Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, December 29, 2011

jangan lupakan akak nora ye...

Bukan akak nora tak nak update kisah soleh seterusnya. Memang mencabar kehidupan yang dilalui sekarang ni. Kepada yang menanti-nanti..maaf la..tak dapat nak tunaikan buat masa ini.


Kalau yang selalu mengikuti keluh resah aku di wall facebook, mungkin la ada yang tau masalah aku ni. Soleh bermasalah. Dulu, nak guna lappy pun payah..la ni..nak guna hp pun bermasalah. Bila nampak je ibu pegang hp..dia pun berusaha nak merampas. Soleh dalam kekeliruan identiti..huh..tingginya bahasa ye..


Malam ni..berusaha juga aku dengan kakak ke Gopeng..kesian tengok soleh menangis tak peduli apa..tidur ke..makan ke...sedih woo..nak marah ..kita tau itu bukan diri dia kan..


Alhamdulillah...macam serasi. Tiada amukan hentakan kepala..yang betulnya..aku sendiri pun dah tak lalu..faham2 la ibu mengandung..tak leh nak rungut..nanti Allah tarik balik rahmat kan..doakan yang terbaik je dari Allah...


Kita tengok esok..Masih begitu atau soleh dah normal..dulu dia suka dengar ibu baca Al quran..mesti dia sujud depan ibu..sekarang ..dia macam cacing kepanasan...ya Allah..lindungi lah Soleh...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, December 15, 2011

Soleh...soleh...

Sambung sikit kisah soleh.


Doktor menyatakan ketumbuhan dalam kepala Soleh boleh dikatakan besar hingga ke puncak otak. Sungguh bahaya nak dibuang dan mustahil untuk dibuang keseluruhannya. Jika pembedahan tetap dilakukan Soleh mungkin bukan soleh lg selepas ini.


Aduh...kalau tak kuatkan hati dan pasti aku meraung depan doktor.


Doktor meninggalkan kami dengan pilihan sama ada nak buat biopsi atau tidak. Mereka nak ambil sample tisu nak tau kanser atau bukan. Yang buat aku lama terfikir..cara mereka ambil tisu itu dah cukup berbahaya. Mereka terpaksa belah otak soleh untuk sampai ke kawasan ketumbuhan itu. Risiko selepas itu..soleh mungkin tak ingat siapa ibu bapa dia. Ibarat tersepit di mana mana...lepas doktor pergi.


Aku lama termenung..dan akhirnya...aku kalah juga...tersenguk aku dibuatnya...mak aku turut sedih. En.hubby tak sudah2 minta aku bersabar. Mungkin badan yang penat bercampur dengan tekanan perasaan. Akhirnya..aku kuatkan juga semangat bila mata soleh tepat memandang aku. Selepas pembedahan buang air di kepala tu..soleh kembali ceria walau terkadang dalam rengekan.


Malam itu...aku terduduk di sejadah. Sungguh aku buntu. Soleh dan emak dah tertidur. Malam itu en.hubby dan izzat ada sekali di wad. Aku minta..aku tak cakap aku takut aku lemah semangat.


Di dalam diam ku..zikir tak putus mohon keampunan. Adakah Allah balas melalui anak aku..tapi anak aku tak berdosa...Astaghfirullah..apa aku fikir ni. ALLAH bukan kejam...cuma dia menguji aku. Mungkin aku leka dalam kehidupan aku.


Akhirnya dalam sendu aku bulatkan hatiku..


"Aku redha atas pemberian Mu...Kau Maha Besar..Kau berkuasa atas segalanya. Namun..aku pohon kekuatan dan ketabahan untuk ku hadapi segala ini...Ya Allah..hidup dan matiku hanya buat mu...walau dia anak ku...Kau lebih berhak ke atas dia. Namun..jika masih ada peluang aku bersama dia..akan aku ikhitiar selagi mampu dan memohon keizinan dan keberkatan dari Mu..."


Pastilah air mata menderu menemani aku di malam hening di dalam wad itu. Selepas selesai ...ada satu kelegaan dan kelapangan di hati yang berat itu. Mungkin aku dah sandarkan sebahagiannya kepada Dia. Terima kasih ya Allah...dan malam itu hingga ke pagi..satu keputusan dalam hati aku.


