Tetamu Yang Dihormati
Thursday, March 31, 2011
Nama pun khabar angin kan...Akak Nora pernah kena tau..
Akak nora sendiri pernah di landa ribut taufan khabar angin ini. Hingga menyebabkan emak akak menangis tau.
Al-kisahnya, ketika itu akak bersahabat baik dengan seorang Pakar X-Ray Hospitl Kampar. Akak kenal dia melalui bekas kakak ipar akak nora. Nama dia Encik Zul...muka dia, serius macam Adiputra Si Tanggang tu..hehe. Hitam manis dan berkaca mata..akak memang alergik lelaki 'berkulit putih'...
Tapi, akak nora tak adalah sampai bercinta. Berkawan, pasal pasti dia dah berpunya. Pernah dia ajak akak nora keluar pergi makan. Akak kata tak nak lah...masa tu akak nora dah belajar kat uitm dah, balik bercuti. Akak nora tak nak sebab di rumah tak ada orang. Emak menunggu ayah di wad. Adik-adik akak ada la...
Tak lama lepas kejadian dia ajak akak keluar makan, ayah akak nora dijemput Illahi. Dia salah seorang yang mandikan dan menyolatkan ayah akak nora di sekolah. Kami memilih untuk mempercepatkan urusan jenazah kerana rumah akak nora masa tu payah ooo..semak..jadi mungkin payah, tambahan dikelilingi kawasan orang cina.
Selepas peristiwa itu, akak belajar seperti biasa di U. Hingga di suatu hari, akak menerima panggilan dari adik akak yang ketika itu masih di tingkatan 5.
"Ko buat apa, mak sampai menangis2 tau."
Akak tercengang..aku nak couple pun tidak..tiba-tiba macam ni..
"Cik nuar datang ngamuk ngan emak cakap jantan nak keluar dengan ko bukan susah, bagi je RM200, bawak la kemana-mana.." Ngucap panjang akak nora dengar cerita tu. Air mata dah menderu jatuh..sungguh akak nora tak tau apa yang telah berlaku.
Arwah cik nuar tu memang suka mengamuk tak tentu pasal..tapi, aku tak pernah buat pasal dengan dia..nape ye..hujung minggu tu juga aku balik ke kampung.
Setelah di soal siasat, dan aku bertanya sungguh-sungguh, apa sebenarnya. Mak aku pun bercerita..
Sebenarnya cik nuar ni dengar dari mulut seorang mak cik yang encik Zul ni kata, "Sayang (nama aku), anak cik mah (mak aku) tu bukan susah nak bawak keluar, bagi la RM200... Lepas tu, yang mak cik ni bagi tau la kat cik nuar (ada bau-bau hancing sikit ngan family aku)" pergh..rasa menyirap darah panas di wajah aku bila terfikir itu perbuatan Encik Zul. Emak menyambung..
"Tapi, Encik Zul dah jumpa makcik tu pasal cik nuar dah nak gi serang dia (AKU BENCI ORANG YANG SUKA SERANG2 NI...BENCI YANG AMAT SANGAT!!!!,,,hish arwah..dah..jgn citer pasal dia). Encik Zul pun marah mak cik tu..
"Mak cik cakap apa kat orang ni, sampai habis orang huru hara dibuatnya. Saya cakap, sayang, anak cik mah tu bukan senang nak ajar keluar, bagila RM 200 sekali pun.."
Rupa-rupanya, encik Zul dah jumpa emak menerangkan keadaan sebenar dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Dan aku langsung tak dapat jumpa dah...sampai sekarang..
Melalui cerita itu, nampak sangat status aku kan..hingga habis huru hara di buatnya. NAsib baik ada perwira menyelamatkan maruah aku..itulah pengalaman..
Pesan akak nora, jangan suka bawak mulut..apatah lagi mengenai aibnya seseorang..dosa besar ye..
Nota Nora : Isteri Solehah seperti 10 SITI - Siti ke-3
Jadilah seperti Siti Fatimah yang redha dengan suaminya, redha dengan kemiskinan yang dialaminya. Sehinggakan dia hanya memiliki satu bantal dan satu selimut untuk di kongsi bersama dengan suaminya, Saidina Ali.
(tapi, itulah yang romantiknya kan. Hubby akak nora memang suka nyendal satu bantal dengan akak. tapi sekarang susah nak tidur dekat-dekat pasal tidur sekali dengan anak-anak. Renovate bilik tidur tak susah-sudah lagi. Macam pelarian di rumah sendiri pulak..haha)
Siti Fatimah akan berusaha bersungguh meminta maaf dengan Saidina Ali jika suaminya itu terasa hati dengan dia. Pernah sekali dia bertawaf mengelilingi Saidina Ali yang sedang duduk sambil merayu agar dia dimaafkan.
Akhirnya, Saidini Ali tersenyum dan memaafkan Siti Fatimah. Siti Fatimah menceritakan peristiwa yang menggembirakan itu kepada Ayahandanya, Rasulullah saw ketika dia menziarahi Rasulullah.
Kata Rasulullah saw: "Walaupun kau adalah puteri kesayanganku, anak yang paling aku sayang, seandainya kau meninggal dunia dalam keadaan suamimu tidak meredhakanmu, nescaya aku tidak akan menyolatkan kamu."
Akak Nora Berkata: Pernah akak nora terfikir, buat tak tahu saja. Jangan dilayan baik sangat kalau laki tu pun tak pernah hirau perasaan kita. Tuntuttan agama apatah lagi..(tengok cerita drama melayu, isteri yang baik sgt terhadap suami yang jahat)..Astagfirullah..ke situ akak nora. Hinggalah akak nora terdengar kuliah berkaitan redha suami yang membenarkan kita sebagai isterinya mencium bau syurga. Jika tuntutan agama seperti solat, puasa yang tidak ditunaikan itu..itu adalah urusan antara dia dengan Allah. KIta yang masih yang ada hidayah dan mata hati ini, teruskan beriman. InsyaAllah...Allah itu Maha Mengetahui..
Wednesday, March 30, 2011
Nota Nora : Isteri Solehah seperti 10 SITI - Siti ke-2
Seorang isteri yang mesra dan romantik, sehinggakan minum pun di bekas mulut Rasulullah saw.
Berjalan sambil berpegangan tangan.
Rasulullah menggelarkannya Humaira- si merah jambu.
Akak Nora berkata : yang bab ini, akak nora hairan sikit. Masa awal-awal kahwin, jalan berkepit. Kenapa bila dah 'ramai' ni, semakin meninggalkan akak nora ni. Tau la akak jalan lambat..lambat pun dukung si kecik muk -muk tu..huhu..
yang bab minum secawan tu..sampai sekarang, kami memang minum satu cawan. Pernah mak akak marah akak pasal bagi suami minum bekas akak..tapi, cepat-cepat dia kata dia yang nak..entah lah..akak turut kan aje...
Bab panggilan..memang payah sikit. Masa mula-mula dulu panggil 'abang' je..hehe..pastu aku ngada-ngada nak panggil dia 'sayang'..pergh..geli geleman dia kata..aku panggil juga.. Akhirnya, kalau aku tak panggil sayang tu, dia risau..kot aku marah 'sesuatu' dengan dia..hahaha..
Tuesday, March 29, 2011
Pertama kali di tempah.
Tarian POCO-POCO haram....
Jangan melenting, kerana ada di sediakan alasan dan penerangannya. Jadi, kita fikirkan..kenapa kita nak melenting jika ada logik nya di situ...
Nota Nora : Isteri Solehah seperti 10 SITI - Siti Pertama
Isteri Rasulullah yang sentiasa menyokong perjuangan Rasulullah saw. Beliau sentiasa di sisi baginda SAW ketika baginda memerlukan. Salah satu kisahnya, ketika Rasulullah saw bertemu dengan malaikat Jibril di Gua Hiraq. Baginda pulang dalam ketakutan hingga badan Nya menggeletar.
Siti Khadijah menenangkan Rasulullah saw dengan memangku dan membelai rambut Rasulullah saw. Membacakan Bismillah dan mengucapkan kata-kata yang menyenangkan perasaan baginda.
(yang ini aku selalu praktikkan. Tapi, bukan masa dia susah hati, pasal susah nak tengok dia susah hati begitu..ketika dia berehat dan suka letak kepala di pangkuan aku. Pesan Ustazah Siti Bahiyyah, amalkan menghantar suami kerja dengan senyuman dan lambaian. Kajian mengatakan dengan cara begitu, ia akan meningkatkan prestasi kerja si suami. Entahlah, tapi aku buat begitu kerana suka dia keluar rumah dengan tersenyum dan bukan memulakan hari dengan muka yang masam)
Walaupun Siti Khadijah telah tiada, namun namanya sentiasa meniti di bibir Rasulullah saw. Sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati Saydatina Aisyah. Dia bertanya kepada Rasulullah saw, mengapa nama Siti Khadijah juga yang diingat walaupun Siti Khadijah telah lama tiada. Merah padam muka baginda mendengar kata-kata Aisyah itu.
