Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, February 28, 2011

PEMAAF

Artikel Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
(Sambungan Jadilah Manusia Hebat)

Pemaaf.


Orang yang mudah meminta maaf dan mudah pula memberi maaf kepada orang yang berbuat salah keoadanya adalah orang yang hebat. Mengapa? Hal inikerana tidak ramai yang sanggup menundukkan perasaan ego dan sombong untuk berbuat demikian.

Walaupun pada pandangan manusia, orang yang pemaaf ini tiada apa-apa keistimewaannya, tetapi lama-kelamaan insan pemaaf akan dipandang tinggi oleh manusia. Hal ini ditunjukkan sendiri oleh junjungan Nabi Muhammad saw yang mudah memaafkan manusia yang berbuat jahat kepadanya.

Sikap pemaaf ini hanya dimiliki oleh jiwa yang bersih dan suci. Orang yang pemaaf mempunyai hati yang kaya, kerana ia tidak ambil hati terhadap kata-kata dan perbuatan orang lain kepadanya. Lantaran kekayaan jiwa yang memenuhi hatinya, maka perbuatan jahat orang lain terhadapnya tidak memberi kesan kepada hatinya. Yang penting bagi insan pemaaf ini ialah sifat berkasih sayang sesama manusia.

Darjat yang dimiliki orang pemaaf sebenarnya telah diangkat tinggi di sisi Tuhan. Dalam kerendahan hati, ada keluhuran budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Hidup ini lebih indah jika ada sikap bermaaf-maafan antara kita.


Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf.

  • Tidak perlu menang setiap masa
  • Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah
  • mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.
  • Berdoa supaya disabarkan hati.
  • Bersangka baik.
  • Memikirkan kebaikkan yang telah dibuat oleh sahabat kita.

Petua Agar Isteri Sentiasa Dicintai Suami

Cinta cintun zaman sekarang ini begitu sukar untuk diramalkan. Kepada yang berkahwin, janganlah terlalu memberiharapan tinggi bahawa pasangan anda cintakan anda dengan sejatinya. Apa statement akak nora ni?

Pada pendapat akak, kita ni manusia. Kehendak dan keinginan hati kita sentiasa berubah. Jika hari ini kita mahukan itu, belum tentu selamanya kita mahukan itu juga. Betul...

Dalam hidup akak, akak belajar mencintai dia niat kerana Allah swt. Bila kita berfikir begitu, kita akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan dia atas tanggungjawab kita sebagai suami/isteri. Kerana sebagai hamba Allah kita patut mengikuti perintah dan meninggalkan larangannya. Secara tidak langsung, ada cinta dah kasih sayang dalam tuntutan tanggungjawab itu.

Jika kita fikir cinta semata-mata, itulah yang berantakkan bila ujian datang melanda. Habis segalanya bergoyang, panggilan sayang menjadi cacian nista. MasyaAllah..dugaan Allah yang kecil begitu sudah buat kita goyah. Nauzubillah..di mana iman kita ketika itu.

Akak nora berkata begini, atas dasar pengalaman. Kan akak nora pun manusia. Tak lari dari kesilapan. Hinggalah akak mula mengenal erti sayangkan suami kerana Allah. Alhamdulillah, walau dugaan berat menghempap, akak rasai kebahagiannya. Cubalah..kerana matlamat hidup kita bukan di sini. Kita cuba mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk kita ke sana.

Jadi, bila akak nora suka sangat artikel yang akak jumpa masa blog walking di BLOG Saudari Munirah ini..jom, kita amati inti artikel ini yang boleh dijadikan panduan dalam hidup penuh cabaran ini.

Ada segelintir isteri beranggapan bahawa mereka berhak atas cinta suami mereka. Anggapan ini tidak sepenuhnya salah, kerana memang salah satu asas, tegaknya sebuah rumah tangga bahagia adalah adanya mawaddah (cinta) antara suami isteri. Tetapi harus direnungkan bahawa cinta tidak datang dengan sendirinya, dan ketika ia hadir, tidak ada yang dapat menjamin ia akan menetap selamanya. Cinta memerlukan usaha. Jika ingin suami selalu cinta kepada anda, anda tidak boleh hanya diam dan berkata, "Alaa, dia kan suami saya, secara automatik dia mencintai saya! Kalau tidak, mengapa dia memilih saya untuk jadi isterinya?"


Bahawa suami mencintai anda kerana anda adalah isterinya memang betul, tetapi apakah anda yakin cintanya selalu ada dan terus ada selamanya?


Ramai juga wanita yang tidak berasa yakin setelah menjalani kehidupan rumah tangganya sekian tahun, apakah suami saya masih mencintai saya seperti dulu? Kerana itu, berhentilah bersikap pragmatis. Berusahalah membuat suami anda selalu cinta, malah dari hari ke hari semakin bertambah cinta kepada anda

Seseorang isteri yang ingin selalu dicintai suaminya hendaknya menyedari bahawa jurus yang paling penting dan efektif untuk meraih itu adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan berusaha sedaya upaya untuk mentaati dan menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya. Dalam kata lain, dengan berusaha menjadi seorang muslimah solehah. Harm bin Hayyan, seorang ulama di masa Khalifah Umar bin Khattab ra berkata, "Tiada seorang hamba yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT, melainkan Allah akan mendekatkan hati orang-orang mukmin kepadanya, dan istri yang senantiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, maka Allah akan mendekatkan hati suaminya kepadanya sampai ia mendapatkan cintanya."



Petua Agar Suami Selalu Cinta


1) Berusaha dengan tulus dan ikhlas 'menyerahkan hidupnya' untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. "Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (HR al-Bazzar).


Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapa pun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda

2) Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu. "Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah" (HR Thabrani).


3) Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Apabila anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. "Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya." (HR Ibnu Majah).


Oleh itu apapun yang bergelojak di hati anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami anda.


"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah s.w.t. membencimu. Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah dari mu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu berputar, kadang manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Di saat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.


4) Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.

(tq to http://myana4eva.blogspot.com)

Akak nora berkata : Itulah petua yang akak suka sangat. Mungkin ada yang kata,perempuan je nak derita, berkorban..lelaki bersuka ria di luar. Ingat!!! hidup kita bukan di tangan suami kita, di tangan Allah swt. Tapi, melalui suami kita, kita mampu peroleh banyak pahala dan kebaikan jika kita berusaha jadi isteri solehah.

JADILAH MANUSIA HEBAT.

Sumber Dari : Dato' Dr. Haji. Mohd Fadzilah Kamsah.

Islam menggalakkan umatnya sentiasa penuh karisma yang positif, profesional, berperibadi mulia dan berakhlak dengan sahsiah Islamiah. Hal ini sangat penting untuk mencerminkan imej Islam yang suci lagi murni. Penampilan diri yang positif mencerminkan hati nurani seseorang.

Menurut kajian, orang yang kotor rumahnya, kotor jualah hatinya. Begitulah juga sebaliknya. Jika penampilannya mantap, seluruh hasil kerja yang ditunjukkan biasanya akan memuaskan hati semua pihak. Contohnya, kalau kita berjanji dengan seseorang, akan ditepati dan tidak akan membuatkan orang itu tertunggu-tunggu. Jika semua itu dipraktikkan di alam pekerjaan, pasti semua orang suka bekerjasama dengan kita.

Karisma yang positif ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat ketika mereka mahu menziarahi sanak saudara di Makkah. Baginda bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya kamu akan pergi menemui saudara-saudaramu. Oleh sebab itu perbaikilah al-rihal (alat kelengkapan kenderaan yang digunakan ketika menunggang kuda) dan baguskan semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah dalam kalangan manusia kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada yang busuk dan buruk. "


YAKIN DENGAN ALLAH

Sebagai hamba Allah kita perlu yakin bahawa sesuatu yang berlaku adalah dengan izin Allah terlebih dahulu. Namun pada masa yang samakita perlu berusaha, meminta dan memohon daripada Allah segala yang terbaik buat diri sendiri. Itulah rahsia kehebatan yang tidak mungkin dimiliki oleh orang bukan Islam.

Meskipun manusia mampu mengawet dan membuatkan khazanah otak orang yang kononnya genius sekalipun, tetapi Allah yang sebenarnya memberikan keizinan itu. Jadi, orang dianggap hebat dan bijak tadi tidak layak mencapai tahap kehebatan hakiki. Oleh sebab itu, orang yang hebat di sisi Allah sentiasa tawaduk, takut dan cinta sepenuh jiwa dan raga kepada Tuhannya, Allah swt.

Tegasnya orang yang hebat ialah orang yang menyerahkan sepenuh hati dan mindanya kepada Allah swt tanpa keraguan. Padanya dia masih belum dianggap hebat kerana selain berusaha dia menyerahkan sepenuh hati dan minda kepada Illahi.

Sunday, February 27, 2011

Bukti jelas pengaruh sekeliling kepada anak-anak.

