Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, February 18, 2011

Entri Jumaat : Siapa yang dalam hatinya ada iman? Keluarlah dari neraka!

Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, saudara-daudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.’


“ Allah berfirman, ‘Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.’ Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata : ‘Wahai Tuhan kami, telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami.”

“Allah berfirman: ‘Keluarkna sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.’ Kemudian Allah berfirman lagi: ‘Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar? Hingga firman-Nya: ‘Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan).”

(Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Majah)

1 comment:

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...