Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..
Showing posts with label Aku Sebagai Surirumah. Show all posts
Showing posts with label Aku Sebagai Surirumah. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

huru hara sekejap...

Walau dah berkali terjadi, tetap tak nak ambil pengajaran aku ni. Ye lah...ramadhan dah nak dekat, masih ada berbaki puasa yang nak diganti. Jadi, aku akan ambil straigt dari isnin hingga khamis. Minggu lepas terjadi dapat 2 hari je. Minggu ni pun mula hari selasa sebab badan tak sihat hari isnin lepas.

Pagi tadi agak menggelupur bila tengok jam dah nak dekat habis waktu. Kena juga bangun sebab perut pedih, kena sahur juga. Kalau zaman bersendirian dulu, tak kisahlah, bila tak larat rehat aje. Tapi, sekarang...tenaga itu penting. Tengah menggelabah tu, si soleh ni bangun pula. Ha...bersahur sambil peluk dia, tengah dukung nak basuh tangan terasa basah...wah...tak pernah adik kencing sampai tak cukup pampers ni...tukar pe patut, nak baring untuk tenangkan adik. azan dah bunyi dah tadinye...

aahhh...boleh terlelap pula. bangun subuh dengan tergesa-gesa dan wajiblah membersihkan badan dulu, kerana adik telah melekatkan hancingnya pada ibu tadi.

dah solat, termenung sekejap di tempat tidur. kena kejutkan en.hubby...mata kelat, tapi tak leh tidur nanti terlewat kejutkan hubby.

apa dah jadi...hubby tak dikejutkan jyga. dia kejutkan kita balik, inform nak pergi kerja dah...ala sayang..minta maaf sangat, ini gara-gara baring sedap sangat la tu.

akibat asyik bangun tido bangun tido...pastilah kepala aku sakit. lepas en.hubby keluar, aku sambung. paling koman nak kul 9 nanti cukup lah. rupanya nak dekat kul 10, sepakat dengan anak-anak aku. semua pengsan lagi.

panaskan sup semalam,sebab cadangnya nak masak lambat sikit. serentak adik dan abg bangun, takpayah cerita la huru haranya...

bila tengahhari...azan zohor dah nak berkumandang, aku rasa semacam...hmmmm...berbukalah aku dan teruskan huru hara dengan memasak pula...indahnya menjadi suri rumah...

Saturday, April 30, 2011

Hari yang lemau...

Erk..lemau..hari yang lemau. Apakah definisi anda sendiri? Bagi akak nora, hari yang lemau ini dimulai dengan bangun lambat. Malas nak masak. Asyik terduduk aje..

Kata pakar, sebelum tidur kita haruslah senyum dan gembira. Berdoa kepada Allah SWT mohon semoga hari esok adalah hari-hari yang lebih baik daripada hari yang berlalu. Dan baca doa tidur. Maka, insyaAllah kita akan bangun dengan bersemangat esok.

Akak nora tidur dalam kekacauan..kenapa? Biarlah rahsia, sampai lupa doa tidur. Ha..mimpi yang hampir meragut nyawa. Adik pula asyik meragam, tak sedap perut kot. Aduh..sakit kepala sekejap bangun sekejap bangun.

Bila bangun tidur pula, sebaik-baiknya senyum juga dan ucapkan Alhamdulillah atau panjangkan lagi dengan doa bangun tidur. Itu adalah untuk mensyukuri nikmat hidup yang Allah telah berikan untuk sehari lagi. Ha..teruskan dengan mengambil wuduk. Barulah ikatan syaitan yang mengikat kita supaya jangan solat subuh tu terputus.

Alhamdulillah..mata aku dah 'set' untuk bangun subuh. Seronoknya dapat solat kat masjid, tak mengapalah..anak kecik-kecik lagi. 2,3 tahun nanti mungkin berkesempatan.
Bila buka mata, memang kelat. senyum pun rasa 'nyerongen' je...hik hik..aper tu? cuma anda senyum tunjuk gigi je..macam tu la. Tapi, bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah itu penting ya..untuk mengelakkan kita ni lupa untuk berterima kasih dengan Allah SWT.

