Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, February 22, 2011

Agaknya inilah punca penderaan.

Sejak dua menjak ni, Izzat Yusuf selalu meragam benda-benda yang tak relevan pada mata aku tapi sungguh rasional pada mata dia. Semalam pun dasyat. Tengah orang azan maghrib tu dia boleh terpekik terlolong. Aduh....nasib baik abahnya belum balik. Punya sakit jiwa, akak nora rasa macam melayang sekejap...berpinar..(erm..aku ada darah tinggi ke).


Hari ini, sama juga. Dia mula lagi. Kali ini waktu solat Asar. Memang sungguh tak rasional. Dia marahkan aku pasal cerita 'SpongeBob' dah habis..relevan ke...Aku pujuk juga dalam nada lemah lembut sebagai seorang ibu. Seterusnya? dia bagi lagi 'kaw-kaw'. Macam di rasuk..


Pelbagai usaha aku cuba. Baca apa yang patut..erm..memang dia nak tunjuk perangai. Aku dah mula 'agak panas'. Argh....!!! tekanan pasal tiada jalan penyelesaian. Tak boleh di pujuk, dan dia makin hebat berjoget rock depan aku.


Aku terus ambil wuduk, sebab aku belum solat Asar. Sedang aku mengerjakan rakaat yang pertama, Izzat Yusuf hentak-hentak kaki dihadapan aku di atas sejadah. Ketika sujud, tangan aku terlanggar seluar dia. Basah...hangin kan...


Aku batalkan solat. Buka telekung dan angkat tikar sejadah ke mesin basuh. Disebabkan aku tak tahu di mana dia terkucil, kenalah aku mop satu rumah dahulu. Izzat yusuf telah 'berkonsert rock' dalam bilik air..' ibu!!!...ibu...!!!ibu...!!!'.


Selesai semua, aku sempat lagi kejar Asar. Alhamdulillah...kuatkan lah semangat hamba Mu ini yang terkadang boleh tersungkur juga.


Bila akak nora fikir. Mungkin salah satu penyebab kes penderaan adalah seperti ini. Ye lah...nasib budak itu lahir dalam keluarga panas baran..baru buat hal sikit, dapat balasn berpuluh dari mak ayah dia kan..wallahualam..nauzubillah...

Blogwalking - akak nora jumpa ilmu bila kita rasa nak baran. KLIK SINI...Klik Heartbeat akak juga..

2 comments:

  1. sabar ye nora...
    kak ain dah rase semua tu...nnt dah besar ok la tu...tibe2 jd sunyi jer nnt...rindu la pulak mase2 dia org kecik2...

    ReplyDelete
  2. Memang menguji kesabaran kan kak..
    Banyakkan bersabar ye.. kerenah budak2.. :)


    Dah klik HB :)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...