Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, September 27, 2010

Tak Kesampaian Hajat Di Hati..

Hajat di hati, malam ni nak meluaskan empayar singgahan blog. Tapi, baru je menjelajah mencari blog yang rasa ingin diikuti, orang dalam dah menendang2. Minta nak baring la tuh...aduh, pedih nya rusuk kalau tak di ikut kehendaknya.

Nampak gayanya, tertunda lagi la hajat aku nak meluaskan pembacaan..pe kata try esok pulak..hehe

Selamat malam semua...

Memang Lah dah Masuk dua...Tapi...

Assalammualaikum..Moga rakan semua dirahmati Allah selalu.

Hari ni mendung aje, tapi belum tentu hujan kan turun. Hehe..Lappy di hidupkan tapi macam tak ada mood nak menjelajah internet hari ni. Kenapa ek..? Mak aku kata aku takut menunggu detik2 akhir nak bersalin. Tapi, biasa je aku rasa...sebab pada aku, kalau dah sakit nanti tak ada apa yang boleh di buat. Cuma usaha nak bagi semua selesai dengan selamat, InsyaAllah.

Cuma..aku ada sedikit kekeliruan..memang la anak dah nak masuk dua orang. Kiranya aku dah ada pengalaman. Kalau nak tau dulu, aku tak sempat nak tunggu sakit. Due date pun di cepatkan. Kalau orang tanya aku pengalaman di paksa beranak..aku leh la jawab. Sekarang ni aku kena tunggu sakit yang normal. Tertanya-tanya jugak la aku..mcm mana..mak kata macam senggugut..hahaha...jadi, sekarang ni aku menanti aje la. Kot ada tanda-tanda yang pernah aku baca dan pelajari suatu ketika dulu. Apapun bersyukur tak payah paksa-paksa dah..sebab derita nya aku rasa...

Cuma sekarang ni, kesian kat mak aku. Dah lama kat rumah aku. Dah nak masuk sebulan. Ye lah orang tua ni kan susah hati kalo dah balik rumah sendiri..sabar la yo omak..tak lama lagi tuh...

Buat kawan-kawan, doakan lah moga urusan aku di permudahkan dari awal hingga akhir yaaa..

Salam mesra

Sunday, September 26, 2010

CANDID CAMERA CONTEST?!!!

Huish...buat pertama kali dalam arena memblog ni aku dapat contest. Memula malas aku nak layan, tp terpikirkan sahabat yang sudi memberi perhatian dengan blog kureng aku ni, termengah-mengah juga lah aku belajar nak participate the contest..mintak-mntak lah betul jalan kerja nya yek...

Apa-apa pun terima kasih bebanyak kepada Gen2Merah kerana sudi memberi saya kerja rumah untuk disiapkan sebelum due date..saya akan siapkan nya cikgu!!

Contest ni senang je..cuma upload gambar candid.

Syarat-syarat contest ni... KLIK DISINI





Di sebabkan ada masalah teknikal, aku tak dapat nak upload gambar yang aku inginkan. Jadi, selidik punye korek..cuma ada satu je yang boleh dikatakan candid kot...



Al-kisahnya, di satu hari itu anak aku terpengaruh dengan satu cerita tembak menembak. Jadi, dia nak kan pistol. Masa tu aku di kampung, Perak. Alahai...malas nye nak gi kedai beli pistol mainan. Dia dah berguling-guling..last2 abg aku jumpa pistol gam yang dah rosak. Di buang wayarnya dan dapat la anak aku tembak menembak..akibat dah penat berguling2 ngamuk tadi tertido la dia dengan bergaya nya sambil memegang pistol..agaknya mimpi jadi hero lah tu..

Jadi, sekarang nak letak 5 nama...masalah gak tu..aku try cari..(maklumlah blogku pun ade ciput je pengikutnya...):

Sheriffa Fahima

Nick Descream

GreenAppleKu

semut api

zai

Aduh..sakit dah tulang belakang nak siapkan benda2 ni..hahaha..siap pun..

Tak menang pun tak pe lah..pertama kali buat ni..hahaha

Thursday, September 23, 2010

Bosan Tengok Blog Sendiri.

Salam Kemesraan buat rakan ku semua.

Hari ini, pagi-pagi lagi dah hujan. Tapi, nasib baik tak lebat sangat. Kalau tidak, mulalah aku kena fikirkan persediaan untuk kemungkinan air naik membanjiri rumah.

Arghh..biar lah cerita tu, takkan habis.

Hari-hari berjalan di blog orang, rasa terpukau, tergoda dan sejuk mata melihat dekorasi blog masing-masing. Huhu..teringin juga nak ubah blog sendiri tapi..mungkin aku ni tangan kayu. Hahaha..ada ke istilah gitu..