PENANGGUHAN DAN IKHTIAR.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, December 13, 2011

Terima kasih Ummi Nur

Huh..lama akak nora termenung tengok izzat membaca alif..ba..ta...dengan buku kecil itu. Baru teringat..akak nora ada janji nak buat entri tentang hadiah dari Ummi Nur yang telah selamat akak nora terima.


Terkejut juga masa emak mertua akak nora sampaikan. Dah lama tak terima sampul besar kuning pos laju nun. Orang hantar kain nak tempah ke?..tapi tak ada siapa pun yang maklumkan penghantarannya.


Walaupun dah buka..lama juga aku termenung. Bak kata en.hubby..dah banyak kali mengandung..banyak dah urat putus..huhu..sampai hati dia kata gitu..putus-putus pun berkorban untuk penyambung keturunan dia juga..zuriat dia kan..


Rupa-rupanya..hadiah untuk Izzat sebab gambar dia turut terpilih dalam giveaway anjuran Ummi Nur tu...Anakku comel berbaju melayu rasanya..


Apapin terima kasih ingat lagi kat akak nora. Selalu jenguk ummi dulu..tapi maaf la dengan keadaan akak nora sekarang..memang agak kurang berkunjung. InsyaAllah..pelan..pelan ye..

Yang paling gembira dapat hadiah tu..tentulah..tuan badannya..si Izzat la...hehe


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 10, 2011

kisah soleh

Terlalu lama tak up date blog. Apatah lagi dengan kisah terbaru Soleh. Kejadian yg ditetapkan untuk akak nora ni..benar-benar mengubah jadual hidup aku setiap hari. Bukan tak mahu kongsi kisah..tapi masa tak mengizinkan..bila dah ada masa terluang...badan yg makin membesar minta berehat. Jadi..bersawang la ms lappy aku atas meja nun..paling kerap pun aku jengahkan diri di alam facebook. Tu pun pasal ada teknologi moden ni haa...jadi, sebelum pejam mata penat ke..tidurkan soleh ke..boleh le aku on kejap kan. Ingatkan nak berblog guna laptop..jadi boleh la buat kisah bergambar. Tapi..kalau tunggukan juga saat dan ketika itu..alamatnya...masuk tahun depan pun gitu aje la blog aku...mungkin tak ada orang kisah, tapi..ada juga insan-insan berhati mulia masih mengambil berat kisah aku. Terima kasih..

Panjang betul muqadimah ye..maklumlah dah lama tak menaip..akhir sekali guna hp juga la ek...


Selepas..pembedahan masukkan shunt atau tiub untuk salurkan air dari otak ke perut soleh..sikap soleh berubah mendadak. Ye lah...mungkin sakit yang dia saja tanggung dan tambah pula dengan fobia. Nasib baik..mak aku ada sekali. Atas desakan en hubby..nurse benarkan emak aku temankan aku menunggu soleh. Mujur ada emak..bila soleh mengamuk..aku tak boleh gerak..perap je dengan dia atas katil. Emak la ke hulu ke hilir buat susu atau bantu apa yang boleh. Aku..nak ke tandas pun rasa macam nak menyelinap lari dari rumah...memang dugaan. Setiap malam...tidur tak menentu..pastilah kasihan lagi pada soleh..mungkin sakit..bila tersedar tengah malam dia menangis meraung berguling-guling hampir 3 jam. Nurse pun tak tahu nak buat apa..ini kan pula aku. Apa yang mampu..bacalah apa  yang boleh..bila aku pun penat..aku sambung dengan bacaan mp3. Menangis dalam hati aku melihat anak kecil aku begitu..tapi..aku tak nak mak susah hati. Ye lah..aku kena kuat..tambahan aku bawa nyawa lagi dalam perut aku.


16h nov..sabtu..esoknya..sekali lagi soleh berpuasa untuk menjalani MRI sekali lagi. Dugaan juga tu..ingat senang ke anak kecil itu menahan lapar dan dahaga...berkali kali aku bisikkan surah Al kauthar..moga hilang dahaga dia. Selepas bertarung..Soleh di bawa juga ke bilik MRI. Selepas di beri ubat tidur..pemeriksaan dalam gelung pun dijalankan. Lama juga..hampir 2 jam...hingga sempat aku jenguk di cermin tu soleh dah terjaga dalam gelung tu. Apa dalam hati..Allah je tau...


