Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..
Showing posts with label Diari hidupku. Show all posts
Showing posts with label Diari hidupku. Show all posts

Monday, August 22, 2011

testing..testing..1,2,3..cobaann..cer try cube test..

Kalau entri pembukaan selepas masalah melanda blog akak nora ini boleh dibaca oleh rakan-rakan kesayangan akak nora semua..maknanya..dah ok la tu ..boleh menaip dan post entri. Kalau dia bengong lagi dan masih paparkan tajuk tanpa kupasan..tak pe..akak tau anda semua rajin memaklumkan kepada akak nora yang lemah lagi "kerdil" ni..(entah bila nak hilang lemak ni..dah tepu kot..)


Akak baru habiskan tempahan terakhir untuk raya tahun 2011 ni. Kawan en.hubby bagi kain ni hari Jumaat lepas. Nasib baik baju budak..sebaya dengan izzat yusuf..sekali hadap aje la..ok tak..macam ni akak nora kenakan rm 15 je sepasang..tahun depan siapa nak cuba tempah baju anak-anak dara yang comel tu dengan akak nora..roger-roger la ek..

Ada lagi tempahan dalam barisan..tapi mereka ni memang sporting. Walaupun tahu akak boleh buat, merka dah putuskan nak ambil lepas raya. Alhamdulillah..benar-benarnya memang dah tak larat.

Bukan apa, baju aku belum habis berjahit. Pasal sebelum ni mengadap baju orang j kan. Sekarang ni tengah adjust baju izzat yusuf, sampin nya..maklumlah saiz tak berapa secocok dengan badan..nantilah ibu belajar buat baju melayu ..saiz budak pun jadi la..hehe..

Dari awal puasa..sampai sekarang, tengah puasa penuh. Siapa yang dengar..tak ada fikir lain la tu. Adik soleh dah kena jadi abang soleh la tu..tapi, akak Nora ni MERANCANG...tak tau la pulak kalau terkena..ye la..Allah yang menentukan kan..atau mungkin Allah nak mudahkan akak takpayah ganti-ganti..hanya berpuasa enam dengan amannya nanti..InsyaAllah...jangan buat apa-apa spekulasi tentang keadaan akak nora ni ek.

oh ye..kepada rakan yang sudi komen entri hampeh berhampas sebelum ni..terima kasih ye..kerana anda begitu prihatin dengan akak walau pun kecik masalah tu..tapi pada akak nora dah besar sangat tu..

Salam beribadah ya..

Saturday, July 9, 2011

sms kecemasan dari emak aku di PERAK..

Semalam aku terkejut menerima sms dari emak aku. Pendek je..

"Tel mak.."

Aduh...apa benda yang tak kena ni. Dengan pantas aku menelefon. Adik aku menjawabnya dan diberikan kepada emak aku.

"eii..apa benda bersih-bersih yang nak buat kat shah alam tu. Rusuhan apa?" Emak aku memulakan perbualan.

Ya Allah..sampai nun di Kampar, Perak hal BERSIH ni. Yang paling aku tak tahan, emak aku dengar cerita ni dari perbualan kakak aku dengan adik ipar dia. Kakak aku siap warning mak aku jangan keluar hari ni. Takut kena serang....

Hahaha...aku pun terangkan lah serba sedikit dengan bahasa yang mudah di fahami oleh emak aku. Takut juga nanti di salah erti, dah aku ni salah seorang pembawa ajaran sesat pula.

Setelah emak aku faham...

"ooo...tadi mak dengar deme nak merusuh kat shah alam..wei...anak-anak aku kat shah alam weh...abih la anak aku.."

HAti seorang ibu kan, dia sebenarnya risaukan kami di Shah Alam ni..doakan kesejahteraan kami selalu ya mak...

Apapun BERSIH dah tamat...

Tuesday, July 5, 2011

Aku rebah jua...

Entri pembukaan setelah agak berhari tak mengisi ruangan.
Bukan tak sudi menjenguk blog sendiri.
Biarlah tiada yang setia menjenguk,
blog akak..tetap blog AKAK NORA kan...heee

Selain dari sibuk menyiapkan tempahan baju kurung,
emak mertua akak pula buat kenduri tahlil pada Ahad lepas.

Aku tak pernah sertai kenduri di rumah emak ni secara sepenuhnya.
Memang rumah mak dari rumah aku tak sampai 10 langkah.
Akhir aku sertai sepenuhnya, masa anak adik emak nak bertunang.
Jadi, pagi tu mereka berkumpul dulu di rumah emak sebelum rombongan meminang bertolak.

Terlalu sibuk ke depan dan ke belakang..hingga tetamu menggelarkan aku
"orang dapur". Tapi, lepas itu ..hampir apa saja kenduri emak, aku dah tak berapa pergi.
Kenapa?...emak buat di saat aku tak berapa sihat.
Termasuk lah..kenduri arwah abah dulu.
Emak aku suka buat lepas isyak..
Masa tu aku alahankan si Soleh.

3 Hari aku tak pergi..
Memang adik beradik ipar aku tak tegur apa dah dengan aku..hina sangat dah aku ni.
Tapi, emak tak pernah menyisihkan aku.
Tapi, aku bersyukur juga tak menjenguk kenduri tersebut...
biasanya kalau aku tak buat sesuatu..mesti ada benda nak jadi..
Disebabkan di sini semua orang boleh baca..biarlah benda tu jadi rahsia.

Kenduri kali ini, aku cuba juga tunjukkan potensi yang baik.
Mungkin dah banyak kali emak kena masak seorang, akhirnya emak mengupah tukang masak
masak juadah kenduri.

Namun, pagi Ahad aku tetap menjenguk emak.
Emak nak buat kuih kasturi. Aku tak pernah buat kenduri itu..serius...
Tapi, buat-buat pandai. Setakat nak tempa kacang hijau yang dah masak tu je..
Seperiuk la juga..satu talam besar tu banyak juga dapatnya.

