Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, December 31, 2010

Berlabuh juga tirai 2010.

Setiap permulaan pasti ada kesudahannya. Begitu juga bagi tahun 2010. Pelbagai memori..mungkin bagi orang lain. Bagi aku tiada perbezaan...cuma yang indah, tahun 2010 aku di mulai dengan kehamilan anak kedua. Dan yang bencinya, majikan aku bermain permainan hipokritnya dengan aku hingga keluarga mertua aku memandang serong kepada aku.
Benci memang benci bila difikirkan. Zaman sekarang, yang kita fikirkan baik, belum tentu baik di dalamnya. Entah-entah lagi busuk dari yang buruk. Ahh..aku malas nak ungkit, buat sakit hati je...
Tahun baru ini aku perlukan anjakan paradigma..tapi bila difikirkan keadaan aku sekarang, situasi kehidupan aku, pening aku fikirkan. Kalau orang baca mesti hairan dan berkata "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Betul...aku tak tipu..selama ini pun aku tak mencari alasan. Aku mencari penyelesaian. Tak juga ku temui. Bukan aku tak usaha..namun belum berhasil. Aku tak putus asa... Aku anggap itu ujian yang membuktikan Allah ada perhatikan aku.
Moga tahun baru ini aku berusaha lebih gigih. Untuk keluarga aku dan diri aku. Tingkatkan amal ibadah, moga berusahalah aku ke arah keperibadian yang baik. Moga Allah tetap tabahkan aku seperti sekarang. Sentiasa bersama aku saat aku perlukan tempat mengadu, di saat aku berkongsi kegembiraan, ketika aku kecewa teramat sangat dengan kehidupan dunia. Itu semua belum tentu dapat dipenuhi oleh seseorang bergelar manusia.
Aku terlalu bermonolog dengan perasaan. Hingga aku nak berkongsi masalah dengan seseorang pun aku dah boleh mengagak apa yang akan mereka katakan. Aku sudah dapat pastikan jawapan dari mereka. Di sebabkan ini, aku hanya berdiam. Tersenyum, dan mungkin menahan tangis. Aku malu kerana, aku rasakan masalah aku kecil saja dari manusia yang menghadapi rintangan dan dugaan yang mencabar hanya semata-mata mencari kebahagiaan. Dan aku rasa kasihan orang yang mendengar masalah aku terpaksa menjadi batu tempat aku hamburkan segalanya...aku tak perlukan itu, biarlah aku bersedih sendiri. Aku ingin bergembira bersama mu teman..bercerita berkongsi segalanya..namun bukan kesedihan aku.
Ya Allah...syukur tak terhingga, aku hidup sehingga kini menggalas amanah dari Mu. Bantulah aku jika aku hampir tersungkur. Juga rakan-rakan..aku amat menghargai kehadiran kalian dalam hidupku. Doaku tak putus juga menyertakan "rakan-rakanku" bukti aku ingin kalian sama-sama bahagia bersama ku di dunia dan akhirat.
Mungkin macam-macam acara difikiran kalian pada ambang 2011 ini. Semoga menikmati detik-detik gembira itu bersama yang tersayang. Juga, diharapkan tahun baru ini turut membawa sinar baru yang lebih bermakna buat kita semua.
~ SALAM TAHUN BARU 2011 ~

Thursday, December 30, 2010

Terlewat Punch-Card..

Punch-kad? weh..ko membohong yek Nora, ko kan tak keje, duk umah memanjang ngan anak-anak dan makmal ko a.k.a dapur tu...
Selalu kalau aku bangun aku terus tekan suiz cerek air panas. Dah jadi macam punch-kad pulak. Lepas subuh terus aku tekan masak air. Banyak gunanya, buat air atau mandikan Soleh.

Nak jadi cerita, semalam aku tidur lewat. Bukan saja-saja tapi memang aku pun dah naik huyung hayang mengantuknya. Rambut pun dah kusut-masai ..sekejap tidur sekejap bangun..laki aku pun tak selera ngan aku semalam. Agaknya dah macam Hantu Mak Limah Balik Kubur kot..

Kisahnya, semalam Soleh (anak kecil aku) dapat tune nak gelak. Punyalah sakan dia gelak..memang stok berdekah-dekah. Aku tengok jam dah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Wahh..dah rasa di awang-awangan. Tapi adik ni tau kalau kita tidur tinggalkan dia sorang-sorang. Mulalah dia membebel..kalau dia membebel aku biarkan aje..tp lama-lama dia akan menjadi tangisan yang mengerikan yang memecah keheningan pagi.

Jadi, aku pun bangun semula mendodoikan. Seperti yang aku jangkakan, bila dah seronok sangat gelak, mulalah susah nak tidur. Masuk buai salah, dukung salah, di riba salah, bagi susu salah..aku pun dah serba salah dengan muka yang bermasalah...sabar...

Dah pukul 2 pagi, Soleh tidur juga akhirnya. Tapi, mcm biasa kalo dah ingke sgt (ckp org Perak)..terbawa-bawa dalam mimpi. Sikit-sikit melalak macam baru lepas kena cubit. Terkejut aku..Pujuk semula dan dia tidur lagi. Begitulah aku sampai aku bangun ke tandas, aku tengok jam dah pukul 4 pg. Patutlah mengong jek rasanya...

Tambah lagi cerita, aku tak solat..MC. Jadi, walaupun rumah sebelah masjid..aku tak dengar azan di masjid..punya tak sedar ketidurannya. Buka-buka mata dah pukul 9 pg..macam charlie caplin lah aku. En.hubby gi kerja pun aku tak sedar.. Anak-anak aku tidur lagi..tak aci..huhu
Cepat-cepat aku buat sarapan pasal anak sulung aku kalau bangun mesti dia mandi dan sarapan. Semua budak macam tu kan. Tambahan pulak memang dah lewat dia bangun hari ni. Jadi uli-menguli..masuk oven..jeng..jeng..jeng..jadi lah roti ban..hehehe

Amacam ok tak...tengah rajin. Jap lagi aku nak berkungfu masak tghari punya..tak susah. Hari ni menu ringan pasal semalam dah makan bersantan.

See ya..

Tuesday, December 28, 2010

Japanese Cheese Cake - Step By Step

Uih..tajuk omputih..Hari Puan Nora terlebih rajin berblog dan menyusun langkah-langkah nak buat kek keju simple yg beliau baru menuntut di Gunung Semanggol...ceh ..darat2 nipu bak kate org Perak.
Apa pun terima kasih bebanyak kepada empunya resepi RMS BENHADRIA - unik kan nama akak ni, tp beliau sungguh baik tak jemu-jemu tolong saya walaupun dalam mesej je..hehe
Jom kita cuba-cuba, saya bukan handal sangat jadi editor..kalo still tak faham tanya-tanyalah saya ye..tak rugi kongsi ilmu..tapi memang senang dan sedap kek ni tau.. Mulakan dengan bahan-bahannya:
4-5 keping cheddar cheese (yg mkn dgn roti tu je sy pakai..)
200ml susu segar (ada org try guna susu coklat, boleh tahan gak..)
4 biji telur (di asingkan kuning dan putih)
70gm gula halus
70gm tepong kek (saya memg suka ayak tepung)
70gm butter (saya pakai planta aje)
Lapik loyang dengan kertas ya

Carik-carikkan ciz kecil ke dalam periuk kecil untuk di masak bersama susu segar.

Api jangan kuat, dan sentiasa kacau sampai sebati.


Bila dah sebati, masukkan butter dan kacau sebati lagi. Tutup api dan biarkan aje.

Meringue telur putih dan gula halus dahulu. Saya letakkan krim of tartar kasi cepat kembang. Pukul kembang betul2 tau sampai tak jatuh dr bekas. Petuanya segala peralatan yg digunakan jgn ada sedikit pun air. Termasuk telur putih tu, jgn terkena air atau telur kuningnya. Mesti cepat kembang!!

