Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, February 24, 2011

Bukan dunia akhir zaman. Tapi, dunia dah nak berakhir.

Apabila dunia dihidangkan dengan pelbagai cerita yang 'agak merepek' dan 'tak munasabah', orang ramai pasti mengatakan ' itulah dunia akhir zaman'. Jadi, apa langkah kita yang seterusnya. Hanya melopong menanti dan terus menonton dunia di akhir zaman.

Cuba kita terapkan dalam hati, dunia ni dah nak berakhir. Apa pula rasanya...?

Sekadar pendapat, akak nora pun BUKANNYA HEBAT!!!, ingat statement akak tu. Nanti ada yang kata akak nora ni mandai-mandai je. Sekadar pendapat, akak nora suka lagi statement dunia dah nak berakhir. Jadi, jangan tunggu esok nak bertaubat. Jangan tunggu matahari terbit di arah barat, baru kita teragah-agah nak ucapkan astaghfirullah...

Kalau tidak masa kan ada pepatah, 'mencari rezeki seumpama nak hidup seribu tahun lagi, dan beribadat bersungguh-sungguh seumpama esok tiada lagi'. Ini sudah membuktikan, bahawa Allah tidak menghalang kita mencari rezeki dengan banyaknya, asalkan kita tak lupa urusan akhirat.

Kita dah biasa dengar cerita macam-macam dosa besar yang telah dilakukan oleh manusia dia atas muka bumi ini:

  • Buang bayi, sebab apa..puncanya berzina
  • Derhaka, tak cukup belasah dan bunuh pula
  • Membunuh insan sesuka hati mereka

dan macam-macam lagikan.

Yang akak nora sedih, kenapa Allah dah jadikan kita berpasangan..kaum sejenis juga yang mereka cari. Siap boleh 'menikah', yang akak nora marah sangat ada 'imam gay' pulak tu. Ya Allah...Dia menolak hukum Tuhan. Dia tak baca Al-quran tentang kisah balasan yang menimpa kaum nabi Luth akibat amalan hidup mereka yang suka kaum sejenis tu ke? dah terang-terang Allah tak suka..haram..

Ada beza tak suami dan isteri? mesti ada kan..suami itu lelaki, dan isteri itu perempuan. Rukun nikah apa dik..? ha...terkulat-kulat nak pikir..macam mana nak oral test ngan tok kadi ni.

Suami, Isteri, Saksi, Wali, Akad..Jadi.macamana rukun yang mereka rujuk ya..sah!! bukan rujuk ulamak tu..tapi, ULAR DALAM SEMAK!!!

Risaunya anak-anak akak. Betul kata mak mertua akak. Budak sekarang kita kena didik dan ingatkan dari awal. Selalu bisik atau hembuskan telinga mereka dengan 'inna anzalna....'baca sampai habis tau baru hembuskan. Dekatkan mereka dengan ajaran islam. Akak nora pun tengah payah ni..tapi, siapa lagi nak didik anak akak kalau bukan kami, ibu bapanya.

Akak nora emo pasal terbaca artikel kat lulu pages ni..

http://lulu-pages.blogspot.com/2011/02/astaghfirullahpasangan-sejenis-boleh.html

ha..pe lagi..klik la HB akak. dah en.nuffy merajuk. derma la klik2 korang kat akak..takkan susah kot..hehehe

3 comments:

  1. isk.. memang haru biru dah skunk ni kan..

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak, bila agama diletak tepi, manusia lupa diri..huhuu


    Dah klik HB akak :)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...