Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, February 17, 2011

Bercelak. Sunnah dan Petua Orang

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Hendaklah kalian bercelak dengan menggunakan batu celak (al-ithmid) sebab celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)



Ha..jadi adalah sunat jika kita bercelak tau. Cuma, kalau nak ikutkan sunat untuk melebatkan bulu mata tu, aku tak berapa pasti. Mungkin ada jenis-jenis celaknya. Dan ada kata orang nak guna celak Mekah. Aku pakai aje celak yang di beli di farmasi. Jadilah..jangan di sebabkan celak punah segalanya ek..



Al-kisahnya, aku pernah mendengar ada orang kata, kalau ibu mengandung suka pakai celak, Nanti mata anaknya berbulu mata yang lebat. Kalau nak anak merah kemerahan pula, rajin-rajin pakai inai. Ha..yang ini, emak aku marah. Dia kata..



“ kalau pakai inai masa mengandung ,nanti uri lekat masa melahirkan..” takutkan bila dengar.



Bukan aku percayakan petua orang tua tu. Tapi, aku takut ‘tak dengar cakap emak’. Kan 2 perkara yang berbeza.




Kembali semula kepada kisah celak tadi. Aku memang suka bercelak. Kalau keluar, tak perlu mekap susah-susah nak bertips pelbagai, siap syadow sana sini, foundation berlapik-lapik, nak mancung itu ini..ish tak payah..dari dulu aku solek Cuma bedak, celak, merah sikit pipi dan lipstick. Kalau tak mekap langsung kang..(konon-konon nak natural beauty..ayat tu tak boleh pakai dah..), ada je alasan en.hubby. Bila aku mekap pelbagai, lambat siap pula. Manusia..penuh dengan alasan.



Aku memang suka celak kasi tebal. Jadi, tak suka pilih wana hitam..huhu takut aku tengok muka aku nanti. Jadi, warna pilihan ialah coklat. Masa mengandung, lagi best..konon-konon nak melawa je. Kat rumah pun aku bersolek. Bukan susah nak cuci kan..saja suka. Tu pasal, ramai yang main teka-teka aku ngandungkan anak perempuan. Tak ada lah..naluri keibuan aku kata ‘ini budak lelaki juga’..siapkan nama lagi. Haha..



Persamaan mereka dua beradik ni, bila orang sekeliling menegur je..mula-mula,



“Semangat nye badan..berapa bulan anak kak ni? Makan apa sampai badan macam ni?”



“Ish..bulu mata..mengancam..”



Itulah ayat yang selalu diajukan oleh orang-orang yang menegur pn.ibu ini. Hanya membalas dengan senyuman. Masa aku tunggu adik soleh di wad dulu, ada nurse yang mengandung siap tatap muka aku nak tengok mata.



“Bulu mata akak tak ada lah lebat mana pun..” kenyataan ikhlas dari nurse tu.





Betul..akak biasa-biasa saje..tak edit pape..



Aku sengih aje. Dah dia nak panjang, nak buat macamana. Aku pun tak tahu. mungkin mereka ada mewarisi dari en.hubby. Cuma, mereka punya extra sikit. hehe..


Adakah kerana petua bercelak itu? wallahulam..kuasa Allah..




Sepakat pose tunjuk mata masing-masing. Yelah..ibu punya dah banyak gugur.

8 comments:

  1. OOO.. PATUT LA bulu mata oni lebat kot. sebab ibu dia mmg tak tinggal celak mata sejak sekolah. tihihihihhihi....

    ReplyDelete
  2. Aik..dah tukar gambar baru yer..comellah mama Nora ni. Saya pun suka bercelak. Nora, tq for komen. Keep in touch.

    ReplyDelete
  3. MAK aih.panjang nyer bulu mata!!!

    ReplyDelete
  4. makbed, kebetulan jer tu..jgn perasan..ngee..

    kak...ow kak....sihat?:)

    ReplyDelete
  5. tersengeh sorg2 aku bc komen semua ni..cute2 sume...hilang sunyi...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...