Pukul kuning telur sampai kembang. Lagi kembang ye..saya tak sempat tangkap gambar telur yang dah dipukul kembang. Kemudian masukkan adunan ciz tadi. Sekarang saya mula mengguna tangan jek, tak guna mixer. Sebatikan adunan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikt dan sebatikan.
Di sini saya dah mula panaskan oven.
Ditapiskan adunan tadi ke dalam putih telur kembang tadi.

Kaup balik untuk proses sebatian. Kasi sebati betul-betul ye..

Letakkan adunan dalam loyang..comot skit aa..sori ye..

Letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

Tu dah mula naik..saya pun tak hebat lagi. Masih kena cucuk2 untuk pastikan dah masak...

Hasilnya memang gebu geban..rasa pun tak tipu..sedap..kalau sejukkan lagi sedap..anak n en.hubby mesti 2, 3 kali bedal...
Cuba lah...



Monday, December 27, 2010

Akhirnya..kek karamel aku menjadi!!!!

Aha...ingat tak dulu, aku ada buat KEK MERAPI NORA..tu semua gara-gara karamel kat atas tu tak nak beku...aku cuba jugak..kali ke 6..jadi jugak..hoyeh...

Dengan bersemangat aku anta kat mak mertua aku..(umahnya depan umah aku jek..)..mak aku kata " kek sedap ni..". Hehe..ada juga benda yg dia boleh puji aku..hehe

Nak kongsi resepi..mcm biasa aku copy paste je..TQ kak Munira Baharum.



bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

memg sedap..tp mkn selalu jd tak sedap tau..

Pendapat Aku - Aksi Sumbang Adik Beradik

Hari ini aku dapat blog-walking dengan sedikit ketegaran. Banyaklah juga kunjungan yang dijalankan oleh Yang Berhormat ni..hehe..Jenguk kat blog Lulu Caldina, mata ku terpaku kat tajuk yang berkaitan dengan kisah adik beradik yang melakukan aksi seks.

Beristighfar tak sudah aku...kecil lagi mereka ni. Aku bayangkan zaman aku masa berumur sedemikian..serius..berhingus lagi..comot. Nak minat kat lelaki? ish...geli sikit..masa tu main kawen-kawen pun aku tak minat. Sebab aku fikir, apa yang mereka buat lepas kahwin..takuuttt..

Tapi, inilah yang dikatakan, peredaran zaman bukan mengurangkan kemajuan. Kalau zaman ayahnya nakal 20%, zaman anak dia nanti tak mustahil 2 kali ganda. Inilah yang selalu aku katakan kepada suami aku. Kita nak kembali semula ke zaman dulu untuk jadi budak baik, dah tak sempat dah. Jadi, selagi mampu kita cuba pandukan anak-anak kita ke arah yang baik dan yang pentingnya mengikut lunas-lunas Islam. Semoga perjalanan yang kita lalui ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Kembali kepada kisah tersebut, yang menyedihkan aku..mereka adalah adik beradik. Sedih yang teramat sangat..kalau ikut betul-betul boleh menangis aku fikirkan. Ya Allah..kenapa manusia sekarang lebih berfikir ke arah kebinatangan. Ye lah..binatang saja yang tak kenal adik beradik..saudara mara..semua dia layan...zassss...

Kita nak salahkan keluarga, bebudak tu pun aku tak boleh nak kata apa. Aku tak berada di tempat mereka, simpang malaikat...Ya Allah jauhkan bencana akhlak ini dari keluarga aku. Jadi, mari kita sama-sama bermuhasabah diri. Kita hidup di dunia ini dengan menggalas macam-macam amanah termasuklah diri kita, anak-anak dan keluarga kita. Mari kita pelihara amanah itu sebaik-baiknya untuk bekalan kita menemui Allah nanti. Takutkan neraka Allah..Azabnya yang sungguh pedih...

Kalau sahabat ada pendapat untuk dikongsi dengan tajuk berkaitan saya alu-alukan..terimakasih...

Sunday, December 26, 2010

Kek Coklat Moist (kukus)

Dah lama blog ni tak kasi gilap..dah berhabuk rupanya..hehe. Bukan apa, rumah aku dalam proses pembaikpulihkan. Nak mengelakkan air banjir masuk rumah lagi. Jadi, tv dan cpu masuk bilik dan dalam seminggu ni dunia aku banyak dihabiskan dalam bilik..bosannya..kesian anak aku.
Jadi, entri kali ni aku nak kongsi resepi yang aku cuba dan menjadi. Kek Coklat Moist. Aku semangat nak belajar bukan nak tunjuk pandai tapi anak aku ni dah dile-gile cerewet bab makan. Beli kek sepotong dah tak cukup. Bila dah buat seronoknya tengok gedebuk ada sebijik. Buat pun tak susah sangat. Cuma malas atau rajin dan cukup bahan..mesti jadi la..InsyaAllah..

Ini hasil pertama aku buat, kakak ipar aku datang bertandang habis sepiring..belum bagi sepinggan..hahaha. Resepi ni aku copy and paste je dari Kak Munira Baharum. Memang sedap. Cubalah bagi sesiapa yang rajin..

bhn2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair... See more
1 cwn susu pekat
1 cwn myak msk..
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.

bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)
*semua bhn nih ayak k..

bhn C: telur 4 bj (blender jer)

Cra2 bt:
satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang)...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk le...

*p/s...loyang 2 kena panaskan dl sblm mskkan adunan kek td..

Hehe, bila dah menjadi aku pun try n error buat kek birthday sahabat aku. Mencabar juga. Tapi resmi hidup aku, aku buat dia bukan dia buat aku. Walaupun agak dah nak jahanam aku buat juga. Cuma bab tulisan memang nampak kegagalannya lagi..yang penting masuk perut rasa kek coklat..hehehe..

Inilah baby kek sulung aku..pertama kali dalam hidup aku decorate kek..sonoknya...

Monday, December 20, 2010

Penat menjerit..tapi

tapi...suara tak keluar. Lepas aku dpt demam terus asma, hari ni aku terus hilang suara. Semalam asyik kuhik kuhik dgn member2 kot...

Em..hujan di luar nun, rumah aqku tak naik la temboknyer..malasnya nak naikkan brg2. Moga-moga jap lagi berenti yek..amin

Tuesday, December 14, 2010

no mood in blogging...

Keyboard rosak..tensen nak taip...rindu nak blogging tp bengang taip lain kuar lain...uwaaaaa

Saturday, December 11, 2010

Dugaan bertimpa-timpa (Part 2)

Sambung yang hari tu, akibat kemalangan ang dihadapi oleh emak dan kakak aku, emak mengalami luka di lutut. Yang teruk kakak ak, samapi patah2 2jari tangan dia, Dah operate kasi repair, tapi aku tak tengok lagi kesan terbar. Berita terbaru, mak aku makin tak sihat. Yela.orag tua jatuh..mesti sakit2 badan kan.

Emak telefon aku semalam menyatakan rancangan mereka dan ke KL bulan ni mungkin tak jadi pasal dia rasa tak sihat sanga. Paha yang sakit-sakit tu mula menampakkan lebam yang banyak. Badan pun rasa nak demam. Tangan yang menerima suntikkan masa di wad kecemasan tu membengkak pula. Sebagai anak...apa korang rasa bila dengar cerita emak macam tu dari kejauhan? Aku rasa macam nak terbang balik dan tolong jaga dia dan meringankan tugas dia. kalau ikutkan dia boleh tinggal dengan aku je kat sn. Tapi, di sana dia menjaga anak buah aku yang masih bersekolah dan seorang adik lelaki aku yang agak kureng pemikirannya. Tu yang menjadikan emak susah nak jalan-jalan keluar dari Perak.