Lalu jawab Baginda, "Aku sayang dan cintakan Siti Khadijah atas 3 perkara:
1: kerana dia beriman denganku ketika orang lain ingkar dan kufur kepadaku
2: dia membenarkan dakwahku ketika orang lain mendustakannya
3: dia memberikan sumbangannya ketika orang lain tidak mahu membantu walaupun hanya 1 dirham.
Ketika Jibil bertemu Nabi Muhammad saw, disempat berkata sesuatu kepada Rasulullah saw.
"Ketika kamu pulang ke rumah, Siti Khadijah akan menghidangkan makanan. Ketika itu, kau sampaikanlah salam ku dan sampaikan salam Allah swt kepadanya. Dan katakan kepada Siti Khadijah bahawa Allah swt telah menyediakan syurga buatnya."
Rasulullah terkejut kerana begitu hebat isterinya hingga Allah swt dan Jibril menyampaikan salam dan jaminan syurga dari Allah swt buat isterinya itu.
Allah swt suka akan layanan Siti Khadijah terhadap Rasulullah atas 2 perkara,
1: Lemah lembut layanannya
2: Tutur kata yang terjaga.
Akak Nora Berkata : YA Allah yang Maha Berkuasa..sungguh beruntung isteri Rasulullah itu. Mungkin kita bukan isteri baginda, namun insyaAllah kita isteri kepada seseorang. Kita ambil la sesuatu sebagai panduan. Akak hanya berkongsi..
p/s: Nota akak lepas tengok Muqaddimah di TV9
Monday, March 28, 2011
Teringatkan tsunami...
Akak ambil dari LULU PAGES..
Bila mengenang semula kisah tsunami di Jepun ni, Akak nora teringat kuliah di masjid rumah akak ni.
" KIta bersyukur, kerana negara kita terselamat dari bencana muka bumi seperti gempa bumi dan tsunami. Memang kita pernah menghadapinya, tapi tidak lah sehebat di Jepun. Janganlah pula kejadian itu berlaku atas kesilapan kita, kealpaan kita, Maksiat berleluasa, pemimpin yang terpesong, akhlak-akhlak islam yang makin tipis, dan pelbagai lagi perbuatan manusia yang mampu mengundang musibat dari Allah."
Lebih kurang begitu. Agak gerun di hati akak ketika itu. Namun, akak bersyukur kerana ada gentar di hati akak. Kerana :
Rasulullah saw pernah menghalau seorang jemaah nya yang langsung tidak menangis takut apabila Baginda menceritakan tentang kiamat dan kematian, juga balasan azab dari Allah. BAginda menyatakan sesungguhnya jika tiada kegerunan di hati kita apabila terdengar kisah-kisah tersebut, maka ada nya syaitan dan noda-noda hitam yang membutakan hati kita dari takut kepada Allah. Astaghfirullah..
Jadi, anda fikirlah. Jika anda ingin terus buat dosa..jangan babitkan orang lain.
Sakit kepala
sungguh mood terbang meninggalkan aku,
hanya yang tinggal denyut yang menyentap kalbu,
bukan di hati tapi di kepala ku,
kenapa rasa lemau hari ini,
makan pun tak berselera lagi,
en.hubby dah tersengih tunjuk gigi,
ei..sorry sian adik tu kecik lagi..
susah kalau badan ni tak larat,
buat keje sikit dah penat,
sungguh rasa nak rehat,
apa kan daya kerja ku sarat.
maaf kawan yg datang,
akak nora tak larat le sayang..
mungkin ku cuba pabila esok menjelang...
Sunday, March 27, 2011
Giveaway :Senyuman Si Cilik
Nama anak : Muhammad Izzat Yusuf bin Mohd Shah Idham
Tarikh lahir : 21 Februari 2008
Nama Ibu : Norazima Binti Muhamod Razali
Tag :
Mamaleesya
Makbed
p/s: Salam kenalan kepada pihak penganjur
Kuih Bantal untuk leyzajamil...
Kita sambung semula...ini, komen yang akak nora jumpa.
Akak nora tak tahu la dia serius atau tak. Tapi, akak tak nak hampakan harapan kawan ni. Pasal siap ada 'please......'. Ish...lembut betul akak ni ek..(silap aaa....cuba buat hal..hahaha)
Leyzajamil bertanya tentang kuih bantal akak nora ni. Hehe...Resepi orang malas je ni kawan..
Macam ni ye.
Bahan asas:
Mauripan (akak nora guna 1 sudu besar je, pasal buat sikit)
Gula 1/2 cawan sebab memang nak bagi rasa manis.
Larutkan bahan2 di atas dan biarkan yis itu kembang.
Kalau ada marjerin, letak dalam 1 sudu, dan kalau banyak 2 sudu besar. Saja nak kasi sedap kan..cairkan dan campurkan dalam tepung bila nak uli nanti.
Bila yis dah kembang, letakkan dalam tepung. Tepung ni, akak nora tak ada sukatan. Ini kerana, akak tambahkan sedikit demi sedikit sampai tepung tu tidak berapa lembik. ha..masa mencampurkan tu akak guna sudu, tak sanggup nak pegang..habis lekit kat tangan. Bila dah ok, baru uli dengan tangan.
Akak punya tak yah biar tunggu naik adunannya. Terus bentukkan doh tu panjang-pang ikut sukatan anda sendiri. Jangan besar sangat, nanti dia berkembang dalam kuali, lagi besar..hehe. Masa nak membentukkan tu, mungkin melekat-lekat di tangan. Gunakan tepung ye, jadi, kurang sikit melekatnya.
PAnaskan minyak yang banyak. Api kena kawal. Ini teknik goreng donat. Minyak kena banyak dan api kena kawal. Cuba masuk satu dulu, kalau dah boleh mengawal cara goreng. Boleh la letak banyak-banyak dalam kuali kan...Tak susah la..sekejap je menggorengnya. Cuma, kalau kita guna api banyak dan minyak sedikit, nanti dia hangus diluar, dalam tak masak.
Itu baru, kuih bantal. ish..maaflah kalau tak faham. Akak suka belajar masak. Tapi, akak tak pandai nak ajar orang masak. Akak bagi tau tu cara macam mana akak nora buat la..hehe..memang gagal jadi chef..kan..kan..
Akak nora guna adunan doh yang sama, cuma kurangkan gula. JAdi...
Pakai sardin dan cheddar cheese je, dah itu je ada kat rumah ni. Ni menu terkejut, nak makan sungguh-sungguh jap lagi kang nak gi kenduri pula.
Memang saja akak nora 'hangus'kan..rangup sikit. hehe..rupa dia menakutkan kan..pertama kali akak nora buat ni..yang pasti DAH HABIS...hahah..kebulur ya..
Saturday, March 26, 2011
Kek yang dibuat tapi aku tak makan!!
Baru keluar oven. Akak buat separuh adunan je.
Bila diterbalik kan..maka inilah dia, Kek karamel. Akak nora buat juga pasal en.hubby dan izzat yusuf amat menyukainya. Kalah kek coklat kat kedai nun..tapi, tu la akak buat je, makan nye tidak..
Kasi potong sikit, izzat tak sempat tunggu sejuk. Kek ni kalau simpan dalam peti ais, lagi sedap tau..segar dan nyaman. Tapi, manusia bernama izzat ni dah tak sabar.
KEK KARAMEL. (terima kasih kepada Kak. Munira Baharum -kongsi resepi)
Ini sukatan untuk sebijik tau. Yang akak buat tu akak pandai2 je ubah bagi separuh..huhu..
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)
(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk
(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)
Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...
Sedar tak sedar..dah suku kek dah izzat bedal...
Friday, March 25, 2011
Sangat setuju dengan kak Aziela..
Ini komen Kak Aziela berkaitan dengan pertanyaan aku tentang penghargaan dari suami.( tak ada sorry2 kak..kita share kan..)
Betul...
Masa mula-mula dulu, cey..masa baru se dua tahun berkahwin, rasa macam nak 'menunjuk' je apa yang aku lakukan khas untuk suami tersayang. Tapi, sakit hati kalau dia 'tak nampak' atau mungkin 'malas puji'.
Cemburu? aku saje yang cemburu..dia nak cemburu apa. Sebab rekod aku bersih, tiada lelaki lain selain dia. Dari segi berkawan atau perhubungan. Bukan bermakna akak nora tak ada kawan berjantina lelaki, cuma adab dan batasan tetap di jaga. Pantang akak nora berbual atau bersms dengan lelaki lain kalau bukan hal yang terdesak. Jadi, akak memang alergik perempuan yang suka melayan ni..ye la ye la....alasan tak tahu status, jadi nasihat akak, jangan terlalu menurut tanpa usul periksa. 'Jual mahal' tak salah untuk menjaga kehormatan diri sendiri kan..