Malamnya...pakar bedah otak atau Dr.Kumar namanya berjumpa kami di wad soleh. En hubby pun ada masa tu...aku takkan lupa detik itu..sekali lagi aku tak mampu membendung tangisan aku....


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 20, 2011

selesai yang kecil...tunggu yang besar pula..

semalam ...agak berlaku sedikit kekalutan di dalam dewan bedah. rupa-rupa doktor bius sepatutnya tak selesai kerja lagi. mereka terpaksa hubungi pakar bius yang lain..yang entah ke mana. adik soleh..dah macam cacing kepanasan. histeria...yelah..dah nak separuh hari dia berpuasa..baby..tentu la menggelupur kan.


lama juga akak nora bergelut dengan soleh. tak ada siapa boleh menolong sebab dia dah sampai tahap tak boleh dipujuk. hinggalah abahnya sampai pun begitu juga...tapi ada la diam sekejap. bukan apa..dah la lapar..bila banyak menangis lagi la penat kan.


lebih kurang hampir 2 jam..kami yang menunggu di bilik menunggu di kejutkan dengan kehadiran doktor kumar.


"selesai..semuanya ok.." Alhamdulillah..selesai yang pertama. kurang bahayanya sedikit pada soleh.


di dalam icu..ketika aku masuk, rupanya soleh dah bergelut dengan nurse dia..cepat2 aku angkat dia dan bercakap-cakap dengan dia. yela..masih lagi mamai kan..dia ok..


segalanya ok..hinggalah pukul 2 pagi. soleh tak tentu arah. sekali lagi meraung. tangannya sibuk nak tarik wayar-wayar dan jarum-jarum yang ada pada badan dia. bagi susu gak nak..semua tak nak. sebenarnya..akak nora pun dah penat dik..tak dapat rehat lagi. tapi..Alhamdulillah syukur teramat sangat sebab emak akak ada sekali menemani akak. kami minta belas kasihan nak tunggu berdua memandangkan akak mengandung dan kesihatan agak lemah sedikit.


nasib baik emak ada..memang aku taj boleh bergerak..nak kencing pun tak boleh..ni tengah menahan lagi. haha..emaklah yang bantu bancuh susu..betul wayar berselirat dan macam-macam..sungguh besar pengorbanan emak..


keadaan tak selesa bagi soleh itu berlarutan hingga pukul 5 pagi..dan nurse ambil keputusan bagi ubat tahan sakit dan ubat demam. baru soleh boleh bertenang hingga sekarang..sian opah..dia sambung tido kejap..


jadi sekarang..selesai yang kecil. kami menunggu untuk masa dan ketika.doktor nak keluarkan benda tu..aduh..nak sebut apa dia dah ngeri dah...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, November 19, 2011

tetap ada risiko

soleh dah ada dalam bilik pembedahan...memang sedih tengok dia. dah penat meraung kelaparan.


doktor kata risiko tetap ada sebab dia baby lagi..sebagai hamba Allah...tiba masa akak nora bertawakal aje..dia da ada di dalam...


tak perlu diceritakan lagi apa doa seorang ibu...semua orang tau...sebab hidup kita dimulakan dengan ibu..walau ada atau tiada..itu lah ibu...


moga Allah kuatkan semangat soleh...amin...


Published with Blogger-droid v2.0.1

kunjungan mesra

Lagi di tunda...kasihan pada soleh..lama dia puasa. tapi...waktu selangnya sekejap sangat..pukul 12.30-1.00 nanti. soleh kena sabar lagi kuat lagi..


hari ini..rakan-rakan baik aku menjenguk. aku sambut dengan penuh senyuman. buang jauh jauh kerisauan..tapi..Alhamdulillah...Allah berikan aku ketabahan menghadapi hari mendatang. walau penat lelah dengan rutin tak tentu masa tidur..mendukung soleh tak kira pg subuh..namun Allah maaih memberikan.kesihatan yg baik..Alhamdulillah..


soleh menangis...


Published with Blogger-droid v2.0.1

ditunda ....

Disebabkan doktor yang mengambil kes soleh terlewat menyiapkan satu pembedahan..dan ada lagi pembedahan selepas itu..dia menyarankan supaya soleh berbuka puasa. Kesian soleh lama tahan makan..memang sedih tengok baby kuat makan kena puasa.