Yang kakak aku pula, masuk hari ni dah 3 hari dia temankan anak bongsunya,lelaki.umurnya 7tahun dalam wad akibat keracunan makanan. Ish..aku pun tak faham orang sekarang.ada ke jamu benda dah expired. Anak buah aku ni pulak memang hanu bahulu, celup dlm teh pulak. Entah berapa byk dia dah pulun. Emaknya dapat tau bila dia cakap dia makan bahulu yang dah ada hitam-hitam. Lepas tu tak tidur malam la...tu tgh lembik lagi dalam wad...

Macam-macam kan...

Thursday, December 9, 2010

Dugaan bertimpa-timpa

Dah lama tak berblogging..rindu nak baca berita kawan-kawan semua. Tapi apakan daya, bencana menimpa.
Kisahnya, lepas aku up date blog aku pada 1 disember 2010, dengan post terakhir aku iaitu contest dari Efa Nur, hujan turun dengan lebat. Aku pun off lappy sebab kilat di kawasan rumah aku ni boleh menyebabkan litar pintas. Macam biasa aku cek pintu depan dan belakang kerana tempias hujan lebat pun boleh tahan membasahkan rumah. Tapi, sekarang kan aku ada anak kecil. Tak boleh nak ligat mcama dulu. Air hujan meleleh-leleh ikut pintu dapur dan depan. Jadi, aku cuma dapat letakkan kain buruk banyak-banyak dengan harapan semoga air itu tidak mengalir ke ruang tamu.
Aku cek sekali lagi di pintu hadapan, tempias kuat juga. Aku sendalkan kain buruk juga. Beberapa minit selepas itu, air menderu masuk ikut pintu hadapan. Panik juga aku..tapi dalam panik-panik itu juga aku cuba menyelamatkan barang-barang elektrik. CPU, Lappy, kipas, plug...Air makin laju dan banyak. Adik aku letakkan atas meja. Izzat dah gabra, namun dia ikutje belakang aku. Bila dah lama-lama dia jadi seronok pulak. Nasib baik rumah aku tak banyak barang..tikar pun aku tak nak letak. Gara-gara banjir kuat dulu..baru je hamparkan tikar baru..dah banjir. Jadi, aku merajuk tak decorate rumah..biar je..Nanti cantik pun banjir jugak..

Bila air dah tinggi, hujan terus berhenti. Inilah keadaan dapur aku. Waktu ni aku dah malas nak menyelamatkan apa-apa..lantakla...

Huru-harakan..?Cuba teka..mana adik Izzat Yusuf...?haha tu je tempat yang selamat untuk Irsyad Soleh sementara ibunya memulakan proses pengeringan..
Mula-mula Izzat Yusuf posing dulu pasal dia tahu aku tengan klik-klik foto.

Lepas itu, dia pun enjoy. Aku malas nak marah pasal kehendak dia meluap-luap ketika itu. Aku biarkan aje, sementara aku menimba air bersama-sama kakak ipar ke2 dan bibik kakak ipar ke3 aku. Kemudian dia kecoh gatal-gatal tangan. Maknanya dah cukup masa lah tu. Jadi, adik dan abang ikut nenek balik rumahnya. Bukan jauh pun..depan rumah aku juga..

Melecet juga tangan aku menimba. Esoknya bermula lah operasi mengemas..punyalah sedih nak nangis semua ada. Penatnya..kemas rumah sorang-sorang. Tup-tup aku dapat panggilan emak dan kakak aku di kampung, Kampar accident. Keadaan mereka tak dapat dipastikan lagi memandangkan yang telefon tu pun adik aku yang masih berada di rumah.
Bergegar lutut aku, namun aku terus juga mengemas. Mata dah bengkak, hati tak putus-putus berdoa semoga semuanya selamat. Petang tu jugak aku balik ke Kampar.
ala...irsyad soleh nangis la..nanti sambung ya..




Wednesday, December 1, 2010

"Jom Sertai & Menang" by efa nur

Dah berapa hari tak berblogging ni..buka-buka je..ada msg dari lulu tntg nama ku ditag untuk contest..tgok tarikh dah tinggal bape hari jek ni..ok akak try ye..
Jadi, kalau masih sempat untuk anda menyertainya..marilah bersama-sama. Bukan susah pun nak join.


Klik banner untuk info contest yaaa...
Kalau aku jadi jutawan......
aku nak setelkan semua hutang, hutang kecil atau hutang besar..aku nak hidup bebas. Selesai semua aku nak tunaikan impian aku, nak mengerjakan haji..syahdu tengok orang pergi Mekah. Aku nak ajak semua orang yang aku sayang..tak lupa juga aku nak makan apa yang aku rasa mahal sampai tak sanggup nak makan..tentulah belanja orang yang aku sayang juga. Dan yang penting aku nak belanjakan wang itu ke jalan Allah..membantu semua yang perlukan bantuan..kerana AKU JUGA PERNAH SUSAH SEPERTI MEREKA..
Simple kan..tapi itulah cita-cita aku jika aku seorang jutawan...


Best wooo..hadiahnya..dapat tiket free gi enjoy kat genting...leh bercinta ngan hubby ni..( mintak2 lah menang)..hehe

Masa untuk menge TAG nama-nama
GreenAppleku
Sheriffa Fahima
Nick Descream
Akmal Baharuddin
Gen2Merah

Kalau freee..join lah ye...

Monday, November 29, 2010

Macam tak seronok je...

Entri di tgh pagi-pagi buta ni. Walhal hari ini nak bangun awal. Nak keluar ke Ipoh pukul 6.00 pagi nanti. Maklumlah nak berurusan dengan Hospital Kerajaan, kenalah awal waktunya. Juga, kalau tak ada masalah esok juga aku akan pulang ke Shah Alam. Sepatutnya aku gembira. Maklumlah balik rumah sendiri bersama dengan suami yang tercinta. Tapi, macam ada sesuatu yang tak menyeronokkan..rasa macam takut-takut je nak menghadapi hari-hari yang mendatang...kenapa ye..? Nak kata datang bulan..kot-kot ketidakstabilan hormon, tipulah tu....
Ish..walau apapun, harap-harap jangan berlarutan. Takut juga aku..mana tau sesuatu dugaan yang menduga keimanan..

Thursday, November 25, 2010

Undang-Undang Manusia.

Kata orang yang salah : Nak repot kat polis, pergilah... Aku cabar, cuba buat. Mesti aku lepas punya lah. Aku ada banyak kabel orang-orang besar.

Itu lah kelemahan undang-undang manusia. Ada pula main kabel-kabel orang dalam pulak. Jadi, yang salah boleh dianggap betul dengan kehadiran orang macam ini. Maka, bagaimana pula orang ditindas hendak menuntut hak.
Tunggulah dia dengan hukum Allah. Akan dihitung walau sebesar zarah. Tak de kabel-kabel dah..yang ada..kot kayu belantan. Wallahualam..
Inilah yang terjadi kepada pemuda yang kena belasah depan rumah aku tu. Tapi, dia nekad nak repot juga. Aku sokong, sebab..mak aku pun penduduk di taman ini. Dengan cara ini, kalau kita berdiam maknanya, dia boleh bermaharajalela nak buat undang-undang dia sendiri. Dia rasa nak bantai dia bantai je..teringat pula kes P. Kalimutu yang asyik nak menembak orang je...

Wednesday, November 24, 2010

Pekasam Goreng Emak

Ha...entri hari ini kisah makan-makan pula. Ini resepi zaman opah aku dulu. Inilah Pekasam Ikan Talapia. Emak saya kata, arwah opah saya dulu, buat pekasam ni sampai satu tempayan tau. Pekasam ini hanya menggunakan nasi sejuk, garam dan tentulah ikannya. Ikan yang sedap tentulah ikan-ikan sungai. Rumah emak saya di depan lombong ni, jadi banyak ikan talapia boleh didapati. Tambahan adik saya menjaring ikan.
Inilah rupanya ikan yang diperam selama 2 minggu lebih. Kalau lebih lama, rasanya masam lagi. Pekasam ni tak sama dengan pekasam beras tau..

Mula-mula basuh ikan itu bersih dari nasi-nasi tu.