Aku balik ketika azan zohor.
Aku rasa badan tak berapa sihat..tertidur lepas tu dengan anak-anak aku sekali.
En. Hubby layan cd pirate.

Lepas asar, aku kembali ke rumah emak.
Dapur dah riuh. yang buat kerja seorang..tukang sembangnya banyak..
Inilah aku menyampah kerja 'gotong-royong'...
aku tak minat ini lah dia..
memang lah merapatkan hubungan tapi..kerja yang sepatut buat..pergh..semua tonggang langgang lagi.
Halaman depan tak berkemas lagi..sofa tak berpindah.
Aku tengok mak dah ke hulu kehilir..sibuk..
Aku diam menung melihat orang dapur lagi..
kakak sulung encik hubby menggoreng kuih kasturi.
Mak cik-makcik yang sebaya dengan dia tak ada kerja..tapi, tetamu kan..
takkan kita nak sergah nak dia buat kerja..gila perrr..

Aku membuka langkah..
Sofa perlu kupindahkan..
beratnya!!!..mesti boleh..kita buat dia...
Aku mop apa yang perlu.
Mak kata karpet tak perlu angkat..vakum je..
Bahagian dalam pula. Aku ke hulur ke hilir mengubah barang..yelah buat seorang kan..
Barulah En. hubby datang..
kami pindahkan sofa gedabak tu..
kalau aku sorang, agaknya satu sofa 20 minit..hehe..

Tiba masa nak pindahkan meja kaca.
En.hubby kata berat..kena panggil orang lagi.
Aku tanya sapa?
yang ada masa tu semua ibu-ibu yg telah 3 kali czer..memang confirm hubby mereka tak bagi buat kerja berat.
Aku pun tolak aje meja tu sikit-sikit. Dah tak boleh angkatkan..en.hubby pun membantu. Siap...haaa..kan boleh tu..en.hubby diam je..
terfikir juga kalau tertakdir aku pun di czer..ish..hilanglah kudrat aku..nauzubillah..

Siap semua, aku ke dapur pula.
Adik soleh dah hilang masa tu..haha..ada jiran sudi mengendong budak muk-muk tu.
Itu yang buat aku langkah panjang sedikit.
Membantu emak membersihkan bekas-bekas yang mungkin diperlukan.

Dah nak dekat maghrib.
Kami sekeluarga pulang ke rumah sekejap.
Lepas bersolat. Aku bersiap.
Adik tidur. Maka, en. Hubby tunggu dulu di rumah sementara aku kembali ke rumah emak bersama Izzat Yusuf.

Aku buat apa yang perlu.
Emak mertua aku dah berubah..lebih memudahkan kerja aku.
Sekarang dia dah pandai 'minta tolong'.
Jadi, selain kita buat apa yang perlu, kita juga tahu apa yang nak buat lagi.
Ingat lagi aku masa memula dulu..sikit pun dia tak cakap apa nak buat..
memang bengong tahap cipan la aku..sudah pasti budaya dia dengan budaya keluarga aku macam langit dengan bumi bezanya.
Alhamdulillah..rasa macam tiada jarak dah aku dengan emak.

Alang-alang bertahlil..emak suruh aku sertakan nama arwah ayah aku sekali.
Terharu aku....
Sekurang-kurang ada juga sesuatu untuk ku sampaikan buat roh apak kat sana..huhhh..syahdu..

Kerja aku terhenti bila en.hubby menghubungi telefon rumah emak bertanyakan kain pelekat dia.
Tu la...bila hal rumah tak ambil endah, kain sendiri pun tak tau di mana.
Bila aku balik, adik soleh pun dah jaga.
Maka berhentilah kerja aku di situ. Menunggu tetamu datang dan majlis tahlil dimulakan dengan bacaan yassin beramai-ramai..

Ketika sesi berdoa..adik soleh mula 'berzikir'..sampai berdiri aku dibuatnya.
Nak tak nak...aku kena balik sebelum makan.
Dan majlis tu berlalu dan tamat tanpa aku..tak pe,
ramai yang menolong mak lepas tu...

Esoknya, aku berpuasa di hari Isnin.
Petang, aku rebah...kepala berat.
Dekat masa nak berbuka, aku nak muntah..tahan..tahan..
kalau sakit kepala memang nak muntah rasanya.

Berlarutan sampai malam.
Mencucuk-cucuk rasanya di kening ini...
Memang rebah tak boleh bangun.
En.hubby keluar belikan panadol..dan memaksa aku makan.
Bukan takut makan ubat..tapi, selagi aku boleh tahan..aku tak mahu panadol menerjah perut aku.
Hinggalah memang tak boleh tahan..ku telankan jua..dan melelapkan mata...


Friday, June 3, 2011

Walaupun terketar...aku teruskan juga...