Bila masa berlalu, banyak ilmu dan pengetahuan aku tentang rumah tangga aku tuntut. Hinggalah, mata hati aku terbuka. Kenapa aku beria-ia nak menunjuk apa yang aku buat. Dia tak nampak dia tak hirau, tapi itu adalah tanggungjawab aku dan hak aku yang perlu aku tunaikan sebagai isteri dia.
Sejak itu, pelbagai aku usaha untuk menyenangkan hati dia semata-mata mendapat redha dia dan Allah. Ingat..kalau kita meninggal dalam keadaan suami tak redhakan kita, tak cium bau syurga lah kita. Nauzubillah..
Biarlah dia tak nampak, yang pasti akak bahagia membahagiakan dia. (tetiba bergenang...)...oklah...
Entri Jumaat : Fadhilat Surah Ad-Dukhan
2. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda:"Sesiapa membaca "Haamimm Ad-Dukhan" pada malam jumaat, maka diberi keampunan baginya." (HR. Ibnu Katsir)
3. Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad:"Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apa dia? Maka nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah "Ad-Dukhan" dan bersabda lagi: Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi.
Akak Nora Berkata : Akak betul-betul nak fahami fadilat no.3 tak jelas. Kalau ada yang pernah mengetahuinya, share dengan akak ya...
Surah Ad-Dukhan (sebutan huruf 'kho' ya..) ni tak panjang. Cuma 59 ayat sahaja. Memang boleh diamalkan. Mengikut apa yang tertera dalam hadis, Rasullullah saw banyak mengaitkan surah ini dengan memohon keampunan. Jadi, bolehlah kita mulakan dari sekarang. Selain berdoa memohon keampunan, kita boleh juga amalkan surah ini dan lebih molek memahami ertinya.
Hari ini, pertama kali aku masak asam pedas ikan pari. Selama ini, tak pernah makan apatah lagi nak masak. Tu la..bila dah bersuami, sanggup buat apa saja demi memenuhi kehendak dan menyenangkan hati suami. Suami..? Bagaimana penghargaan anda...
Thursday, March 24, 2011
Resepi roti naik.
Resepi Roti Naik
(Terima kasih bebanyak kepada kak Sasha Rahmat kerana walaupun tak pernah bersua tak kedekut ilmu untuk diperturunkan..copy pes je ni..)
bahan A
yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung GANDUM 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis naik
bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega cair
bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula
bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum
cara2nya
1 - mula2 buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, suhunya suam.
2 - masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
3 - add bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
4- Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.
5 - Biarkan adunan naik
6 - Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang
7 - Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
9 - Keluarkan dr oven dan bole sapu marjerin diatas roti
Akak Nora berkata: BAk kata lulu..sedapnya makan dengan kari kan..akak tak pernah terfikir..pergh..ada idea nak gempalkan badan lagi ni. Kepada yang pernah bertanya, tu la resepi dia. Akak nora ikut bulat-bulat cuma bab gula je kadang-kadang kurangkan..suka kan tawar. Kata kak Sasha tu, dengan adunan begitu boleh buat macam, pau, donat, dan macam-macam kreativiti cuma kena tukar tepungnya saja. Kalau rajin nak buat roti tu, gunalah tepung bermutu atau tepung roti untuk hasil yang lebih terbaeeekkkk(angkat ibu jari sket..). Akak nora main hantam saje la labu...
Temulawak?
Selain dari itu, ulaman segar pun senang di cari. Kalau pegaga tu jangan kutip daun je. Basuh bersih-bersih dan makan bahagian akar dia. Kat situ la khasiatnya..sedap.. Dulu, kawan akak ada bagi sejenis daun ni, tapi dia tak ingat nama nya. Ish..terkenang akak sampai sekarang. Apa lah nama dia, nak cari balik. Katanya ia elok untuk kesihatan wanita. Tapi, akak nora suka rasa dia...
Bersambung kisah temulawak..
Yang ini ter tua sangat..akak suka yang agak kurang tua sikit (punya lah tanak cakap 'muda')
Nama Tempatan: Temu lawak
Nama Saintifik: curcuma xanthorrhiza
Nama Lain: Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih
Famili: Zingiberaceae
Lokasi dijumpai: India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara
Pengenalan :
Temulawak (curcuma xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede" dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.
Tingkat kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, di berbagai macam jenis tanah pada ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.
Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temulawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita. Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal mahupun campuran. Sumber dari :http://www.bio-asli.com/herb/daun.asp#lawak
Dari segi keishatan wanita, memang terasa ada bezanya. Kulit pula, Alhamdulillah..tiada masalah. Apa-apa pun sekadar pengetahuan ya.
Kalau orang lain tak pernah makan..ada ke macam muka adik ni?hehe..adik belajar makan roti tu..
Wednesday, March 23, 2011
Giveaway: asleenda 1st GiveAway.
Akak nora tag sahabat baru...
Afuan Shah
Nur Sakinah
Tarikh tutup 8 April 2011 ya...
Salam kenalan buat penganjur
Contest: Senyuman Paling Ceria!!!
Ha..ni banner contest cik namee. Untuk join bersama KLIK BANNER
Hik..hik ceria tak akak nora ni..nampak lesung terung pipit tu..hahaha..
Akak Nora tersenyum dalam gambar tu kerana nak posing dengan spek yang baru keluar kedai ketika itu.
Masa menge 'tag':
Noody (senyum-senyum selalu dik..)
baby bear (salam kenalan)
Cundaa (bukan selalu kan..)
Cepat..tarikh tutup 31 march
Akak nguli lagi..
Adik Soleh tak bangun lagi..hehe CARGAS!!!
Sebenarnya, kerja dia sekejap je. Tapi, bila diganggu hilang konsentrasi dah kerja pun jadi lambat. Tapi nasib baik, akak selesai masukkan dalam oven, baru adik soleh bangun.
Roti akak nora menjadi berkembang mekar....
Tak tipu..kali ni gebu, selalu mampat. Pasal tak uli dengan sebati...
Akak nora kurangkan manisnya untuk di makan bersama Buttercup..walaweh...macam mana nak kurus ni..jap lagi nak lari keliling bilik aaa...hahahah!!
Tuesday, March 22, 2011
faktor berat beg tangan pun boleh ganggu struktur badan kita..
Tetapi, dalam kita tidak sedar faktor beg yang berat itu boleh mengganggu struktur tulang belakang kita. Jika kita terus menyandang beg yang berat dalam jangka masa yang panjang, hari-hari pula tu, kita pasti akan terasa kesengalan dan sakit-sakit di bahagian belakang badan. Ishh... teringat masa zaman akak nora jadi cikgu di tadika dulu. Beg memang besar dan gedabak pasal bawak kerja sekolah, kertas kerja dan buku rancangan mengajar yang besar tu.
Tambahan dulu pergi sekolah dengan izzat, terasa juga lah sengal-sengal di belakang. Sekarang beg tak ada la sangat di sandang. Maklumlah duduk kat rumah je, tapi lain pula yang di sandang kali ni..hehehe..
Sebagai tips, orang yang bagi talk tu suruh :
1. Kita cek selalu, buang benda-benda yang tak berfaedah yang akan menambahkan berat beg anda.
2. Tukar posisi menyandang beg setiap selang beberapa minit. Yelah..dari kiri ke kanan kan..
3. Yang penting pilih beg yang menyelesakan, ni belum isi barang dah berat dulu.
4. Jika anda membawa beg tangan anda dalam keadaan badan yang senget, itu tandanya beg anda sudah terlalu berat.
Nak kongsi tengok beg akak yang sempoi..huhu..
Jenama, entah apa entah. Beli katalog je, tak tengok rupa pasal akak tengok saiz yang besar je. Hehe..konon senang nak letak pampers, baju, dan barang-barang anak-anak. Tapi, dah tak buat dah..semak!! Harga dia rm 12.oo je..akak kan alergi benda mahal..Rupa belakang kira..
Ni barang-barang yang tak boleh 'buang', sentiasa ada. Purse, baru tu. Tu hadiah dari en.hubby pasal kad-kad untuk mrs. isteri nak simpan dah bertambah, purse dulu dah tak muat (kalo penuh duit..ok gak). Kamera, kot-kot perlukan. Simpan kat rumah pun nak buat apa..Ubat yang penting di bawa. Tasbih tu perlu jika aku keseorangan. LAgipun, pemberian terakhir bapa mertua aku. Sayang..kat sini semua tempat ada tasbih..dalam kereta pun ada. Saja aku tunjuk kat en.hubby, jangan lupa berzikir guna tasbih tu. Sekurang-kurangnya ada pahala buat arwah ayah dia.
Tu bukan angpow, itu tempat simpanan duit bebudak ni. Kalau ibu berjaya buat penjimatan, ia akan disalurkan buat simpanan mereka. Rezeki dari Allah, jangan kerana itu korang jadikan alasan untuk tarik akak masuk MLM ye..(tetibe je)
beg kecik ada barang emergency. ala pompuan tetap pompuan..
