Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, February 16, 2011

Alergik habuk.. macammana nak kemas rumah ye?

Hehe..semalam akak nora sibuk seharian. Jadi, hari ini mata akak sakit...tengok perkakas en.hubby mengganggu di lorong nak ke dapur. Apa lagi, kasi kemas. Bila aktiviti menyapu pula, habuk pun menerawang ke udara.



Aku dah cover hidung pasal takutnya kena selsema. Dasyat kalau aku dapat selsema. Boleh bersin 20kali tanpa berhenti. Bayangkan deritanya nak tarik nafas. Macam-macam ubat aku dah cuba. Memang ada berkesannya. Tapi alergi kepada habuk tetap begitu. Walaupun aku dah cover hidung, pakai mask..tetap macam tu. Jadi, sekarang ni aku dah jadik budak hingusan semula.
Cuma aku hairan, memang akan begini ke selamanya. Dalam dunia moden ni, ada tak peralatan yang menyedut habuk je kerjanya. Bukan vakum tu..macamana aku nak cakap ye..
pasal rumah aku ni, aku sungguh2 kemas hari ni pun. Esok berhabuk balik. Belum letak sofa dan perabot pelbagai kan.
Kalau aku open masalah aku ni kat facebook, mulalah macam-macam 'produk' di cadangkan. Aku ye kan aje..bukan apa, aku tak suka nak kritik lebih-lebih kerana aku dah guna. Produk Be Young dari Zhulian yang harganya beratus sekotak tu pun aku dah makan. Pada aku, kalau nak sakit sakit juga. Cuma niat aku untuk mendapat khasiat tambahan untuk badan yang semakin 'berumur'..eceh...
K lah..akak nora tak de mood nak update tentang aktiviti semalam. Tapi memang seronok. Mata dah mula gatal dah ni..sabar..sabar...Allah duga dengan sakit yang remeh je ni..takkan nak merungut lebih-lebih kan.

5 comments:

  1. sabar jer la ye nora..
    betul tu kalau dah nak kene telan ubat berbotol2 pun kene jugakkk...

    selamat malam...

    ReplyDelete
  2. salam kak nora..thanx sudi folo my blog =)
    sy dh folo blog akak jg..
    follower yg ke 111 hohoho no besh kan..
    and dah klik kamu nye HB jg hehehe..
    stay tune..more make up & beauty tips wif pinky momma!
    take care sis =)

    ReplyDelete
  3. sye pn alergik ngan habuk n seafood.. nnt mule naik gatal2 kat seluruh bdn.. kdg2 smpai bengkak2

    ReplyDelete
  4. jgn merungut2 jew...
    mengadu xpe akak...
    hehhee...

    ReplyDelete
  5. Allah uji kita sakit sebab tau kita mampu hadapinya dan tandanya Allah sayangkan kita..
    Kalau akak alergi ngan habuk bagai, pe kata kurangkan aktiviti menyapu tu dah akak tak tahan, seminggu 3-4kali ke..

    **Dah klik HB ye akak :)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...