Situasi A : Ibu Izzat di dapur, sibuk mengetuk kuali (konon chef cukup sifat, walhal sijil pun tak lepas. Izzat di ruang tamu, tengok TV, kartun la.. (ruang tamu, atau ruang tak tentu), adik soleh tidur di dalam buai.....Tiba-tiba,..adik soleh menangis.





Macam biasa, kalau setakat merengek, ibu izzat biarkan dalam seminit dua. Kalau diikutkan memang tak boleh buat kerja apa-apa.





Tiba-tiba lagi, abg Izzat Yusuf menjerit:



"Sayang.....anak menangis ni!!!!"



Ibu : Tercengang di dapur..anak aku ke tu?



mesti anda boleh agak, dari siapa dia tengok perangai ni?





Situasi B: Ibu bersiap, abah ajak jalan-jalan.





Abg Izzat : Ibu cantik la..



Ibu : Ye ke...



Abang Izzat : Nak cantik juga...



Sambil menempekkan bedak maybelline ibu.



Abang Izzat : Ibu, Nak gincu..



OOOpppss!! aku tau dah..sapa model untuk kisah ni.





Situasi C : Ibu di dapur, Abg Izzat pun nyibuk kat dapur. Adik di ruang tamu, tidur dalam buaian.



Ibu : abg Izzat, tolong enjutkan adik sikit.



Tiba-tiba abg izzat berdiri tegak. Satu tangan lurus ke atas, satu tangan lagi gaya macam nak tengok jam kul berapa. Tetiba tangan kat di atas tu tepuk tangan yang konon-konon ada jam tu.



abg izzat : BERTUKAR!!!! (terus lari nak gi enjut buaian adik)



ha..macam ibu mintak tolong kat super hero kan...





Situasi D : Ibu solat dan terus mengaji.



Abg Izzat cari songkok abah, tonggang tonggek..pastu dia buka buku kecil Al-Ma'thurat, dan mengaji ikut cara dia.



yang ini....Alhamdulillah.....

Saturday, February 26, 2011

Pukul anak di usia 10tahun jika tidak solat. Kalau emak ayah dia tak solat..?

Semalam, sebelum khutbah jumaat, imam tu ada bagi kata-kata ceramah sedikit. Berkaitan dengan solat, saf-saf di dalam masjid dan gangguan kanak-kanak uang di bawa oleh ibu bapa ke masjid.





Imam itu ada mengatakan bahawa anak boleh dipukul pada usia 10 tahun jika dia masih tidak menunaikan solat. Akak nora pun dah biasa dengar ceramah berbunyi begitu. Masalahnya, berapa ramai ibu bapa, yang ambil berat dengan hal-hal berkaitan solat ni.


"Ala..biarlah, nanti pandai lah diorang belajar solat bila dah besar nanti.."


Ada yang mengambil berat pun masih tak betul juga. Ye lah..anak di marah tidak solat, tapi contoh yang budak tu nampak hari-hari, emak dan ayahnya tak pernah bersolat.

Berapa ramai 'ketua keluarga' mengajak ahli keluarganya ke masjid, solat berjemaah di masjid? Tapi, yang bawa pergi tempat berhibur, bersukaria, sambut parti sampai lepas waktu solat...mesti tak cukup jari nak kira kan...

Akak nora pun tak terkecuali. Teringin sangat nak solat selalu di masjid. Tapi, masjid kat sini selalu war-warkan tentang budak yang di bawa ke masjid. Terasa juga akak, anak akak nora kan tengah kencing di pampers lagi...

Tapi, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita lambat bersolat. Tunaikan solat bersama anak-anak kita dan suami/isteri yang tercinta. Biarlah cinta sentiasa terikat dan indah ketika di tikar sejadah. Rindukan selalu rintihan kepadaNYa.

Jangan lewatkan solat tau. Tunaikan solat seawal yang mungkin. Selain menjadi hamba yang di kasihi Nya, terdapat pelbagai kehebatan jika bersolat awal waktu. Akak jumpa kat blog kawan ni...

ok..KLIK lah apa yang patut..kot2 banyak tabungan di alam maya ni..

Tetapkan Niat Kita. InsyaAllah, Allah pasti menanti kita di sana.

Persoalan cinta, kasih sayang dan perkahwinan tanpa 'dicemari' nafsu adalah konsep ideal, indah serta menjanjikan kebahagiaan sejati yang ingin sekali dinikmati serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kekeliruan melanda fikiran ketika kita mahu mempraktik atau merealisasikannya dalam kehidupan seharian.

Akal sering tersilap menilai dan mata lahir pula sering tertipu. Garis pemisah antara niat 'kerana Allah' dan 'kerana nafsu' dalam proses membuat keputusan untuk bernikah, sama ada 'cinta sebelum nikah' atau 'cinta selepas nikah' begitu kabur kerana ia adalah 'soal hati' yang sukar dijangkau akal biasa dan mata lahir.

Rumahtangga, rumah dan bilik air

Istilah 'rumahtangga' menggambarkan rumah berserta keluarga yang menghuninya. Rumah sahaja adalah bangunan fizikal yang tidak banyak maknanya tanpa manusia yang menghuninya. Keluarga tanpa rumah tempat berlindung, walaupun rumah itu kecil atau dhaif, pasti tidak lengkap dan sempurna. Rumah adalah keperluan untuk perlindungan dari hujan dan panas, tempat istirehat fizikal, fikiran dan juga perasaan.

Dalam rumah terdapat beberapa... bilik tidur, dapur, serambi, ruang tetamu, bilik bacaan, bilik air dan beberapa bahagian tambahan yang lain. Sedar atau tidak, bilik air adalah keperluan yang sangat kritikal dalam sebuah rumah. Bilik air mungkin tidak 'popular' dan bukan pilihan utama untuk dijadikan tempat berlama-lamaan, namun kehidupan manusia menjadi resah dan tidak selesa tanpa 'mengunjunginya'. Kelegaan yang dirasa selepas qadha hajat di bilik air memberi kesan kepada semua aktiviti yang digemari dalam rumah tersebut.

Antara membina rumah dan membina bina bilik air

Saya suka mengambil sebuah rumah fizikal sebagai metafora untuk menggambarkan rumahtangga yang didirikan atas niat 'kerana Allah' atau 'kerana nafsu'. Ketika membina rumah, hasrat utama adalah untuk ada tempat berlindung dari hujan dan panas, supaya keluarga dapat hidup dengan selesa. Keseluruhan bahagian rumah tersebut umpama rumahtangga yang dibina. Tanpa bilik air pasti tidak lengkap. Namun tentu suatu yang tidak kena jika rumah dibina dengan hasrat utamanya untuk membuat bilik air semata-mata dan bahagian rumah yang lain sebagai sampingan. Metafora inilah yang cuba saya gunakan untuk membezakan niat antara kahwin 'kerana Allah' dengan 'kerana nafsu'.

Jika bilik air sebagai niat utama, ini ibarat kahwin 'kerana nafsu'. Jika demikian maka pembinaan 'rumah' itu adalah semata-mata untuk buang air. Sebaliknya, jika niat utama adalah membina sebuah rumah yang lengkap dengan semua bahagian termasuk bilik air, ini ibarat niat kahwin 'kerana Allah'. Dalam keadaan niat seperti ini, buang air adalah pelengkap kepada keseluruhan fungsi utama rumah sebagai tempat perlindungan. Niat ini lebih menyeluruh dan mengambil kira banyak faktor.

Tambahan lagi, manusia tidak membina rumah bermula dengan membina bilik air, tetapi dimulakan dengan asas atau foundation yang kukuh, lantai, dinding dan bahagian-bahagian utama. Begitu juga dengan pembinaan rumahtangga – ia mesti bermula dengan asas yang cukup kukuh supaya tidak mudah runtuh. Misi dan visi pembinaan rumahtangga seharusnya diambil kira sejak dalam proses memilih pasangan.

Misi dan Visi Perkahwinan

Ikatan perkahwinan merupakan ikatan antara dua manusia berbeza jantina, maka semestinya ia mesti berlandaskan misi dan visi penciptaan manusia itu sendiri iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah di mukabumi. Selaras dengan dua misi penciptaan manusia, maka misi dan visi perkahwinan adalah sebagai pembentukan keluarga sebagai 'team work' melaksanakan misi hamba dan khalifah dalam perjalanan menuju akhirat. Inilah asas yang paling kukuh dan niat yang paling murni 'kerana Allah'. Ini bermakna perkahwinan adalah suatu tanggungjawab.

Untuk memikul pertanggungjawan sebagai hamba dan khalifah, pastinya pelbagai halangan, rintangan dan beban yang terpaksa dipikul bersama. Oleh itu, sangat penting wujud rasa cinta dan kasih sayang sebagai pengikat antara suami, isteri, anak-anak dan seluruh keluarga. Cinta dan kasih sayang adalah anugerah dari Allah yang Ar Rahman dan Ar Rahim kepada hamba-hamba-Nya. Ikatan rasa cinta dan kasih sayang menyebabkan beban yang terpikul di bahu terasa ringan, kemarahan yang mungkin timbul antara pasangan dapat diredakan dengan kemaafan.