Akak rimaskan 'juraian' beg akak tu. Terus akak kerjakan...hahah kita buat dia kan...
Giveaway: Reen's Diary Giveaway Lahh !..
Selepas menjenguk di blog penganjur...waaaaa...comel la hadiah dia.
Kepada yang nak join juga..di jemput KE SINI
Tarikh tutup : 1 April 2011
Tag:
Noody
MAs saari
MJ (kalau menang kasi akak ya..bukan apa..mj je asyik menang GA..huhu)
Salam kenalan buat penganjur..
Contest : Cik Epal
Sesiapa berminat Klik CIK EPAL kat atas nun..
Saya membaca blog cik epal kerana...walaupun baru pertama kali menjenguknya, saya benar-benar tertarik dan ia telah berjaya menarik hati dan jiwa ini sepakat klik-klik untuk terus follow dan menunggu entri-entri seterusnya dari blog ini, segar dan berinformasi.
Tag :
CEROI yang meniti sejan ( dah lama teringin tag dia..)
MAKBED yang confirm banyak gambo..
p/s..lulus ke tak ni cik epal? salam kenalan..akak suke first prize..yummmy...dah lama tak pergi...
Bila anak kecil tak nak makan...
Ketika dia mula mengenal erti makan, memang Izzat ni boleh tahan bab makan. Sekejap je akak bagi dia nestum pelabagai rasa. Lepas tu akak masak nasi bubur pelabagai rasa pula. Tiba masa, dia tak makan. Bagi tu tak naka, bagi ni tak nak. Menyusu pun tak nak...Ni akak cerita pengalaman akak. Jangan korang samakan dengan pakar pemakanan tu..hehe.
Izzat susah makan kalau:
1. Demam
2. Lama dah tak u-uh..so,perut tak sedap. Ini memang masalah dia dari kecik. Bukan dia susah nak uang atau sembelit. Tapi, bila rasa nak membuang, dia akan duduk henyakkan punggung dia kelantai. JAngan bagi najis tu keluar..masalah kan..Jadi kena aware keadaan dia, kalau semacam je tu. cepat2 paksa dia ngangkung juga...hehe. Nasib baik dah besar ni dia berubah dah.
3. Akak masak tak sedap.
4. HA..yang ni akak nora tak tau suratan atau kebetulan. Tapi, memang berkesan pada anak akak dan anak-anak buah akak yang lain. Meh akak kisahkan..
Satu hari, izzat seharian tak nak makan. Makan dalam keadaan tak selera. Dah 2,3,4,5 hari juga la masa tu. Ketika itu, akak di rumah emak di Perak. Kakak akak datang bertandang, rumah dia bukan jauh pun..
Dia kata, "ce potong rambut anak ko. Kalau ikut anak-anak lelaki nyah, bila rambut panjang je memang susut badannya. Tak nak makan." Memang agak panjang rambut anak aku. dalam seinci lebih dah..
Apa lagi, bertempik-tempik ane kedai gunting rambut tu. Dia marahkan Izzat tak nak duduk diam-diam..(izzat alergik dengan kaum dia..akak pun tak tau nape). Tak lama lepas itu. Selera dia kembali ok, dan muk-muk macam biasa. Cuma dah besar ni..tinggal pipi je tembam. Dia kurus meninggi, makan ngalahkan abahnya.
Tu pasal mereka ni asyik dogol aje. Adik pun sama, kalau rambut dia dah mula menegak panjang..mula lah semua serba tak kena. Bila dak kasi gunting..suka aje..yalah..cuaca kadang-kadang panas kan..rimas...
Inilah Muhammad Irsyad Soleh sekarang. Dah 5 bulan. Beratnya 9kg. Kebolehan dia sekarang menjerit, menyanyi masa nak tido, gelak berdekah-dekah dan tour setiap bucu rumah dengan bergolek saja, tak suka gigit benda yang ibu beli untuk exercise gusi tu.
Dia suka gigit besi...
Soleh...!!! hari-hari kena aware jangan bagi dia buat gitu, pasal dia ada sakit kulit sekarang ni. Kena rujuk pakar dah..tunggu appoinment.
Adik soleh memang sedap di uli-uli. Tengok akak genggam paha dia..dapat gigit sedap tu. Dalam banyak-banya cucu mak mertua akak, 'produk' kami yang tak berapa nak cerah. hehe..Kalau mak akak dia mesti bising, " dah ibunya niat jangan bagi putih..." hahah..masalah juga akak nora ni ye...orang lain sibuk dak putih gebu..
Tengok, memang nak mengigit aje kerja dia. Abang dia dulu, tak minat masuk2 benda dalm mulut. Akak boleh bagi Izzat main duit syiling masuk dalam tabung tau masa umur dia 6,7 bulan. Memang dia tak masuk duit tu dalam mulut, sampai dah besar ni. Adik dia..? bahaya...
Monday, March 21, 2011
Sengal Zone : Saya Beli!!
Sengalman menjual:
2,3 aku berlari,
Lari lari , terlondeh kain,
Dunia blog apa dicari?
Bagitau la aku, boleh kan?
Tengok akak jawab...(tak pernah juga mewakili sekolah apatah lagi wakil rumah sukan..hahah)
4,5,6..ko kira lah sendiri,
Terlondeh kain ? akak dulu yang lari..
Dunia blog ada buruk dan berseri,
akak mencari sahabat dan informasi.
Ha..amacam?!!
Korang nak sama-sama menyengal..kliklah
Bila roh berkata-kata...
"Janganlah kamu berebutkan harta ku, kerana aku yang bertungkus lumus mengerjakannya. TApi, sedikit pun aku tak dapat bawa bersama."
"Jangan kamu terlalu suka makan yang enak-enak, kerana aku di sini terlalu lapar"
Akak nora dengar ni selintas je. Ustaz tu buat selingan. Tapi, menusuk di hati akak nora. Kata-kata ini ada di tulis dalam kitab tu tajuk nya "Hal Ehwal Orang Mati". Ha..memang tua kitab tu kan..selalu dengar HAl Ehwal Murid-murid atau Pelajar je...
Akak Nora Berkata : Memang kita dah mati dunia, tapi kita ada kehidupan di kemudiannya. Sedar tak sedar itulah kehidupan dalam matlamat hidup kita. Fikir semula, apa kat visi hidup anda...berjaya di dunia? hingga lupakan kemudiannya..
p/s: Korang ngata macarons akak ek..dah habis dah..ok la tu akak punya tak liat, larut di dalam mulut...mmmuaaahhhh... cume rupe bentuk tak besh..Angah!!! akak tak de peluang nak gi kelas memasak. KAlau ada peluang, akak lebih suka gi kelas agama atau ngaji. Bab masak ni..akak suka hentam..hahaha...(jangan contohi akak nora ya..)
Janji jangan gelak aaaa...
Nak tahu apa tu...
.....
....
...
..
.
Janji anda semua tak gelakkan akak nora tau...
.....
....
...
..
.
Tadaaaaa....
Macarons akak nora...huhu, tak de rupa yang sepatutnya kan..
Awak semua jangan tak tahu, masa nak piping ni, kaki pun sama kerja tau. jadi divider jangan bagi Si Cimuk tu seberang..habis dah semua dia kerjakan..buat kul 12mlm tu..tapi sorang pun tak tidur lagi. en. hubby gi tengok bola pulak. Maka, jadi lah macarons akak nora begitu.
Walau apapun..memang sedap. Masa akak testing, rasa dia macam pelik..cuba lagi, rasa apa ye..masuk satu lagi, hm...rasa dia macam....masuk lagi..unik..masuk lagi..sedap pasal ada almond ground kan..Ha ko...sedar-sedar 'masuknya' dah 8 biji...arrgghhh tidak....MESTI BUAT LAGI..hahaha
p/s: kepada yang dah buat, bagi tips kat akak..napa macarons akak tak de 'tapak'?
Sunday, March 20, 2011
Kami hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Alkisah semalam merancang nak bawa anak-anak gi Zoo Negara. Bukan apa, dah lama tak berjalan-jalan. Merancang pergi pagi, sebab petang hujan memanjang je sekarang ni.
Pagi tadi, akak terlewat bangun. Kul 7.oo pagi terus gi dapur buat apa patut. Adik Soleh pun dah bangun. Tunggu Izzat dengan abahnya. Siap semua, tengok jam dah pukul 12.oo, kira dah lewat dari dirancang. Boleh pulak en.hubby salah jalan. Bertambah jauh kena masuk KL.
KL pula ada penutupan jalan secara berperingkat. Wah..jammed di situ pula. Sampai di Zoo Negara, stroller adik Soleh tertanggal pula satu tayarnya. Wah..kalau nak dukung adik Soleh sambil jalan dalam zoo tu, boleh cabut tangan ibu. 9 kilo lebih sudah..
