Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, February 28, 2011

JADILAH MANUSIA HEBAT.

Sumber Dari : Dato' Dr. Haji. Mohd Fadzilah Kamsah.

Islam menggalakkan umatnya sentiasa penuh karisma yang positif, profesional, berperibadi mulia dan berakhlak dengan sahsiah Islamiah. Hal ini sangat penting untuk mencerminkan imej Islam yang suci lagi murni. Penampilan diri yang positif mencerminkan hati nurani seseorang.

Menurut kajian, orang yang kotor rumahnya, kotor jualah hatinya. Begitulah juga sebaliknya. Jika penampilannya mantap, seluruh hasil kerja yang ditunjukkan biasanya akan memuaskan hati semua pihak. Contohnya, kalau kita berjanji dengan seseorang, akan ditepati dan tidak akan membuatkan orang itu tertunggu-tunggu. Jika semua itu dipraktikkan di alam pekerjaan, pasti semua orang suka bekerjasama dengan kita.

Karisma yang positif ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat ketika mereka mahu menziarahi sanak saudara di Makkah. Baginda bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya kamu akan pergi menemui saudara-saudaramu. Oleh sebab itu perbaikilah al-rihal (alat kelengkapan kenderaan yang digunakan ketika menunggang kuda) dan baguskan semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah dalam kalangan manusia kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada yang busuk dan buruk. "


YAKIN DENGAN ALLAH

Sebagai hamba Allah kita perlu yakin bahawa sesuatu yang berlaku adalah dengan izin Allah terlebih dahulu. Namun pada masa yang samakita perlu berusaha, meminta dan memohon daripada Allah segala yang terbaik buat diri sendiri. Itulah rahsia kehebatan yang tidak mungkin dimiliki oleh orang bukan Islam.

Meskipun manusia mampu mengawet dan membuatkan khazanah otak orang yang kononnya genius sekalipun, tetapi Allah yang sebenarnya memberikan keizinan itu. Jadi, orang dianggap hebat dan bijak tadi tidak layak mencapai tahap kehebatan hakiki. Oleh sebab itu, orang yang hebat di sisi Allah sentiasa tawaduk, takut dan cinta sepenuh jiwa dan raga kepada Tuhannya, Allah swt.

Tegasnya orang yang hebat ialah orang yang menyerahkan sepenuh hati dan mindanya kepada Allah swt tanpa keraguan. Padanya dia masih belum dianggap hebat kerana selain berusaha dia menyerahkan sepenuh hati dan minda kepada Illahi.

3 comments:

  1. tq nora...info ni...
    kadang2 dgn anak pun kite suke berjanji...tapi selalunye kite buat2 lupe...

    itu pun tak bagus jugakkan...bile tak tepati janji ni...

    ReplyDelete
  2. ha ha - mcm nora, tak berani nak berjanji dengan anak..dia ingat woo..tuntut sampai lubang tandas nun..ha ha ha tak senang abah nak 'berurusan'

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...