Ekpresi kasih sayang antara manusia terluah dalam banyak bentuk termasuklah hubungan seksual yang dihalalkan melalui akad ijab dan kabul. Persepsi 'nafsu' dalam kefahaman kebanyakan manusia dikaitkan dengan hubungan seksual serta isu-isu berkaitan dengannya. Dengan lafaz akad nikah, ekpresi kasih sayang dalam bentuk hubungan seksual dihalalkan, malah diiktiraf oleh Allah sebagai ibadah dan pahala kebajikan. Tanpa ijab kabul, hubungan seksual meyandang label jijik, kotor dan hina.

Kerana Allah – merujuk kepada peraturan-Nya

Niat 'kerana Allah' dalam percintaan dan perkahwinan direalisasikan dengan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t di setiap peringkat prosesnya. Keredhaan Allah sebagai asas ketika memilih pasangan untuk membentuk 'team work' rumahtangga, patuhi segala suruhan dan tinggalkan larangan termasuk dalam aspek pemenuhi tuntutan fitrah keperluan seksual.

Khalifah-khalifah dan hamba-hamba Allah yang lahir dari perkongsian hidup dalam perkahwinan tersebut adalah tanggungjawab pasangan tadi supaya generasi baru ini membesar menjadi manusia yang berfungsi menjadi pemakmur bumi, bukan perosak mukabumi.

Pencemaran dalam niat

Niat 'kerana nafsu' digambarkan oleh keadaan dimana perkahwinan adalah semata-mata untuk memenuhi tuntutan fitrah seksual. Sedar tak sedar, niat 'menghalalkan' hubungan seksual dalam ekspresi cinta dan kasih sayang secara lahiriah kelihatan begitu 'murni'. Ya, sememangnya ini tidak salah... namun jika semata-mata kerana itu, ia ibarat membina rumah bermula dengan membina bilik air sebagai asas utama. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ada juga peraturan Allah yang diambil kira.

Rumahtangga begini tidak akan kukuh, cepat runtuh, mudah goyah dan akab berkubur begitu sahaja. Persoalan tanggungjawab dengan mudah akan diketepikan. Kebahagiaannya tidak berpanjangan. Rumahtangga akan selalu bermandikan pergaduhan dan konflik. Anak-anak yang lahir dalam suasana ini ini tidak berkembang menjadi khalifah dan hamba Allah yang berfungsi untuk memakmurkan bumi, malah mungkin menjadi generasi perosak muka bumi. Kesudahannya bukan syurga di akhirat malah kesengsaraannya bermula di dunia lagi. Na'uzubillah!.

Kerana Nafsu semata – membujur lalu melintang patah

Ekpresi cinta dan kasih sayang atas dorongan nafsu semata-mata tergambar dalam kehidupan seharian ketika peraturan Allah tidak diendahkan, batas hukum syarak diketepikan, sehingga andai berlaku pertembungan antara hukum Allah dengan keinginan nafsu, hukum Allah diketepikan dan tuntutan nafsu dipenuhi. Membujur lalu, melintang patah... inilah gambaran niat semata-mata 'kerana nafsu'. Anugerah cinta dan kasih sayang dari Ar Rahman dan Ar Rahim dikhianati dengan ekspresi dalam bentuk zina.

Sifat Maha Pengampun Allah dijadikan pertaruhan dalam permainan nafsu

"Allah fahamm... kan dia yang ciptakan kita. Lagipun Allah kan Maha Pengampun..." demikian kata-kata yang lahir dari dorongan nafsu yang bertopengkan nama Allah.

Peluang taubat di eksploitasi semahu-mahunya sehingga terlupa bahawa Allah juga ada sifat Maha Menghukum. Dalam pengaruh nafsu, syurga dan neraka seolah-olah tidak wujud.

Semoga Allah melindungi kita dari pengaruh cinta nafsu semata-mata.

Destinasi akhir ekspresi cinta

Stesen terakhir cinta kerana Allah dalam ikatan rumahtangga adalah syurga yang kekal abadi di akhirat. Sebaliknya, stesen terakhir cinta kerana nafsu adalah neraka yang penuh siksaan. Allah serahkan pilihan di tangan kita yang diberi selendang sebagai khalifah muka bumi.

Allah sediakan syurga untuk manusia tinggal dan Dia ciptakan Neraka sebagai peringatan bahawa ada risiko menanti jika manusia memilih untuk tidak tunduk kepada-Nya. Pilihan yang Allah buka juga berlaku dalam soal ekpresi cinta dan kasih sayang... Semoga Allah memimpin dan memberi taufik dan hidayah untuk kita menikmati anugerah cinta dari Dia yang Ar Rahman dan Ar Rahim.

Artikel iluvislam.com

Akak Nora Berkata : Akak Nora suka artikel ni. Ppada pendapat akak, kita mesti tetapkan niat dahulu bila kita meancang untuk berkahwin. Bukannya nak gi honeymoon mana? nak tema warna apa? Tarikh apa yang best? lagipun akak tengok orang kawin sekarang dah tak best. Dah nampak 'dibuat-buat'. Tak bermakna langsung..apa akak nora maksudkan ini..biarlah rahsia. Kahwin kerana Allah ya...

Klik-klik tau..

Friday, February 25, 2011

Entri Jumaat : Fadhilat Surah Al-Kahfi pt.II

4. Daripada Umar berkata: "Nabi saw telah bersabda:" Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari JUMAAT, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (HR. Ibnu Katsir)


5. Daripada Abi Said Al Khudri berkata :
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari JUMAAT, maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bait Al-Atiq." (HR. Ibnu Katsir)


6. Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari JUMAAT, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al Dajjal muncul, maka terhindar dia daripada. (HR. Ibnu Katsir)


7. Daripada syukbah daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi saw bersabda:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya di hari kiamat."


Banyak kebaikan apabila kita mengamalkan surah Al Kahfi. Sebagai permulaan, mari kita membaca dan memahami maknanya setiap hari jumaat. Macam di masjid depan rumah akak nora ni, memang ada perjumpaan untuk muslimah berkumpul dan baca bersama-sama surah Al-Kahfi.


p/s: klik HB akak di hari jumaat begini..hehehe

Entri Jumaat : Fadhilat Surah Al-Kahfi pt.I

Banyak fadhilatnya, kita baca sikit-sikit dahulu ye..akak nora tak nak taip banyak-banyak tapi orang baca sekali lalu je. Baca dan fahamkan. Banyak manfaatnya.

Al-Kahfi
1. Ahmad berkata "Saya dengar Al-Baraa'u Ibnu Aazib berkata: "Seorang lelaki telah membaca surah Al-KAhfi, dan dalam rumahnya ada seekor binatang (kuda), maka beritahunya kepada Nabi (saw)."
Baginda bersabda :"Adakah Sifulan membaca Al-Quran? sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika Al-Quran dibaca atau keterangan turun untuk Al-Quran" (hadith soheh.Riwayat oleh Shukbah)
2. Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi (saw), baginda telah bersabda:"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi, Maka terhindar daripada Al-Dajjal."(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah)
3. Daripada Al-Tarmizi, sesiapa menghafaz tiga ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.
Imam Ahmad berkata:"Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi (saw) bersabda:" Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah al Dajjal." (HR. Muslim dan Al-Nasaa'i)
bersambung......

Thursday, February 24, 2011

Bukan dunia akhir zaman. Tapi, dunia dah nak berakhir.

Apabila dunia dihidangkan dengan pelbagai cerita yang 'agak merepek' dan 'tak munasabah', orang ramai pasti mengatakan ' itulah dunia akhir zaman'. Jadi, apa langkah kita yang seterusnya. Hanya melopong menanti dan terus menonton dunia di akhir zaman.

Cuba kita terapkan dalam hati, dunia ni dah nak berakhir. Apa pula rasanya...?

Sekadar pendapat, akak nora pun BUKANNYA HEBAT!!!, ingat statement akak tu. Nanti ada yang kata akak nora ni mandai-mandai je. Sekadar pendapat, akak nora suka lagi statement dunia dah nak berakhir. Jadi, jangan tunggu esok nak bertaubat. Jangan tunggu matahari terbit di arah barat, baru kita teragah-agah nak ucapkan astaghfirullah...

Kalau tidak masa kan ada pepatah, 'mencari rezeki seumpama nak hidup seribu tahun lagi, dan beribadat bersungguh-sungguh seumpama esok tiada lagi'. Ini sudah membuktikan, bahawa Allah tidak menghalang kita mencari rezeki dengan banyaknya, asalkan kita tak lupa urusan akhirat.

Kita dah biasa dengar cerita macam-macam dosa besar yang telah dilakukan oleh manusia dia atas muka bumi ini:

  • Buang bayi, sebab apa..puncanya berzina
  • Derhaka, tak cukup belasah dan bunuh pula
  • Membunuh insan sesuka hati mereka

dan macam-macam lagikan.

