jiwa yang memenuhi hatinya, maka perbuatan jahat orang lain terhadapnya tidak memberi kesan kepada hatinya. Yang penting bagi insan pemaaf ini ialah sifat berkasih sayang sesama manusia.

Darjat yang dimiliki orang pemaaf sebenarnya telah diangkat tinggi di sisi Tuhan. Dalam kerendahan hati, ada keluhuran budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Hidup ini lebih indah jika ada sikap bermaaf-maafan antara kita.


Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf.

  • Tidak perlu menang setiap masa
  • Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah
  • mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.
  • Berdoa supaya disabarkan hati.
  • Bersangka baik.
  • Memikirkan kebaikkan yang telah dibuat oleh sahabat kita.

3 comments:

  1. Trima kasih kak nora atas info yg bermanfaat. Maaf, perkataan yg amat ringkas tapi amat sukar utk diungkap, melainkan oleh pemilik hati yg suci.

    klik HB satu. heheh

    ReplyDelete
  2. belajar menjadi insan yg lebih baek setiap hari kan akak...

    ReplyDelete
  3. betul tu, tanamkan sikap murah meminta maaf jangan terlalu ego..tak rugi pun..
    insan cemerlang dtgnye dari akal,dari hati yg bersih dan jiwa yg tenang..:)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...