Teringat pula ketika aku praktikal di Makmal Kawalan Mutu Makanan di Klang. Aku ditempat selama sebulan di bahagian Mikrob dan sebulan lagi di Bahagian Kimia. Kami bertiga semuanya dan aku bertuah dapat setempat dengan kawan baik aku merangkap adik sepupu en. hubby. Senang nak bekerja dan yang paling penting, tak bosan masa tu.
Banyak juga yang aku belajar. Ketika di bahagian Mikrob, bulan puasa seingat aku la.. Banyak sampel dari bazar Ramadhan yang sampai di makmal tersebut. Sampel-sampel itu di ambil oleh Inspektor Kesihatan yang bertugas. Pemeriksaan dilakukan untuk mengenalpasti sama ada makanan tersebut selamat untuk dimakan atau tidak. Di bahagian mikrob, kami boleh bantu sikit-sikit je kerana keputusan pemeriksaan adalah penting. Kalau disahkan makanan tersebut tidak selamat, alamatnya gerai tersebut akan di tutup. Selalunya, makanan yang sering tercemar adalah yang banyak menggunakan aktiviti penggunaan tangan seperti kuih ketayap (menggulung), kerabu (menggaul) dan seerti dengannya. Jadi, nanti hati-hatilah nak beli makanan si luar ya.
Aku nak cerita sikit masa aku di bahagian Kimia. Kami banyak buat pemeriksaan kadar kandungan racun perosak yang melekat pada hasil tumbuh-tumbuhan. Kadang-kadang sampel teh pun ada. Seronok juga kerana kadang-kadang ada sampel dari luar seperti mangga dari india. Tapi, nak makan pun takut.
Lagi satu pemeriksaan, yang memang kerap kami jalankan sampai Penolong Pegawai tu pun lepas tangan kat kami. Tapi sediakan sampel aje lah. Sampel untuk mengenalpasti sama ada terdapat pewarna tiruan dalam buah-buahan. Pelik juga pada mulanya. Tapi, bila di terangkan bahawa kemungkinan peniaga ingin mendapatkan hasil yang cantik pada luaran buah-buah tersebut, tak mustahil mereka akan menyuntik warna-warna tambahan atau tiruan. Aku pernah sediakan sampel buah delima. Melekat warnanya kat tangan..kuat betul. Lupa la dari mana..
Sekarang, pengalaman itu menjadi kenangan yang indah dalam diari kehidupan aku. Yang membuatkan aku terimbau balik kenangan lama ialah kisah yang berlaku ketika aku di rumah emak aku di Perak. Masa tu aku baru balik dari hospital, kan adik Soleh kena masuk wad nak dekat seminggu.
Emak ada beli epal dari Tesco, sama dengan adik lelaki aku. Yang bezanya..emak aku beli yang kena pilih sebiji-sebiji tu. Yang adik aku pula main beli satu plastik tu je, harga pun murah. Tapi memang cantik berkilat tiada yang rosak. Di rumah, emak cuba makan yang adik aku beli.
Emak aku kata dah la keras, warna merah dia..pergh..kuatnya. dan yang pasti rasanya semacam, tak ada rasa epal.
Emak cuba lagi, macam tu juga.
Akhir sekali, emak kunyah epal yang dia beli.
" Ni konfom epal. Yang tadi entah apa entah"
Jadi, baki epal 'merah' tadi hanya dicampak ke dalam tong sampah. Mungkin rasanya pelik. Kalau rasa dia sedap, mungkin mereka hentam je. Jagalah kesihatan tu....
p/s : seumur hidup akak nora memang tak pernah jumpa epal macam tu sekali ish..jaga-jaga apa yang kita makan ye kerana ia akan menjadi darah daging kita nanti.
ish..
ReplyDeletepelik nye...
xpernah tgk la akak...
bahaya gak kan...heheh angah tak makan epal nasib2
ReplyDelete1st time tahu psl pewarna dlm fruits ni. :D
ReplyDeleteHi, I pun nak buat industri training kat MKMM la. Boleh bagi alamat dan contact info ke?
ReplyDeleteTX
ishhh....first time tgk buah epal cmtu..ngerinya..
ReplyDeletejenguk2 rumah saya ya www.anyshanur.blogspot.com