Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, February 21, 2011

Entri Sempena Hari Jadi Izzat Yusuf. 21 FEB 2011 (3Tahun)

Terkenang kembali ketika aku baru melangsungkan perkahwinan bersama suamiku. Pada mulanya, kami duduk berjauhan. En.hubby di Selangor dan aku di Perak. Maklumlah kami masing-masing masih baru dengan pekerjaan kami.

Kami berkahwin dalam bulan 3, bukan pula musim cuti sekolah. Cuti kahwin pun tak ambil, apatah lagi nak bercuti honeymoon. Memang tak merasa. Aku dah berbincang dengan en.hubby, aku nak habiskan perkhidmatan aku sebagai guru di tadika tersebut pada tahun itu. Tak sampai hati rasanya nak hampakan majikan aku yang sungguh baik hati itu.

Namun, atas desakan ipar duai, aku terpaksa mengalah dan melepaskan kerja itu. Aku tinggalkan emak dan kehidupan di Perak. Itulah pengorbanan apabila sudah bergelar isteri. Kehidupan kita kini, di sisi suami. Aku berpindah tinggal di rumah ibu mertua aku.

Ha....mesti korang fikir akak nak cerita tentang deritanya tinggal dengan ibu mertua akak...ohh..tidak!!! Akak nora nak kongsikan betapa deritanya akak berusaha nak mengandung!!


Ini kerana, aku pernah terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa aku dan en.hubby. Mujur, kami masih bernyawa hingga kini dan masih diberi peluang untuk sujud bertaubat kepada Allah.

Akibat kejadian itu, tulang pelvic aku retak. Doktor kata, sebulan aku tak boleh berjalan. Bila aku melangkah aje..rasa macam ada pisau menghiris di bahagian kewanitaan aku..meleleh airmata. Namun, atas dasar kasih sayang seorang ibu, emak aku berusaha mengajak abang aku mencari pengamal perubatan tradisional yang mengamalkan ‘urutan tepuk’. Alhamdulillah, tangan aku yang retak pulih dengan cepat. Aku pun mampu berjalan sedikit. Tak lah membebankan emak sahaja. Jadilah..walaupun pada mulanya aku berjalan macam ketam. Macam mana?..tak yah fikirlah..hehe..

Ketika kemalangan itu, aku terhentak berkali-kali dalam keadan duduk hingga terperosok dalam longkang kecil di pembahagi jalan. Memang tak boleh bergerak samapi ambulance sampai di Lebuhraya, kawasan aku kemalangan itu. Sekaligus member impak kepada bagian peranakan aku. Doktor sukar member penjelasan apabila emak aku bertanya sama ada aku boleh melahirkan anak suatu hari nanti. Ketika itu, aku hanya berserah.

Namun, setelah bergelar isteri, secara semulajadi aku rasa gentar apabila terimbau kembali kisah itu. Macam-macam aku usahakan. Urutan, makanan kesihatan dan doa-doa amalan tak pernah aku lupakan. Tambahan, aku agak ‘terasa’ apabila adik telah ‘berisi’ ketika aku berkahwin. Adik aku berkahwin 3 bulan sebelum aku berkahwin.

Walaupun tiada hasil, aku tetap terus dengan usaha aku. Apa yang boleh aku cuba, aku cuba. Korang hairan kan..? yelah kiranya masa tu, aku baru 2,3 bulan berkahwin. Sabarlah tunggu rezeki. Tidak pada aku. Aku tak mahu Allah di atas kelaskan aku sebagai orang yang suka menunggu rezeki bergolek. Biar Dia nampak aku benar-benar mahukannya. Dan aku percaya dengan kekuasaan-Nya.

Yang aku tak boleh lupa, bila aku berurut dengan kakak angkat ayah mertua aku. Cik Mah je aku panggil. Memang hebat..!!! Urutannya memang kaw-kaw..sampai 2 kali aku minta izin nak pergi terkucil sekejap. Pergh..sampai ke urat saraf semua terasa. Angin? Dah sampai penat cik Mah ‘keluarkan’..asyik ‘bergh’!! je. Lama tau Cik mah urut. Memang puas hati kalau bayar mahal sekali pun. Kali pertama berurut, cik mah sediakan ubat untuk aku. Dia kata mungkin aku demam urat nanti. Memang betul, aku demam petang tu.