Kalau kawan-kawan menjenguk, sudi berkongsi ilmu dan petua di mana boleh ku buat pilihan nak mengubah rupa bentuk blog ku..aku mengalu-alukan. Maklumlah...saya ni budak baru belajar, kalau salah jangan marah..tolong tunjukkan ek..

Moga hari ini berlalu dengan lebih baik daripada hari semalam..

Wednesday, September 22, 2010

Kalau bukan ku punya...

Salam di pagi hari,
Nyaman sejuk dinihari,
Menggamit datang sang mentari,
Moga bertambah seri hari ini.

Terkenang sesuatu yang cuba ku milik,
Puas ku cuba puas ku telek,
Namun ianya tetap berbalik,
Nasibku memang tak baik.

Pergilah terlepas dari ingatan,
Kerana aku langsung tak nak kenangkan,
Biarlah jangan jadi kenangan,
Kerana pasti aku kesedihan.

Kalau dah memang bukan ku punya,
Setinggi langit ku terbang tak dapat jua,
Sedalam ku renang hanya lemas cuma,
Biarlah aku redha kan saja.

Salam Mesra Buat Sahabat Semua....

Tuesday, September 21, 2010

Baru Ada Mood Nak Up date...

Salam bertemu kembali kita di arena blog. Setelah sekian lama ku biarkan lappy ku terperuk di dalam beg. Maklumlah, bukan senang nak wujudkan mood untuk menjelajah pelosok internet dalam keadaan yang serba tak kena ini.

Ini gambar yang sempat ku klik ketika beraya hari tu. Kalau tengok pun..memang dah macam tak lalu sangat nak bawa diri. Sememangnya aku tak tipu, memang aku dah tak larat. Lagipun, aku bukan kategori orang yang kuat ketika mengandung. Namun, Alhamdulillah syukur..aku masih boleh melalui kehidupan ini dengan sihat.

Kalau diikutkan laporan hospital tempat kelahiran anak sulung ku, doktor mengatakan bahawa rahim aku lemah. Jadi, aku dipaksa melahirkan anak ku lebih awal dari jangkaan. Tapi, anak yang kedua ini, berlainan doktor dan hospital. Pemeriksaan yang selalu aku jalani dulu pun belum dibuat lagi. Memang terasa agak lain macam sedikit. Namun, doa tak putus-putus moga tiada apa-apa yang menyulitkan kelahirannya. Lagipun esok aku ada temujanji seterusnya.

Emak dari kampung pun dah ku angkut sekali. Haha...bila lagi, kalau tak liat betul mak aku dah datang rumah aku ni. Hehe

Jadi, itulah kisah ku buat masa ini. Sekarang aku nak blog walking. Dah lama tak baca entri kengkawan...

Salam mesra..

Saturday, September 11, 2010

Salam Aidilfitri.

Salam Lebaran buat sahabat semua.





Sungguh sibuk dalam sehari dua raya ini. Maklumlah, inilah waktunya untuk kita kunjung mengunjung rumah saudara yang agak jarang sekali di jenguk. Penat juga rasanya, kandungan ku dah agak sarat dan ketat. Letih-letih pun kugagahi jua...bukan selalu pun.





Cuma, aku tak ke rumah sahabat-sahabat lama..maaflah, sungguh ku tak mampu kawan-kawan semua. Kalau ada yang terbaca, sekali lagi ku mengajak...jenguklah aku yang dah memboyot di rumah ini. Aku rasa esok, aku tak bergerak mana-mana kot. Tambahan pula, suami aku akan bergerak pulang ke Selangor. Maklumlah, dia tak ambil cuti raya sebab nak jimat cuti untuk aku bersalin nanti.





Oh ye...pagi tadi, aku beraya ke rumah emak angkat adikku. Anak lelaki mak cik tu dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kecil sungguh dunia ni, salam-salam dengan isterinya...aku terdetik "mcm kenal je..". Rupa-rupanya teman satu sekolah ku dulu. Ha ha ha...nampak gayanya..tiap-tiap tahun lah aku beraya kat umah member tu..



Inilah seluruh keluarga belah mak aku. Cuma yang tak ada, family kakak aku.Produk yang terbanyak tu belah abang aku (berbaju hitam), setiap tahun seorang..lepas ni tak tau la ada lagi ke tak...hahaha..rezeki tu weh...

Salam lebaran...

Tuesday, September 7, 2010

Enaknya tido tadi...

Salam bersahur.





Di hujung-hujung Ramadhan ini, makan bersahur mungkin di ambil ringan oleh sesetengah pihak. Macam aku ni lain aa..larat tak larat kena fikirkan perut suami. Dah menjadi tanggungjawab aku sebagai seorang isteri kan.