Bila saat-saat begini la baru aku berpeluang nak ketuk ketak merangkak up date. semalam aku tak boleh tido sungguh. semput aku makin teruk. tak senang duduk, baring atau sebagainya.
terakhirnya, lepas solat subuh aku telefon kakak aku minta teman ke klinik di kampar. dia dah terkenal kat klinik tu. aku tak pernah ada rekod kat situ. bawa adik soleh je. abang izzat tidur lagi, maklumlah aku keluar pukul 8 pagi.
dapat ubat, baliknya aku telan la ubat aku. tak banyak pun..campur ubat batuk yang rasanya macam madu..aku tak pernah mampu nak telan ubat batuk. tapi ok pula ubat batuk ni.
satunya kalau dah telan ubat lelah ni, badan pun macam peaakut parkinson la. terketar ketar. Cuma ketarnya taklah sekuat org sakit tu...
dalam pada itu, aku gagahi jua gunting baju tempahan member aku. pertama kali juga lah aku ambil tempahan baju kurung riau. bukan tak pernah jahit..baju aku sendiri n keluarga, da banyak dah aku patternkan riau, tapi rekaan aku la..tapi, selagi ada contoh aku boleh study. senang aje bajunya.
tapi, kain nya memang mencabar bagi insan seperti aku. kain selisih depan...pergh...macam senang kan, lipat macam pakai kain batik je, cuba orang tak pernah jahit, terkial-kial la juga.
macam aku tadi. naknya bahagian pinggang yang separuh getah separuh kertas...
alhamdulillah...dengan rasminya, aku boleh jahit kain macam tu. bertambah ilmu aku lagi...maklumlah, akak nora belajar sendiri jek..tak berkesempatan nak pergi kelas. alhamdulillah pelanggan ada jek...
sebab akak nora masih gunakan ukuran guna kertas, bukan main agak-agak tekap aje..uih...bahaya tu. kalau ada contoh memang betul-betul jadi macam contoh tu. kalau tak banyak kerenah..akak nora ambil sepasang rm23 tau. promote lagi ni..
untuk pertama kali cuba, akak ambil rm 20..ye la..kalau tak sesuai dengan selera anda, sekurang-kurangnya tak ralat dengan harga kan.

Monday, May 30, 2011

bercuti ke...entahlah...

Walau pun memandu malam tadi dalam kebingungan dan mata yang kelat, alhamdulilah akak nora selamat sampai di Kampar, Perak. Mungkin akak nora lama di sini, jadi kepada siapa yang berdekatan nak tempah baju kurung murah-murah dengan akak nora di alu-alukan ye...hik sempat lagi tu.
Aku heran bila duduk kat rumah mak ni. Kalau kat rumah aku sendiri, aku masak beria ia...kira semua yang aku masak tu kena ikut tekak en.hubby.aku makan pun dalam sepinggan jek.
Tadi, mak aku hidangkan kerabu pegaga, tumis taugeh dan kucai tu dan ulam serlum...lauknya, ikan talapia yang adik aku jala depan rumah ni..haa ko...rasa nak tido kejap. Punya menyenak aku makan..bahagia betul bila dapat mengikuti citarasa.
Sekarang cuti sekolah kan..semalam jalan yang aku lalu untuk balik kampung tu, mak aih...boleh tahan juga. Dah la tak boleh merempit..barang banyak dan ms viva tu rasa macam semput je..selalu aku boleh sampai tak sampai 2 jam, ni semalam sampai selepas 3 jam lebih. Bila da sampai rumah...wajiblah terlelap...ni pun rasa ting tong lagi , mungkin baki kesan ubat selsema ni masih ada.

ok lah... akak nora tinggalkan anda dengan soalan masa akak hadiri kursus kawen masa muda remaja dulu...

"orang yang tak solat, jahat atau baik" fikir-fikirkan dan tinggalkan komen anda. jumpa lagi...

Sunday, May 29, 2011

Aku tanak bela ulat aaa...

Kisah ulat bangkai tu dah berakhir...agaknya la..tak ada pun lagi. Banyak komen suruh aku buang...heran aku...aku buat entri berbunyi ala-ala aku membela ulat tu ke? hehe...last-last kami berpakat ooo...jumpa je..bak kat usop wilcha.."kite bako!kita bako!"
Mula-mula en. hubby tak percaya kisah kami. Macam mana ulat tu boleh datang dari atas..tunjukkan bukti.
Ha...bila dah tiba-tiba ulat tu terjun kat dropzone, baru tergedik-gedik nak ambil tangga dan naik ke atas. Beliau pun buat apa yang patut...aku nak turut serta,tak sampai hati...huhu...takut mogok lapar lak nanti.
Hmm...aku tengah berfikir nak gerak balik kg kul berapa? barang apa pun tak siap...mata ngantuk lagi aaa..?sambung jap....zzzzzz

Wednesday, May 11, 2011

Ukur baju di badan sendiri.

Blog aku ni masih dalam pembikinan. Tak ada yang istimewa. Cuma nak tukar warna dan susun benda-bend bersepah ni. Cadangnya nak buat malam tadi..boleh pula pukul 2 pg abang izzat bangun terduduk dan muka kerut semacam..argh..abng meneran. pukul2 pgi pun jd.

Selesai hajatnya di buang, merengek pula ditengah pagi-pagi tu. Terjaga pula adik soleh...ha berguling berdekah dekah la di tilam tu. Selesai cerita..terus lupa nak sambung semula pengubahsuaian tadi.

Mengikut makna pepatah dalam tajuk entri aku hari ini adalah menjalani kehidupan dengan kemampuan sendiri. Atau lebih mudah nak faham..kalau duit tu ciput jangan la menggatal nak guna barangan yang mahal.

Berbeza dengan kes adik aku ni. Dia ada menempah baju kurung dengan aku. Tapi emak aku yang ukurkan sebb masa tu aku tiada di kampung. Yang tak tahan tu..mak siap agak agak lebar punggung untuk kain dia. Yela..adik aku ni bukan besar mana. Aku lagi perkasa.

Baru baru ni kan aku kerumah dia..bawalah sekali baju yang dah siap tu..ha ko..tak bole msuk..haha..berdekah aku tergelak. Rupanya minah ni dah membesar dengan sihat. Da lebih kurang je perkasanya dengan aku. tu la dulu kutuk akk ko ni..kan da tulah.

Satu kerja nak kena tetas semula jahitan yang dah siap. Nsib baik dah siap da..aku nak teruskan dengan baju orang lain pula.
p/s..huhu..memng haru kan kalau ukuran yng dapt tu salah..customer pula asyik menyalahkan..huhu..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Konon-kononnya nak buat kejutan buat ibunda. Tapi, akhirnya ibunda yang buat kejutan kat aku. Tup-tup semalam, adik aku telefon mengatakan emak dalam perjalanan ke rumah abang aku di Balakong. Jadi, semalam juga akak nora ke sini. Tapi, tak lah menyertakan diri untuk tidur di rumah abang aku. Cuma jenguk-jenguk dan pulang juga.

