Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, February 9, 2011

Akak nora pun kuat senggugut dulu..(entri minta maaf kat Nini D)

Semalam akak jenguk Nini D. Kebetulan dia tengah menderita senggugut. Ala boys..nama pun uzur kan..memang ada wanita atau gadis yang teruk keuzurannya ketika itu. Akak Nora pun begitu.
Bila cukup masa dan ketika, bulan mengambang je akak nora mula berguling-guling, siap demam pun ada. Berpeluh-peluh. Ya Allah..memang sakit.
Paling teruk masa akak bekerja di sebuah tadika di Bandar Baru Bangi. Ye lah..kita kan bekerja. Nak tak nak kena juga bertugas. Takkan nak berderet cuti sampai seminggu. Tahap hormon tak stabil, tok sah cakap la..kalo boleh nak aje aku cicah sos telan sekor-sekor budak kecik yang buat hal masa tu.
Akak nora pun hairan, kenapa ye?..belum lah tahap jumpa doktor lagi. Kalau ikut mistik, akak memang basuh sebelum buang. Tak baik kalau tak basuh. Benda-benda tak elok kan suka benda-benda kotor. Dah la pulak, dari badan kita. Mak akak pesan, kalau kita tak jaga bab ini, ko cantiklah macam mana pun tetap tak berseri. Akak ingat tu!!
Pernahlah di suatu hari aku suarakan masalah ini kepada bibik bos yang duduk sebilik dengan aku di tadika tersebut. Bibik tu muda sebaya aku, tapi dia suka panggil aku 'akak'. Macam biasa, aku tak pernah marah orang panggil aku 'kakak'. Lantak korang lah..tak berkudis pun telinga aku. Bibik tu jawab..
" Akak basuh pad pakai kaki ya..."
Gulp!! Bukan aku geli atau tak sanggup basuh pakai tangan. Cuma aku tak suka buang masa. Mandi pun pakai shower. Sambil mandi, bersabun..kaki aku bekerja. Dah habis baru aku perah pakai tangan dan teruskan proses pembuangan.
"Ish..mana ada Tri, akak cuci pakai tangan.." ceh ..tak nak ngaku masa tu. Malu aaa
Tri (bibik itu) berkata, di tempat dia orang tua dia melarang cuci pakai kaki. Kesannya begitu lah sakit-sakit macam kena pijak je perut tu bila tiba masa datang bulan.
Suratan atau kebetulan...akak pratikkan dan ubah cara hidup akak sedikit. Sejak dari itu, memang akak pulih dari senggugut. Tak ada langsung senggugut. Alhamdulillah...
Mula-mula akak malu nak share. Tapi bila dah terjadi pada akak, akak rasa mesti ada yg buat macam akak di luar sana. Takkan dalam dunia ni akak sorang je yang buat gitu.
Macam kes aku, mungkin betul kerana aku tak hormati diri aku sendiri. Seperti cuci najis di bontot anak pakai kaki..tak baik tau!! Kalau memang kes kesihatan tu, jumpa lah doktor cepat. Macam kes kakak aku, akhirnya di sarankan supaya 'ikat' bahagian pembiakan tu jangan bagi mengandung lagi. Ini kerana akibat sengugut kuat itu, ia telah menganggu bahagian tersebut. Memang anda masih boleh mengandung, kakak aku pun sempat ada 4 orang anak, tapi siapa tau mungkin ia membawa kesan lain. Nasihat akak, rujuk pakar ya...
Buat Nini D, mungkin comment selintas semalam itu membawa maksud lain. Maaf kalau terasa ye...dalam entri ini akak nora suratkan apa yang tersirat ya...

5 comments:

  1. baru lepas baca kat blog nini tadi.. alhamdulillah, tak pernah kena senggugut.. tp terfikir, selalu basuh pad & air terus ke longkang.. rumah kampung.. longkang bukan terus masuk ke dalam tanah.. jenis longkang yg terbuka tu... walau pun dah gunakan banyak air (basuh pad & mandi) macam mana dgn darah yg telah dibasuh yg ke longkang tadi tu? maksud saya risau kalau benda asing tu masih boleh mengguna-gunakan kita berdasarkan darah yg di longkang tu... aiseehhh panjang pulak :)

    boleh share tak kalau tau pasal nih.. tq tq tq...

    ReplyDelete
  2. skang ni baru pas bersalin jadi senggugut belum datang lg..:)
    mmg kena buat penjagaan yang betul barulah kita sihat dan bersih..

    ReplyDelete
  3. haahh.. aku ingat aku je dimaklumkan perkara jangan basuh pad pakai kaki ni heheh...

    tapi mmg dari zaman mula period aku basuh ngan tangan. cuci , perah suma tak de pakai kaki sebab menda tu suka pecah. HAHAHAHAh.. Lagi pun, ada satu makcik cleaner kat skolah asrama dulu pesan, jangan basuh pakai kaki. tapi dia tak ckp pun kenapa. ooo.. nila sebabnye ekk?

    ReplyDelete
  4. Kak Nora...saya xmarah...amik ati pon x...dulu memang xde senggugut...cuma lps bersalinkan Afif dah ada senggugut...

    kalo ikut hati..nak ajer cuci pad guna sabun fab..kasik wangi..kikiki..

    dulu masa zaman jahil..pernah try nk basuh guna kaki...sekali sumer jelly2 dlm tu..abes keluar...since tu basuh pakai tangan...siap guna sabun wangi lagik..hahahaha

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...