Yang akak nora sedih, kenapa Allah dah jadikan kita berpasangan..kaum sejenis juga yang mereka cari. Siap boleh 'menikah', yang akak nora marah sangat ada 'imam gay' pulak tu. Ya Allah...Dia menolak hukum Tuhan. Dia tak baca Al-quran tentang kisah balasan yang menimpa kaum nabi Luth akibat amalan hidup mereka yang suka kaum sejenis tu ke? dah terang-terang Allah tak suka..haram..

Ada beza tak suami dan isteri? mesti ada kan..suami itu lelaki, dan isteri itu perempuan. Rukun nikah apa dik..? ha...terkulat-kulat nak pikir..macam mana nak oral test ngan tok kadi ni.

Suami, Isteri, Saksi, Wali, Akad..Jadi.macamana rukun yang mereka rujuk ya..sah!! bukan rujuk ulamak tu..tapi, ULAR DALAM SEMAK!!!

Risaunya anak-anak akak. Betul kata mak mertua akak. Budak sekarang kita kena didik dan ingatkan dari awal. Selalu bisik atau hembuskan telinga mereka dengan 'inna anzalna....'baca sampai habis tau baru hembuskan. Dekatkan mereka dengan ajaran islam. Akak nora pun tengah payah ni..tapi, siapa lagi nak didik anak akak kalau bukan kami, ibu bapanya.

Akak nora emo pasal terbaca artikel kat lulu pages ni..

http://lulu-pages.blogspot.com/2011/02/astaghfirullahpasangan-sejenis-boleh.html

ha..pe lagi..klik la HB akak. dah en.nuffy merajuk. derma la klik2 korang kat akak..takkan susah kot..hehehe

soleh!!!!! tido!!!!!!!!!!!!!!

patutnya, bila da mlm mcm ni..akak nora boleh membalas kunjungan sedara2..tp...si chimuk ni boleh jg dari tido plak..pandai...letak baring sengsorang, dia tanak..k lah, tak larat nk taip sebelah tgn lagi ni...



Irsyad Soleh yg muk-muk sibuk dpn ms.lappy..mcm ni la..cmana nk 'buat keje'

Salah satu amalan memohon dikurniakan anak.

Dalam satu ikatan perkahwinan, lambat laun anda tetap inginkan kehadiran anak bagi melengkapkan keluarga anda. Akak nora pernah hadapinya. Dalam entri sebelum ini akak nora dah ceritakan macam usahanya akak nak dapatkan zuriat. Alhamdulillah dalam tempoh 3 bulan je akak nora 'kosong'. Anak kedua pula, dalam setahun juga akak mencuba, syukur ada rezeki juga...ha..korang nak tanya ketiga la tu?...tunggggguuuuu.....sian Adik Soleh nak bermanja-manja..
Ada seorang sahabat lama aku ni lagi payah. Ingatkan, kalau kita susah, mungkin ada orang lain yang lagi susah. Kawan aku ni ada penyakit cyst. hehehe....aku belum pandai nak bagi penjelasan tentang penyakit ni. Nanti bila dah google terangkan kat akak ye..dik non.
Pernah masa kandungan sulungnya berusia enam bulan dia kena melakukan satu pembedahan. Anak dalam perut tapi kena bedah ..macam mana la ek..tapi, anak tu selamat dilahirkan cukup bulan kemudiannya.
Dia berusaha juga untuk mendapatkan anak kedua. Lama juga. Memakan masa bertahun. Dia ada terjumpa satu petua ni dalam buku asma ul husna, buku cerita kanak-kanak. Alhamdulillah..dapat juga anak yang kedua. Dan dia berpeluang melahirkan secara normal pula kali ni.


Petuanya:
Bagi mereka ingin dikurniakan anak, hendaklah berpuasa 7 hari, lallu setiap kali nak berbuka puasa, baca Ya Khaliq(Maha pencipta), Ya Baari' (Maha Mengadakan) dan Ya Mushawwir (Maha membentuk) sebanyak 21 kali. Lalu tiupkan ke dalam segelas air.Kemudian berbuka puasa dengan air tersebut. Insya allah dikurniakan anak. :) .

Wednesday, February 23, 2011

Rumah Berhantu di Seksyen 2, Shah Alam?

Dulu, masa akak nora nak cari rumah ketika Practical Training di makmal kawalan mutu makanan, Klang. Agak susah juga mencarinya. Yelah...kami nak tinggal 2 bulan je. Semua yang kami tanya, semua tak nak. Nasib baik la..akhirnya kami dapat juga. Dia suruh bayar 2 bulan sekali. Sekurang-kurangnya kami tak payah fikir dah tentang sewa. Walaupun rumah banglo tu agak tak menyenangkan, jadilah dari tak ada di rumah. Banglo tu di seksyen 2, Shah Alam.






Masa itu lah, akak nora ada dengar cerita ada satu banglo ni murah aje sewa nya...RM5o sebulan. Tapi, ada problem...tu yang akak nora lemah kaki dengar. Kami memang sepakat penakut dan lemah semangat. Bukan kami takut hantu...hantu yang tak takut kami..hahaha..








Akak nora dengar cerita je, tak pernah tau pun lokasi nya.








Tiba-tiba, satu hari ni cik zai, kawan akak tu mengingatkan kembali tentang rumah sewa rm50 tu. Dia kata, dia dapat email tentang cerita rumah tu. Tapi, tak baca...lagi dasat cik zai punya takut kan...begini kisah dalam email tu...akak nora tak edit ya...




Umah seram seksyen 2, shah alam…


9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..


Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la...nokia 3310


Akak nora kata : Suratan atau kebetulan tentang cerita ni akak pun tak tau...tapi..memang rumah tu wujud tau...kalau tak caya gi lah lalu ..bukan susah nak cari..rumah dia kemas dan cantik..rumah akak nora sewa tu..samun..macam rumah tinggal...lagi gerun tau...


Namun, kan dalam dunia ni..ada makhluk lain. Itu semua ciptaan Allah juga di dunia mereka yang berbeza dengan dunia kita..

Tak boleh ucapkan SALAM...?

Ish..bersalah juga, kerana aku suka guna perkataan salam. Maksud aku bila dalam bab-bab chatting atau sms ni. Tapi..nasib baik jumpa juga penjelasan khusus...


Ilmu ni pun macam kita belajar juga tau..sentiasa mencari rujukan. Dan pastikan rujukan kita tu betul. Jangan lah anda pergi cari guru yang berzikir pun kena selubung dalam selimut dan menolak solat jemaah di masjid tu tau..


K..jenguk article di blog saudari ni..

http://nurmahirahabdulrahman.blogspot.com/2011/02/jawapan-kepada-artikel-jangan-gunakan.html

LULU....tak boleh pun..

Akak nora nak buat sroll untuk kisah sejarah akak yang dah berleret tu...archivelist tu..Lulu Caldina ada tunjukkan kat tutorial dia. Makbed da try..jadi..akak tak jadi pun...


Siapa ada link lain..akak dah try..jumpa blogroll jer..

Allah menjemput peragut tertonggeng

AMPANG : Seorang peragut yang kelam kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai disini, semalam. (Harian Metro 22/2/2011)
Ha..itulah pembuka kata bagi berita berkaitan dengan peragut yang menemui ajal bila dia tertonggeng dalam longkah. Aduh...tertulis dalam rekod hidup dia, mati ketika membuat aniaya kepada orang lain. Sudah la..itu kisah dia dengan Allah. Kita yang masih hidup ini masih perlu meneruskan perjuangan.
Teringat aku dengan kes yang dihadapi oleh emak aku. Ketika itu, kami menetap di Flat Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang (Ampang juga tu...)
Emak aku bekerja di Ampang Specialist Hospital. Doktor ke..? Taklah, dia sebagai ‘supervisa’ Housekeeping. Emak Cuma berbasikan dari rumah ke tempat kerja. Aku pun pernah berbasikal dari rumah ke sekolah di SMK Hulu Kelang. Tapi, kejap je... Akibat udara yang kurang baik, asma aku bertambah teruk. Dapat ubat pam. Tapi, saja je aku tak amalkan. Bertambah penat aku rasa kalau bergantung dengan inhaler tu.
Suatu hari, seperti biasa emak berbasikal ke tempat kerja. Hari itu, shift pagi. Kejadian itu sepintas lalu. Yang emak sedar dia dah tertonggeng dihimpit basikal. Uih..koyak kulit lutut dan paha dia. Tapi, best tau..doktor yang cek mak aku tu tak bagi MC. Bekerja juga dia hari tu..hampeh kan..
Tiadalah duit yang banyak. Cuma ada barang-barang emas sentimental value dan sudah tentu emak bermasalah dengan IC dia sekejap. Nasib baik tak ada lesen itu ini. Emak aku kata, dua orang peragut yang bermotosikal itu sungguh kemas pemakaiannya. Siap ada tali leher. Lagi hebat peragut zaman aku remaja dulu ye..
Selepas kejadian yang menimpa emak aku, ada sebilangan rakan-rakannya turut ditimpa masalah yang sama. Ada yang berjuang sampai berdarah-darah tangan dia bersagat dengan tar jalan, sampai lari lah akhirnya peragut tu tanpa hasil ragutan.
Yang seorang ni pula sedang sarat mengandung. Hendak tak hendak, terpaksa dia lepaskan kerana takut dengan keselamatan diri ketika itu. Sejak itu, semuanya berjaga-jaga. Hinggalah kini, kalau anda pernah jumpa emak akak nora. Dia tak pernah dah pakai handbag. Dia pakai pouch-bag yang nipis je rupanya di pakai dipinggag dalam baju. Sesekali tu dia pakai lah juga handbag tapi jaranglah...
Bak kata pakar analisis jenayah, En. Affendi tu...jangan jadikan diri kita sebagai tarikan kepada peragut yang hendak meragut. HA..macammana tu..Pada akak nora, kita kena berdoa pada awal keluar rumah, berjalan di tempat ramai orang dan respon dengan persekitaran anda.
Klik HB juga ya..