Waktu entri ini ditaip, aku menggunakan mr.lappy abang aku.Maknanya aku dah sampai balik di rumah abang aku. Hik hik..teruja la menggunakan internet dia..fuhh...kalah smartfon aku..Sebenarnya line kat rumah aku tu pakai apa pun tak boleh. Semuanya lembab. Nanti la aku ubah kuali jadi satelit.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari ibu buat rakan-rakan seperjuangan. Semoga Allah merahmati ibu-ibu kita dari hidup di dunia hingga  mereka menuju ke sana. Doakan semoga mereka ditempat di tempat orang-orang beriman ya..

p/s: akak nora nak beronggeng hari ni..

Saturday, April 30, 2011

Hari yang lemau...

Erk..lemau..hari yang lemau. Apakah definisi anda sendiri? Bagi akak nora, hari yang lemau ini dimulai dengan bangun lambat. Malas nak masak. Asyik terduduk aje..

Kata pakar, sebelum tidur kita haruslah senyum dan gembira. Berdoa kepada Allah SWT mohon semoga hari esok adalah hari-hari yang lebih baik daripada hari yang berlalu. Dan baca doa tidur. Maka, insyaAllah kita akan bangun dengan bersemangat esok.

Akak nora tidur dalam kekacauan..kenapa? Biarlah rahsia, sampai lupa doa tidur. Ha..mimpi yang hampir meragut nyawa. Adik pula asyik meragam, tak sedap perut kot. Aduh..sakit kepala sekejap bangun sekejap bangun.

Bila bangun tidur pula, sebaik-baiknya senyum juga dan ucapkan Alhamdulillah atau panjangkan lagi dengan doa bangun tidur. Itu adalah untuk mensyukuri nikmat hidup yang Allah telah berikan untuk sehari lagi. Ha..teruskan dengan mengambil wuduk. Barulah ikatan syaitan yang mengikat kita supaya jangan solat subuh tu terputus.

Alhamdulillah..mata aku dah 'set' untuk bangun subuh. Seronoknya dapat solat kat masjid, tak mengapalah..anak kecik-kecik lagi. 2,3 tahun nanti mungkin berkesempatan.
Bila buka mata, memang kelat. senyum pun rasa 'nyerongen' je...hik hik..aper tu? cuma anda senyum tunjuk gigi je..macam tu la. Tapi, bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah itu penting ya..untuk mengelakkan kita ni lupa untuk berterima kasih dengan Allah SWT.

Tiba masa nak masak. En.hubby kerja, jadi masak ala kadar je. Alhamdulillah..tadi dia makan tak banyak komen. Cuma pesan jangan masak pedas-pedas, sebab tekak dia belum pulih sepenuhnya. Aku? sebiji cili padi pun dah huru hara, nak masak macam mak bed tu 50biji cili padi? arghhhhh....BOMBA!!!!

Apapun, ..bila akak nora sentuh mesin jahit, ditambah pula jahit kemasan leher baju kurung, memang menghilangkan kelemauan itu. Memang menjahit adalah terapi buat akak nora. Tapi...

Adik Soleh memang tak senang duduk sekarang ni. Sibuk ganggu operasi ibu.

Sedar tak sedar dah lama jugak aku tak masak-masak. Teringin pula nak kek coklat. Susah..adik soleh sekarang, bak kata lagu orang bercinta tu...

"Resah hidup tanpa kau di depan mata ku.."

MAcam tu lah..bangun aje mulalah. Memang payah nak buat kerja rumah. Ada setengah orang akan tunggu aje anak tu, tak boleh nak gerak. Ada juga yang sampai tak solat atau mungkin lambat solat.

Aku ada terbaca satu artikel, yang mengatakan jika semua keperluan bayi itu telah kita sediakan dan berikan, maka ketika hendak bersolat itu, biar aje kalau dia nak menangis. Sebab, mungkin Syaitan mengganggu anda yang ingin bersolat melalui bayi itu. Memang betul, masa mula-mula ada anak dulu, hairan..bila nak solat je..anak aku bersilat guling-guling. Akhirnya, kubiarkan saja. InsyaAllah, Allah itu Maha Mengetahui.

Bab tak boleh nak buat kerja tu, pernah la sekali aku 'bertukar' jadi Oshin jap..kenal Oshin? aku pun tak tahu..tapi dulu aku tengok Oshin berkebun dengan anak kecil macam aku ni..

ha..adik suka satu hari tu, aku keliling rumah dengan dia sekali.
Tapi, tak sanggup nak lama-lama, boleh patah bahu wo..kalah budak bawak beg ke sekolah tu..

 Bila ibu nak hela nafas penat sekejap, rupanya dia lagi penat. terus lena atas riba..haha..

Macam-macam kan..


Monday, April 25, 2011

Takkan nak taip dengan kaki kot...

Walaupun hanya sehari aku tak menjengah blog, rasa macam dah lama je. Risau pula kot-kot tetamu yang datang fikir aku dah berpindah kan..hikhik..

Al-kisahnya semalam aku memulakan aktiviti seperti biasa. Kain yang dalam 2 hari terkumpul perlu disegerakan. Dah isi air juga serbuk pencuci..bila di pusingkan...arrrgggghhhhhh...

Pemusing kat bawah tu tercabut. INI......SERIUS....kain dah basah..hendak tak hendak, kasi berus sama tangan jugak. Banyak tu...ade baju uniform en.hubby juga.

