Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, February 28, 2011

Petua Agar Isteri Sentiasa Dicintai Suami

Cinta cintun zaman sekarang ini begitu sukar untuk diramalkan. Kepada yang berkahwin, janganlah terlalu memberiharapan tinggi bahawa pasangan anda cintakan anda dengan sejatinya. Apa statement akak nora ni?

Pada pendapat akak, kita ni manusia. Kehendak dan keinginan hati kita sentiasa berubah. Jika hari ini kita mahukan itu, belum tentu selamanya kita mahukan itu juga. Betul...

Dalam hidup akak, akak belajar mencintai dia niat kerana Allah swt. Bila kita berfikir begitu, kita akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan dia atas tanggungjawab kita sebagai suami/isteri. Kerana sebagai hamba Allah kita patut mengikuti perintah dan meninggalkan larangannya. Secara tidak langsung, ada cinta dah kasih sayang dalam tuntutan tanggungjawab itu.

Jika kita fikir cinta semata-mata, itulah yang berantakkan bila ujian datang melanda. Habis segalanya bergoyang, panggilan sayang menjadi cacian nista. MasyaAllah..dugaan Allah yang kecil begitu sudah buat kita goyah. Nauzubillah..di mana iman kita ketika itu.

Akak nora berkata begini, atas dasar pengalaman. Kan akak nora pun manusia. Tak lari dari kesilapan. Hinggalah akak mula mengenal erti sayangkan suami kerana Allah. Alhamdulillah, walau dugaan berat menghempap, akak rasai kebahagiannya. Cubalah..kerana matlamat hidup kita bukan di sini. Kita cuba mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk kita ke sana.

Jadi, bila akak nora suka sangat artikel yang akak jumpa masa blog walking di BLOG Saudari Munirah ini..jom, kita amati inti artikel ini yang boleh dijadikan panduan dalam hidup penuh cabaran ini.

Ada segelintir isteri beranggapan bahawa mereka berhak atas cinta suami mereka. Anggapan ini tidak sepenuhnya salah, kerana memang salah satu asas, tegaknya sebuah rumah tangga bahagia adalah adanya mawaddah (cinta) antara suami isteri. Tetapi harus direnungkan bahawa cinta tidak datang dengan sendirinya, dan ketika ia hadir, tidak ada yang dapat menjamin ia akan menetap selamanya. Cinta memerlukan usaha. Jika ingin suami selalu cinta kepada anda, anda tidak boleh hanya diam dan berkata, "Alaa, dia kan suami saya, secara automatik dia mencintai saya! Kalau tidak, mengapa dia memilih saya untuk jadi isterinya?"


Bahawa suami mencintai anda kerana anda adalah isterinya memang betul, tetapi apakah anda yakin cintanya selalu ada dan terus ada selamanya?


Ramai juga wanita yang tidak berasa yakin setelah menjalani kehidupan rumah tangganya sekian tahun, apakah suami saya masih mencintai saya seperti dulu? Kerana itu, berhentilah bersikap pragmatis. Berusahalah membuat suami anda selalu cinta, malah dari hari ke hari semakin bertambah cinta kepada anda

Seseorang isteri yang ingin selalu dicintai suaminya hendaknya menyedari bahawa jurus yang paling penting dan efektif untuk meraih itu adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan berusaha sedaya upaya untuk mentaati dan menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya. Dalam kata lain, dengan berusaha menjadi seorang muslimah solehah. Harm bin Hayyan, seorang ulama di masa Khalifah Umar bin Khattab ra berkata, "Tiada seorang hamba yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT, melainkan Allah akan mendekatkan hati orang-orang mukmin kepadanya, dan istri yang senantiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, maka Allah akan mendekatkan hati suaminya kepadanya sampai ia mendapatkan cintanya."



Petua Agar Suami Selalu Cinta


1) Berusaha dengan tulus dan ikhlas 'menyerahkan hidupnya' untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. "Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (HR al-Bazzar).


Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapa pun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda

2) Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu. "Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah" (HR Thabrani).


3) Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Apabila anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. "Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya." (HR Ibnu Majah).


Oleh itu apapun yang bergelojak di hati anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami anda.


"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah s.w.t. membencimu. Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah dari mu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu berputar, kadang manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Di saat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.


4) Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.

(tq to http://myana4eva.blogspot.com)

Akak nora berkata : Itulah petua yang akak suka sangat. Mungkin ada yang kata,perempuan je nak derita, berkorban..lelaki bersuka ria di luar. Ingat!!! hidup kita bukan di tangan suami kita, di tangan Allah swt. Tapi, melalui suami kita, kita mampu peroleh banyak pahala dan kebaikan jika kita berusaha jadi isteri solehah.

5 comments:

  1. Biarpun masih baru berumahtangga tp sy dh lalui mcm2.. Byk yg sy belajar. Menerima seadanya & apa yg di luar kemampuan & penglihatan saya serahkan pada Allah. Sentiasa memaafkan biarpun di sakiti dan mendoakan kebaikan biarpun di lukai. Sepanjang perjalanan menjadi seorang isteri ni.. Apa yang saya belajar adalah menjadi seorang isteri tak mudah. Sy akui sy lebih banyak beralah & diam kalau terluka.. Diam tak bermakna kita kalah. Memberi ruang kebebasan pada suami untuk buat dia berfikir apa yang terbaik untuk dia? Cinta.. di akui hari ni mungkin untuk kita, esok entah macam mana pula.

    ReplyDelete
  2. as salam kak nora....tima kasih kerana berkongsi ilmu di sini....sbg seorang wanita terlalu mudah utk kita mndapat dosa dari memperolehi pahala...sedangkan amat mudah utk kita perolehinya seandainya kita tahu kan?? mudah mudahan kita diberi peluang utk menjadi yg terbaik buat suami dan keluarga kita...Amin...

    ReplyDelete
  3. Salam akak Nora..
    This is my first time of getting into your blog..
    Alhamdulillah..
    Dalam mencari-cari ketenangan di kala hati begitu lara menanggung keperitan alam berumahtangga, syukurlah saya ketemu blog akak..
    Sedikit sebanyak dapat membantu menenangkan hati yang begitu pilu mengenangkan nasib diri yang tak sudah-sudah dengan masalah rumahtangga angkara orang ketiga..
    Orang ketiga itu telah benar-benar menguji rumah tangga kami seawal kami telah bertunang dan dia masih isteri orang, sehinggalah kini (kini dia telah bercerai).
    Bagaimana nak pujuk hati yang gundah gulana ini akak..
    Setiap hari menghadapi suami yang sentiasa dekat dengan orang ketiga ini kerana si dia ialah staff kepada suami saya..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...