Sekarang dah pukul 12 ..sekali lagi soleh kena berpuasa. Doktor akan mengambil kes ini sebagai kes kecemasan. Mungkin 8-9.30 pagi nanti akan diteruskan. Atau dia akan memastikan 1.30 pasti sudah dijalankan..harap-harap janganlah lewat sangat..setiap detik itu amat bernilai buat soleh. Cuma ..puasa ketika ini tak la penat sangat kan..sebab waktu tidur.


Mak dan mak mertua aku pun dah menjenguk tadi..


Penat..dan menggunakan masa ini untuk berehat ya..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 18, 2011

tabahlah soleh..

Baru taip tajuk..air mata dah bergenang. Dari semalam aku tahankan...jgn sesekali menangis. Oleh itu aku tak jawab sebarang komen..msg..atau panggilan dari sesiapa. Maaf..aku perlu tenangkan jiwa ini. Mungkin cara aku agak kasar..tapi tolong maafkan aku. Itu saja cara untuk aku tabahkan jiwa yang bila-bila masa terpesong ke arah raungan..aku cuba elakkan..moga lebih bertawakal dalam usaha.


Namun..tidak sekali aku ketepikan segala doa dan harapan kawan-kawan diluar sana. Makbed...terima kasih teramat..kerana sudi buat entri..aku baca..tapi aku tak sampai hati nak komen..aku di.sime darby medical centre subang jaya. Aku hargai keprihatinan mu.


Buat raudah..teman lama aku..tapi dia sumber inspirasi aku. Entahlah..mungkin ada ciri istimewa.pada dia..walau dari jauh berhubung..dia tak putus putus menyokong aku. Terima kasih juga atas ke prihatinan mu mengajak rakan rakan fb mu berdoa buat soleh.


InsyaAllah kawan-kawan...jiwa ini akan tetap tabah walau bengkak rasa hati ini. Namun..pegangan hidup akak..banyak memujuk jiwa ini

"jangan mengaku beriman selagi tidak diuji.." dalam hati aku cuba semat sedalam-dalamnya..aku redha dan usaha selagi boleh dan bertawakal pada Mu ya Allah.


Terkini..soleh baru tidur selepas sejam dia mengamuk meronta tak boleh dipujuk. Runtun hati ini..tapi bersabar ya soleh. Dia kehausan..mungkin juga kelaparan. Dia disuruh berpuasa dari pukul 7.30 pg tadi. Jadi..bayangkanlah keadaan perut dia sekarang. Ibu sentiasa akan beri sokongan buat soleh..


Pukul 1.30 tengah hari nanti..soleh akan menjalani satu pembedahan kecil..walau kecil macamana sekali pun..harap semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Pembedahan itu bertujuan memasukkan satu tiub halus di otaknya untuk menyalurkan bendalir terkumpul diotak tu ke perut. Dengan itu..keadaan soleh akan lebih selamat..kerana pengumpulan bendalir itu boleh.menyebabkan soleh dalam bahaya..mungkin akan lumpuh sistem badan..nauzubillah..ya Allah..


Selepas itu..dia akan menjalani MRI dan pembedahan besar pula akan dijalankan untuk mengeluarkan ketulan ketumbuhan di belakang kepalanya...


Itulah buat setakat ini. Terimakasih kepada yang perihatin..akak nora baca dah hargai semuanya...terima kasih atas doa anda. InsyaAllah..akak nora takkan putus asa..terima kasih


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, November 17, 2011

kita ingatkan kerana jatuh..tapi kerana itulah soleh kerap jatuh..

Sambil memaparkan report scan Soleh..doktor memulakan penerangan.


"memang ada keadaan abnormal di otak anak. Otak kita memang ada kawasan untuk kitaran bendalir dari otak ke tulang belakang contohnya.

Sekarang ni..cecair yg terkumpul di otak anak tak dapat dialirkan. Terkumpul di otak dan ini menyebabkan gangguan pada sistem saraf..itu yang kita nampak dia dah mula macam tak stabil.."


Penerangan pertama tu dah cukup...membuatkan aku terkedu tak berkata-kata. Hubby turut terdiam..pasti dia pun terkedu. Yg riuh hanya izzat..yang tak mengerti apa-apa.