Bukan nak mengada-ngada tak boleh nak basuh pakai tangan. Tapi, sejak eksiden retak pergelangan tangan kanan ni, memang pergerakan agak terbatas. TApi, aku lanyakkan juga. Kalau tak buat, siapa nak buat lagi kan..tak nak merungut rangat aje. Tapi, nampak gaya memang dah rosak tu..kena cari yang baru ni. Alhamdulillah pengeringnya masih boleh berkhidmat walaupun hanya boleh isi 4,5 helai je untuk satu-satu masa. Kalau aku yang perah, hah...sebaldi air menitik lagi dari baju tu..huhu..

Kerja berjalan seperti biasa. Bila malam menjelang...rasanya macam nak putus tangan. Usahkan nak menaip, nak tidur pun tak boleh. Tahan aje, jangan tunjuk muka sakit..pasal en.hubby tengah tak sihat, batuk-batuk dan luka kerongkong. Adik pula selsema dan batuk-batuk..nasib baik abg yusuf  ada perkembangan yang baik...sihat.


Tentang gambar tak boleh upload tu, aku rasa betullah angkara network sebab..ada masanya ok, laju. 10 blog aku boleh jengah. Tapi, sekarang ni 1 blog pun susah, aku nak kasi kemas blog sendiri pun rasa nak lentok. Kepada follower-follower yang akak nora tak jenguk lagi..akak nora minta maaf. Bukan saja-saja, memang tak berkemampuan..nak jengah bloglist pun mana yang sempat. ya..

Akak dah rindu nak berkongsi kisah..tapi, kena sesuaikan dengan keadaan kan..tak suka la keje tergesa-gesa, nanti hilang mood. Macam bersolat, lakukan dengan perlahan dan penuh penghayatan, janganlah tergesa-gesa dan nak cepat habis je, hilang kekusyukkan nya kan...

Thursday, April 14, 2011

Berblogging, memang perlukan masa..

Memang tak tercalon la akak nora nak jadi macam Ben Ashaari tu..atau ada yang masih bermentorkan dia...tak mampu akak nora nak post kan entri kalau benar-benar dalam keadaan sibuk. Lagi satu faktor, network internet. Dah terbukti, pakai la broadband ke , wi-fi ke..kuali dengan sudip dan senduk sebagai antenna pun dah tentu lembab sungguh..Akak nora ni ada anak kecil 2 orang yang perlu di selesaikan setiap hari setiap masa. Bila network lembab..akak nora terpaksa ucapkan..ba-bye...hanya memberatkan beg bawa laptop balik kampung (weh..balik naik kete..bukan jalan kaki la..)

Tapi, sekarang akak dah ada kat rumah. Selesai mop satu rumah. Tinggal dapur je. Selepas itu, nak mulakan menjahit baju kurung tempahan..

Terkejut bila tengok wall di FB akak nora tadi, tak de la beratus yang meninggalkan pesan..tapi sweet semuanya. Walhal, pada tarikh itu semalam akak sibuk entah buat apa. Oh ye..belikan dapur baru emak, dan barang-barang dapur sebelum aku bertolak balik ke Shah Alam. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kurang sikit beban emak..bukan apa, jauh nak ke kedai membeli barang dapur.Hehe..akak nora dah bertambah umur..huhu...

Dah lama tak jenguk..ada juga follower yang baru..terima kasih..pada akak nora, anda semua kawan baik akak. Sama-samalah kita memberi dan menerima tunjuk ajar menjadi insan yang sempurna di mata Allah ya...salam ukhwah dari Akak Nora...

k lah..nak pi jalan-jalan kejap..mana yang dan aje la..lama tak jenguk kawan-kawan..

Monday, April 11, 2011

ye..ye..boleh 'tenet' akhirnya di kampung...

Dulu, kalau akak nora balik kampung aje, mesti tak boleh nak 'berpoya-poya' di alam tenet ni, nak menziarahi jiran-jiran blogger, pasti payah. Kerana keadaan internet yang sungguh teruk..kalau nak juga, kena duduk bertapa depan lombong. Kalau tengah hari panasnye terbakar la, kalau malam kang kot ada 'kawan' sama-sama bertenet.

Rupa-rupanya en. hubby dah siapkan plan dia dengan 'hadiah harijadi' aku tempoh hari. Dengan henpon tu, dia suruh aku register Smart Plan. So, no more broandband and top-up of course..hehe..

Aku balik kampung pun tumpang adik aku, dia dan hubby dia bawak kereta NAZA abang aku, mereka balik dulu dengan kakak ipar dan setengah dari anak mereka (boleh plak setengah ye..)

Jadi, akak sekarang ni kampar..yeee haaaaa...bersuka ria sekejap.

Ada dapat tag..sekarang, tak boleh buat. Busy kejap..tak pe..teruskan tag..jap g akak terjah...

Thursday, April 7, 2011

Jangan masak versi akak nora ya...

Hari ini aku puasa. Ganti..jangan amalkan dah nak dekat sangat, baru nak ganti kan..selalunya macam tu lah aku. jadi, cuba sebaik-baiknya tahun ni.

Semalam dah minta izin dengan en.hubby. Memang dia balik lepas aku berbuka, tapi saja nak maklumkan. Dengar aje aku nak berpuasa hari ni, terus dia kata tak payah masak.

"Nanti abang belanja ayang makan Pizza Hut.."

Err...betul ke ni. Aku masak juga ala kadar, pasal aku tau dia tak leh hidup tanpa nasi. Aku ni memang serba boleh, dah makan pizza nanti, kenyang lah..

Tu yang emak aku terkadang marah tu.." takut bini tu gemuk, tapi susah hati bini tak makan.." Aku memang jenis selera makan. Kalau dah terhidang, memang sental aje..susah la nak kawal makan, yang macam setengah tu..makan sayur dan ikan aje..hisshhhh..