Tuesday, February 22, 2011

Agaknya inilah punca penderaan.

Sejak dua menjak ni, Izzat Yusuf selalu meragam benda-benda yang tak relevan pada mata aku tapi sungguh rasional pada mata dia. Semalam pun dasyat. Tengah orang azan maghrib tu dia boleh terpekik terlolong. Aduh....nasib baik abahnya belum balik. Punya sakit jiwa, akak nora rasa macam melayang sekejap...berpinar..(erm..aku ada darah tinggi ke).


Hari ini, sama juga. Dia mula lagi. Kali ini waktu solat Asar. Memang sungguh tak rasional. Dia marahkan aku pasal cerita 'SpongeBob' dah habis..relevan ke...Aku pujuk juga dalam nada lemah lembut sebagai seorang ibu. Seterusnya? dia bagi lagi 'kaw-kaw'. Macam di rasuk..


Pelbagai usaha aku cuba. Baca apa yang patut..erm..memang dia nak tunjuk perangai. Aku dah mula 'agak panas'. Argh....!!! tekanan pasal tiada jalan penyelesaian. Tak boleh di pujuk, dan dia makin hebat berjoget rock depan aku.


Aku terus ambil wuduk, sebab aku belum solat Asar. Sedang aku mengerjakan rakaat yang pertama, Izzat Yusuf hentak-hentak kaki dihadapan aku di atas sejadah. Ketika sujud, tangan aku terlanggar seluar dia. Basah...hangin kan...


Aku batalkan solat. Buka telekung dan angkat tikar sejadah ke mesin basuh. Disebabkan aku tak tahu di mana dia terkucil, kenalah aku mop satu rumah dahulu. Izzat yusuf telah 'berkonsert rock' dalam bilik air..' ibu!!!...ibu...!!!ibu...!!!'.


Selesai semua, aku sempat lagi kejar Asar. Alhamdulillah...kuatkan lah semangat hamba Mu ini yang terkadang boleh tersungkur juga.


Bila akak nora fikir. Mungkin salah satu penyebab kes penderaan adalah seperti ini. Ye lah...nasib budak itu lahir dalam keluarga panas baran..baru buat hal sikit, dapat balasn berpuluh dari mak ayah dia kan..wallahualam..nauzubillah...

Blogwalking - akak nora jumpa ilmu bila kita rasa nak baran. KLIK SINI...Klik Heartbeat akak juga..

Percubaan pertama.

OK tak? akak nora cuba-cuba tukar background ngan header..merangkak buat sesorang..rasa macam jadi ju-on plak (betul ke ni)...hahaha...

Biar lah gitu dulu ek..mata penat la...


klik Heartbeat akak...cepat!!!!

Monday, February 21, 2011

Akak Nora dah Join FaceBlog. Anda bila lagi?


TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
Nak kena tag ke? hahaha...anda nak join , sila kan..akak nora sudah..hehe..
Apapun klik2 ya...

Lulu Caldina 1st Giveaway


Akhirnya GA Lulu sudah di buka secara rasminya. Akak Nora tertunggu juga. Dah lama jadi follower lulu sebab page dia besh...banyak info. Kadang-kadang akak nora jadi pembaca senyap..tapi, sekarang akak nora selalu tinggalkan komen tau. Kalau tak sibuk la..
Dah buat GA dah dia...follower pun makin mantap. Akak Nora nak join tau..dah kecewa dengan makbed punya GA. Jadi, akak nora cuba lulu punya GA pula.
Bagi anda yang belum jadi follower LULU CALDINA, jomlah jenguk blog dia dan join Giveaway ini..siapa tahu rezeki anda kan..lagi pun saling kenal berkenalan dalam dunia blog.
Akak nora tag :
ainoraini
Life Kami
Sila KLIK LULU CALDINA 1ST GIVEAWAY untuk join bersama akak nora.

Entri Sempena Hari Jadi Izzat Yusuf. 21 FEB 2011 (3Tahun)

Terkenang kembali ketika aku baru melangsungkan perkahwinan bersama suamiku. Pada mulanya, kami duduk berjauhan. En.hubby di Selangor dan aku di Perak. Maklumlah kami masing-masing masih baru dengan pekerjaan kami.

Kami berkahwin dalam bulan 3, bukan pula musim cuti sekolah. Cuti kahwin pun tak ambil, apatah lagi nak bercuti honeymoon. Memang tak merasa. Aku dah berbincang dengan en.hubby, aku nak habiskan perkhidmatan aku sebagai guru di tadika tersebut pada tahun itu. Tak sampai hati rasanya nak hampakan majikan aku yang sungguh baik hati itu.

Namun, atas desakan ipar duai, aku terpaksa mengalah dan melepaskan kerja itu. Aku tinggalkan emak dan kehidupan di Perak. Itulah pengorbanan apabila sudah bergelar isteri. Kehidupan kita kini, di sisi suami. Aku berpindah tinggal di rumah ibu mertua aku.

Ha....mesti korang fikir akak nak cerita tentang deritanya tinggal dengan ibu mertua akak...ohh..tidak!!! Akak nora nak kongsikan betapa deritanya akak berusaha nak mengandung!!


Ini kerana, aku pernah terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa aku dan en.hubby. Mujur, kami masih bernyawa hingga kini dan masih diberi peluang untuk sujud bertaubat kepada Allah.

Akibat kejadian itu, tulang pelvic aku retak. Doktor kata, sebulan aku tak boleh berjalan. Bila aku melangkah aje..rasa macam ada pisau menghiris di bahagian kewanitaan aku..meleleh airmata. Namun, atas dasar kasih sayang seorang ibu, emak aku berusaha mengajak abang aku mencari pengamal perubatan tradisional yang mengamalkan ‘urutan tepuk’. Alhamdulillah, tangan aku yang retak pulih dengan cepat. Aku pun mampu berjalan sedikit. Tak lah membebankan emak sahaja. Jadilah..walaupun pada mulanya aku berjalan macam ketam. Macam mana?..tak yah fikirlah..hehe..

Ketika kemalangan itu, aku terhentak berkali-kali dalam keadan duduk hingga terperosok dalam longkang kecil di pembahagi jalan. Memang tak boleh bergerak samapi ambulance sampai di Lebuhraya, kawasan aku kemalangan itu. Sekaligus member impak kepada bagian peranakan aku. Doktor sukar member penjelasan apabila emak aku bertanya sama ada aku boleh melahirkan anak suatu hari nanti. Ketika itu, aku hanya berserah.

Namun, setelah bergelar isteri, secara semulajadi aku rasa gentar apabila terimbau kembali kisah itu. Macam-macam aku usahakan. Urutan, makanan kesihatan dan doa-doa amalan tak pernah aku lupakan. Tambahan, aku agak ‘terasa’ apabila adik telah ‘berisi’ ketika aku berkahwin. Adik aku berkahwin 3 bulan sebelum aku berkahwin.

Walaupun tiada hasil, aku tetap terus dengan usaha aku. Apa yang boleh aku cuba, aku cuba. Korang hairan kan..? yelah kiranya masa tu, aku baru 2,3 bulan berkahwin. Sabarlah tunggu rezeki. Tidak pada aku. Aku tak mahu Allah di atas kelaskan aku sebagai orang yang suka menunggu rezeki bergolek. Biar Dia nampak aku benar-benar mahukannya. Dan aku percaya dengan kekuasaan-Nya.

Yang aku tak boleh lupa, bila aku berurut dengan kakak angkat ayah mertua aku. Cik Mah je aku panggil. Memang hebat..!!! Urutannya memang kaw-kaw..sampai 2 kali aku minta izin nak pergi terkucil sekejap. Pergh..sampai ke urat saraf semua terasa. Angin? Dah sampai penat cik Mah ‘keluarkan’..asyik ‘bergh’!! je. Lama tau Cik mah urut. Memang puas hati kalau bayar mahal sekali pun. Kali pertama berurut, cik mah sediakan ubat untuk aku. Dia kata mungkin aku demam urat nanti. Memang betul, aku demam petang tu.