Tapi, nekad jugaklah nak dukung pasal malas nak gaduh-gaduh dengan en.hubby pasal stroller. Bila dah nak jalan beli tiket, macam yang di agak..hujan mula turun. Jadi, kami balik saja ke rumah. Singgah beli eskrim kat McD dan singgah kedai bahan bakery...hehe..
Tertekan wo..tapi, sebenarnya akak nora tak terasa sangat. Cuma, akak rimas orang membebel. Dalam family akak nora ni dah terbalik, perempuannya senyap..lelaki nya ngalah mulut mak nenek..(pergh..akak nora ngumpat...shhhuhhh...)
Dah kecewa nak berjalan. Jadi, lepas akak post entri ni akak nak kembali ke kerja yang tak ada cuti. KERJA SURI RUMAH...huhu..pastu nak try buat 'projek'..ha...apa pikir tu..akak MC aaa..ada lahh..kalo jadi kita kongsi nanti ya...
p/s: Akak blogwalking kemudian..tunggu..(Risau kalau ada orang kata akak nora sombong...akak berlagak bijak je sebenarnya..hahahah guling..guling...)
Tersedak susu. Bahaya ni tau..berhati-hati tau ibu muda atau yang beru dapat anak..
saya pun pernah jugak kena..Waktu dlm labour room pulak tu, rasa serik sangat..
Masa tu kat sepital kerajaan lah kan..First masa kat LR, memang takde doktor yg sambut, cuma ade bidan kerajaan je..ya amat garang mengalahkan ape..
Ok, fine..Then habis saje setel kat LR, masuk ward..Dang dang pukul 12 malam tu, die suruh kite pegi mandi bersih badan..kite pun dgn lemahnye,terkial-kial pegi bilik air.sib baik lah kite tak pening sangat masa tu..
Yg paling tak bleh lupe ialah, waktu first night malam tu jugak lepas bersalin dlm kol 2,bersalin kol 7.30mlm, baby matanye naik ke atas, dan nafas terputus2..kite mula panik tahap gaban, almaklum first baby..panik ya amat..bawa pegi jupe nurse in charge,dgn mata terkebil-kebil merah merah..dia cakap takde ape tu, pegi tidur.tapi, dia pulak yg sambung tidooooooooooor kat kaunter...
Alhamdulillah, nasib baik masa tu, ade sorang kakak dlm ward tu belum tidur.saya bawa baby kat dia..pastu, dia tolong tepuk2 belakang baby,baby terus sendawa..alhamdulillah syukur sangat, ucap time kasih kat akak..pastu sampai ke pagi kiter xleh tidur bimbangkan anak..
Esoknye, barulah kite perasan rupanye baby tersedak susu..ye lah kan, baru beberapa jam lahir..paru2 belum cukup sedia lagi..dan bila baca2 baby bleh meninggal kalu tersedak susu, rasa ya Allah.......
Kendian, cakap kt hubby.for the second baby, kite kumpul duit dulu,pegi swasta...emmm
xnafikan, ade gak yg baik,cemerlang
p/s: ini komen kawan blogger akak nora, humayra tentang pengalaman dia.
Ish..hari ini seorang lagi bayi kecil meninggal gara-gara tersedak susu. Ya Allah, teringat akak masa mula-mula bergelar jadi ibu. Dalam pantangkan Izzat Yusuf. Memang takkan lupa sampai mati. Dan disebabkan pengalaman itu, akak memang berjaga-jaga ketika menyusukan anak. Akak nora rasa nah cerita kot..tapi, nak citer lagi sekali.
Al-kisahnya, susu akak ketika itu memang banyak memancut-mancut. Jadi, akak nora akan pamkan dulu, baru bagi anak nyusu. Akak buat begitu pasal, izzat asyik tersedak dan dia suka diam sambil membetulkan tekak dan nafas dia.
Seperti biasa akak susukan dia, dan dia tersedak macam biasa. Tapi, kali ni dia diam lama sangat sampai biru bibir dan muka dia, akak dah start terpekik panggil emak. Betul-betul tak tau buat apa-apa. Emak pun panik, tapi dalam panik tu dia tepuk juga belakang Izzat sekuat yang boleh untuk seorang bayi. Izzat terbatuk..dah bernafas semula. Ya Allah...Tuhan aje yang tahu. Akak bawa klinik KERAJAAN untuk melihat apa kesan yang kita tak tau..tapi yang menyampahnya..dia tak percaya anak akak tu tersedak susu. Memang akak benci!!! sampai sekarang akak tak pergi klinik tu. Bukan nak pulaukan, jika masih boleh cari yang lain akak usahakan juga, kalau tak boleh pergilah juga.
Lepas kejadian tu, akak memang tak berani nyusukan anak sambil tidur, masa kejadian akak tak tidur, akak nyusukan dalam keadaan duduk. Itupun susu badan. Anda fikirlah susu botol, anak mudah tersedak dan lemas kerana susu botol sentiasa mengalir keluar walaupun budak berhenti ubntuk tarik nafas. Bahaya. Dahbanyak kes begini kan.
Anak akak yang kedua, Soleh ni pun suka tersedak masa menyusu. Akibatnya dia batuk dan terus dapat selsema. Apa lagi, dapat 'penat' lah, kalau tak dijaga boleh dapat asma. Masuk wad juga adik sekejap kerana takut paru-paru bengkak.
Petua emak akak kalu baby tersedak, tiup betul-betul kat ubun-ubun dia dengan cara dari kepala ke dahi. Tiup macam nak buang sesuatu kuat dan cepat. Memang anak cepat lega. Akak nora tak tipu...
Ajal dan maut memang di tangan Tuhan. Tapi, takkan kita nak berdiam walhal ia boleh di elakkan.
p/s: Tentang servis dihospital kerajaan tu, bukan semua buruk. Ada yang cemerlang, tapi pabila kita selalu dapat yang buruk, pastilah kita asyik anggap yang buruk aje kan..kemana yang cemerlang itu pergi..sibuk kot..heheh
Saturday, March 19, 2011
Kenapa kalau jadi suri rumah? Kenapa double standard?
Dari cerita mereka, masyarakat kita masih memandang rendah kepada those yang bergelar "suri rumah". Walaupun mereka tau, menjadi surirumah bukan kerana tak dapat kerja, tetapi kerana berhenti kerja demi untuk menjaga rumah tangga. Well, I got that sometimes pun.
Dan aku juga ada menyaksikan double standard ni berlaku depan mata aku suatu ketika dulu. Masa tu aku sedang melahirkan anak ke 3...aku melahirkan di hospital kerajaan, bukan swasta. So, dalam satu wad memang ramai ibu2 yang melahirkan. Sebelah katil aku, seorang ibu yang tidak bekerja, seharian bertarung nyawa melahirkan anak yang sulung, ada complication. Tapi alhamdulillah, berjaya juga akhirnya. Namun, aku rasa terkedu jugak dengan layanan misi2 terhadap beliau. Ye lah, malam tu beliau nak ke toilet sebab darah banyak sangat keluar, nak tukar pad la kot (kat hospital kerajaan, semua kita kena buat sendiri kan?). Bila dia bangun aje nak turun dari katil, dia jatuh balik, pening kot. Dua tiga kali jugak dia cuba bangun tapi tak berhasil. Lalu dia pun panggillah misi....panggil punya panggil tak de sorang pun yang datang. Aku nak tolong papah dia pun aku sendiri baru lepas bersalin. Aku pun call la misi...datangla sorang misi ke tempat aku (Masa tu aku memang kerja as lecturer). AKu bagitau kat misi tu, tolong lah orang sebelah aku....misi tu boleh pegi cakap "Kalau dah tau tak larat tu, tidur jelah, tak payah sibuk2 nak bangun"...terkejut badak aku.
Memang sampai sudah ibu itu kena buat sendiri semua. Aku tak tau nak cakap apa masa tu. Terkedu sampai tak terkata. My first experience with double standards.
Dan sesungguhnya masih ada juga yang berperangai sebegini di zaman millenium ini....sungguh menyedihkan....ada sapa2 yang juga ada pengalaman? Care to share? Sila lah...
Inilah yang akak nora baca di blog BIARKU DI SINI
Dulu, masa sebelum kawen, memang akak nora buat macam-macam kerja. Pasal akak nora tak minat kerja duduk dalam ofis ngadap komputer je. Akak Nora rela kerja di kedai makan dan macam-macam.
Sejarah kerja sebagai guru tadika bermula bila adik akak minta teman dia bekerja di tadika di Bangi. Masing-masing dah menganggur lepas belajar. Akak kata aku tak suka jadi guru.