Esoknya, dia tungku satu badan aku dengan batu panas. Ala..macam tungku orang dalam pantang tu. Tapi, kali ni cik mah tungku satu badan. Sungguh menyegarkan. BIla dia urut bahagian perut. Dia kata rahim aku tidak seimbang. Sebelah tinggi dan sebelah lagi rendah. Mungkin ini yang menyebabkan benih lelaki asyik keluar semula. Bila masa dia dapat bertemu dengan ovum kan. Jadi, tiadalah persenyawaan akan berlaku. Cik Mah urut sedikit kerana katanya, perut orang belum pernah mengandung tak boleh diusik sangat. Cik Mah juga ada mengajar skil selepas ‘proses’, untuk mengelakkan pengaliran keluar semula. Haha..macam-macam usaha aku buat tau..sampai usaha dalam bilik tidur juga. Yang itu tak perlulah aku cerita.


Aku buat semua ini kerana aku tak tahu kerana itu semua kuasa Allah. Tugas aku berusaha dan Dia yang menentukan. Aku praktikkan apa yang aku tuntut. Kalau orang lain senang mengandung..tidak pada aku. Alhamdulillah, seminggu selepas itu, aku dah ‘biol’..hehemelekat juga akhirnya. Aku gembira sangat walaupun bermulalah berat aku turun mendadak, alahan yang kuat, namun aku redha semuanya.

Walaupun umur aku baru 24 tahun, memang aku nak dapat anak selagi boleh dalam usia muda. Dah ‘berumur’ nanti aku nak teruskan ‘menjaga badan’. Yelah...gembira bersama anak-anak..InsyaAllah..

Sebenarnya, banyak peristiwa suka duka sepanjang aku mengandungkan. Akibat terlalu stress, aku tak mampu nak terankan anak aku. Tambahan aku dah lemah setelah 1 hari 1 malam aku menderita ‘dipaksa’ sakit. Memang dah hilang kudrat. Alhamdulillah, Allah memang kasihkan aku. Anak aku selamat juga dilahirkan.

Kesyukuran tak henti-henti ketika itu. Seperti yang aku sematkan di hati, aku nak namakan satu nama beerti, diikuti dengan nama nabi. ‘Izzat Yusuf’ menjadi pilihan, ditambah ‘Muhammad’ oleh arwah atuknya. Maklumlah itu cucu lelaki pertama waris yang kuat buat keluarga mertua aku. Memang abah en.hubby suka sangat ketika itu.

Aku tak berapa minat nama nama ‘pelbagai corak’ sekarang. Aishah yang indah dipanggil ‘ice’...cukuplah ibu izzat je gitu ye. Norazima dipanggil ‘Sayang’..sampai sekarang..huhu..memang tak kekok aku membahasakan diri aku ‘Ayang’ dengan en.hubby, sebab dah memang nama aku dari kecil begitu. Jadi, biarlah ibu pangil ‘Izzat Yusuf’ hari-hari ya..moga itu merupakan doa. Muliakan diri dan peribadi dan indah rupa dan akhlak mu persis Nabi Yusuf as. Memulakan hidup bekeluarga dengan kehadiran seorang bayi comel ketika itu, memang menjadi pengalaman yang amat berharga.

Hari ini genap Izzat Yusuf berumur 3 tahun. Memang tiada sambutan, kerana aku serapkan dalam jiwa dia hari ini ialah ulangtahun hari pengorbanan ibu melahirkannya. Ucapkan terimakasih, sayangi ibu dan yang penting doakan ibu dan abah moga selamat di dunia dan akhirat. Balas pengorbanan ibu ini dengan menjadi anak yang soleh. Bukan segunung intan yang ibu harapkan, tapi keindahan pahala dan kebaikan yang menanti ibu di sana jika Izzat Yusuf menjadi insane beriman atas didikan dan kasih sayang ibu dan abah.

Selamat Hari Jadi buat anak ibu, Izzat Yusuf. Moga Allah lindungi anakanda jauh dari musibah di dunia dan akhirat. Tetapkan iman mu wahai anakanda dengan menjadi anak yang soleh.






Beberapa minit setelah dilahirkan. Tengahari ni..

Memang menceriakan hidup ibu dan abah.

Raya pertama dengan Izzat Yusuf

Izzat Yusuf semakin membesar.


Hehe..Tadika pun belum..tapi, ibu dah melayang jauh samapi universiti nun..masa ni izzat dah 2 tahun. Ini baju konvo tadika untuk sesi fotografi. Izzat tumpang dua kaki..hehe

Heartbeat untuk akak nora yaaaa.....

3 comments:

  1. Akak Nora.. Mj selalu panggil akak rupanya MJ yang akak..hehee.. Muda lg baru 24, dah ada anak, dah besaq ha 3tahun.. :)
    Boleh syer ngan MJ tak rahsia yg dipraktik?? MJ dah setahun sebulan kawen, tp blom rezeki lg..huhuu.. Usaha dah pelbagai..

    ReplyDelete
  2. happy bzday adk izzat

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...