Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, February 25, 2011

Entri Jumaat : Fadhilat Surah Al-Kahfi pt.II

4. Daripada Umar berkata: "Nabi saw telah bersabda:" Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari JUMAAT, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (HR. Ibnu Katsir)


5. Daripada Abi Said Al Khudri berkata :
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari JUMAAT, maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bait Al-Atiq." (HR. Ibnu Katsir)


6. Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari JUMAAT, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al Dajjal muncul, maka terhindar dia daripada. (HR. Ibnu Katsir)


7. Daripada syukbah daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi saw bersabda:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya di hari kiamat."


Banyak kebaikan apabila kita mengamalkan surah Al Kahfi. Sebagai permulaan, mari kita membaca dan memahami maknanya setiap hari jumaat. Macam di masjid depan rumah akak nora ni, memang ada perjumpaan untuk muslimah berkumpul dan baca bersama-sama surah Al-Kahfi.


p/s: klik HB akak di hari jumaat begini..hehehe

3 comments:

  1. perkongsian yang bagus,
    semoga menjadi amalan kita utk mendapat lebih fadilat di hari jumaat..:)

    ReplyDelete
  2. life kami - Alhmadulillah..mari kita bersama mencari redha-Nya

    ceroi - hehe tq..klik2 lagi ya...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...