Akak nora dapat jadi pembantu tukang masak (tapi, serius macam akak aje tukang masak nye) dan adik akak sebagai pengasuh Taska. Entah mcam mana bos tau akak ni ada diploma, terus melonjak jawatan, jagi guru tadika, ngajar abacus (sempoa tu..), guru kelas bimbingan tambahan, guru ngajar Al-quran (dpt sijil..tp nak belajar lagi)..hingga lah guru tuisyen..pergh..dari 6.00pg sampai kul 10 malam..non-stop.
Sehingga umur anak sulung aku 2 tahun, aku masih kerja di tadika. Ngikut aje dia apa ibu buat dalam tadika..hehe. cuma lokasinya sudah di Subang Perdana. Gajinya tidak segah aku kerja di Bangi. Tak merasa langsung..mungkin kerja aku pun tak banyak macam kat bangi. TApi, basic aku boleh tahan. Basic kat subang plak..ish..
Pengalaman aku bekerja setelah bergelar ibu..langsung tak membantu kewangan aku. Kenapa? gaji sikit..(kalau anda bergaji besar mungkin berbaloi)..duit minyak kereta, belanja makan, dan kadang-kadang..'ada orang kenen' cukup bulan..dah la balik aku tertonggeng-tonggeng dengan hal rumah pulak. Aku tak marahkan tak cukup gaji, tak cukup senang, sebab rezeki tidak putus dengan aku. Aku cuma tak suka perkara berkaitan emosi.
Bayangkan..dah penat sehari, balik rumah perkara dirumah pulak, sampai ke malam tau..belum kisah 'overtime' lagi. Kemudian, esok pagi-pagi mula lagi..Penat dengan segala tu, orang suka-suka hati kata kita goyang kaki nak hidup zon selesa...aduh..kenapa manusia tak puas hati dengan kehidupan orang lain. Lantak la siapa yang sibuk ngan hidup akak tu kan..
Alah anak nombor dua..akak ambil keputusan berhenti...memang banyak tentangan. Lantakkan!!!!
Isteri dijadikan untuk menjadi penyokong dan teman suami bersenang hati, membesarkan anak-anak. Mengajar dan mengasuh anak-anak.
Isteri yang berkarier dan perlu bekerja itu mengikut PEREDARAN ZAMAN. Zaman sekarang yang menjadikan isteri perlu bekerja. Kerana tuntutan kewangan, keinginan dan rugilah belajar tinggi-tinggi berapa tingkat bagunan Universiti tu, tapi tak bekerja kan. Pemikiran wanita sekarang lebih tebuka (buka lain pun banyak juga)..mereka ingin setanding dengan lelaki.
Cuma janganlah serong kepada suri rumah ni. Apa salah aku...?Tetiba sedih...aku tak pernah merungut minta make-up jenama mahal, berbulan baru sekali beli. Aku tak minat branded..sesungguhnya akak nora 'alergik branded'. Tak caya..cari tudung akak yang harganya lebih rm 2o, itu pun ada sehelai je harganya rm20. Yang penting akak nora tutup aurat, tak nak suami akak dapat dosa akak tak tutup aurat kan..kesian dia..
Akak dah jimatkan duit susu (susu tin dah mahal sekarang ni). Anak akak nora semua minum susu badan completely (setakat ni). Baju kurung, akak jahit sendiri dengan mesin yang akak bayar sendiri masa kerja dulu..Kat sini sepasang boleh capai rm50 ooo..mahalnya..akak ambik baru rm 22 je..
4 tahun kawen..akak tak pernah ada almari baju tau..bukan tak mampu atau tak nak beli. Al-kisahnya nak tunggu dia renovate bilik terus buat almari yang permanent kat dinding tu..lama tau akak menanti, jd cuba fikir macamana akak susun kain. (nanti akak citer bab kain tak ada almari tu..)..bukan senang kita nak jadi baik. Memang banyak dugaan termasuk orang sekeliling kita.
p/s:tentang hospital kerajaan tu...nurse kerajaan memang ada course khas macam mana nak layan pesakit ke masa belajar...pasal mana-mana sama je cara melayan pesakit..BUAT MALU je...patutnya hospital KERAJAAN lagi bagus layanannya kerana mereka melambangkan KERAJAAN..jadi, bila kita dah tengok macam tu, mesti boleh agak maacam mana KERAJAAN kita kan...
tak de sapa nak baca n komen pun tak kisah lah..akak nora tengah double-double emo....
Ish....betul lah, dah ramai minta KIAMAT ni...
Termasuklah kalau nakkiamat, siapa rasa kiamat jauh lagi? Yang Pasti kiamat dah makin menghampiri...Entahlah..sejak dua menjak ni, akak nora selalu terfikir 'kehidupan abadi' nanti. Syurga atau neraka kah aku? Azab atau kedamaian yang akan aku terima?Terasa bergelen-gelen lagi dosa tak diampunkan Allah...Astagfirullah..
Sebenarnya, aku emo tengok gambar ni.
terjumpa di blog bangku kosong .
Inilah yang akak nora gambarkan sebagai terdesak..sebenarnya, bukan dia je. Cuma membezakan dia artis. Tu yang publisiti meluas. Perempuan di luar sana dah banyak sangat dah begini. Itu pun si pemakai di atas berkata "Nampak sikit je...".
Bukan nak cerita pasal dia. Cuma nak ingatkan adik-adik akak nora di luar sana. Jangan terlalu ikut nafsu nak dedahkan keindahan anda. Anda cantik, sematkan dalam hati. Jangan TERDESAK dan nak tunjukkan kepada semua orang yang anda cantik.
Bila anda berpakai terdedah, bukan orang melihat anda kerana CANTIK. Tapi yang melihat tu, TERTUNDUK dengan nafsu. Nak tau kenapa..? Kerana bila anda terdedah atau TUTUP tapi sebenarnya terbogel, BERPULUH-PULUH RIBU syaitan yang berpinak-pinak akan bergayut ditempat terdedah itu. Seperti betis,dada, punggung..dan mana-mana yang sepatutnya tertutup. Tugasnya untuk MENARIK PANDANGAN manusia untuk sama-sama membuat dosa kepada Allah. Astagfirullah...
Sebenarnya, Islam dah mengajar kita jangan terjebak dalam gejala sosial, tapi kita yang selalu terlupa atau memang tak nak ikut ajaran Islam. Tepuk dada kita, tanya sendiri...(akak kata sakit aaa tepuk dada)...
Friday, March 18, 2011
Buat Pau..tapi, akak nora tak suka aaaaa
Nak dijadikan cerita akak nora jumpa resepi pau dalam kotak mauripan. Macam senang je..akak nora try buat separuh adunan je dan tepung nye akak guna la tepung pau tu.
Tangan akak kebas sebelah kanan ni (nak jumpa doktor jugak ni), jadi uli had mana mampu je..lenguh..(gatal nak buat sapa suruh). Inti dia akak nora letak ganache coklat je..tak sempat nak buat inti lain. Mengisi ini dalam pau pun, sambil meriba adik soleh tidur.
Akak nora guna separuh adunan je:
Yis segera 1 sudu besar makan dilarutkan dalam 1/4 cawan gula dengan 1 cawan air.
Biar kembang.
500g + 1/4 cawan minyak jagung (akak guna minyak masak je)
Uli sampai kenyal dan licin. Kuantiti air mengikut kualiti tepung, buh la sikit2 jgn la sekali banyak. Akak nora punye aduna tak berapa licin pasal tak dapat nak uli dengan khusyuk..macam2 kerenah..boleh hari ni si cimuk dengan si cikudut bangun cepat, huru hara akak kat dapur..
Bulat kecik dan biar kan 10 minit.
Letakkan inti dan tutup la balik ikut suka anda. Letakkan pau dia atas kertas gris empat segi ya. Biar 35minit.
Kukus dengan api kuat 10 minit.
p/s: Akak tak suka. Kalau pau-pau ni akak nora suka inti bukan manis2. Akak nak buat inti kari daging la nanti..
Entri Jumaat : Fadhilat Surah Yaasiin
2. Daripada Abi Hurairah r.a bersabda Rasulullah SAW :" Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan diampun keesokkannya. Dan sesiapa yang membaca "Haamim Al Dukhan" nescaya akan diampunkan baginya keesokkannya." (HR. Ibnu Katsir)
3. Daripada Abdullah berkata : Rasulullah SAW telah bersabda :"Sesiapa yang membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT, maka akan diberi keampunan baginya." (HR. Ibnu KAtsir)
4. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata :"Al-Baqarah adalah rangka. Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. Dan surah Yaasiin adalah jantung hati Al-Quran."
5. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata: Rasulullah SAW besabda :"Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia." (HR. Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al-Nasa'i)
6. Sesetengah ulama berkatan tentang Yaasiin bahawa antara keistimewaan surah Yaasiin ialah apabila dibaca tidak ada kesulitan melainkan dipermudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaannya (Yaasiin) ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya. (HR Ibnu Katsir)
7. Daripada Ibnu Abbas r.a berkata : Nabi SAW telah bersabda:" Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku." (Riwayat Bazzar, Ibnu KAtsir)
8. Daripada Safuan berkata : Adalah alim ulama berkata:"Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat, maka diringankan Allah baginya (SAKARATULMAUT)." (HR. Ahmad dan Ibnu Katsir)
Akak Nora Berkata : Jangan ingat bacaan yasin ini hanya untuk orang nak meninggal dan ketika dikuburan sahaja. Mengamalkannya mampu mendapatkan keredhaan dan keampunan dari Allah. Dipermudahkan juga hidup kita. Jangan lupa bacakan dengan niat sedekah untuk ahli keluarga kita yang telah tiada. Akak Nora terfikir, dalam dunia serba moden ni..rasa-rasa, ramai tak yang tak pandai baca Yaasiin..atau pun Al-Quran la senang kata..erm..
Akak Nora hairan. Dulu, bos ada offer sapa nak belajar Al-quran. Semua cikgu lari, tak nak..ish..hairan akak. Akak nora memang beria, akak nora suka, cuma tak kenal cikgu, dann cikgu sekarang pula kena milih..(yelah..yurannya..masya Allah...). Akak suka belajar Al-Quran. Lain nikmatnya baca seorang diri dengan berguru walaupun kita dah khatam berkali-kali. Sekarang ni pun, akak teringin nak belajar balik. Tapi, nantilah tunggu anak besar sikit, boleh letak kat umah siapa-siapa nanti (ingat nak letak anak kucing apa..).
p/s: Akak Nora mengepau ari ni..hahaha
Thursday, March 17, 2011
Aku nak tolong MELAYU..tapi..
Al-kisahnya, di suatu hari di rumah emak aku di Kampar, Perak. Kakak aku datang bertandang, dan minta tolong aku buatkan kad jemputan untuk majlis anakknya berkhatan. Kalau anda semua nak tahu, akak nora dah banya membantu orang membuat kad-kad macam ni. Kad kawen pun ada..bukan apa, akak membantu orang yang taknak kuar budget banyak untuk kad semata-mata..tapi, diorang puas hati pasal 'berkualiti'.
Aku bukannya ada diploma mahupun sijil dalam pembuatan kad ni. Software khas pun tak ada tau. Aku just susun dalam 'WORD', set kedudukan dan print. Di sini, aku menggunakan teknik mencetak untuk kad tu cantik dalam bentuk depan belakang. Biasanya aku print sendiri la. Tapi, kan rumah aku dilanda banjir. Habis jahanam printer yang baru seminggu aku beli. Sekarang ni en.hubby macam dah merajuk nak beli printer buat masa terdekat ni.
Jadi, aku pergilah menjenguk kedai orang melayu kita ni. Memang tak besar..'4 kangkang kera 'kot...aku siap bawa ms.lappy pasal thumbdrive tiada. Kedai tu memang sengkek, tapi mungin owner dia hebat kan, tak payah kedai besar2.
Aku minta TOLONG dia print kan gambar dihadapan..kata2 pula di belakang..dia cakap..
"Kalau nak saya edit, kena edit semua ni. Ni dah salah teknik ni"
Aduh..memang la..korang ingat semua orang pandai ke guna komputer buat kad macam bisnes dia tu. Tapi, akak nora try juga menggunakan teknologi yang dah ada depan mata kan.
"Ala..nak biasa2 je, pasal buat hebat2 pun nanti orang buang jugak.."Kakak aku membalas.
Dah 2 kali print, tak betul juga, gambar kat depan tulisan tertonggeng kat belakangnya..aduh..akhir sekali, akak tak kisah pasal akak dah terfikir idea lain.
"ok lah tu..cuma minta kecilkan gambar kat depan tu sikit.." akak terpaksa minta tolong kerana komputer dia nun jauh di tempat dia bekerja.
dia boleh jawab " macam mana nak kecikkan gambar ye...?"
Hello...sapa yang bijak pandai bab guna komputer dalam kedai ni..ofkos la dia..siap buat bisnes macam-macam kan. Aku tunjukkan guna ms.lappy aku.
da siap print..aku tak puas hati lagi..dalam hati dah mula .."apa ke benak sangat dia ni.."
Dengan selamba dia jawab "saya tension org guna word macam ni.." ada kah itu perkataan yang baik di hadapan customer anda. Sepatutnya anda tunjukkan anda benar2 ingin berikan service yang baikkan.
Aku malas nak buat lagi..aku balik dan tinggalkan ayat untuk dia " ni lah beza bijak dengan pandai.."(yang bijak tu aku la...hahahaha guling..guling..)
Esoknya, aku try kat pekan pula. Warg...takut nak masuk cc tu pasal exklusif sgt. tempat duduk dia memang sofa yg takkan kematu bontot anda kalau duduk lama-lama. Dan Owner dia cina...
Aku pun minta tolong macam yang aku kata kat kedai melayu semalam..lagi kesian, pasal printer n komputer dia guna jauh..ulang alik dia ikut kehendak aku.
"Ok, mau cuba lagi ke.." Aku terpaksa kata ok lah, pasal prisian komp dia tak sama ngan ms.lappy. Jadi banyak yang tak sama. Tapi, service dia bagus tak buat sampai kita terasa dengan dia.
Terasa beza nya. Mungkin tak semua peniaga Melayu begitu, tapi..mungkin akak selalu terkena kan..tu yang nampak macam semuanya begitu.
p/s: buat dengan printer sendiri lg seronok. tak payah nak print banyak kali macam ni. last2 aku jugak yang kena buat. korang ada link tak cemana nak buat kad-kad gini..?
Ben Ashaari : Lelaki vs Perempuan Kerana Fizikal
Klik Banner jika anda berminat ya.
1.Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
Pernah, tipu kalau tak pernah. Aku tertarik lebih kepada peribadi. Sungguh fizikal no.2. Pada aku, macho pun akan hancor kalau peribadi buruk.
2.Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
Tak, akak pilih peribadi dan keluarga si lelaki. Akak nora mengutamakan aset jangka panjang, seperti bimbingan dan kasih sayang. Buktinya..suami akak nora rendah dari akak nora tau. Pernah di gelar kakak kepada en.hubby. Tapi, dia lagi tua tau..
3.Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
Akak suka bibir dia kerana manis mengukirkan senyuman, comel bila baca Al-Quran.
4.Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
Ada sedikit setuju, sebab kalau susah hati tak lalu makan. Yang pergi pusat nak kurus tu susah hati la pasal suami tak leh terima rupa bentuk isteri dia.
Macam en.hubby akan heran bila akak tak order makan apa-apa bila dia keluar, risau dia akak tak nak makan. Pada akak nora, bukan berisi bdan yang perlu dipertikaikan, kesihatan yang penting sebenarnya. Kurus, solid molid ngancam..tapi sakit, kan tak best jugak.
5.Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
Kalau dulu mungkin tak. Sekarang...IYA!! mereka menggunakan kesempurnaan mereka kearah tidak baik. contoh..ANAK IKAN dan adanya SUGAR DDADDY..nak jelaskan maksud tu ke..?so, mereka jadi kaki perempuan untuk nafsu syaitan dan kepnetingan mereka, begitu juga perempuan. TApi..ingat!!! bukan semuanya..cuma kebanyakkan, sampai susah nak cari yang sebaik-baiknya.
6.Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..
Lelaki idaman - Dr. Fadzillah Kamsah..suka mengambil hati dan menggembirakan pasangan
7.Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
Puashati. biasalah porchbag kat depan nun..tapi yg penting sehat..
8.Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
Kurang sikit, kerana susah nak cari baju..semua jadi ketat dan seksi. Dan akak nora takut lelah. Yelah bila bdan besar, cepat penat.
9.Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
Macam akak cakap penting untuk kesihatan. tapi, kalau alasan dia nak cantik, jangan anda rasa tertekan. Cuba kalau anda mampu, jika tidak jangan rasa anda paling buruk. Cantikkan diri anda dari segi yang lain. Kerana kalau kita berkorban untuk dia pun belum tentu dia puashati dengan kita. Namun, usahalah niat untuk bahagiakan dia.
10.Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
Tak mujarab - mujarab jika anda disiplin dengan menu harian dan gaya hidup anda. Kalau kita amalkan produk tu tapi, gaya kita menghentam makanan sama je...mana berkesan kan. Pada akak nora, disiplinkan diri ddan nekadkan keinginan dulu. BAru cari produk yang sesuai..
wah..akak nora dah habih jawab exam..ada yang nak periksa jawapan akak nora tak..
Di tarikh ini....17 Mac 2007..
Dengan ikatan serta restu,
Sama mendoakan moga kita gembira selalu,
Mengharungi hidup penuh berliku.
Namun, kita hanya manusia biasa,
Bahtera kita hampir pecah di landa gelora,
Allah itu Maha Berkuasa,
Kita kembali berbahagia,
Saling menyesal atas kesilapan kita,
Kita terus mengharungi badai bersama.