Inilah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Pekasam Goreng ni. Hanya bawang besar di potong besar-besar, dan cili merah. Kalau nak lagi best guna cili padi. Ni pasal kes adik silap beli.


Masukkan minyak, bila dah panas masukkan ikan. Emak saya memang suka masak sekali banyak. Kacau sedikit, dah lama sedikit masukkan bahan-bahan tadi.


Kacau sampai hancur. Setahu saya, pekasam beras tak masak macam ni kan..
Amalan emak saya, bila dah mula nak hancur ikan pekasam tu, dia suka kutip tulang-tulang yang dia nampak. Nanti senang nak makan. Lagipun budak-budak kat umah ni memang gila pekasam tambahan kalau emak yang masakkan. Lauk lain tak payah dah..
Teruskan di kacau. Bila dah hancur macam, kawal api takut ada bahagian bawah yang hangus. Kalau nak garing, goreng lama lagi.
Hari ini, emak masak tak garing sangat. Simpan dalam bekas kedap boleh tahan dalam 5 hari. Kalau rajin panaskan lagi..macam kat umah ni..tak sempat nak panaskan..esok habis lah. tu pasal emak mesti masak banyak-banyak.

Amacam...pernah ke masak macam ni...rasanya? hehe..susah nak cakap..setahu saya sapa yang datg umah ni rasa pekasam, mesti nak makan lagi..hehe

Tuesday, November 23, 2010

Kek Merapi Nora

Setelah penat aku terklik sana dan terklik sini untuk memahami resepi kek yang tengah glamor masa kini. Pertama kali aku buat 2 hari lepas, habis aku rosakkan mixer emak. Dah tu, nak pukul adunan sampai kembang..tak kembang-kembang juga. Yang kembang lubang hidung aku menahan geram, mixer rosak plak. Apa lagi, aku hempuk pakai tangan, cukup semua..aku masukkan dalam oven. Memang aku tak harap sangat pasal adunan tak gebu langsung. Jadi, hasilnya memang mengecewakan. Lapisan karamel menjadi cuma agak nipis..kek nya pula dah boleh baling ke dinding..hahaha

Kali kedua, aku dah buat eksperimen. Tambahan pula kawan-kawan di Kongsi Resepi dah bagi banyak tips. Sungguh menggembirakan kali ini, semuanya menjadi. Adunan yang sungguh gebu. Tapi, bila aku terbalikkan ...bush...
.

Merapi memuntahlah laharnya...hahaha..kek dah gebu, karamel pula buat hal tak jadi..huhu sedih teramat sangat ni.

Tujuan aku belajar juga buat kek ni, mana lah tahu kot-kot hubby aku suka sangat pasal feveret dia puding karamel. Jadi, biarlah manis di mulut kenang dan sayang dia kat aku. Salah ke aku berniat begitu, nak pikat suami sendiri.

Dah terjiwang pula...

Keganasan yang memalukan.

Apalah kisah di sebalik tajuk di atas ni ye..sebenarnya, ada satu tragedi berlaku semalam. Sebagai wanita, aku mampu membantu. Tetapi, aku tak mahu langkah yang aku ambil memudaratkan semua orang. Tambahan di rumah, hanyalah aku dan 2 orang anak aku yang tak mengertikan apa-apa, emak aku yang mudah naik darah tinggi kalau gelabah dan anak saudara perempuan aku yang lemah.
Keganasannya, seorang hamba Allah yang mencari rezeki di bumi Allah ini, dihukum dengan undang-undang manusia yang tak mengenal erti keadilan, Hanya berkomunikasi satu hala dan diadili dengan sepak terajang. Memalukan kerana yang melakukan itu adalah orang Melayu beragama islam. Kasihan warga indon itu, dia sungguh naif. Bukan aku nak menangkan orang indon tu. Tapi, memang dia naif. Dia kawan baik adik aku, sama-sama kerja di tapak projek tu. Walaupun tak ada duit nak makan, dia tak ada pun sikap meminta-minta walhal dia boleh minta makan dengan adik aku. Tapi, dia sedar diri dia hanyalah pendatang ( ada permit wo..). Dia sanggup turun ke lombong menjaring ikan dan peroleh pendapatan dari penjualan ikan-ikan.
Memalukan kerana si pemukul berlagak kuat, kerana dia tahu abang aku tiada di rumah masa dia mengejar budak tu sampai di rumah aku. Takut dengan kebenaran, bila anak buah aku nak buat repot polis, malam tadi dah cabut lari. Ya Allah..moga dia dapat hukuman setimpal. Risau pula aku kerana dia memang banyak kes. Paling menakutkan, rumahnya selang satu blok rumah dari rumah emak aku. Rumah emak aku pulak paling hujung dengan lombong. Kalau dibuatnya dia nak naik minyak...ish..simpang malaikat..nauzubillah..

Sunday, November 21, 2010

Ibu dah pandai!!!

Anak aku suka makan donat. Dan seumur hidup aku, tak pernah buat donat. Akibat di desak oleh kakak aku ( dia pun nak belajar, pasal nak jual kuih ), aku pun beli bahan-bahan yang patut.




Adun apa yang patut, cey..macam dah pandai jek buat..walhal mata asyik-asyik tengok buku je...Tiba la saat menggoreng, sopan santun aku menggoreng (takut tak jadi..hahaha)



Betul kata orang..kalau buat lagi untung, naik jemu pula aku nak makan. Banyak kan..tapi memang gebu. Bukan aku tak nak kongsi resepi, buku aku dah dilarikan. Kakak aku nak buat esok pagi juga. Ala..korang mesti layan facebook..pe lagi join KONGSI RESEPI la..

Lepas ni ibu boleh buat donat untuk Izzat..berkat la hendaknya..

Saturday, November 20, 2010

sakit lah...

Hari ni, diet aku berterabur ( diet = pemakanan). Semuanya aku bantai..kerap pulak tu. Petang tadi, ada jemputan pula. Makan lagi. Aku pula dah makan ubat kasi lawas..apa lagi memulas-mulas. Dah banyak kali ni, tak habis lagi.

Aku tak kisah nak membuang. Tapi, masalahnya aku rasa macam dicucuk-cucuk, di toreh-toreh di situ. Sakit weh..kepada yang berpengalaman, ada tak ubat atau pape yg berkesan. Pasal apa yang aku makan ni macam tak de kesan. Nak kata aku makan pedas, tak de..aku dah takut makan pedas..

tolong ekk

Friday, November 19, 2010

Hari praktikal ibu Izzat dan Irsyad

Memang dah agak lewat. Selalunya, aku malas nak update blog bila dah malam-malam macam ni. Lebih baik aku tidur. Namun, rasa macam tak sabar nak luahkan pengalaman aku dalam blog kesayangan aku ni (hehe..tempat meluahkan perasaan)

Hari ini betul-betul menduga aku sebagai seorang ibu..(sebelum ni ada gak terbabas kesabaran aku) jadi, setelah aku memotivasikan hati ini..aku mulakan pendidikan kesabaran. Memang Allah benar-benar member aku latihan praktikal.

