Baru hari ini setelah berkursus selama 2 hari, baru la dapat on ms. lappy dengan jayanya. Nak update pakai hp tapi hp dirasuk 'hantu'..orang tak buat apa-apa, di dah sibuk menaip..betul..tak tipu. en. hubby dah bawa untuk di baiki.
Tapi, ini pun tak boleh nak panjang sangat cerita pasal, kain tempahan baju kurung dah makin bertambah. Semalam, cadangnya nak mulakanlah kerja yang dah terbengkalai tu. Tapi, tak dapat nak fokus juga, sebab teringatkan permintaan en.hubby.
Jadi, dari petang tu sampai nak maghrib akak nora buat kerja perlahan-lahan. Dari lauknya, sayur, coleslaw, sos lada hitamnya hinggalah menggoreng kentangnya, itu je mak akak tolong pasal dah akak dah sibuk menyusun dalam pinggan.
Jeng..jeng..makan malam semalam. Pertama kali juga aku menyediakannya. Puas makan. Kalau makan kat kedai tu tak boleh nak berehat-rehat..kan.
Itu hidangan ayam..en.hubby buat permintaan lamb chop. Dia ingat aku ni dulu keje chef nun..semua tau..minta aje kot..tapi prinsip aku.."aku buat dia.."..dan yang penting, Adik Soleh tak kacau.
Ha..ini untuk en.hubby. Jadi, kami menjamu selera dengan sedapnya sebab sayur-sayuran banyak..aku suka sangat, ada asparagus, carrot, brokoli ..emmm..salad pun ada. Sos pun boleh tambah-tambah kan, itu lah kelebihan masak sendiri..bak kata emak aku, sampai pagi ni kenyangnya.
Jadi, hari ini aku berehat tanpa masak yang hebat-hebat dan meneruskan aktiviti menjahit baju kurung ni ok...ok la tu...
hai...sedap tu...
ReplyDeletennt boleh la gi rumah nora nak rase...
Tengok gambar dan baca cerita pun dah terasa sedapnyer.
ReplyDeleteakak amek tempahan baju kurung ye... makin nak dekat raya ni makin banyak kan...
ReplyDeleteElloooo kak Nora!
ReplyDeleteHuiiyoo masih aktif berblog... Tahniah tahniah har har har!Maintain mengenai masakan hehehehehe!
menu tu nampak sedap! menu sihat yek....
ReplyDeletewah tak payah beli mahal2 kat luar,
ReplyDeletekat umah da bole buat western..
kami ni tang nak membakar tu yang malas..hhehe
itula istimewanya masak sendiri ni kan.. :)
ReplyDeleteDapat mkn puas :)