Esoknya, dia tungku satu badan aku dengan batu panas. Ala..macam tungku orang dalam pantang tu. Tapi, kali ni cik mah tungku satu badan. Sungguh menyegarkan. BIla dia urut bahagian perut. Dia kata rahim aku tidak seimbang. Sebelah tinggi dan sebelah lagi rendah. Mungkin ini yang menyebabkan benih lelaki asyik keluar semula. Bila masa dia dapat bertemu dengan ovum kan. Jadi, tiadalah persenyawaan akan berlaku. Cik Mah urut sedikit kerana katanya, perut orang belum pernah mengandung tak boleh diusik sangat. Cik Mah juga ada mengajar skil selepas ‘proses’, untuk mengelakkan pengaliran keluar semula. Haha..macam-macam usaha aku buat tau..sampai usaha dalam bilik tidur juga. Yang itu tak perlulah aku cerita.


Aku buat semua ini kerana aku tak tahu kerana itu semua kuasa Allah. Tugas aku berusaha dan Dia yang menentukan. Aku praktikkan apa yang aku tuntut. Kalau orang lain senang mengandung..tidak pada aku. Alhamdulillah, seminggu selepas itu, aku dah ‘biol’..hehemelekat juga akhirnya. Aku gembira sangat walaupun bermulalah berat aku turun mendadak, alahan yang kuat, namun aku redha semuanya.

Walaupun umur aku baru 24 tahun, memang aku nak dapat anak selagi boleh dalam usia muda. Dah ‘berumur’ nanti aku nak teruskan ‘menjaga badan’. Yelah...gembira bersama anak-anak..InsyaAllah..

Sebenarnya, banyak peristiwa suka duka sepanjang aku mengandungkan. Akibat terlalu stress, aku tak mampu nak terankan anak aku. Tambahan aku dah lemah setelah 1 hari 1 malam aku menderita ‘dipaksa’ sakit. Memang dah hilang kudrat. Alhamdulillah, Allah memang kasihkan aku. Anak aku selamat juga dilahirkan.

Kesyukuran tak henti-henti ketika itu. Seperti yang aku sematkan di hati, aku nak namakan satu nama beerti, diikuti dengan nama nabi. ‘Izzat Yusuf’ menjadi pilihan, ditambah ‘Muhammad’ oleh arwah atuknya. Maklumlah itu cucu lelaki pertama waris yang kuat buat keluarga mertua aku. Memang abah en.hubby suka sangat ketika itu.

Aku tak berapa minat nama nama ‘pelbagai corak’ sekarang. Aishah yang indah dipanggil ‘ice’...cukuplah ibu izzat je gitu ye. Norazima dipanggil ‘Sayang’..sampai sekarang..huhu..memang tak kekok aku membahasakan diri aku ‘Ayang’ dengan en.hubby, sebab dah memang nama aku dari kecil begitu. Jadi, biarlah ibu pangil ‘Izzat Yusuf’ hari-hari ya..moga itu merupakan doa. Muliakan diri dan peribadi dan indah rupa dan akhlak mu persis Nabi Yusuf as. Memulakan hidup bekeluarga dengan kehadiran seorang bayi comel ketika itu, memang menjadi pengalaman yang amat berharga.

Hari ini genap Izzat Yusuf berumur 3 tahun. Memang tiada sambutan, kerana aku serapkan dalam jiwa dia hari ini ialah ulangtahun hari pengorbanan ibu melahirkannya. Ucapkan terimakasih, sayangi ibu dan yang penting doakan ibu dan abah moga selamat di dunia dan akhirat. Balas pengorbanan ibu ini dengan menjadi anak yang soleh. Bukan segunung intan yang ibu harapkan, tapi keindahan pahala dan kebaikan yang menanti ibu di sana jika Izzat Yusuf menjadi insane beriman atas didikan dan kasih sayang ibu dan abah.

Selamat Hari Jadi buat anak ibu, Izzat Yusuf. Moga Allah lindungi anakanda jauh dari musibah di dunia dan akhirat. Tetapkan iman mu wahai anakanda dengan menjadi anak yang soleh.






Beberapa minit setelah dilahirkan. Tengahari ni..

Memang menceriakan hidup ibu dan abah.

Raya pertama dengan Izzat Yusuf

Izzat Yusuf semakin membesar.


Hehe..Tadika pun belum..tapi, ibu dah melayang jauh samapi universiti nun..masa ni izzat dah 2 tahun. Ini baju konvo tadika untuk sesi fotografi. Izzat tumpang dua kaki..hehe

Heartbeat untuk akak nora yaaaa.....

Sunday, February 20, 2011

Ada lagi anak yang solehah dalam dunia ni tau...

Hari ini terasa jiwa berkembang agak luas sikit daripada biasa. Apa punya ayat da....hari ini akak nora pergi berpoya...sesuai ke...gerabak dah banyak. Yang berdukung seorang, yang ngikut belakang seorang....memang dah tak boleh nak ala-ala sempoi macam dulu kala. Nasib baik la...kawan akak ni pergi jenguk adik dia yang sedang menuntut di Sungai Buluh nun..sekalilah bersama adik lelaki dia ni, kami pergi berpoya...(beli barang keperluan adik dia kat asrama).



















Lega juga aku kerana adik cik zai, Is pandai melayan abang Izzat. Rupa-rupanya dia ambil kos 'cara kerja' kat kolej tu. Aku pun tak faham ' cara kerja' yang dimaksudkan oleh kakaknya, cik zai. Bila di terangkan ..ala-ala fisioterapi tu....



















Jadi, aku dah lega sikit kerana Is sudi melayan penuh kehendak abang izzat. Tapi, memang ibu izzat tabik spring kat Pak Lang Is ni, pasal memang terel dia menawan hati anak buah dia. Selalunya, abang izzat akan ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan seseorang yang baru dia jumpa. Tapi, dengan Is sekejap je. Suka betul dia...rupa-rupanya Is menggunakan kepakarannya melalui apa yang telah dia belajar. Bagus juga kos yang dia ambil tu kan...












Inilah kawan baik akak nora. Bukan akak tak ramai kawan. Tapi, memang sejak zaman sekolah akak tak boleh ngam dengan sesetengah orang. Apa..? fikir akak ni sombong la tu..tak lah..sesetengah kawan fikir akak nora ni 'kolot'. Ye lah..jenis tak up to date. Fesyen pun tak ikut aliran....branded? akak 'alergic' barang mahal. Pada akak, 'berpatutan' itu penting dari 'branded'. Kalau hiburan, akak suka filem lama. Lagu pun suka lagu klasik..macam Gurindam JIwa tu,...Yang penting, boleh menjadi tempat akak mengadu masalah ( tak semua masalah juga). Trademark kami..'mesti bising kalau dah bertiga'..




Aku mula berkawan dengan mereka ni dari semester pertama di Uitm, Shah Alam. Tahun 2001 tau...jadi dah lebih kurang 10 tahun kami berkawan. Memang jarak kadang-kadang memisahkan kami, tapi...Alhamdulillah kami tak pernah berpisah.




Sepanjang aku 'memilih' kawan...Alhamdulillah, aku di pertemukan dengan kawan yang benar-benar membimbing. Terutama cik zai yang muka macam anak mami tu..tapi, serius..tak ada darah mami Penang langsung tau..cuma atuk dia dulu bangsa luar..aku lupa la pulak, bangsa apa..pakistan kot...




Dia anak kedua dalam 4 beradik. Memang tak reti nak lawan ibu dan ayah. Masa habis SPM, ibu dia suruh belajar menjahit. Cik zai tak minat, tapi belajar juga demi ibu. Lepas tu ambil upah menjahit, buat kuih raya. Apa ibu suruh, buat je..kadang-kadang kena balik kampung jaga opah. Berminggu-minggu..dituruti tau..ingat masa belajar dulu, cik zai selalu kena balik rumah (taman melawati) di hujung minggu).





Rumah dekat pun nak balik selalu ke? Ibu suruh kemas rumah, teman pergi usrah, belajar mengaji, pergi kenduri, jahit baju dan macam-macam la. Aku fikir kalau aku ditempat dia, mungkin dah ada bunyi rungut-rungut sikit. Tapi, tidak pada dia. Kalau dengar cerita macam tak caya kan..bukannya cik zai duk ceruk hutan nun. Dia anak kelahiran Kuala Lumpur dan memang membesar di taman melawati tu.




Pernah sekali aku ikut dia balik dan tidur di rumah dia. Memang terus berubah sifat cik zai. Tak ada gelak-gelak buat lawak. Sentiasa kemas rumah, walaupun rumah tu memang dah kemas. Tak duduk diam..aku naik tak tahu nak buat apa. TV jarang la dapat tengok. Bila dah maghrib lagi la ..terus tak buka tv dah...ish..memang serba salah aku. Tapi, kalau berbual dengan ibu dia (dah jadi mak sedara ku pun..) memang akan terbuai bila dia cerita bab-bab agama. Ibu cik zai yang aku panggil sebagai cik Eron ni sentiasa menimba ilmu. Dalam usia begitu..dia dah belajar 14 cara bacaan Al-Quran.