Bermula dari malam Jumaat, anak kecilku meragam yang amat dasyat. Dah naik pening aku, apa yang tak bagi lagi ni. Semua cukup. Selalunya menangis sekejap dah tidur..Dah nak naik angin juga, cepat-cepat aku bersabar..ye lah baby tu kan baru sebulan umurnya..tak tau apa-apa lagi. Kuat betul setan ni ngaco aku. Aku rasa macam selang 5 minit je aku dpt tido..sampai lah kul 6.30 pagi, aku call kejutkan hubby ku di rumah ( aku ni jam loceng dia)..aku teruslah bangun siapkan air mandi baby. Kepala toksah cakap la..aku pun dah naik bingai tak cukup tidur. Jadi, aku pun mandi selepas itu dan buat kerja rumah apa yang boleh. Ingatkan dah ok tapi Irsyad Soleh meragam lagi..aku naik heran.. Dah penat berdondang sayang, akhirnya adik dapat feel nak tido.

aku cuma mengiringkan saja..dia bantai nak terterap..suka hati dia la..pasal dia pun dah lama menangis, kalau dibiarkan lagi, takut kembung pulak perutnya

p/s: Tak baik amalkan tidur meniarap, nanti jadi sahabat jin


Bila Irsyad terlelap, dapatlah aku menegangkan urat tulang belakang. Bila dah dapat baring tu, mata pun ada sikit-sikit kelat. Niat di hati ini, dapat pejam sekejap jadilah pasal kepala aku pun dah tangkap rasa sakitnya. Sedang asyik melayan syiok..mengalahkan mat gian, tiba-tiba macam guruh bunyinya. Terduduk aku, rupa-rupa anak sulung ku, Izzat Yusuf berkelahi pulak dengan anak abang aku. Ate..umah mak aku dengan umah abang dekat, bertembung pintu je..jadi anaknya boleh kuar masuk ke rumah opahnya ni. Rupa-rupanya, mereka berebutkan majalah aku. Niat si abang ni nak menyelamatkan harta ibunya dari si pemusnah ( sorg lagi ni suka koyakkan buku). Tapi, di gigit pula tangannya. Menjerit la kawan..bengkak tangannya sekejap. Yang sorang lagi terhantuk kepala ke dinding..ish..ni lah kalau anak-anak lelaki kan..ganas.

Izzat Yusuf menggosok tangannya yang digigit oleh sepupunya.

Aku malas nak bising-bising. Nanti mereka mengganas lagi. Budak lelaki la katakan

Bila dua-dua dah dipisahkan, Apih pun dah balik tidur. Si Izzat pun dah mula layan blues..hm..adik dengan abang dah tidur. Ibu pun mencari apa yang boleh di makan.
Apa lagi ..bantai nasi ngan pekasam goreng buatan emak. Memang tak payah lauk lain..layan..tenang sikit fikiran. Ha ha ha...

Nampak je cincai tapi kalau ada lauk lain, dah tak nampak dah dek terkena penangan ikan pekasam ni..kalah panahan arjuna..hahaha

Thursday, November 18, 2010

Jahitan bercorak.



Lihat gambar di atas. Ini bukanlah iklan untuk menjual barangan kemas, jauh sekali ruangan untuk anak mami nak tunjuk barang di badan.

Cuba lihat pergelangan tangan baju kurung ini. Itu adalah jahitan corak buatan saya. Jika anda berminat, anda boleh nyatakan anda mahukan jahitan bercorak. Jika tidak, saya hanya jahitkan seperti biasa.

p/s: TIADA BAYARAN TAMBAHAN DIKENAKAN, ANDA SELESA, SAYA GEMBIRA. DOAKAN REZEKI SAYA MURAH..CUKUPLAH..AMIN.

ish....apa ni?

Sekarang ni aku baru belajar nak tukar template. Godek sana godek sini, penat weh..mana anak aku ni memain lak ngan aku. Kejap bangun, kejap nguek..ish..takkan aku nak buat keje separuh jalan. Kehebatan aku dalam IT ni dah la memang yang terhebat..hahaha..



Dah cuba ngubah apa patut ( walaupun mata aku tak best nak tengok) lagi sakit mata aku ada benda yang tak ada fungsi..aaarrgghhhh....esok aa sambung so jgn terkejut kalo ada bahasa espanol plak..hahaha

Kalau ada yang sudi membantu, memberi tunjuk ajar, memberi pendapat, saya sedia mengalu-alukan pertolongan anda..tapi kalau ada yang nak ngate2 aku tu..tak pe la..aku tau lah siapa aku..sob..sob..

aku nak tido sok nak bangun awal nak jadi dreba mak anta dia gi klinik..k selamat malam

Wednesday, November 17, 2010

Merdeka 2 hari lagi...YEAH!!

Aku suka sangat dengan gambar ini. Inilah gambar pertama yang merakamkan senyuman putera keduaku. Ketika itu, umurnya cukup seminggu. Aku pun pucat lagi. Maklumlah, kehilangan banyak darah. Tapi, tidaklah serius sangat kerana aku masih boleh berjalan.
Pejam celik, pejam celik tempoh berpantang 44 hari dah nak sampai ke penghujungnya. Tinggal 2 hari lagi. Tak sabar nak bakar tali pembentan di pergelangan tangan dan kaki aku ni. Jadi, aku dah boleh jalani hidup seperti biasa. Kalau tak, walaupun aku sihat dan boleh berjalan, orang tetap pandang serong kat aku..hehe.di sini, masih lagi kesalahan besar kalau berjalan ke luar rumah bila di dalam pantang. Walhal ada orang tu siap melancong lagi, 30 hari dah boleh bekerja, ada orang dah pergi berlari pula. Macam-macam kan..maklumlah emak dan kakak aku masih dalam kategori orang lama. Jadi, tak baik melawan..iye kan aje.




Gambar ni pula selepas Irsyad mendapat suntikan untuk umur sebulan di PUSRAWI Kota Damansara. Macam biasa, berat anak akan diambil sebelum pemeriksaan doktor. Bila jumpa doktor, doktor terus tanya aku.

'Baby makan nasi ke?' Aku rasa lawak pulak, ye la..kan dia baru sebulan, takkan aku nak bagi makan nasi kot.

'Minum susu apa?' Aku jawab susu badan la tak de campur-campur pasal susu melimpah-limpah.

"Hm..baru sebulan dah 6 kilo ye.." Aku tersengih dengar doktor kata begitu.

Aku ingat kot 5 kilo lebih je pasal memang lenguh dan tak larat dukung lama-lama. Rasa nak tanggal bahu..haha sekali Irsyad bantai 6 kilo, patutlah...doktor pun sangsi kot-kot aku bagi makan benda lain..tak baik tau..hehe

Apa pun yang penting anak aku sihat. Cuma yang tak seronoknya, Irsyad suka meragam waktu malam. Orang kata lagi nak dekat habis pantang, lagi la budak tu tunjuk perangai. Aku pun bawa-bawa bersabar. Sakit kepala weh tak tidur, bukan boleh cover waktu siangnya. Mak aku kata tak lama lagi kuruslah tu pasal tak cukup tidur. Tapi, aku rasa macam nak kembang lagi ni..Ish..tak boleh jadi, aku kena nekad ni. Bukan nak kurus, cuma jangan gemuk. Pasal, kalau aku kurus..aku rasa badan aku macam kelakar je..besar kat atas..haha..

Friday, November 12, 2010

Bila Azan Berkumandang...

Terbaca artikel ini. Walaupun ringan tapi memang benar maksudnya. Sekarang ni, ramai rang seakan ambil ringan je bila azan berkumandang. Moga dengan perkongsian artikel ini, sama-samalah kita berfikir sejenak akan kesalahan kita terhadap Allah. Tambahan pula si penulis menyuruh kita menyebarkannya. Jadi, memandangkan ia adalah perkongsian ilmu apalah salahnya saya kongsikan di sini.
**********************************************************
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimic mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

salam mujahadah..(^^,

Thursday, November 11, 2010

Mula menerima tempahan!!!Mari...mari...

Sedar tak sedar, tempoh masa aku berpantang sudah sampai ke penghujungnya. Tak lama lagi aku akan menjalani kehidupan biasa di rumah aku sendiri. Yang membezakan keadaan, hanyalah kehadiran si kecil itu. Mesti bertambah meriah. Emak aku siap berpesan “ Pakai seluar, jangan pakai kain, nanti asyik lucut aje..” Gurauan mak aku tu nak menggambarkan bahawa teruknya aku nak menjalani kehidupan sebagai suri rumah dengan anak dua orang. Relaks la mak...tak boleh cara itu kita guna cara ini, tak boleh cara ini kita guna cara itu. Hidup mesti diteruskan..