Tiba masa nak masak. En.hubby kerja, jadi masak ala kadar je. Alhamdulillah..tadi dia makan tak banyak komen. Cuma pesan jangan masak pedas-pedas, sebab tekak dia belum pulih sepenuhnya. Aku? sebiji cili padi pun dah huru hara, nak masak macam mak bed tu 50biji cili padi? arghhhhh....BOMBA!!!!

Apapun, ..bila akak nora sentuh mesin jahit, ditambah pula jahit kemasan leher baju kurung, memang menghilangkan kelemauan itu. Memang menjahit adalah terapi buat akak nora. Tapi...

Adik Soleh memang tak senang duduk sekarang ni. Sibuk ganggu operasi ibu.

Sedar tak sedar dah lama jugak aku tak masak-masak. Teringin pula nak kek coklat. Susah..adik soleh sekarang, bak kata lagu orang bercinta tu...

"Resah hidup tanpa kau di depan mata ku.."

MAcam tu lah..bangun aje mulalah. Memang payah nak buat kerja rumah. Ada setengah orang akan tunggu aje anak tu, tak boleh nak gerak. Ada juga yang sampai tak solat atau mungkin lambat solat.

Aku ada terbaca satu artikel, yang mengatakan jika semua keperluan bayi itu telah kita sediakan dan berikan, maka ketika hendak bersolat itu, biar aje kalau dia nak menangis. Sebab, mungkin Syaitan mengganggu anda yang ingin bersolat melalui bayi itu. Memang betul, masa mula-mula ada anak dulu, hairan..bila nak solat je..anak aku bersilat guling-guling. Akhirnya, kubiarkan saja. InsyaAllah, Allah itu Maha Mengetahui.

Bab tak boleh nak buat kerja tu, pernah la sekali aku 'bertukar' jadi Oshin jap..kenal Oshin? aku pun tak tahu..tapi dulu aku tengok Oshin berkebun dengan anak kecil macam aku ni..

ha..adik suka satu hari tu, aku keliling rumah dengan dia sekali.
Tapi, tak sanggup nak lama-lama, boleh patah bahu wo..kalah budak bawak beg ke sekolah tu..

 Bila ibu nak hela nafas penat sekejap, rupanya dia lagi penat. terus lena atas riba..haha..

Macam-macam kan..


Friday, March 25, 2011

Sangat setuju dengan kak Aziela..

Kadang2 suami nie sukar nak memberikan penghargaan pada kita sbb mereka sangat selesa dengan kita. Mereka tak perlu sgt berhati2 sebab kita adalah sebahagian drpd diri mereka sendiri. Itu pendapat suami. Kita isteri selalu harapkan kasih sayang atau sekurang2nya diberikan hint yang mereka nampak hasil kita. Realitinya, kita berikan sebaik dan sedaya yg kita boleh untuk mereka tanpa menunggu apa2 remarks sbb bila kita tak ada barulah suami akan sedar pengorbanan kita yang tidak ternilai. Janji kita bahagia dengan kebahagian yg suami kita ada... Opss..panjang plak. Mcm entry plak. Sorry ek Nora...heheheh

Ini komen Kak Aziela berkaitan dengan pertanyaan aku tentang penghargaan dari suami.( tak ada sorry2 kak..kita share kan..)

Betul...

Masa mula-mula dulu, cey..masa baru se dua tahun berkahwin, rasa macam nak 'menunjuk' je apa yang aku lakukan khas untuk suami tersayang. Tapi, sakit hati kalau dia 'tak nampak' atau mungkin 'malas puji'.

Cemburu? aku saje yang cemburu..dia nak cemburu apa. Sebab rekod aku bersih, tiada lelaki lain selain dia. Dari segi berkawan atau perhubungan. Bukan bermakna akak nora tak ada kawan berjantina lelaki, cuma adab dan batasan tetap di jaga. Pantang akak nora berbual atau bersms dengan lelaki lain kalau bukan hal yang terdesak. Jadi, akak memang alergik perempuan yang suka melayan ni..ye la ye la....alasan tak tahu status, jadi nasihat akak, jangan terlalu menurut tanpa usul periksa. 'Jual mahal' tak salah untuk menjaga kehormatan diri sendiri kan..