Sungguh aku terasa,
Pabila ada kata nista,
Disamakan dengan aku insan yang biasa,
Menjerit dalam jiwa,
Hingga hati ini terluka,
Namun, kupujuk juga jiwa lara,
Kerna kau juga insan biasa,
Pasti tak kalis dari di duga,
Tersendu ku sendiri bila sujud pada-Nya.
Kita punya dua putera,
Racun dan penawar buat kita berdua,
Bukti suci ikatan halal yang kita bina,
Marilah kita bersama mendidik mereka,
Berjaya di dunia berjaya juga di sana.
Bukan hidup bermewah ku pohonkan,
Cukup kita mampu teruskan kehidupan,
Jika rezeki kita dilimpahkan,
Jangan lupa ucap kesyukuran,
Sungguh ku bersyukur jodoh ku ditetapkan,
Jadilah imam ketika solat didirikan,
Bersama anak-anak kita yang menjadi harapan.
Sunguh aku mahu sejahtera,
Dalam erti segalanya dari dunia hingga mungkin ke syurga,
Bersama keluarga dan sudah tentu kau yang ku cinta,
Ingin lena yang indah dalam dakapannya.
Wednesday, March 16, 2011
Giveaway: Baby Nurkheir First giveaway Si manja chumil bertudung/berbaju melayu.
Klik banner jika anda berminat..
Nama : Muhammad Izzat Yusuf bin Mohd Shah Idham.
Tarikh lahir : 20 Februari 2008
Kata-kata ibu : Tiada yang lain diharapkan, moga cahaya mata ibu bercahaya imannya, bersinar akhlaknya yang menyuluh perjalananmu di dunia hingga ke syurga sana.
tag:
luvmum
angah..(heheh)
referral: http://sayangkuzie.blogspot.com/2011/03/first-ga-sempena-ulangtahun-ke-10si.html
Kari pisang muda akak nora.
Semalam emak mertua aku bagi pisang. Memang keliling rumah kat sini banyak pisang. Tapi pisang yang dia bagi ni pelik. Tak akan masak-masak. Kalau masak pun dia warna hijau gitu juga. Dia nak bagi, akak minta sikit je pasal, tak tau nak buat apa..nak makan gitu je tak sedap katanya.
Pagi ni akak nora fikir-fikir, buat kari aje la..kita cuba. Pasal kita buat dia kan..
Jadilah..Kari pisang muda akak nora. Kenapa ada nama akak hujung tu..pasall....akak yang masak la...hahaha..akak pakai basic resepi kari..tak ada ramuan pelik-pelik. Kebetula, semalam emak ada bagi daun kari, banyak juga la..jadi. Senang kerja akak.
Yang bekas plastik tu nak bagi emak mertua akak. Kat sini akak kena ubah sikit. Akak masak siap ngan kulit-kulitnya. Sebab kalau masak gulai pisang muda, macam gulai lemak ke, kulitdia lah bahagian paling sedap. Ini yang emak akak sendiri selalu buat.
Tapi, mak mertua akak, dia buang kulit tu. Tu yang akak pilih isi je nak hantar kat dia. Selera lain-lain kan..jangan jadikan isu. Dah lah agak takut juga akak nak hantar ni pasal akak bukan kategori tukang masak yang hebat macam CEROI tu..(tetibe jer..)..tapi, akak cuba ikhlaskan hati yang takut ni..mak mertua kan...
kalau emak akak sendiri, Untung sapa dapat dia sebagai emak mertua, memang emak akak nora sempoi. Sepanjang hidup akak, tengok tak ada masalah dia dengan menantu-menantu dia. Makan, semua di belasah. Korang ajak main ps2 pun dia layan je..hahah. Tapi, biasalah..menantu yang buat pasal pula. Namun, mak tak kata apa..cuma aku tau ada sendu dihati dia..(tetibe sayu...)
Moral hari ini, masaklah dengan seikhlasnya, sayangilah keluarga anda. Berhati-hati di dapur, jangan terpotong jari ya. Selamat bekerja.
Tuesday, March 15, 2011
Contest : Definisi Cinta
Akak nora jumpa contest ni dalam senarai event invitation. Berminat juga rasanya.
Klik banner contest jika anda ingin menyertainya.
Seperti yang kita tahu, cinta meliputi pelbagai aspek. Namun, akak nora cuba kaitkan cinta manusi dan terus kepada cinta Allah melalui esei pendek ini.
Pada akak nora, inilah definisi cinta dari lelaki buat wanita. Ada ke lelaki sebegini..hayati kata-kata ini.
CINTA SEORANG PEMUDA
Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jari jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.
Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul..sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi, sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup..takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Pencipta.
Saya suka sangat tengok body teman wanita saya..solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala...syoknya!!
Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan kerana rindukan saya. Saya juga begitu. Si dia bertanya "apa ubatnya, bang?" Saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa..semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam, "Makan, minum. jaga diri, pandu kereta elok-elok..nanti awak sakit saya juga yang susah hati...bla..bla..bla.." Tapi, bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuhhh..berdosanya saya!
Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
Doakan kami saling ingat mengingati, insaf menginsafi. Ya Allah, Ampunkanlah kami..semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya di syurga nanti. Amin..
Akak nora berkata : Ada perumpamaan menyebutkan cintailah dia yang apabila kamu melihat wajahnya, kamu mengingati Allah.
Tag :
Cikgu Tie
Nisha
Marnan
p/s:maaf kalau tak sudi...
Monday, March 14, 2011
Segmen Ben Ashaari : SOAL CINTA
Jika anda blogger PEREMPUAN maka inilah soalannya ..
1.LELAKI pilihan anda ?
Pilihan ye...tentulah yang boleh memimpin kita sentiasa ke jalan yang benar, suka ke dapat lelaki yang selalu nak kita buat dosa, pakai ketat-ketat dedah apa yang patut, kalo untuk dia tengok tak pe (dah jadi suami ye...)..ni apa kes nak jalan shopping complex nun pun nak tunjuk. Kalau tak tunjuk, itu alasan dia cari lain..ish ish..akak akan cakap go to the hell lah..
2.Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Tak tau lah definasi, tapi seksi pada akak yang boleh buat kita rasa tertarik dengan dia. Bukan hanya pada kacak rupa, tapi mungkin peribadinya, lemah lembut dalam gagahnya seorang lelaki.
3.LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
betul-betul..akak setuju. Bila dah dapat, terutama kalau dah kawen..habis dah janji-janji manis dulu. Dia pegang tang basic je. itu pun kalau dia ingat la..benda ni memang selalu terjadi bukti.
4.Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
Entahlah. belum sampai tahap sanggup bermadu. Tambah terfikirkan manusia susah nak adil, akak tak boleh bayangkan orang lain tidur dengan suami akak. Paling teruk kalau ada beza membeza nanti. Akak akan jadi tidak ikhlas, dan itu umpama akak menghimpun dosa hari-hari. Akak ada tengok fenomena begini.
5.Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
melenting..layangkan semua pinggan mangkuk..oh tidak..akak cakap direct, fikir panjang apa yang dia dapat dari hubungan tersebut. Kalau rasa nak teruskan fikir jangka panjang, sanggupkah wanita itu sabar dan tabah macammana akak menghadapi onak pancaroba kehidupan dengan dia. Tambahan, mungkin dia akan curang lagi, macam dia curang ketika itu kan..
6.LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
dulu..akak kata lelaki, tapi sekarang perempuan dah makin hebat. bukan saja dalam bidang karier, bab-bab bukan2 pun perempuan dan makin hebat... so, dua-dua pihak sama je..
7.SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Susah nak cakap, yang pasti..akak sebagai perempuan setia. Tetap setia dari mula akad nikah diucapkan hingga sekarang. Lelaki dan peempuan sama je..tak caya, cuba fikir ada tak lelaki lain atau perempuan lain yang anda msg dalam phone anda..
8.Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Akak dikategorikan sebagai kuat cemburu, tapi Alhamdulillah..cemburu itu tersimpan kemas dalam hati. Mampu tersenyum walhal terjumpa msg "saya rindu kat awak" di waktu subuh didalam phone suami. Allah Maha Besar, akak tidak melemting. Rupa-rupanya itu adalah 'perempuan murahan' yang bergelar pelajar yang suka mengganggu rumah tangga orang. Tapi, lelaki kan...melayan...ala..bukan jumpa pun..dalam hp je. Tapi, kalau dimulakan ...tak mustahil yang main-main boleh jadi lain. Tu kisah dulu..masa memula mengenal erti perkahwinan.Pasti 'bosan' ada dalam kamus perkahwinan.ish..suami akak nora tu..jangan nak eksen la..banyak lagi laki orang lain macam tu..lagi derita kalo yang 'makan luar' kan..tapi, itu kisah dia. Akak tetap isteri, hidup menyokong suami tercinta.
wargh..betul-betul emo ni..habis kat sini je la..nasib baik tu je soalannya..kalo tak lagi berderet aaa...