Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, July 21, 2011

Hari ke-12:: apa yang ada dalam beg mekap anda?

Apa yang ada dalam beg make up aku? hmmm...weh aku ada ke beg mekap?

Teringat lagi masa aku solo remaja dulu. Penuh beg mekap aku...pelbagai jenis dan kegunaannya untuk bersolek. Sampaikan aku jadi tempat rujukan member yang tak pandai bersolek. Pandai ke aku ni? hehe...aku pun pandai yang asas je...cuma terlalu mengikut teknologi kan..aku rasa tu la sebab muka aku banyak je halnya.

Bila dah kahwin ni, en.hubby suka aku nampak sweet je..dia tak suka traffic light kat mata dan macam tepung gomak muka tu. Alhamdulillah...aku lega , pasal sejak jadi ibu ni wajiblah kita pantas bersiap untuk ke mana-mana kan..penampilan juga penting.

Mungkin dah jarang menggunakan pelbagai solekan, muka aku dah tak banyak kerenah. Guna pembersih muka yang murah pun ok. Bila nak keluar rumah, aku hanya gunakan pelembab merangkap pelindung matahari, blusher skit dan tak lupa celak..sekejap je siap. Tak sampai 5 minit.

Jadi, apa dalam beg mekap aku..tentulah lipstick dan sebotol one drop perfume untuk melengkapkan segala persiapan. Juga beberapa brooch jika ada kecemasan, mana tau tiba-tiba pin tudung hilang kan...

kalau ada gambar mesti best..tp aku tak jumpa lagi cara post entri bergambar guna phone. sapa tau kasi ajar aku skit ye...

3 comments:

  1. Tudung pin tu adalah benda yang wajib ada dalam beg setiap wanita. Bila tudung pin tetiba hilang, rosak hatta patah, kita tak ler panik. Nice entri. :)

    ReplyDelete
  2. Setuju..pin tudung penting. Selain tu, kebelakangan nie akak pun dah pandai sparekan pin napkin yang besar tu...manalaa tau kalau tetiba zip kain baju kurung rosak ke, cangkuk terburai ke...pakai pin tu tak tercucuk pinggang..hehehehe

    ReplyDelete
  3. sebenarnya yg simple tu lebih berseri, nampak anggun...make-up nipis2 je,
    dlm beg tangan kakak ada lipstik, bedak & parfume,
    agak2 balik lewat ...bawa sekali set pencuci muka....

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...