Doktor menyambung..


"apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku..ada sesuatu yang menyekat laluan air ini. Dan kami suspect ada KETUMBUHAN di kepala anak."


Apa perasaan anda...pastilah lemah longlai lutut aku mendengarnya..aku kuat..kuat...aku taknak mudah lemah..penerangan harus di dengar selanjutnya. Aku berjaya..tahan segala-galanya...air mata nak bergenang pun aku tak benarkan.


"mengikut saiz dan keadaannya..kami percaya benda ni dah lama ada..cuma baru sekarang ia menunjukkan kesan. Mungkin kesan-kesan ini kita ingat disebabkan dia kerap jatuh dulu. Tapi..sebenarnya inilah yang menyebabkan dia kerap jatuh...dia tak boleh stabil.."


"yang pasti kita kena buat sesuatu..dan saya dah rujuk Pakar bedah otak..mungkin dia boleh memberi jalan penyelesaiannya.."


Aku balik ke wad sambil memeluk erat soleh. Di bilik kami terdiam. Hubby dah mula merenung soleh. Kebetulan bubur pun dah sampai..aku mula menyejukkan bubur untuk soleh. Di kala itu...apa yang aku tahan di bilik penerangan tadi tak dapat aku bendung...


Hubby menenangkan aku..aku bukan meraung...cuma air mata tak nak berhenti..tapi sekali lagi aku kena kuat..kuat..kuat..sebab soleh turut sama menangis tengok aku macam tu..macam mana dia nak makan..kan...


Kami menanti....


Published with Blogger-droid v2.0.1

akak nora terus di duga..

Segalanya dah terungkai..


Susah akak nora nak taipkan kisahnya..


Yang pasti..esok..soleh menjalani pembedahan yang pertama sebelum pembedahan besar yang keduanya.


Memang terus terkedu..tapi..hidup perlu diteruskan..aku kena kuat..kuat...


Doakan terbaik buat soleh ye...


Published with Blogger-droid v2.0.1

memang perlukan ketabahan di saat begini...

Soleh baru tertidur selepas aku dukung dia keliling wad. Terjumpa juga dengan uncle aunti.cina menangis tersandar di dinding. Macam biasa..aku bukan kaki sibuk..biarlah mereka menenangkan perasaan mereka dengan kesedihan mereka. Ada seorang perempuan muda..cina juga. Memujuk mereka..uik..tangan dia sebelah. Selepas dipimpin oleh nurse yang mencari mereka...aku masih mendukung soleh. Kesian..dia bosan..


Pinggang ni tak payah nak cerita la..pepaham lah nak 5 bulan kan...tabahkan juga. Dengan perit tak makan lagi sampai.ke saat ni..lupa nak minta makanan aku sekali. Cuma pesan bubur Soleh je..tu lah ibu kan ..ingat anak je dulu.


Nak pergi cafe pun..takut gak..pasal bila bila masa.doktor bleh datang.


Ni doktor dah cek..tapi, report ct scan tu tak dapat lagi. Ya Allah..harap2 la tak ada apa-apa..biarlah soleh membesar dengan sihat. Kasihanilah hamba Mu ini.


Jadi..sekarang..soleh masih tidur lagi. Takkan nak ganggu...biarlah doa bertenang..nanti nak berdukung lagi kan.. Jadi..tangguhkan dulu nak cari makan...tabahkan lah aku...


Bila saat saat macam ni..terasa macam aku hidup seorang saja..nak kata apa...aku sedang melayan hormon kesayuan...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 16, 2011

Dalam kegembiraan, terselit dugaan.

Ketika kami gembira dengan kehadiran nyawa baru dalam rahimku, kami di duga dengan kesihata Soleh yang merudum jatuh.


Bermula dengan asma, berlarutan dengan muntah-muntah tanpa penyebab.


Selesai muntah-muntah, kami kesan ada sesuatu perubahan ketara pada Soleh.


Soleh mula berdiri dengan bantuan..seawal 3 bulan..7 bulan dia dah boleh berdiri sendiri bersandar di dinding. 9 bulan..dia mula berdiri sendiri dan melangkah ke hadapan 2,3 langkah. Hinggakan aku jangka umur soleh setahun mesti dah boleh berlari ni.