Dikesempatan ini, aku ingin menghebahkan bahawa aku sudah mula menerima tempahan baju kurung BIASA. Kepada yang berminat boleh la roger n out denganku ya...di jamin murah, tak sampai RM25 sepasang, bleh piping juga...Bagi pelanggan yang pertama kali menempah, aku bagi harga istimewa iaitu rm20 sepasang ya...cuba-cuba lah ye..

Saturday, November 6, 2010

Doa Wanita

Assalammualaikum, doaku semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah swt. Hari ini, saya sebagai wanita, ingin berkongsi satu susunan kata umpama doa kita kepada Allah swt. Saya terserempak dengan doa ini di blog kegemaran saya. Mari kita salami dan moga Allah menerima amalan kita.


Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Thursday, November 4, 2010

Lawak Malam Pertama

Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)

Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil.

Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis,

"Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir.

"Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ?

Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri

"Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?"

"kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad.

Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'.

"Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...

(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".

"oh. cam tu." sengih ramli,

"baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"



Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur.

cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.

"lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli.



Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata,

"Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun...

"Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut,

"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"



Moral cerita:

Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri

Nora ~ gelak aje...hahaha

Monday, November 1, 2010

Pelbagai Kisah Wanita

Assalammualaikum.

Ketika entri ini di taip, suasana di luar rumah agak mendung. Sejuk dan nyaman rasanya. Ruam peluh anak aku pun sudah berkurangan, Alhamdulillah.

Semalam, aku ada membaca kisah tentang hebatnya menjadi WANITA di blog sahabat blogger baru ku. Terasa nikmat dan untungnya dijadikan sebagai wanita. Menjadi hiasan dan penghibur untuk suami dan anak-anak. Syukurnya jika kita mampu bergelar wanita solehah kerana seindah-indah hiasan dunia ialah wanita solehah.

Namun begitu, WANITA seringkali lupa, termasuklah aku. Golongan ini paling mudah mendapat dosa dan azab dari Allah. Inilah yang dikatakan orang, 'bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah'. Bukanlah senang kita nak mengawal dan mendidik jiwa dan raga kita menjadi wanita solehah, itupun kalau bukan dengan hidayah dari Allah. Berdoalah kita, wahai wanita..semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dari-Nya. Bukan pula susah kita nak mendapat azab Allah, semudah berhias dan berkata.

Buat rakan-rakan wanita, marilah kita berkongsi ilmu yang saya perolehi dari artikel seorang Hamba Allah yang ingin menyelamat kita, kaum WANITA ini agar tidak jauh terpesong dari landasan Allah. Ia adalah berkaitan dengan azab bagi wanita.

Azab Bagi Wanita
(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat /
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Saturday, October 30, 2010

Kisah Berat Badan..

Selamat malam sahabat..

Dalam tempoh berpantang kali ini, aku benar-benar menjaga makan minum aku. Bukan apa, mengandungkan anak kedua, berat badan aku naik dengan sungguh mendadak. Terfikir juga aku, macam mana nak turunkan semula. Perlukah aku beli produk-produk yang semakin banyak di pasaran sekarang ni. Bukan apa, aku ada sedikit takut nak cuba produk-produk tersebut walaupun dah banyak testimoni yang diberikan.

Kalau anda semua nak tahu, berat terakhir saya 83.5kg.. Pergh...berat dan besar kan. Memang menakutkan..hehe. Hampir sebulan berpantang, berat saya turun sebanyak 11.5 kg. Ini bermakna berat saya sekarang 72kg. Aduh...nasib baik boleh turun juga. Tapi, saya bercadang nak dapatkan berat yang dulu iaitu 60 kg. Kalau dapat berat itu pun ok la, walhal berat saya sebelum kahwin ialah 55kg..Mesti terbayang kerampingannya kan..haha

Kalau saudara ada produk yang boleh dipercayai berkongsilah dengan saya. Selain dari pemakanan sihat, bersenam ..saya juga nak cuba produk yang boleh membantu usaha saya untuk menurunkan berat badan. Bukan apa, takut juga bila berat makin bertambah..penyakit pun mula nak hinggap. Nanti dah sakit siapa nak jaga anak-anak saya. Yang paling penting suami saya...hehe

Kembali kepada Nya

Salam di hari Sabtu.

Semoga kita semua di bawah kerahmatan Allah s.w.t.
Terderut rasanya hati bila terdengar lagi berita kemalangan maut yang melibatkan bas. Memanglah kata orang, jika ajal sudah sampai, Nyawa kita pasti akan diambil dalam apa jua keadaan yang telah Allah tetapkan. Tidak akan lamabat atau tercepat walau sesaat pun. Astaghfirullah...moga kita sentiasa memohon ampun kepada Allah kerana kita yang masih hidup ini, masih tidak tahu bila pula giliran kita. Namun, berdoalah kita moga kita pergi dalam keadaan yang baik dan dijauhkan pula dari azab kubur dan di neraka.

Ketika aku masih bernafas ini, fikiran ku tak henti-henti berfikir untuk memajukan diri. Walaupun tak mampu menggapai impian yang tinggi, sekurang-kurangnya aku menjadi seseorang, walaupunj hanya suri rumah. Tapi, tak semua orang disekelilingku menyenangi keadaanku. Emm..biarlah, bak kata orang..mulut manusia ni lagi besar dari mulut tempayan. Mereka akan bercakap walaupun aku ni dah jadi Perdana Menteri Malaysia sekalipun.

Thursday, October 28, 2010

Hari ini, aku mencemar duli...hahaha

Assalammualaikum..

Pesanan dari pihak penaja kepada ibu-ibu di dalam pantang, saya ni bukanlah contoh yang baik untuk anda ikuti. Bak kata pepatah 'ukur baju kat badan sendiri', heeee..

Hari ini, aku telah melakukan rutin yang tak patut dilakukan. Aku mengikut kakak dan emak aku bershopping kat Tesco, Kampar. Tapi, sebenarnya..aku pun ada barang yang nak di beli. Bukan saja nak penatkan badan gi berjalan suka-suki. Nak pesan kat kakak, akak aku tu..dia malas nak cari, tambahan barang-barang aku ni agak moden di mata dia. Pesan kat mak pulak, tak sampai hati. Jadi, aku rasa badan pun ok sikit..pergilah aku juga. Tak pe..sehari je..hehe

Dah selesai, shopping..kakak aku minta temankan dia nak buat facial. So, aku ni kena lah bantu dia mencari tempat yang sesuai. Tempat ni memang baru pertama kali aku try..'D'Manja Spa'. Janjinya akak aku je nak buat rawatan, tapi aku dan emak tumpang 2 kaki dgn membuat rawatan kaki. Pergh....orang dalam pantang yg penat berjalan, diurut kakinya, rasa nak tidur pun ada...bayarannya tak lah mahal..cuma RM25. Puas hati...nanti aku nak try rawatan lepas berpantang pulak..hahaha.

Selesai semua cerita..isi perut dulu, dan pulanglah kami tepat pukul 3.00 ptg sampai di rumah. Kami bertiga kalau dah keluar memang lambat baliknya. Ni kira cepat le..disebabkan keadaan aku kan..

Wednesday, October 27, 2010

Award dari LULU CALDINA



Salam mohon keberkatan dari Illahi..

Syukur hari ini dah genap 3 minggu umur Irsyad, Putera ku yang kedua. Segenap 3 minggu jugalah aku berpantang di rumah emak aku di Kampar, Perak. Ingat tak, aku ada kata dah lama kat sini tak menerima kunjungan hujan. Akhirnya, di awal pagi lagi hujan dah membasahi bumi di sini. Alhamdulillah, maka hilanglah kepanasan yang mengigit kulit selama ini.
Menjenguk entri yang lepas, ada sahabat baik member ‘award’ kepada blog aku yang masih berhingus lagi ni ( tak de perumpamaan lain ke..?). Nama award tu “Interesting Blog Award”. Pemberian ikhlas dari sahabat Bloggerku, Lulu Caldina, aku baru berjinak-jinak berjalan-jalan di blog dia. Memang menarik blog dia dan lulu ni baik dan peramah...tak pernah lupa nak ziarah aku... eh..eh..Interesting Blog Award tu untuk Lulu ke Nora ni...( hehehe..lagi mau bising!!). Oleh itu, untuk memeriahkan lagi keadaan, aku pun nak lah bagi kawan-kawan lain award ni juga. Jadi, kena baca sampai habis untuk mengetahui syarat dan nama sahabat-sahabat yang kena tag tu..