Aku ingat semua tu masih Cik Zaqi masih bawah umur kan..rupa-rupanya sampai sekarang. Walaupun berkerja, cik zai tetap akan balik rumah di hujung minggu untuk buat kerja macam biasa kecuali menjahit kerana cik zai memang tak ada masa.




Cik eron memang cerewet. Tengok hal mudah je, contoh nak buat baju kurung dia..dia dah cuba semua tempat mengambil upah menjahit. Aku ingat macam-macam kedai, rupanya seluruh semenanjung ni dia cuba. Akhirnya dia berkenan dengan jahitan tukang jahit yang menetap nun.....di Terengganu..ternganga aku sekejap. Ish...ish..cik Zai berusaha menunaikan kehendak ibunya bila ada kain yang nak di upah.





Dalam berkawan, sampai sekarang cik zai tu solo tau. Sebab..semua yang dia kawan, mak dia dah tak berkenan. Sebagai penutup terpulang lah kepada ibu dia. Dan sepanjang aku kenal cik zai dia bukan jenis perempuan yang berkawan sekarang ni. Memang bukan dia..aku jamin...




Sungguh tenang dapat berkawan dengan dia, walaupun banyak kawan yang lain. Dia tetap tak lupakan aku. Moga atas kesabaran dia, Allah dah siapkan jodoh yang mengingatkan dia kepada Allah. Kan itu jodoh yang terbaik.




Dalam zaman kita ni..ada tak insan sebegini? tepuk dada tanya....sakit tak? hehehe..moga Allah memberi kita petunjuk mendidik anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah bukan hanya pada nama seperti adik SOleh ni....hehehe..



p/s: ehem..ehem...jgn buat tak nampak banner heartbeat tu...klik ya...

Saturday, February 19, 2011

Kuih seri Ayu hangus ke ni?

Apa lagi..klik HB akak dulu ya..

Bila gelap je, hangus namanya. Walhal masak kukus, bila masa nak hangus. Tak ada maknanya akak nora nak buat kek semalam. Off saja ms.lappy, macam-macam perkara berlaku. Abang izzat nak makan, adik ngamuk nak mandi la nak susu la. Bila adik dah masuk buaian. Aku tak boleh nak gerak mana-mana dah. Kena la jadi dayang..membuai je. Kalau tak adik tidur sekejap. Bila tidurnya terganggu, mulalah macam-macam ragam nanti.
Semalam Cik Zai sampai. Nak kata kelam kabut pun tak ada la. Dia pun lepak kat rumah emak mertua aku. Tak boleh jadi, akak nora pun godek-godek dapur. Abang Izzat pun dah sibuk buka tutup peti ais tu tanya mana 'kek abang'.
Akak Nora pun mengadun la..memang senang je kerjanya. Akak godek pun dalam jag air je tau..hahaha..pasal senang nak bubuh dalam acuan nanti.
Jeng..je...jeng...
Kuih seri ayu hangus.....bukan lah....
CHOCOLATE FUDGE CUPCAKES
Mula-mula panaskan kukusan dan susun cup dalam kukusan. Akak nora guna acuan seri ayu je.
Ayakkan 1 3/4 cawan tepung gandum bersama 1/4 cawan koko, 1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat. Gaulkan bahan-bahan tadi dengan 1 cawan gula halus.
Dalam bekas lain, sebatikan 1 biji telur, 1/3 cawan minyak masak, 1 cawan susu dan 1 sudu kecil esen vanila.
Satukan campuran tepung tadi ke dalam adunan cecair. Sebatikan dan masukkan 1 cawan coklat chip. Masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 20-25 minit.
Siap!!!..sedap..akak nora jumpa resepi ni kat MYRESEPI.
Cubalah ye..abang izzat mampu makan 2 biji sebab akak isi penuh. jadi kembang melampau untuk sebiji cupcake tu. hahaha...

Jom happy berblog sambil ber HeartBeat.. entri melekat sekejap!!! ENTRI BARU KAT BAWAH YA..SCROLLLL DOWN

Dah Klik Banner HeartBeat akak nora tak? ala..klik la dulu..hahaha..anak akak suruh..
Kunjungan yang semakin memberangsangkan di blog Akak Nora yang sempoi ni. Akak nora kira-kira ada lah nak dekat 10 orang. Tapi kenapa Heartbeat Akak Nora merangkak aje rupa gayanye. Ala..bukan boleh kaya dengan Klik-Klik heartBeat tu..cuma seronok tengok hari-hari nilainya berubah. Mr.Nuff akak pun 0.00 lagi tau..
Bila akak nora blogwalking di blog kawan-kawan. Masih ada yang belum berHeartBeat. Kalau ada, pasti akak nora dah klik banner HeartBeat untuk anda. Buka susah mana pun..hanya klik sekali. Lagipun barang-barangnya comel-comel juga. Tak rugi pun kalau nak tengok. Percuma lagi.
Kepada yang belum mendaftar, apa kata adik-adik cuba (kalau bukan adik-adik tu pun belasah je..akak nora kan peramah..kadang-kadang je pemarah..hahah)
Pendaftaran yang percuma dan tidak akan mengecewakan. Kiranya sambil berblog tu adalah juga kita dapat sen nak beli cekelat..heheh
Mula-mula, klik banner HeartBeat di atas blog akak nora ni. Di side bar pun ada tau. Klik yang mana-mana satu. Website HeartBeat akan muncul selepas itu.
Segala-galanya bermula bila anda klik di label seperti di atas ini.


Tak ada akaun lagi kan..jadi buat akaun anda dengan klik di 'Create Account' seperti yang akak nora bulatkan tu.
Macam biasa, isikan borang yang dipaparkan selengkapnya. Dan teruskan pendaftaran anda.



Bila akaun anda sudah dibuka. Menu baru akan muncul. Kali ini beserta dengan nama anda. Tu nama akak nora la. Untuk teruskan lagi pendaftaran, klik di 'MY HB!Affiliate'. Rujuk bulatan biru di atas.



*copy dari blog Deqlis

Klik online application. Lengkapkan borang-borang selanjutnya. Ada bahagian meminta maklumat bank anda untuk mereka mengahantar cek nanti. Isi kemudian pun boleh nanti. Bila dah cukup nilai kan.

Bila dah siap, klik 'continue' dan menu baru lagi muncul. Kali ini kalau anda nak letak banner HeartBeat dan study la apa-apa yang anda boleh buat dalam akaun anda sendiri. Macamana nak earn income dengan cara lain pun ada tau..

Kalau nak letak banner HeartBeat.


Get A Code untuk dapatkan code html banner.


Sebelum itu, pilih bentuk iklan dahulu. Klik bentuk iklan yang anda inginkan.
Copy code (seperti dalam bulatan biru) dan paste di ruangan design temphlate anda.
Bahagian ni, takkan tak tahu..kalau tak..macamana leh pakai widget banyak-banyak tu..hehehe




Ha..kalau dah cuba nanti, tengoklah hasilnya di blog adik-adik ya.
Kalau dah siap, jenguk dan rajin-rajin klik banner akak nora. Nanti akak nora klik anda punya pula. Saling tolong menolong sambil kita menikmati dunia blogging yang meluas ini kan.
Klik..klik..pejam celik pejam celik banyak juga. Ada ke sapa nak bagi senang-senang kan...
Selamat mencuba.

Oh ye..Nuffnang dan HeartBeat bukan satu persaingan kerana mereka berlainan konsep. Jadi, HeartBeat tidak mengganggu langsung akaun Nuffnang anda ya.

p/s..kalau nak tanya, tanyalah..akak sudi menjawab dengan sebaik mungkin ya..

Friday, February 18, 2011

Abg Izzat tak jemu kek ke?

Abang izzat minta kek la. Jadi, bila akak dah mula ke dapur..kempunan lah akak nak jenguk ms.lappy lagi.



Lagipun cik zai sms tadi. Dia nak servis kereta di rumah Pak cik zizi belakang rumah akak ni. Boleh lah buat minum-minum sekali kan sementara tunggu kereta siap, mesti dia lepak rumah akak nora dulu. Tu lah best friend akak sampai dah jadi saudara pun..
ok lah..jangan merajuk ya..malam-malam nanti akak blogwalking ya..

Entri Jumaat : Siapa yang dalam hatinya ada iman? Keluarlah dari neraka!

Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, saudara-daudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.’


“ Allah berfirman, ‘Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.’ Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata : ‘Wahai Tuhan kami, telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami.”

“Allah berfirman: ‘Keluarkna sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.’ Kemudian Allah berfirman lagi: ‘Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar? Hingga firman-Nya: ‘Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan).”

(Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Majah)

Thursday, February 17, 2011

Bercelak. Sunnah dan Petua Orang

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Hendaklah kalian bercelak dengan menggunakan batu celak (al-ithmid) sebab celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)



Ha..jadi adalah sunat jika kita bercelak tau. Cuma, kalau nak ikutkan sunat untuk melebatkan bulu mata tu, aku tak berapa pasti. Mungkin ada jenis-jenis celaknya. Dan ada kata orang nak guna celak Mekah. Aku pakai aje celak yang di beli di farmasi. Jadilah..jangan di sebabkan celak punah segalanya ek..