Bila masa berlalu, banyak ilmu dan pengetahuan aku tentang rumah tangga aku tuntut. Hinggalah, mata hati aku terbuka. Kenapa aku beria-ia nak menunjuk apa yang aku buat. Dia tak nampak dia tak hirau, tapi itu adalah tanggungjawab aku dan hak aku yang perlu aku tunaikan sebagai isteri dia.

Sejak itu, pelbagai aku usaha untuk menyenangkan hati dia semata-mata mendapat redha dia dan Allah. Ingat..kalau kita meninggal dalam keadaan suami tak redhakan kita, tak cium bau syurga lah kita. Nauzubillah..

Biarlah dia tak nampak, yang pasti akak bahagia membahagiakan dia. (tetiba bergenang...)...oklah...

Wednesday, February 2, 2011

Akak Nora Ber'asap'kan dapur..

Semalam, aku proses bersihkan rumah. Habuk seinci. Baru 2 minggu tinggalkan rumah kat en.hubby. Busy jawabnya...jadi, makan pun en.hubby main order je pasal aku dah tak larat nak masak.

Hari ini, bermulalah akak nak berasapkan dapur. Bermula dengan sarapan, donat. Takut jugak nak buat. Pasal, memula buat dulu, buat dengan emak dan kakak aku. Maklumlah, aura bergandingan dengan orang otai di dapur kan. Menjadi..pastu ada sekali aku buat sorang-sorang. Pe lagi..macam biasa, boleh baling kat dinding. Semalam, Izzat dah bising ‘donat...donat..’. Nak senang belilah, tapi nak pergi pagi-pagi tu. Leceh la..adik Soleh dgn Izzat syok tidur lagi masa tu.

Dengan berhati-hati akak cuba ikut 100 peratus resepi yang Akak Nora dah hafal tau dik-non. Langkah demi langkah..tiba bab kena terap acu. Selalu aku acu tempa pakai tangan je. Tapi, Mak mertua aku ada berikan aku satu acu donat, cepatla sikit kerja. Adik Soleh meragam pulak. Menggelupur aku mengecap. Senget benget..lantaklah. Menggoreng pun sambil dukung Adik Soleh. Tapi, Alhamdulillah...menjadi donat aku..sampai malam Izzat ulang alik ke dapur cari donat.

Tinggal kat umah yang agak tak berseni sikit. Yang comel-comel hantar ke rumah mak mertua dan kakak ipar belakang rumah aku ni. Biar selera mereka makan dapat yang comel. Lebih ikhlas kan.. Izzat dan ibunya bukan tengok rupa..hehe..ngap aje.


Emak balas mangkuk aku dengan nasi goreng dia. Kalau tengok biasa je, sayur pun guna kacang botor yang ada ditanamnya. Gelap pasal berkicap. Tapi kan....rasanya aduh..memang tak leh nak kata apa. Sungguh terangkat..pernah aku cuba masak stail dia ketika tinggal di rumahnya. Bahan dah betul tapi rasa tak kena..hebat la emak en.hubby ni.



Tiba masa akak nora korang ni nak masak tengah hari pula tadi. Huhu..akak terjumpa bukti yang akak tak ke dapur dalam masa yang lama. Agak-agak apa?

x

x

x

teka lah weh

x

x

Bawang yang dah berpokok.
psssttt...kalau tanam bleh jadi daun bawang yang guna masa masak tu ke?



Bila bergelar ibu...

Bila dah bergelar ibu, macam-macam sifat yang dahulunya lain kini berubah. Mungkin dulunya penggeli tapi, sekarang dah menghadap anak sendiri, nak suruh siapa lagi? Lainlah bagi mereka yang berbibik. Tapi, Alhamdulillah aku bersyukur anak-anak aku masih dalam jagaan aku sepenuhnya.

Aku ni masa remajanya terkenal dengan sifat penggeli. Memang geli. Emak aku takkan lupa satu peristiwa yang berlaku dulu. Ketika itu, aku sedang makan nasi sambil menonton TV. Tiba-tiba siaran betukar ke rancangan National Geographic, kisah tentang ular. Masa tu cantik je ular tengah berusaha nak menelan tikus. Pergh...kembang tekak aku...lari ke tandas keluar balik nasi yang dimakan tadi. Bila bercerita bab geli geleman, citer ni mesti keluar dari mulut emak aku.