Sebelum aku nak ambil award ni, Lulu dah bagi beberapa soalan untuk di jawab. Jadi, Nora nak menjawabnya dgn penuh berhemah ni..:

1. lulu-pages.blogspot.com dimataku sungguh menarik dan menerujakan..terlalu banyak info yang terkadang tak terfikir dek akal..hehe

2. Nama blog ku – Ku Biarkan Jemariku Menaip..- kerana aku nak jadikan blog ku ini tempat ku bersantai, menyuarakan rasa hati dengan membiarkan jemari ku menaip apa yang hati aku rasa nak kongsikan..bleh kan...

3. URL blog ku – http://aurajarinora.blogspot.com – aku pilih kerana aurora tak de kena mengena ngan aku, auranora pula tak boleh..jadi, sinonim kan dengan nama blog..jadilah aurajarinora..tak da pe pun.

4. Method di dalam penulisan ku bergantung kepada keadaan..apa-apa pun boleh. Kiranya mana yang sempat dan secara relevannya boleh dijadikan method dalam penulisan ku..

5. Apa akan terjadi bila aku jenguk blog orang yang cantik dan menarik –ini memang selalu terjadi kat aku. Rasa buta IT betul aku bila tengok blog orang canggih manggih..tapi, aku buat je lah apa yang mampu. Sambil-sambil tu aku belajar la..(merendahkan diri..)

6. Blog ku di wujudkan pada JULAI – 2010.

7. Follower pertama aku yang takkan aku lupa sampai bila-bila ialah GreenappleKu, saudari Eiza.

8. 5 orang yang aku nak sama-sama kongsi award ini ialah :

GreenAppleKu
tamansyurga_87
Nick Descream
♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥
zmah
Jadi, bila kawan-kawan nak amik award ni..kena la cerita skit mengikut kriteris yg ditetapkan di bwh ini:-
  1. aurajarinora.blogspot.com di mata kalian...(belum tengok, sila blogwalking..)
  2. nama blog anda dan kenapa letak nama tu
  3. nama URL blog anda dan dari mana datangnya idea itu
  4. apakah method dalam penulisan blog anda
  5. apa perasaan anda bila lihat blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak (kdg-kdg blog sendiri cantik tp.merendahkan diri)
  6. bilakah blog anda diwujudkan
  7. siapakah orang yang pertama tahu dan menjadi follower blog anda
  8. sila tag 5 nama lain untuk menerima award tersebut dan forwardkan syarat2 di atas

Jangan lupa ambil award ye..

Monday, October 25, 2010

Memujuk hati..


Bismillah...ku mulakan coretan ini dengan nama mu ya Allah.

Kata hati mahu begitu, namun akal memujuk hati. Jangan terlalu mengikut hati, nanti mati. Lalu, semuanya di kawal oleh akal. Terdiamlah kehendak hati itu. Namun, hati tak terus berdiam. Gelodak ingin bertindak, menjadikan kawalan akal makin goyah. Semakin celaru bila hati dan akal mula menguasai fikiran mewujudkan tindakan tingkah laku yang mungkin baik atau di sebaliknya. Pelbagai kemungkinan akan terjadi jika ianya berlandaskan nafsu semata-mata...nafsu amarah selalunya...

Bila ini semua terjadi...jangan dilupakan, iman dan tawakal. Kembalilah kepada jalan Nya. Mohon petunjuk moga apa yang kita pilih adalah rahmat dari Nya. Berdoa mohon perlindungan dari bisikan syaitan dan kejahatan daripadanya. Akhir sekali bertawakallah kita...sujud mohon kesudahan yang baik.
Itulah caranya aku memujuk hati yang lara ...

Saturday, October 23, 2010

Hujan lah...

Assalammualaikum..marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan sesame kita, sebagai hamba Allah.

Ketika aku menaip entri kali ini, di luar rumah mak aku, berdentum-dentum bunyi guruh. Langit pun dah agak mendung walau hari baru saja melepasi pukul 6.00 petang. Tak putus-putus ku berdoa..moga hujan lah hari ini. Moga sejuk sikit bumi Allah mala mini. Bukan apa, kasihan aku melihat si kecik tu tidur..tergeleng sana, tergeleng sini. Maklumlah, kejadiannya bersaiz besar menyebabkan lehernya berlipat dan mudah berpeluh..agak tidak selesa, agaknya lah..

Rasanya, mesti berat dia bertambah. Mana taknya, menyusu aje kerjanya. Bila mata terbuka, ternganga jugalah mulutnya. Alhamdulillah...tak de la aku dapat demam bengkak susu, dan nak memerah susu je untuk mengurangkan bengkak. Moga dimurahkan lagi rezeki buat anak aku tu.

Sepanjang aku duduk berpantang kat sini, aku tak pernah maklumkan kepada nurse klinik untuk memudahkan mereka menjenguk kami anak beranak. Jahat kan aku..nanti-nanti aku terangkan kenapa..la ni..aku takut nak citer..

Ada sedikit bosan..

Salam di hari Sabtu.

Hari-hari ku berlalu seperti biasa. Rutin yang sama hingga setiap hari. Tak sabar rasanya ingat cepat sihat. Barulah tak terbatas pergerakanku, bolehlah membantu kerja-kerja emak. Sekarang ni, asal aku menyapu sikit, kena marah..aku basuh pinggan sikit, “biarlah..nanti mak basuh..” Aku bukan apa..segan yang amat sangat. Hanya duduk je. Nasib baik lah, aku dah boleh siapkan sendiri anak aku dan melipat kain. Kalau tidak..naik lemau badan ni. Nak berjalan sangat2 pun tak boleh...Tak sabar nak tunggu 3 minggu berpantang pulak. Sebab aku tengok..orang lain sihat je masa berpantang. Ishhh...merungut lagi aku ni..walhalnya berpantang kali ini lah aku rasa ok sikit. Kalau berpantang dulu lagi teruk...Alhamdulillah..jangan lupa kuasa Allah, ish..aku ni..tu lah manusia mudah lupa..

Ala..tengah-tengah ada mood nak menaip..perut pulak buat hal. Al-maklumlah..tiap-tiap malam makan ubat spesel tu..so, tiba masa dia pun meragam la..baru bercadang nak update page aku. Jeles tengok org selalu renew blog..blog-walking pun aku dah terhad sgt..bosan la..nanti-nanti aku sambung ek...

Thursday, October 21, 2010

Cuaca yang panas..Anak ku dapat ruam..

Agak teruk keadaan cuaca sekarang..hendaknya di rumah aku di Kampar ni. Dah 2 minggu aku berpantang di sini, sehari pun belum pernah hujan..jadi bayangkan betapa panasnya keadaan di sini. Dari pagi hinggalah ke pagi esoknya..panas memanjang.

Terkena pula timing aku tgh berpantang..jadi kerja aku dah ringan sikit. Tak payah nak sediakan air panas untuk mandi pasal air kat bilik mandi mak aku ngalahkan air yang dibuat mandi..panasnya.. Keadaan panas ini juga telah memudahkan badan aku berpeluh..aku bertungku sekali atau 2 kali je sehari..peluh memang macam air paip..haha..

Tapi, yang tak bestnya. Baby baru aku ni..sian dia..ruam nya makin banyak. Hot spot kat belakang leher tu..kalau aku jadi dia mesti dah tak tentu arah..tapi Allah berikan ketenangan pada dia...Mudah-mudahan cepat la baik. Aku nak gi klinik pun teruknya la..tak de sapa leh bantu..

