Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, July 15, 2011

Komen Pilihan:::Dia tetap ibuku sampai bila-bila...

Kalau anda baca entri sebelum ini tentang ibu mertua aku, nampak sangat macam dia tu kejam sangat kan. Pada mulanya, aku pun fikir macam tu. Ye lah..sampai ke tahap aku dipaksa ikut kakak iparku pergi buat direct selling Zhulian dari pagi sampai ke tengah malam. Masa tu aku duduk serumah dengan mereka. Bukan aku tak minta en.hubby berpindah. Tapi, dalam masa yang sama aku tak sampai hati. Maklumlah en. hubby adalah anak lelaki sulung dan banyak tanggungjawab dia kena pikul ke atas rumah-rumah sewa abahnya itu.

Setelah beberapa bulan, memendam rasa. Kerana hidup dalam kongkongan rasanya, aku melarikan diri tinggal di tadika tempat aku bekerja. Sebelum itu aku dah inform kepada en.hubby dan bos. Bos aku dah boleh mengagak benda ni akan terjadi, cukup masanya dia datang ambil aku. Masa itu, emak dan kakak ipar Zhulian aku tu tiada di rumah. Tinggal suaminya yang menjaga anak.

Tapi, tak sampai sebulan. Kami di suruh berpindah di salah sebuah rumah sewa mereka. Siapalah aku nak melawan. Hanya wanita bergelar isteri. Namun, aku ada privasi di rumah itu. Sungguh aku tak berkata apa..dengan en.hubby aku tak pernah merungut.

Macam-macam aku kena hadapi. Tapi, sebenarnya...aku lihat emak mertua aku ni tak de lah teruk mana. Tapi, dia dipengaruhi oleh kakak-kakak ipar aku yang sungguh berbeza pendapat dengan aku. Nampak sangat...aku pun heran..pasal..aku ada 2 kakak ipar juga di belah aku la kan..tapi, memang tak pernah nak ambil tahu apa mereka buat. Yang aku tabik..emak aku..dia tak senang hati macam mana pun..dia tak pernah masuk campur hal rumah tangga anak-anak dia.

Aku tertarik dengan komen GreenAppleKu.com

Itulah yang akhirnya aku fikirkan untuk memujuk hati. Kan bagus berjimat..guna barang yang memang dah ada. Nanti membazir pula. Tapi, mak mertua aku bukanlah teruk sangat. Cuma mungkin kita tak mengenali dia.

Ketika kami berpindah sekali lagi, kali ni dihadapan rumah mereka. Kami berpindah sebab arwah abah en.hubby dah renovate macam-macam kat rumah ni. Tiba-tiba sayang nak bagi orang sewa, biarlah anak-anak yang dapat. Jadi, dia berikan kepada en.hubby. Di situ, ada kelebihannya..aku tak perlu nak pikirkan duit sewa rumah apatah lagi nak beli rumah. Yang paling bahagia..hanya 2,3 langkah dari masjid.

Mungkin dah lama aku ikut alunan rentak dia, sekarang kami ibarat tiada benteng pemisah. Atau mungkin yang suka mempengaruhi dia dah tiada..mereka dah pindah..tinggal aku je di sini.

Betapa, prihatinnya dia..sampaikan dia sanggup simpankan hampas kelapa yang di guna untuk bagi kat aku..sebab aku pernah cerita aku buat lulur dengan hampas kelapa. Macam-macam dia bagi..aku dah tak pandang benda-benda terpakai ke apa ke...sebab pada mata aku..DIA TETAP IBU KU...pasti dia buat apa yang dia rasa terbaik untuk anak-anak dia. Selain dari perkakas menjahit, buat kek..dia suka berikan buku-buku agama..doa-doa..

termasuklah kelas aku nak pergi esok ni..dia dah bayarkan..kelas apa..? tunggulah aku attend dulu ya..

Jadi, jangan cepat melatah dengan tindakan ibu mertua anda..yang dapat sporting, baik..dan macam-macam tu..Alhamdulillah..doakan mereka bahagia hingga ke akhirat..

6 comments:

  1. Aik, teruja lihat nora buat artikel sebab komen saya. Terima kasih sgt2.
    Bestnyer dapat rumah tepi masjid. Tambah2 dah nak masuk ramadhan ni.Dan nora sebenarnya amat bertuah. Tak payah nak pening2 fikir bab nak byr duit sewa rumah. :)
    Selamat berpuasa, selamat menyambut ramadhan dan jangan lupa ambil kesempatan bulan yg mulia nanti utk berdoa byk2 utk kesejahteraan semua.

    ReplyDelete
  2. Org tak cakap tak kenal maka tak cinta! so lebih baik kenal2 dulu sebelum keluarkan andaian yg bukan2.


    Semoga awak bahagia hendakNya

    ReplyDelete
  3. ibu mertua juga bagi kain untuk buat baju raya, kan kak... semoga kakak terus dikuatkan semangat... dan semoga hubungan kakak dengan ibu mertua kekal bahagia..

    ReplyDelete
  4. moga awak berbahagia selalu...dan sabar mghadapi sgala ujian

    ReplyDelete
  5. best2...tak pyh byr sewa rumah :)

    dpt rumah tepi masjid...

    ReplyDelete
  6. AKAK NORA..
    ALHAMDULILLAH BERKAT KESABARAN AKAK ITU. SEMEMANG NYA MANUSIA NI SENANG DIPENGARUHI APA LAGI DENGAN BISIKAN YANG KURANG ENAK..
    APAPUN TAHNIAH DIUCAP PADA AKAK..
    SEMOGA KELAS AGAMA YANG AKAK PERGI BERSAMA IBU AKAK TU AKAN DAPAT MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KAMU DAN ALLAH MAKBULKAN DOA AKAK DAN KAMI SEMUA PEMBACA ENTRY AKAK INI.. AMINNNNN..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...