Pernah masa kecik dulu, aku geli dengan air liur aku. Bila banyak je dalam mulut, aku ludah. Tapi tak ada la aku tuih-tuih ikut suka aku di mana-mana je. Kang geli pula orang tengok aku..hahaha. Satu hari, kakak kepada kawan aku menegur sikap aku. Aku ni memang bukan jenis melawan. Terus insaf aku ketika itu bila dia kata ‘tak baik ludah-ludah macam tu tau’..Maklumlah sekolah rendah lagi ketika itu.
Bak kata en.hubby, bila seorang wanita bersalin banyak urat terputus, termasuk urat geli nya ..ye ke? Tapi, memang sifat-sifat dulu dah tiada dalam diri ini. Ular makan ular balik pun aku leh makan cekodok lagi. Anak buang air besar tercicir kat rumah pun tiada masalah. Tapi, tahan bau aje lah..tambah-tambah kalau Abang Izzat yang buat...pergh!!!
Lagi satu yang aku buat, dan rupa-rupanya mak aku pun tak berani buat ialah..sedut hidung baby aku yang berhingus. Kisahnya bermula ketika kelahiran anak sulung aku yang suka selsema ketika usia 3,4 bulan. Manalah dia pandai nak hembus hingus lagi. Bila dah penuh kan mereka macam lemas sikit. Aku beli alat untuk sedut hingus yang dijual farmasi. Macam hampeh je..emak aku kata ‘kalau boleh, sedut je’. Aku yang tak sampai hati tengok anak susah bernafas terus la buat..

Gila ke aku nak telan...buang la. Cuma terkadang, agak tertinggal ‘masin-masinnya’. Tu pasal bila anak selsema aku pun selsema. Bila dah 1,2 tahun barulah abang izzat pandai buang sendiri. La ni masa untuk adik Soleh pula. Boleh dia bantai muak susu ikut hidung, menangis la pedih hidung dia. Pergh...rasa muak muntah kat mulut. Nak gi kumur-kumur, adik perlu ditenangkan dulu. Bersabarlah aku...
Itulah secebis kisah aku apabila bergelar ibu. Mungkin diluar sana lebih hebat pengorbanan mereka sebagai ibu. Apapun kita doakan semoga keluarga kita selamat sejahtera di dunia dan akhirat

Adik Soleh dah sihat Alhamdulillah. Gambar ni menunjukkan dia berusaha nak tegakkan leher. hehe...

Tuesday, February 1, 2011

Monolog Hingusan

Menghadap kekabutan dalam habuk berterbangan,
Memerah keringat berjuang dalam kehidupan,
Agar aman hidup ku dalam kebersihan,
Namun aku dihampiri dugaan,
Kepala sakit nan hidung mula berhingusan,
Diserang musuh yang tak pernah meninggalkan,
Itulah dia alergi yang menderitakan.
p/s: Sekarang akak nora nak blogwalking..banyak entri best aaaa...apa pun jangan lupa singgah dan tinggalkan pesanan ya...

Friday, January 14, 2011

Bersabarlah hati ...Lelaki jangan mudah lupakan janji.

Sepatutnya ketika ini aku dah tak boleh berblog dah..maklumlah lappy aku tengah koma dan di rumah emak aku nun di Kampar tu..tak ada line yang ok. Semuanya k.o.

Sepatutnya aku dah sampai semalam kat Perak. Tapi, en.hubby call semalam mengatakan balik hari ni lepas solat Jumaat. Usahkan lepas solat, ni pun tak balik lagi. Emak aku dah nak dekat berapa kali call tanya dah bertolak ke belum. Aku pun jawab "jauh lagi nak tolak ni, bukan senang.."Mak bengang!! huhu...

Aku bukan marah kat suami aku apa yang telah berlaku ini. Aku cuma bengang bila mudah sangat dia berjanji tapi satu pun dia tak ingat. Cuba lah kata InsyaAllah.."abang tak janji tau.." at least tak de lah aku menunggu-nunggu. Itupun aku da malas nak bersiap dulu. Dibuatnya betul aku siap semua dengan anak-anak sekali tunggu dia lepas solat Jumaat tak ke aku leh ngamuk..tapi percayalah..kak nora tak pernah begitu..tabahkanlah hati ini lebih lama lagi ya Allah...no big matter lah..

