Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, February 25, 2011

Entri Jumaat : Fadhilat Surah Al-Kahfi pt.I

Banyak fadhilatnya, kita baca sikit-sikit dahulu ye..akak nora tak nak taip banyak-banyak tapi orang baca sekali lalu je. Baca dan fahamkan. Banyak manfaatnya.

Al-Kahfi
1. Ahmad berkata "Saya dengar Al-Baraa'u Ibnu Aazib berkata: "Seorang lelaki telah membaca surah Al-KAhfi, dan dalam rumahnya ada seekor binatang (kuda), maka beritahunya kepada Nabi (saw)."
Baginda bersabda :"Adakah Sifulan membaca Al-Quran? sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika Al-Quran dibaca atau keterangan turun untuk Al-Quran" (hadith soheh.Riwayat oleh Shukbah)
2. Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi (saw), baginda telah bersabda:"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi, Maka terhindar daripada Al-Dajjal."(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah)
3. Daripada Al-Tarmizi, sesiapa menghafaz tiga ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.
Imam Ahmad berkata:"Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi (saw) bersabda:" Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah al Dajjal." (HR. Muslim dan Al-Nasaa'i)
bersambung......

2 comments:

  1. salam jumaat...semoga kite semua diberkati...

    terima kasih info ni...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...