Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, February 13, 2011

Terkejut..en.hubby tangkap ular.

Ish..geli geleman tak habis lagi melihat ular tu belingkar. Ada lagi kat dalam bilik air rumah aku ni. En. hubby letakkan ia dalam guni. Entah bila ular tu nak di bebaskan.


OOOppppss!!! Bukan 'ular' kontroversi ni...


Al-kisahnya, semalam riuh kakak ipar ku memanggil en.hubby. Katanya ada ular didalam bilik air di rumah penyewa di hadapan rumah kami. Ish..aku rasa semalam semua 'lelaki' ada kat rumah. En.hubby juga yang di cari mereka. En. hubby pun pergi dan balik selepas itu. Dia kata abg nasir (penyewa) dah tolak ke tepi, jadi ular tu dah menyorok di bumbung. Aku jenguk ke luar. Emak dan jiran di barisan rumah depan, semua dah duk menempek kat luar. Mesti 'gerun' sudah bersarang di hati.

Aku pula nak mandi. Nak bersedia untuk solat Asar. Ular tu kat bumbung barisan rumah depan. Tapi, 'kegerunannya' meremang bulu tengkuk aku. Tambahan pula bilik air aku dah ditinggikan, memang dekat sangat dengan bumbung dan ruang nak tengok ke atas bumbung tu pun tak jauh dari kepala aku. Ish...tekanan perasaan betul..

Sekali lagi, en.hubby di panggil. Aku tak keluar kerana azan dah berkumandang. Selesai solat asar, aku dengar keriuhan di luar. Ku sambar tudung yang tersangkut, terus keluar.


En.hubby dengan tangkapannya. Serius ...cantik corak dia. Tak garang lagi, bebudak lagi kot. Dia terus lembik..macam takut. Tapi, aku tetap geli...meremang tangkap gambar ni.

Kalau ikut hati en.hubby, dia nak bela. Memang ada tersimpan impian nak bela haiwa exotik..aku hanya menjerit..

ooo...tidakkkkkkk

Ular sawa batik tu lama-lama membesar..ish...aku geli...

Sapa nak? inform akak ek...akak kasi jual..hahaha

4 comments:

  1. encik kamen tak pernah plak tangkap ular besar.ular kecik pernah la.huhu..

    tapi gambar rama2 tue yang menarik minat encik kamen...macam ular juga.haha

    ReplyDelete
  2. Ular...!!! Aiseh dengaq nama je dah gerun apatah lg nak membela.. :) Berani ek your hubby tgkap ular, patut ar kejiranan meminta bantuannye.. :)

    ReplyDelete
  3. ular sawa albino jinak skit.. tp ular sawa batik bila besar takut dia lak menganas.. :D

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...