Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, July 25, 2011

Hari ke-14:: perkara menarik yang anda lakukan hari ini?

Setelah rasa seperti bermusafir, sekejap di Perak, sekejap di Balakong, semalam di Perak..dan kini aku sudah kembali ke rumah aku yang tercinta.

Sabtu malam, aku bertolak ke Perak dengan emak, kakak ipar aku dengan 6 anak dia, adik aku dan seorang anak dia dan 2 orang anak aku..jadi boleh bayangkan..ada 9 orang kanak-kanak dalam kereta. Exora kepunyaan abang aku tu dipandu oleh adik aku pasal dia je yang boleh memandu dan tiada anak kecil. Aku ni, tentu-tentulah dengan kerenah si Soleh kan.

Tujuannya nak bawa anak buah aku yang terkena kayap tu, ala...lupa pula nak snap muka dia. Orang kata jarang sangat kena kat muka kan..

Sekali ke Perak tu, kira menghantar ibunda pulang juga.

Segalanya lancar, dan kami pulang semula ke KL pada petang ahad semalam.

Ketika melewati Lebuhraya di Tapah..tiba-tiba sesak. Aneh, juga..sebabnya bukan ada cuti khas ke jauh sekali kalau mereka nak balik raya kan..mesti ada kemalangan. Tapi, sehinggalah perjalanan kembali lancar, kami tak jumpa apa-apa..emmm..ke dah di clear kan..wallahualam..

Berbalik kepada cabaran akak hari ini, sebenarnya..tiada yang menarik. Cuma akak nora aje rasa terkinja-kinja menariknya.


Selepas bersolat zohor bersama Izzat Yusuf ni, aku cuba menjadi ala-ala 'guru tadika' sekejap. Maklumlah..teringat zaman jadi cikgu budak-budak dulu kan..Alhamdulillah percubaan agak menjadi kerana Izzat tidak 'menconteng' buku dia macam biasa. Dia buat kerja berdasarkan arahan.

Moga-moga dia berterusan begitu. Cadangnya nak bagi dia bersosial dengan kawan-kawan lain. Jadi, nak masukkan dia ke tadika tahun depan. Umur pun baru 4 tahun..jadi, biarlah dia buka mata dulu. Kalau dia maju dan terus belajar, syukur Alhamdulillah kan...

7 comments:

  1. betul tu Nora...sekolah tempat anak2 bersosial,pendedahan awal boleh menjadikan anak lebih berani & tidak kekok...

    nanti kalau kak amie masak nasi kukus, kak amie bagitau nora ye...

    ReplyDelete
  2. dia krg bergaul ke dgn kawan2 kt umah? sy dulu 6 tahun baru masuk tadika.. tu pun masa masuk tadika tak pandai bergaul dgn kawan2 baru. Nasib baik ada kawan baik sorang kat umah sama2 masuk tadika.. jd kitorang berdua je berkawan kt tadika

    ReplyDelete
  3. Salam akak nora. Perak kt mana yer. Ipoh ke. Saya dok chemor.

    p/s: ada awrd utk kak nora kt blog sy http://www.bicaradariaku.com/2011/07/award-dari-kak-ani.html

    ReplyDelete
  4. syukurlah segala perjalanan ke perak itu selamat.. anyway, kanak2 memang patut d beri pendedahan awal agar dia lebih berkeyakinan bila melangkah ke alam persekolahan..

    Salam kunjung mengunjung
    Gen2Merah (",)

    ReplyDelete
  5. sy anto anak sy masa 4 tahun..tp tahun ni tgk kesian lak kat dia sbb belajar menda sama...huuhuh tp dia tak kisah kot sbb mmg jenis suka berkawan jdnya sekolahkan ramai kawan...

    ReplyDelete
  6. anyway selamat berpuasa juga ya kak Nora.. moga ramadhan ini akan menambahkan amal dan ibadah kita.. selamat berpuasa.

    Ikhlas ~Gen2Merah~

    ReplyDelete
  7. selamat menunaikan ibadah puasa,
    semoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
    Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...