Cuma sekarang, cara aku. Bila dah makan je, Rehat 5minit, lepas tu aku bergerak lah buat apa yang patut. Maksudnya, tak ada istilah duduk je..atau lagi teruk..terus tidur, itu amalan nak jadi panas baran ye..hindarkan. Alhamdulillah..tak kurang dan tak naik badan ni. Tapi, boleh pakai seluar dulu-dulu aaa...mana taknya, hidup dengan 2 hero ni..lepas setel sorang..sorang pulak..sorang lagi..hehe..mencabar tul..

Hari ini akak nora ingat nak makan kuih limas a.k.a tepung pelita. Tapi versi aku la ek..



Aku guna tepung hoon kwe hijau dan putih, sebab cepat dan mudah..hehe..santan pun santan feveret aku, KARA.
Bancuhan memang tidak bergula, harap gula yang ditaburkan dalam loyang je.. 


letak bancuhan hijau dan kukus 15 minit.


Bancuh adunan putihnya, santan pekat,secubit garam nak lemak kan, dan sedikit tepung ..ada la macam pekat sikit.

Disini silapnya akak..hijau belum masak sepenuhnya, jadi, bila letak yang putih, dia bercampur..pas tu tak cukup santan..jadinya kurang cantik..pucat aje..tak pe la..aku sorang je makan.

Rasa tak tau lagi..pesan akak nora jangan masak macam akak ye, main letak je ikut suka..kan payah bila orang minta ajar..

Nak tengok yang menjadi..(masa ni akak nora rajin la...) KLIK SINI hehe..


Monday, April 4, 2011

Bila akak nora pegang gergaji...(dan TQ LULU Caldina!!)

Hari ini bukan akak nora tak on  ms.lappy. Sampai habis bateri dia, tapi akak nora betul-betul tak larat. Al-kisahnya, hari sabtu akak ke rumah kawan baik akak nora, ada jamuan makan-makan sambut harijadi anaknya.

Balik dari stu, en,hubby ambil akak dari rumah member akak lagi seorang ni di serdang. Terus ke bangi jenguk kakaknya balik dari Dubai dan abang iparnya dari Paris. Pergh..kul 12.30 malam juga baru keluar. Boleh pulak en.hubby memanjang salah jalan dan terlepas susur keluar..perjalanan dekat menjadi jauh macam nak sampai kampung akak nora nun.
Alhamdulillah sampai juga. Tapi, ada kejutan di dapur. Ada peti ais baru aaaa...tapi benar-benar dah tak larat. Akak nora biarkan aje dengan 'kesemakan' di dapur.


Hehe..di pagi Ahad akak nora mula berfikir. Punca elektrik cuma di situ. Mana nak aku 'terebankan' (campakkan) benda-benda atas peti ais lama tu.


 Terpandangkan meja dapur akak nora yang dah nak di buang. Pasal, rumah yang akak nora duduk ni, arwah abah sempat buatkan para untuk dapur. jadi tak payah meja dapur dah.
Tapi, kalau nak letak sebelah peti ais tu, pasti tidak muat. Kedudukannya akan menganggu akak nora nak buka pintu dapur nanti.

Jadi, berjuanglah akak nora gergaji buang bahagian yang idak dikehendaki tu. Ingat senang je. rupanya...pergh...perit..dengan gergaji karat lak tu. Tapi, usahakan juga dengan kadang-kadang ke depan bila adik soleh melalak dalam buaian.
Guna gergaji sahaja tidak cukup kerana akak tak cukup kuat nak buat. Jadi, ku hentakkan aje mengunakan tukul batu dan  pahatnya. Jadi, senang nak teruskan menggergaji.

Selesai, akak nora jumpa pula kertas pasir en.hubby buat wiring..hahaha bantaikan aje untuk haluskan permukaan kayu yang sudah dipotong tu..setel..basah baju macam baru lepas main hujan.
Lunyai juga la nasi lemak yang akak nora makan buat sarapan pagi tu..huhu..


 Bila dah selesai dan kemas semula, kan selesa mata melihat. Akhirnya akak nora berjaya menggunakan rak tu sehabis-habisnya. Bukan apa, sakit hati akak nora kalau buang 'benda' yang masih boleh digunakan. Biarlah orang nak kata apa..yang pasti akak nora makan nasi juga bukan pasir kan..haha..ke situ pulak..

Peti ais lama? akak nora dah angkat dan simpan dalam stor dulu. Emak akak ada request dulu..senang dia nak simpan ikan yang adik akak dapat menjaring hari-hari.

Ha...jangan kata akak suri rumah tak buat kerja berat..ingat ringan ke peti ais kecik tu, ni kan yang besar tu pulak. En.hubby pulak tak ada, lagi pun akak tak suka ajak dia buat keje begini, bukan semua lelaki faham kehendak perempuan. Bila dia tengok dah siap.."fuh..isteri aku..IRON LADY.." itu je dia cakap..

Malamnya, terasa sengal. Sakit badan...Izzat pula tak boleh tidur, selsema. Adik pula cirit birit..akak tak dapat tidur dengan lena. Tak apa la..jaga anak. Pagi tadi, pagi-pagi dah masak sup ayam untuk orang sakit termasuk en.hubby.

Kul 11 akak boleh melayang sekali dengan adik dan abng izzat. Semua ting tong..hahah

Dan akhir sekali, untuk LULU CALDINA...


Dah sampai!!!


Memang kanak-kanak riang ribena betul Lulu ni..comel...akak nora nak guna, tak tau nak isi apa..anak akak suka tapi, mesti jahanam dia buat nanti. Akhirnya..simpan buat koleksi..comel sangat..terima kasih ya lulu..pada lulu ianya sungguh kecil pada akak nora tiada sumbangan yang kecil..berharga sangat.

Sunday, March 20, 2011

Kami hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Sedih aje bunyi tajuk entri hari ni. Ada la sikit-sikit tapi, tak adalah sampai nak pergi bunuh diri kan..huk..huk..