Al-kisahnya, aku pernah mendengar ada orang kata, kalau ibu mengandung suka pakai celak, Nanti mata anaknya berbulu mata yang lebat. Kalau nak anak merah kemerahan pula, rajin-rajin pakai inai. Ha..yang ini, emak aku marah. Dia kata..



“ kalau pakai inai masa mengandung ,nanti uri lekat masa melahirkan..” takutkan bila dengar.



Bukan aku percayakan petua orang tua tu. Tapi, aku takut ‘tak dengar cakap emak’. Kan 2 perkara yang berbeza.




Kembali semula kepada kisah celak tadi. Aku memang suka bercelak. Kalau keluar, tak perlu mekap susah-susah nak bertips pelbagai, siap syadow sana sini, foundation berlapik-lapik, nak mancung itu ini..ish tak payah..dari dulu aku solek Cuma bedak, celak, merah sikit pipi dan lipstick. Kalau tak mekap langsung kang..(konon-konon nak natural beauty..ayat tu tak boleh pakai dah..), ada je alasan en.hubby. Bila aku mekap pelbagai, lambat siap pula. Manusia..penuh dengan alasan.



Aku memang suka celak kasi tebal. Jadi, tak suka pilih wana hitam..huhu takut aku tengok muka aku nanti. Jadi, warna pilihan ialah coklat. Masa mengandung, lagi best..konon-konon nak melawa je. Kat rumah pun aku bersolek. Bukan susah nak cuci kan..saja suka. Tu pasal, ramai yang main teka-teka aku ngandungkan anak perempuan. Tak ada lah..naluri keibuan aku kata ‘ini budak lelaki juga’..siapkan nama lagi. Haha..



Persamaan mereka dua beradik ni, bila orang sekeliling menegur je..mula-mula,



“Semangat nye badan..berapa bulan anak kak ni? Makan apa sampai badan macam ni?”



“Ish..bulu mata..mengancam..”



Itulah ayat yang selalu diajukan oleh orang-orang yang menegur pn.ibu ini. Hanya membalas dengan senyuman. Masa aku tunggu adik soleh di wad dulu, ada nurse yang mengandung siap tatap muka aku nak tengok mata.



“Bulu mata akak tak ada lah lebat mana pun..” kenyataan ikhlas dari nurse tu.





Betul..akak biasa-biasa saje..tak edit pape..



Aku sengih aje. Dah dia nak panjang, nak buat macamana. Aku pun tak tahu. mungkin mereka ada mewarisi dari en.hubby. Cuma, mereka punya extra sikit. hehe..


Adakah kerana petua bercelak itu? wallahulam..kuasa Allah..




Sepakat pose tunjuk mata masing-masing. Yelah..ibu punya dah banyak gugur.

Wednesday, February 16, 2011

Alergik habuk.. macammana nak kemas rumah ye?

Hehe..semalam akak nora sibuk seharian. Jadi, hari ini mata akak sakit...tengok perkakas en.hubby mengganggu di lorong nak ke dapur. Apa lagi, kasi kemas. Bila aktiviti menyapu pula, habuk pun menerawang ke udara.



Aku dah cover hidung pasal takutnya kena selsema. Dasyat kalau aku dapat selsema. Boleh bersin 20kali tanpa berhenti. Bayangkan deritanya nak tarik nafas. Macam-macam ubat aku dah cuba. Memang ada berkesannya. Tapi alergi kepada habuk tetap begitu. Walaupun aku dah cover hidung, pakai mask..tetap macam tu. Jadi, sekarang ni aku dah jadik budak hingusan semula.
Cuma aku hairan, memang akan begini ke selamanya. Dalam dunia moden ni, ada tak peralatan yang menyedut habuk je kerjanya. Bukan vakum tu..macamana aku nak cakap ye..
pasal rumah aku ni, aku sungguh2 kemas hari ni pun. Esok berhabuk balik. Belum letak sofa dan perabot pelbagai kan.
Kalau aku open masalah aku ni kat facebook, mulalah macam-macam 'produk' di cadangkan. Aku ye kan aje..bukan apa, aku tak suka nak kritik lebih-lebih kerana aku dah guna. Produk Be Young dari Zhulian yang harganya beratus sekotak tu pun aku dah makan. Pada aku, kalau nak sakit sakit juga. Cuma niat aku untuk mendapat khasiat tambahan untuk badan yang semakin 'berumur'..eceh...
K lah..akak nora tak de mood nak update tentang aktiviti semalam. Tapi memang seronok. Mata dah mula gatal dah ni..sabar..sabar...Allah duga dengan sakit yang remeh je ni..takkan nak merungut lebih-lebih kan.

Tuesday, February 15, 2011

Ular ditangkap terlepas!!!

Seharian akak nora tak tenang. Ular yang en.hubby tangkap tu dah terlepas. Tak jumpa dalam rumah. tapi kan...aduh..tak senang jiwa dan raga.
pagi tadi akak nora nak solat subuh, terkejut tengok guni dia semacam. Angkat-angkat dah ringan. Menjerit panggil en.hubby. Tak jumpa..en.hubby kata mungkin dah lari. Aduh..rasa tak tentu arah la..sekarang, akak buat-buat berani. Sebab
HIDUP MESTI DITERUSKAN..
Citer dulu, KLIK SINI
p/s : klik HB akak ye..tq

Monday, February 14, 2011

Imaza93 1st Give Away.



Pertama sekali, akak nora ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur kerana sudi melawat dan menjemput akak nora join 1st give away dia.



Due date : 13 April 2011 (birthday akak nora tu dik )


Kalau nak join GA imaza93 ni.. bolek klik banner di atas.

Akak nora dah buat apa penganjur suruh buat. Jadi, salam kenalan dari akak nora.

2 nama dari akak :

http://amalbaharuddin.blogspot.com/


http://ikhwandanblog.blogspot.com/

sudi-sudikan ye

Makbed 1st GA : (demi GA makbed..huhu..) INILAH AKU DAN KEK ORAN AKU.

Eceh..eceh..ada unsur bodek di dalam tajuk. Tapi, betul makbed...pueh aku pikirkan makanan apa yang aku nak bergambo sekali. Dah siap masak..anak aku buat hal..cemana aku nak posing sekali ngan masakan aku..
Akhirnya, aku berjaya melakukan. Kira di saat akhir-akhir ni. Aku tak kira, ko mesti luluskan juga kemasukan entri aku untuk 1st GA ko ni.



Inilah air basuh tangan yang aku kerjakan dari pagi sampai ke maghrib tadi. Bukannya non-stop..pasal kena stop-stop..maklumlah..emak budak.
Malam ni nak suprise untuk member aku, Zai. Jadi, Cik mala suruh aku buat kek..(macamlah aku ni bukak kedai kek). Hari tu, cik Zai suh buat kek bday cik mala. Tu je lah kerja kome. Bday aku, aku buat sendiri nanti..takkan korang nak buat kan..busy memanjang..
Malam ni diorang datang umah. Alhamdulillah siap juga..shhhh...jgn bagitau cik Zai ya..
Jeng je jeng...




Tau..sememeh...maklumlah tak da diploma buat deco kek. Ikhlas pun jadi lah ye.
Guna kek span oren je. Senang sangat...
Mula-mula pukul 5 biji putih telur + 3/4 cawan gula halus + 1 sudu kecil krim of tartar. Kembang sampai tak jatuh walaupun bekas tu diterbalikkan. Cuba try terbalikkan atas kepala anda..hehe ( biarkan ketepi)
Dalam bekas berlainan. pukul 5 biji kuning telur + 3/4 cawan gula halus sampai kembang. Masukkan 1/2 cawan sunquick + 1/2 cawan minyak masak. Sebatikan adunan itu.
Masukkan 2 cawan tepung kek perlahan-lahan dan sebatikan adunan sekali lagi.
Akhirnya, masukkan adunan tepung kek ke dalam adunan putih telur. Sebatikan dengan kaedah kaup-balik. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit. Tapi kan, anda tengok la oven sendiri. Macam aku tadi, agak terhangus sedikit di atas nya.
Untuk make-up nya, pukul 500 gram krimwell (kat kedai kek ada) + 1 cawan susu pekat. Pukul sampai gebu dan cantik putihnya. Kalau nak warna, bubuhlah pewarna..bukan water colour ya..Pastu anda buat la ala-ala macam sapu simen kat lantai bagi yang tak de diploma macam Akak Nora ni..haha
Untuk cantikkan lagi, pandai-pandai la..akak nora tak sempat. Letak coklat celoreng-celoreng aje dan bunga-bunga cinta untuk nampak serinya..seri ker..

Melengkapkan entri ini, Akak nora berposing dengan hasil akak nora ni..lulus tak makbed..kalau aku tertinggal pape ko buat ak nampak ajelah ek..aku kejar date line ni...Aku tak nak tag..nanti deme marah aku pulak pasal dah nak tutup sangat.

Ok...lastly terima kasih kepada Kongsi Resepi. Akak ceduk resepi dari sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...