Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, February 4, 2011

Kesilapan semalam

Baru sekarang aku berpeluang menarikan jemari ku di atas papan kekunci Ms.lappy. Dari pukul 8 sampailah 2.30 petang tadi, en.hubby busy update detail player team bola dia dalam ps2. Memang samapi tertidur-tidur aku menunggu ms.lappy pulang ke pangkuan ku. La ni..en.hubby pula yang tertidur-tidur lepas menyantap daging goreng cicah air asam tadi.





Semalam kami dah beli susu untuk menambahkan khasiat kepada badan kami. Izzat dengan susu untuk budak berumur 3 tahun, en.hubby dengan susu untuk elak reput tulang..hehe..





Aku atau adik soleh punya susu yang nak di beli ni? Akak berfikir semalam..bukan apa, akak rasakan susu badan dan berkurangan. Penat kot..Kesian kat adik kerana dia belum boleh makan lagi. Akak tak berani lah macam setengah orang tu buat. Baby umur 4 bulan pun dah di beri makan. Tapi, nak bagi susu pun adik bukannya nak minum pakai botol. Aduh..lama juga akak nora berfikir di situ. Akhirnya, akak mengambil keputusan untuk mencuba Anmum-Lacta, Khas untuk menambahkah khasiat bagi ibu yang menyusukan bayi. Akak dah pegang kotak besar, tapi takutlah tak terminum. Lemah sikit bab susu-susu ni. Akak ternampak kotak kecilnya dan berperisa coklat pula, ok lah tu.





Bila dah tiba masa, aku pun menjalankan tanggungjawab. Susu izzat sudah dibancuh begitu juga untuk en.hubby. Tibalah untuk diri ku pula. Dah jumpa bekas untuk menyimpan susu, aku pun nak koyakkan kotak....sekali....



Aku terus tengok gambar pempuan usap perut boyot tu. Ni susu untuk makbed n lekat lekit ni..aku dah lepas dah..aduh..macamana leh silap. Tapi, tak salah pun kan. Akak bantai aje..kira berkhasiat la tu. Takpun bersedia untuk akan datang..(bukan dalam masa terdekat tau....). Setel lah masalah kecik tu.




Semalam juga akak nora menghubungi kakak di kampung. Bertanya khabar, kerana masa akak bertolak balik dari kampung, emak masih tidak sihat. Dan akak dapat tahu adik dan abang akak nora dah pula beraya..bercutilah.



Bila talian disambung, Akak nora pun memulakan perbualan.



"Kami kat Lumut ni, tidur kat sini. Semua ikut...esok balik lah.."



Uwaa...ini bermakna akak nora aje tertinggal di sini. Bukan akak nora tak pernah sampai ke Lumut tu. Dah jenuh dah..cuma kan seronok bersama keluarga. Tapi, nak buat macam mana, bukan rezeki akak. Akak nora pun tak terasa apa walaupun kekadang terasa..(apa dah...). Malam tadi, akak nora ajak en.hubby gi order Domino. Jadi, kami ngap-ngap sambil tengok cj7 di TV3.

2 comments:

  1. susu tu sedap x?

    makcik yong pon minum susu tu hehhee

    ReplyDelete
  2. mcm mane leh silap akak...
    jadi berkhasiat sudah...
    hehehe...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...