Alkisah semalam merancang nak bawa anak-anak gi Zoo Negara. Bukan apa, dah lama tak berjalan-jalan. Merancang pergi pagi, sebab petang hujan memanjang je sekarang ni.

Pagi tadi, akak terlewat bangun. Kul 7.oo pagi terus gi dapur buat apa patut. Adik Soleh pun dah bangun. Tunggu Izzat dengan abahnya. Siap semua, tengok jam dah pukul 12.oo, kira dah lewat dari dirancang. Boleh pulak en.hubby salah jalan. Bertambah jauh kena masuk KL.

KL pula ada penutupan jalan secara berperingkat. Wah..jammed di situ pula. Sampai di Zoo Negara, stroller adik Soleh tertanggal pula satu tayarnya. Wah..kalau nak dukung adik Soleh sambil jalan dalam zoo tu, boleh cabut tangan ibu. 9 kilo lebih sudah..

Tapi, nekad jugaklah nak dukung pasal malas nak gaduh-gaduh dengan en.hubby pasal stroller. Bila dah nak jalan beli tiket, macam yang di agak..hujan mula turun. Jadi, kami balik saja ke rumah. Singgah beli eskrim kat McD dan singgah kedai bahan bakery...hehe..

Tertekan wo..tapi, sebenarnya akak nora tak terasa sangat. Cuma, akak rimas orang membebel. Dalam family akak nora ni dah terbalik, perempuannya senyap..lelaki nya ngalah mulut mak nenek..(pergh..akak nora ngumpat...shhhuhhh...)

Dah kecewa nak berjalan. Jadi, lepas akak post entri ni akak nak kembali ke kerja yang tak ada cuti. KERJA SURI RUMAH...huhu..pastu nak try buat 'projek'..ha...apa pikir tu..akak MC aaa..ada lahh..kalo jadi kita kongsi nanti ya...

p/s: Akak blogwalking kemudian..tunggu..(Risau kalau ada orang kata akak nora sombong...akak berlagak bijak je sebenarnya..hahahah guling..guling...)

Thursday, March 17, 2011

Di tarikh ini....17 Mac 2007..

Kita telah bersatu,

Dengan ikatan serta restu,

Sama mendoakan moga kita gembira selalu,

Mengharungi hidup penuh berliku.



Namun, kita hanya manusia biasa,

Bahtera kita hampir pecah di landa gelora,

Allah itu Maha Berkuasa,

Kita kembali berbahagia,

Saling menyesal atas kesilapan kita,

Kita terus mengharungi badai bersama.



Sungguh aku terasa,

Pabila ada kata nista,

Disamakan dengan aku insan yang biasa,

Menjerit dalam jiwa,

Hingga hati ini terluka,

Namun, kupujuk juga jiwa lara,

Kerna kau juga insan biasa,

Pasti tak kalis dari di duga,

Tersendu ku sendiri bila sujud pada-Nya.



Kita punya dua putera,

Racun dan penawar buat kita berdua,

Bukti suci ikatan halal yang kita bina,

Marilah kita bersama mendidik mereka,

Berjaya di dunia berjaya juga di sana.



Bukan hidup bermewah ku pohonkan,

Cukup kita mampu teruskan kehidupan,

Jika rezeki kita dilimpahkan,

Jangan lupa ucap kesyukuran,

Sungguh ku bersyukur jodoh ku ditetapkan,

Jadilah imam ketika solat didirikan,

Bersama anak-anak kita yang menjadi harapan.



Sunguh aku mahu sejahtera,

Dalam erti segalanya dari dunia hingga mungkin ke syurga,

Bersama keluarga dan sudah tentu kau yang ku cinta,

Ingin lena yang indah dalam dakapannya.



Keranamu aku dilanda ujian,

Keranamu aku mengingati Tuhan.
Selamat Ulang tahun perkahwinan,
Semoga kita bercinta sehingga hujung hayat dikandung badan.
17 MAc 2011


Wednesday, March 16, 2011

Kari pisang muda akak nora.

Pagi-pagi akak nora dah masak. Pasal deretan baju tempah dah bertambah..tapi, tak la banyak mana. Meh lah hantar tempah baju kurung kat akak nora. First try akak kasi rm 20 je..hehe..boleh dapat lagi ke kat shah alam ni..hehe

Semalam emak mertua aku bagi pisang. Memang keliling rumah kat sini banyak pisang. Tapi pisang yang dia bagi ni pelik. Tak akan masak-masak. Kalau masak pun dia warna hijau gitu juga. Dia nak bagi, akak minta sikit je pasal, tak tau nak buat apa..nak makan gitu je tak sedap katanya.

Pagi ni akak nora fikir-fikir, buat kari aje la..kita cuba. Pasal kita buat dia kan..




Jadilah..Kari pisang muda akak nora. Kenapa ada nama akak hujung tu..pasall....akak yang masak la...hahaha..akak pakai basic resepi kari..tak ada ramuan pelik-pelik. Kebetula, semalam emak ada bagi daun kari, banyak juga la..jadi. Senang kerja akak.

Yang bekas plastik tu nak bagi emak mertua akak. Kat sini akak kena ubah sikit. Akak masak siap ngan kulit-kulitnya. Sebab kalau masak gulai pisang muda, macam gulai lemak ke, kulitdia lah bahagian paling sedap. Ini yang emak akak sendiri selalu buat.

Tapi, mak mertua akak, dia buang kulit tu. Tu yang akak pilih isi je nak hantar kat dia. Selera lain-lain kan..jangan jadikan isu. Dah lah agak takut juga akak nak hantar ni pasal akak bukan kategori tukang masak yang hebat macam CEROI tu..(tetibe jer..)..tapi, akak cuba ikhlaskan hati yang takut ni..mak mertua kan...

kalau emak akak sendiri, Untung sapa dapat dia sebagai emak mertua, memang emak akak nora sempoi. Sepanjang hidup akak, tengok tak ada masalah dia dengan menantu-menantu dia. Makan, semua di belasah. Korang ajak main ps2 pun dia layan je..hahah. Tapi, biasalah..menantu yang buat pasal pula. Namun, mak tak kata apa..cuma aku tau ada sendu dihati dia..(tetibe sayu...)