Kalau aku merancang nak memasak, biasanya aku akan bangun lebih awal..contoh, pukul 3.00 pagi. Bukan apa, takut aku tergesa-gesa sangat apa pun tak jadi kalau aku terbangun lewat. Jadi, kalau dah celik mata awal..agak santai la aku menyudahkan kerja-kerja aku. Atau sebab aku mengerjakan solat sunat barang dalam 2 rakaat sebelum bersahur.





Semalam, aku agak kegeringan. Lemah..memang tak masak apa, bukan saja-saja nak mencipta dosa tak sediakan apa-apa buat suamiku. Namun, benar-benar mengharap simpati kerana tak larat nak bangun. Namun, suamiku memahami. Dia belikan aku sesuatu untuk makan berbuka dan untuk dirinya sendiri dia berbuka di rumah emaknya. Tapi sayang, hanya kuih-muih dan emaknya tak masak apa-apa untuk makan nasi. Kesiannya...tu pasal aku nekad juga nak bangun masak sesuatu pagi ni. Tambahan pula...ni sahur yang kedua terakhir sebelum aku berangkat pulang kekampung bersama adik aku nanti. Hehe...





Cerita pasal masak bersahur, aku terlewat tadi..jam aku yang setia berbunyi tu rupa-rupanya tersekat di bawah bantal. Jadi, bunyinya agak menyenangkan lagi untuk melenakan tidurku. Hahaha..tergopoh melihat jam dah nak menunjukkan pukul 4...sabarlah baru pukul 3.40. Jadi, dengan gaya penguin aku berjalan ke dapur dan menyediakan apa yang patut. Memandangkan barang stok memasak dia dapur sudah kehabisan dan aku tak berpeluang membeli belah kerana kerana sering di bawa oleh suami ku ke tempat kerja, jadi..apa yang tersedia tu redha je la ye sayang..dah Allah kata ini rezeki kita pagi ni. Itupun kita kena bersyukur sangat-sangat kerana di tempat lain lagi susah nak makan...
Jeng..jeng..spesel sangat ke apa aku masak ni. Sejujurnya tak la spesel mana, siapa yang tak kenal masakan ikan terkurung ni a.k.a ikan sardin. cuma aku tambahkan dengan baked beans je bagi lagi pekat dengan kuah yang banyak. hahaha..rezeki tau..Alhamdulillah...
Selamat bersahur...

Sunday, September 5, 2010

Ibu tak suka membazir..

Salam Ramadhan.

Ingat tak post yang lepas, ada aku katakan aku nak ubah sikit baju melayu anak dan abahnya. Bukan apa, sakit hati kerana mereka guna sekali je baju tu dalam setahun. Baju tu cantik lagi. Jadi, jangan mengada-ngada nak beli yang baru. Jadi, idea ini memang dah lama aku fikirkan. Inspirasinya dari Ustaz Fauzi pengacara Al-Kuliyyah tu.
Ini ada gambar sebelum tranformasi bajunya. Sebelum ni aku ubah dengan menambah jahitan sulam je. Jadi, kali ini aku buat perubahan yang lain pula.Maka, jadi lah seperti ini...

Dan yang ini abahnya punya. Kan dah nampak lain. Jangan membazir..bukan baju yang nak raya. Tapi jiwa kita yang perlu disucikan dengan bermaaf-maafan...

Salam Syawal Menjelang...

Saturday, September 4, 2010

Nak raya dah ke...

Salam Al-Mubarak.

Sedikit demi sedikit sisa baki hari di dalam bulan Ramadhan ini. Mulalah terasa bahang untuk menyambut kemeriahan Syawal pula. Namun, bagiku tiada yang lebih tiada juga yang kurang. Cuma meriahkan sedikit buat anak. Seronok dia bile tengok ada baju baru. Tapi, sebenarnya dah lama beli cuma saiznya besar. Jadi, rezeki boleh pakai di kala nak menyambut raya ini. Aku? ingat nak tengok baju mengandung sepasang..suami ku? entah lah..kesian juga dengan dia. Sibuk memanjang.

Baju melayu? ni yang aku tak seronok ni...bukan ape..beli pun pakai nya sekali je..sama la macam abahnya. Jadi, aku ingat nak adjust tambah aksesori je kat baju melayu lama yang masih nampak baru. Jadi, kena lah berjalan-jalan di kedai jahit nanti. Tapi, kereta ku tak pulang-pulang lagi. Kata tukang bawaknya nak balik tengahhari..ni kan dah petang. Kalau jadi, esok nak balik kampung. Aduh..tu la keje, di saat-saat akhir. Kan dah susah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...