Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, May 16, 2011

Kau pun salah...

Bukan niat nak menunjuk pandai apatah lagi berlagak bijak. Sekadar, naluri hati membentak-bentak ingin menegur kesilapan dalam erti kata di sesuatu perbualan. Namun, akhirnya diherdik.."kau pun tak betul..". Bukannya aku kata aku yang alim, beriman soleh dan ahli syurga. Cuma, ingin menegakkan apa yang salah.

Tersentap hingga ke jantung rasanya tatkala di balas dengan sepotong ayat itu. Tapi, memang la betul ketika itu. Diri ini pun tak betul lagi. TApi, kalau difikirkan sampai bila kita boleh menegur dan berkongsi ilmu menerangkan mana yang salah dan mana yang betul.

Masa tetap berlalu, walau kita inginkan ia terhenti seketika. Tak mungkin. Alhamdulillah..dengan petunjuk dan keadaan sekeliling banyak membantu insan ini mengikuti landasan yang benar. Namun, tidak sesekali dia mengatakan dia adalah penghuni tetap syurga. Namun, gentar jiwanya jika dikaitkan dengan neraka. Doa, tak putus dan berusaha untuk kembali ke jalan Allah yang selama ini di tinggalkannya.

Tanpa disedari, dia tertegur juga kesilapan yang jelas di mata.

"Ala..kau dulu pun begitu..jangan la nak berlagak alim."

Aduh..manusia..penuh dengan alasan. Jika itu benar berlaku, hanya Allah saja yang mampu bukakan mata hati kalian. Hanya ianya prinsip dari diri ini, YANG SALAH TETAP SALAH...jika hati sudah sedar dan insaf kesilapan lalu, mengapa..mengapa masih dikaitkan dengan zaman jahilliahnya..berikan ia peluang..kerana dunia ini bukan milik anda...sedarlah...

8 comments:

  1. Setan cakap : Kau pon tak betul, lagi nak betulkan orang..

    Tapiiii

    Rasulullah cakap : Sampaikanlah pesan ku walau 1 ayat..

    Maka,
    Marilah kita ikot cakap nabi.
    Jangalah kita ikot cakap setan.

    sekian,
    terima kaseyyy

    p/s : sabo je la kak. dugaan tu =)

    ReplyDelete
  2. Kita tak lepas dr melakukan kesalahan, teguran demi kebaikan. Tugas dh selesai tatkala teguran diberi, cuma penerimaan atau penolakan

    ReplyDelete
  3. biasa la manusia mana nak mengaku bile dah buat salahkan...

    ReplyDelete
  4. biarlah apa org nak cakap kak ..
    janji kita cuba yg terbaik , syukur kita sedar selalu kita juga ada kelemahan ..dan x salah sebenarnya menegur sekurang2nya apa yg ditegur mengigatkan kita selalu .. kan :)

    ReplyDelete
  5. slalunya yg buruk2 dan salah itu lbh d ingat orang dr bnyk pkara baik yg kita lakukan..
    sabar je la kak..
    masa lalu dan kesilapan dulu hnya sejarah kan?

    ReplyDelete
  6. kesian akak.. manusia pelbagai ragam dan karenah.. hadapi semuanya dengan senyuman...

    ReplyDelete
  7. dalam entri saya harus mengumpat kalau ada menjelaskan tentang perkara ni..biasa la manusia hanya mengharap pujian & tak blh terima teguran

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...