Akak Nora siap buat kek favourite dia lagi..cheddar cake..huhu



Sedap wo...nak resepi klik kat sini.

Berkedut pasal letak dalam pinggan je..sian dia..

Saturday, January 8, 2011

Hijaukan bumi anda - versi Akak Nora ..hik!!

Kelatnya mata nak bangun subuh. Tapi, cepat-cepat ingatkan yang setan sedang bertenggek kat mata tu. Aku tak nak bagi ko menang!!!! Automatik bangun terus mempersiapkan diri untuk solat subuh.
Siap sudah..aku mula proses mengelilingi rumah mengumpulkan koleksi yang selama ini aku kumpul untuk memudahkan aku balik kampung. Ish..ada ke gitu...
Jadi hari ini aku sahut kempen "Tak guna plastik hari Sabtu"- tu ayat aku sendiri kasi mudah dan faham. Keterangannya untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga alam ini. Kasihan, dia dah semakin tua. Lagi terseksa menanggung pelbagai jenis manusia yang melakukan kemungkaran di atasnya.
Terluka hatinya, melihat dia di kotori, di cemari dan diperlakukan pelbagai rupa. Belum lagi terpaksa hadap orang yang bercengkerama buat maksiat di balik hidupan di atasnya. Nauzubillah..malu lah wei...memang sama la korang macam kucing meragan..(tau tak istilah tu.)
Aku memang ajar anak aku dari kecil ni. Alhamdulillah..memang dia tak pandai buang sampah keluar kereta..(abahnya tak terajar lagi, dah liat). Kalau di luar, dia berusaha mencari tong sampah nak buang sampah, Di rumah, tak payah suruh-suruh semuanya dalam tong sampah..termasuklah mainan dia,kasut aku, telefon abahnya, kunci rumah, kunci kereta, kunci motor abah. Tapi, tu kisah memula ajar dia dulu. Kalau rasa macam hilang je sesuatu, carilah dalam tong sampah tu. Pasti ada jawapannya..(tong sampah ni kering tak bercampur dengan barang basah di dapur tau..kang kata aku pengotor pulak..). Betullah kata oarang melentur buluh biar dari rebungnya. Tapi tu buluh, tak pandai cakap. Ni anak orang, banyak jugaklah komander pasukan ni asyik keluarkan arahan..baru lah tersemat di otak tu.
Oklah, selesai keliling rumah. ini je Akak Nora jumpa..
Selalu kalau beli barang dapur dan rumah memang banyak (walaupun dewasanya ada 2 orang jer). Hari ni mungkin nak shopping untuk 2 bulan. Ganda 2x tu, erm..sebenarnya sebulan punya pun tak cukup tu. Sumbat ajelah jawabnya dalam kereta kang..bukannya naik bas pun.
Bila ada plan nak keluar rumah pagi-pagi. Mulalah aku berdentum-dentam di dapur siapkan sarapan dan di selang seli dengan apa yang patut. Tapi, kelancaran kerja aku terjejas kerana..

Subuh-subuh lagi dia dah jaga..duduklah awak kat situ macam biasa. Orang kasi tidur tak nak tidur..

Tapi kan, lepas aku solat tadi. Aku terdengar de eh- de eh dia berbunyi. Aku jenguk lah ditempat tidur Soleh. Dia dah meniarap sendiri la...hehehe.

Itulah jiwa ibu, anak meniarap pun dah hepi sangat. Macam mana kalau kita bahagiakan ibu, bagi ibu bangga walaupun kita bukanlah sehebat mana kerana kita tak sempurna tapi ibu, amat sempurna di mata kita.

Jadi, kenapa ada kes buang mak. Sedih aku, doa dalam hati kecil ni..jauhkan musibah itu dari aku. Bukan aku risau dibuang..aku takut anak aku menerima azab yang maha dasyat di sana kerana buat begitu kepada ibu mereka. Keredhaan Allah kepada seorang anak terletak kepada keredhaan ibu bapanya. Wallahualam.

Beransur dulu yah..ingat, mulakan setiap perlakuan yang baik dengan bismillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...