Semalam, sebelum khutbah jumaat, imam tu ada bagi kata-kata ceramah sedikit. Berkaitan dengan solat, saf-saf di dalam masjid dan gangguan kanak-kanak uang di bawa oleh ibu bapa ke masjid.
Imam itu ada mengatakan bahawa anak boleh dipukul pada usia 10 tahun jika dia masih tidak menunaikan solat. Akak nora pun dah biasa dengar ceramah berbunyi begitu. Masalahnya, berapa ramai ibu bapa, yang ambil berat dengan hal-hal berkaitan solat ni.
"Ala..biarlah, nanti pandai lah diorang belajar solat bila dah besar nanti.."
Ada yang mengambil berat pun masih tak betul juga. Ye lah..anak di marah tidak solat, tapi contoh yang budak tu nampak hari-hari, emak dan ayahnya tak pernah bersolat.
Berapa ramai 'ketua keluarga' mengajak ahli keluarganya ke masjid, solat berjemaah di masjid? Tapi, yang bawa pergi tempat berhibur, bersukaria, sambut parti sampai lepas waktu solat...mesti tak cukup jari nak kira kan...
Akak nora pun tak terkecuali. Teringin sangat nak solat selalu di masjid. Tapi, masjid kat sini selalu war-warkan tentang budak yang di bawa ke masjid. Terasa juga akak, anak akak nora kan tengah kencing di pampers lagi...
Tapi, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita lambat bersolat. Tunaikan solat bersama anak-anak kita dan suami/isteri yang tercinta. Biarlah cinta sentiasa terikat dan indah ketika di tikar sejadah. Rindukan selalu rintihan kepadaNYa.
Jangan lewatkan solat tau. Tunaikan solat seawal yang mungkin. Selain menjadi hamba yang di kasihi Nya, terdapat pelbagai kehebatan jika bersolat awal waktu. Akak jumpa kat blog kawan ni...
ok..KLIK lah apa yang patut..kot2 banyak tabungan di alam maya ni..
Ih Ih ih... kalau emak ayah tak solat, alangkah dasatnya keluarga tersebut... Takleh dibayangkan...
ReplyDeletebetul2...dasat kan..mesti buruk walaupun diorang hidup berbungkuskan barang yang branded
ReplyDeletea ah...dah layak tu...
ReplyDeletepe yang layak ni...
ReplyDeletemelentur buluh biar dr rebungnyer ;)
ReplyDeleteni dah jadi buluh ye..patah la..hehe
ReplyDeletejadi buluh bako wat lomangggg jo looo..hihi..
ReplyDeletesama2x kita doakan agar ibubapa yg tak solat ini segera bertaubat dan bersolat.
ibu bapa dijadi kan tempat merujuk...
ReplyDeletejika ibu bapa xwat...
anak2 xwat gak la...
rasanya dulu masa tadika dah kena bantai tak solat,
ReplyDeletebudak2 skang ni mak bapa mana nak pukul,bila kat sekolah guru displin bantai dah report kat parents klu ditanya dia kata mak bapa saya pun tak pernah pkul saya,
begitule sukarnya jadi cikgu zaman sekarang..