Ada petua ke..nak kurangkan ruam peluh di badan baby..selain bedak sejuk...air-cond...

Monday, October 18, 2010

Ada sesuatu mengganggu fikiran ku...

Walaupun hari-hari aku meluangkan masa untuk melayari ruang blogging, namun tak terdaya nak up-date atau menjenguk ruangan rakan-rakan. Mungkin tak de mood. Penat pun ada...tapi, aku tak nak la merungut bab penat tu..

Cuma sekarang ni aku rasa ada sesuatu yang mengganggu fikiran ku..aku rasa tak tenteram. Rasa macam tergugat pun ada..rasa macam dikhianati pun ada..rasa tersisih pun ada...walhal bukan ada apa=apa pun yang berlaku..Ya Allah...dalam saat-saat aku begini, takut juga aku nak melayani perasaan entah apa-apa ini. Kang silap-silap dapat angin meroyan plak..Nauzubillah..Apa yang boleh aku lakukan..berzikir denganlidah, hati dan perbuatan..Aku pun bukan manusia biasa..terkadang aku lemah juga...tambahan dalam keadaan begini.

Walau apapun..tatkala melihat wajah hero-hero aku..segalanya hilang..Moga Allah melapangkan dan mempermudahkan urusan aku di dunia dan di akhirat..Amin..

Wednesday, October 13, 2010

Walaupun kedua-duanya lelaki...

Hari ini genap seminggu usia putera keduaku. Rakan lain sibuk tanya tak teringin nak perempuan ke..? Kalau di tanya waktu sekarang ni..mestilah aku kata tunggu lah dulu..

Pada aku..walaupun kedua-duanya lelaki..aku cukup bahagia..gembira, sebab Allah masih sudi mengurniakan aku anugerah yang sungguh bermakna. Kalau yang perempuan tu...aku sentiasa mengharapkan tak kisah la lelaki atau perempuan biarlah semuanya mewarisi sifat yang baik, soleh dan solehah...
Cuma sekarang ni aku ada masalah..kat kg aku dah ketiadaan tukang urut lepas bersalin..aduh..aku dah seminggu ni...

Friday, October 8, 2010

Adik Izzat Dah Lahir....

Alhamdulillah...akhirnya penantianku berakhir..walaupun agak tragis dan mengerikan, Namun kesyukurn tak pernah ku lupakan untuk Allah. Memang terasa nyawa dah nak melayang...Tapi, kesemuanya dah selamat, Alhamdulillah.

Dengan keadaan agak ngilu-ngilu pedih ni, rindu juga nak up date blog. Dan teruja nak inform kat kawan blogger yang aku dah bersalin...Secara rasminya Muhammad Izzat Yusuf dah dapat adik lelaki, Muhammad Irsyad Soleh. Dilahirkan pada 6 okt 2010. Sebenarnya tu tarikh untuk cek up..tapi aku terus kena tahan..doktor kata baby aku berat nya dah nak ke 4 kg. Gusar betul aku kerana minggu lepas nya cek..tak sampai pun 3 kg lagi..tak kn dlm seminggu naik mendadak. Makan pun aku tak larat..

Aku di paksa..Ya Allah..macam2 zikir mnegingati Allah di bibir aku kerana aku pernah lalui saat paksaan dulu..memang melemahkan. Tapi, kali ini lagi besar ujian aku...Walaupun jalan dah buka 8 cm..tapi baby tak nak keluar. tiba-tiba kepalanya berubah arah dan kedudukan nya lebih tinggi..Doktor kata" kita tgok keadaan dulu.."

Dalam kesakitan yg amat sgt..aku mohon ampun kepada Allah..aku anggap kesakitan itu untuk Allah hapuskan dosa..ye lah..aku pun manusia biasa..

Bila kesakitan memuncak...Allah saja yang tahu apa aku rasa...selagi ada nyawa ku perjuangkan..akhirnya..Alhamdulillah..terima kasih kepada rakan yang mendoakan kesejahteraan aku...

Tuesday, October 5, 2010

Dah berapa kali kemas..


Fuh..futuristiknye foto kali ( ntah apa apa ntah)..persediaan tu dah 3 minggu tersedia. Entah berapa kali pula aku kemaskininya. Itu semua persediaan untuk aku berpantang di kampung. Konon-kononnya baby aku nak keluar awal..tapi, sampai sekarang belum ada tanda. Kalau ada pun, sakit sesikit..sabar aje lah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Namun begitu, esok aku ada temujanji lagi. Semoga esok ada la rasa sakit membuka jalan terus..hehe..tak sabar pulak tetiba..dah rindu nak tido lena kot..sabar la...setiap penantian pasti ada pengakhiran ( versi memujuk diri sendiri)

Kembali semula kepada persediaan nak balik kampung tadi, itu baru sikit..ada lagi barang-barang lain. 2 plastik pampers tu untuk baby, ada 2plastik untuk abg baby, 2 plastik lagi untuk ibu baby..hahaha ( apa plak citer beria bab pampers ni).Belum campur barang opahnya lagi..penuh kete ni..pinjam lori la kejap..hehe

Em..k lah ..salam mesra ya..

Saturday, October 2, 2010

Ayat Baru Izzat...(makin petah berkata)

Salam di hujung Syawal...

Dah hujung-hujung syawal ni makin penuh jemputan rumah-rumah terbuka. Jalan raya pun boleh sesak dibuatnya. Keluarga aku pun dijemput..tapi, hari ni aku ade rasa lain macam sikit. Takut gak kan nak jejalan jejauh. Selepas selesai urusan di Shah Alam, aku pun rehat dirumah. Tegang jugak perut di buatnya. Dah nak hampir Asar, aku bangun dan suami ku mengajak ke Saujana Utama..apa lagi..rumah terbuka le..Aku pikir dari duk umah tunggu sakit tak berapa baik aku gi bantai makan..hehe

Memang puas makan..kenyang sungguh2. Alhamdulillah...walaupun jauh..puas hati. Maklumlah tu je sebuah yang aku larat pegi. Patutnya ada lagi sebuah, tapi biar hubby je pegi ngan member dia..

Jangan salah sangka, Izzat tu peluk perut boyot ibu dia..bukan bantal peluk tau!! hehe..hari ni Izzat ada menuturkan ayat baru..tersengih jugak aku mendengar nya..walaupun agak pelat tapi..jelas jugak butirannya.
" baby..kuar lah baby..kuar la.." sambil menggosok-gosok perut aku..dah besar dah abang ni. Moga terang hati dia mempelajari erti tanggungjawab..
Sesungguhnya menjadi ibubapa adalah kenangan yang paling indah yang tak dpt ditukar nilai gantinya..Moga Allah memberi petunjuk untuk mendidik anak kita menjadi insan yang berguna, soleh dan solehah dan mendoakan kesejahteraan kita di sana nanti..Amin..


Friday, October 1, 2010

Gambar Izzat Dalam Senarai Top 5!!!!

Hoooooorrrraaaaayyyy!!!!

Ha ha ha..buat malu kompeni je aku ni..baru tersenarai dalam Top 5. Belum di daulatkan kemenangan lagi tuh..Bukan apa..tergezut sket-sket pasal..aku ni memang tersenarai insan lembab IT. Tapi, semangat nak try jugak masuk contest tu. Cek-cek hari ni (pasal 1 okt keputusannya)..tup-tup ada gambar Izzat. Hehe..tq kepada pihak penganjur kerana sudi memilihnya.

Kepada rakan-rakan blogger semua..undi-undilah Izzat sebagai pemenang ya..heee..kalau anda rasa dia layak la..(undi kena bersih, tak baik aku ni..)

Perut dah kejang balik..baru nak jelajah blog member..semua dah update bebyk..kepada kengkawan..aku singgah blog-blog mu..tp tak larat nak komen..nanti kot ayat tak best jd lain pulak..takpe..nanti2 ku singgah lagi ek...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...