Moral hari ini, masaklah dengan seikhlasnya, sayangilah keluarga anda. Berhati-hati di dapur, jangan terpotong jari ya. Selamat bekerja.

Sunday, March 13, 2011

Tsunami di highway?

Baru sampai rumah semalam selepas habis urusan aku di Perak.


Mula-mula ke tempat ni? haa...apa? ingat aku nak failkan kes-kes cerai berai ke?

Tak lah, aku nak mengambil salinan surat nikah aku dengan en.hubby. Kan dulu banjir besar di rumah aku. Habis rosak hancur surat nikah kami. Nanti mana tau nak honey moon mana-mana..sia-sia je kena 'tangkap' kan..hehe

Tapi, yang penting masa nak daftarkan kelahiran anak memerlukan dokumen ni. Jadi, tu yang kami berusaha juga nak yang baru. huhu...besar betul..berukuran a4, tak boleh laminate pulak tu. Tapi, apa pun dah selamat. Tak risau lagi lepas ni..

Tak lupa juga...

aku ke kedai cermin mata dapatkan cermin mata baru aku yang dah berkurun siap. Entah apa en.hubby fikirkan, sampai nun di Perak dia suruh aku tempah spek. Ni spek pakai di rumah. Anak-anak aku kan ganas..jadi hangin betul aku kalau problem spek aku asyik senget kena gedebush gedebish dengan mereka. Silap-silap abah nye pun tumpang sekali..

Dari zaman belajar dulu, aku suka frame plastik. Lantaklah nak kata aku rupe apa..yg penting aku selesa. Aku tak suka spek ada nose pad tu..leceh..kata je spek kat rumah, kekadang aku blasah je guna di mana saja..

Nak buat macam mana, mata akak nora ni tahap tak boleh pakai contact lens..jadi, terimalah hakikat pakai spek aje..ade duit nanti buat laser aaa...(hilang terus mata..)

Sepanjang aku di kampung, terkejut dengan berita di TV. Tentang bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Nauzubillah, minta dijauhkan dari negara kita. Tapi, siapalah kita nak melawan takdir Allah kan. Terkenangkan, kehebatan negara Jepun. Pelbagai kemajuan dan teknologi yang begitu dasyat pada pemikiran kita. Namun, siapa mereka untuk melawan kehebatan Allah yang tiada taranya. Sekelip mata, mereka dilanda musibah.

Ketika menyusuri lebuh raya ke Shah Alam dari Bidor semalam, hujan turun dengan agak lebat. Anak-anak tidur. En.hubby menumpukan perhatian pemanduan. Tiba-tiba fikiran ku melayang, macam mana..tiba-tiba air bah dari bukit bukau di kiri kanan kami ini? Tsunami melanda...? (Ish..mana ada...kawasan tu jauh dari laut..)..Siapa kata, kuasa bukan di tangan kita. Sebenarnya, bila-bila masa saje Allah boleh turunkan BALA' ke atas kita yang tak jemu-jemu melakukan dosa.

Jantung aku berdegup kencang, memikirkan suasana kelam yang dilimpahi hujan lebat itu. Dalam hati berdoa, memohon ampun kerana sedar diri ini bukan yang terbaik. Namun, ku pohon yang terbaik kerana dari ku hanya yang buruk-buruk belaka.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah. Allah berikan lagi peluang untuk kami bernafas dan mengalunkan zikir keampunan dalam hembusan nafas itu.

Renungan kita bersama : BALA' yang Allah turunkan adalah atas dosa-dosa kita juga. Namun, jangan bersedih atas ujian-Nya, teruskan ibadah dan percaya kepada Allah kerana melalui ujian itu dia memberikan kasih sayang Nya dan menilai keimanan kita.

Terima kasih kepada yang membaca.

Tuesday, March 8, 2011

Akak Nora Fobia Pulak...

Berkecamuk rasanya hati,
Niat di hati konon nak lawakan lagi,
Habis lintang pukang ntah mana pergi,
Macam-macam dah hilang kena buat lagi,

Sumpah akak dah buat back-up,
pasal akak tau akak tak cekap,
tapi sayang, tak tau dah nak cakap,
tetiba darah ku yang boiler up...huhu

Rasa fobia pulak nak tukar lain kali,
buat aku rasa sakit hati,
macam mana la korang buat itu dan ini,
aku guna basic pun tak reti-reti.

Bloglist dah hilang juga.
memang susah kalau dia tak ada,
sukar akak nak ke sini sana,
bila kena buat manual pula,
tak pe...biar dulu sehari dua,
atau mungkin empat atau lima,
nak tengok siapa yang suka,
jenguk akak nora yang jelita,
alamak!!!tak sedar diri pula...
hehe..bergurau saja...





Jadi juga kuih bantal kita,
satu-satunya resepi akak nora,
campur semua kacau saja,
tekan-tekan, golek-golekkannya,
bila goreng dah siap le...
jangan ngata...
nampak gitu tapi gebu le...

Friday, February 18, 2011

Abg Izzat tak jemu kek ke?

Abang izzat minta kek la. Jadi, bila akak dah mula ke dapur..kempunan lah akak nak jenguk ms.lappy lagi.



Lagipun cik zai sms tadi. Dia nak servis kereta di rumah Pak cik zizi belakang rumah akak ni. Boleh lah buat minum-minum sekali kan sementara tunggu kereta siap, mesti dia lepak rumah akak nora dulu. Tu lah best friend akak sampai dah jadi saudara pun..
ok lah..jangan merajuk ya..malam-malam nanti akak blogwalking ya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...