Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, February 27, 2011

Bukti jelas pengaruh sekeliling kepada anak-anak.

Situasi A : Ibu Izzat di dapur, sibuk mengetuk kuali (konon chef cukup sifat, walhal sijil pun tak lepas. Izzat di ruang tamu, tengok TV, kartun la.. (ruang tamu, atau ruang tak tentu), adik soleh tidur di dalam buai.....Tiba-tiba,..adik soleh menangis.





Macam biasa, kalau setakat merengek, ibu izzat biarkan dalam seminit dua. Kalau diikutkan memang tak boleh buat kerja apa-apa.





Tiba-tiba lagi, abg Izzat Yusuf menjerit:



"Sayang.....anak menangis ni!!!!"



Ibu : Tercengang di dapur..anak aku ke tu?



mesti anda boleh agak, dari siapa dia tengok perangai ni?





Situasi B: Ibu bersiap, abah ajak jalan-jalan.





Abg Izzat : Ibu cantik la..



Ibu : Ye ke...



Abang Izzat : Nak cantik juga...



Sambil menempekkan bedak maybelline ibu.



Abang Izzat : Ibu, Nak gincu..



OOOpppss!! aku tau dah..sapa model untuk kisah ni.





Situasi C : Ibu di dapur, Abg Izzat pun nyibuk kat dapur. Adik di ruang tamu, tidur dalam buaian.



Ibu : abg Izzat, tolong enjutkan adik sikit.



Tiba-tiba abg izzat berdiri tegak. Satu tangan lurus ke atas, satu tangan lagi gaya macam nak tengok jam kul berapa. Tetiba tangan kat di atas tu tepuk tangan yang konon-konon ada jam tu.



abg izzat : BERTUKAR!!!! (terus lari nak gi enjut buaian adik)



ha..macam ibu mintak tolong kat super hero kan...





Situasi D : Ibu solat dan terus mengaji.



Abg Izzat cari songkok abah, tonggang tonggek..pastu dia buka buku kecil Al-Ma'thurat, dan mengaji ikut cara dia.



yang ini....Alhamdulillah.....

5 comments:

  1. heheee, yg baik jd contoh dan ikutan buat anak2.. Budak sedang meningkat camtu la ;)

    ReplyDelete
  2. same la mcm anak kite mase kecik2 dulu...
    tapi kelakarkan tengok telatah dia org ni...

    tapi bile dah besar kite plk akan teringat semula...rase rindu la plk mase dia org kecik2...

    ReplyDelete
  3. hehe..kelakarkan...betul tu..bila dah besar2 ni teringat masa mereka belajar nak merangkak, berdiri, bercakap, berjalan...ish..rindunye...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...