Tapi..umur dia setahun..badan dia goyang-goyang..tak stabil. Dia lebih memilih baring saje. Dah tak ada gaya lasak dia. Berdiri jauh sekali.


Kami merujuk dengan doktor. Doktor khuatiri ada gangguan pada tumbesaran dia dan mungkin ada kaitan dengan aktiviti otak.


Terus kami terkenang..tentang kisah-kisah soleh jatuh terhantuk kepala. Memang tiada yang dasyat2 sampai dari ketinggian 5 kaki atau yang membawa kesan sawan atau sebagainya...tapi..keadaan yg terlalu kerap jqtuh..sehinggakan boleh dikatakan dalam sehari mesti ada jatuh..walhak dalam jagaan aku. Ye lah ..kan aku ngadap dia je kat rumah kan.


Akhirnya ..di sini lah kami..di Sime Darby Medical Center. Menanti masa soleh nak di scan..dia sedang berpuasa ni. Doakan semoga tiada apa-apa yang serius ye...amin...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, November 14, 2011

Senyum di pagi hari..rasa macam pukul 7 pagi lagi..hmm...ada potensi nak hujan. Redha aje lah...tu gambar je..yang sebetulnya..masih berkain batik di rumah. Menenangkan si Soleh baru lepas mandi..alergik mandi.

Post dengan 2 gambar..kemana perginya gambar kedua tu nanti..

Akak nora masih belajar lagi ni..ada yang minta akak ajar..ye..ye..akak sedang berusaha luangkan masa untuk ceritakan.


Tapi bagi yg faham arahan akak nora ni..cuba anda download aplikasi "blogger-droid" di market dalam menu samsung galaxy s2 anda ya...kalau dah install masuk je..sebab tak rumit..senang di fahami.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 13, 2011

Published with Blogger-droid v2.0

Tiap kali hujan, jiwa ini penuh keresahan.

Hujan adalah rahmat. Dari hujan datangnya sumber air. Hujan membawa rezeki. Berdoa ketika hari hujan juga membawa mustajab.


Bukan akak nora takut hujan, tapi..takut badan dah tak larat nak tanggung. Kalau boleh kerat kerat..mungkin dah berkerat-kerat badan aku ada kat rumah ni. Masing-masing ada tugas tersendiri yek..tapi..kita ni manusia. Redha aje kalau berkerat tu pas tu dah bukan orang..wahahah...


Kebelakangan ini, hari-hari hujan lebat. Alhamdulillah..Allah kesian kat aku kot..lebat sekejap je. Tempias pun tak ada, jadi..air tak masuk rumah dan tak naik.


Kalau rumah sewa..mungkin aku dah usaha cari rumah lain. Tapi..dah rumah en.hubby..tempat dia pula. Aku nak kata apa...dia tak rasa apa aku rasa. Aku kena semat dalam hati perkara positif..masa hujanvkuat..dia pergi tolong emak dia.walhal air tak la teruk mana bahagian sana. Aku kat rumah terkengkang..mana nak kejar adik melalak..air yang masuk dari lantai macam mata air. Namun...cuba jauhkan diri dari simpan rasa dendam marah. Kalau sekali dua..mungkin ada yang kata..ala..sabar je..


Memang itu je yang boleh aku buat..SABAR...dan hampir 5 tahun aku bersabar. Mungkin aku dah biasa hadapi perkara macam-macam sehinggakan aku rasa masalah yang orang post kat facebook tu.macam masalah remeh je...lain orang lain fikiran kan..haha..


Published with Blogger-droid v2.0

Thursday, November 3, 2011

Berjaya dah...

Hari tu..akak nora cuba post entri menggunakan aplikasi yang akak download. Ini gara-gara sekali lagi en.hubby buat kejutan dengan menghadiahkan akak handphone baru. Tak ada sempena apa-apa..memang suka suka dia..


Jadi..benda mula-mula yang aku cek..nak berblog la.Huish...canggih pun tak guna tapi tak boleh nak taip post entri. Aku tak puas hati..hinggalah terjumpa program ni. Nampaknya berjaya..


Dan..akak nora terus mencuba lagi dengan sekeping gambar pula.


Published with Blogger-droid v2.0

testing...

Akak try aplikasi blogger android ni..pasal guna internet tak bleh..guna opera mini pun tak bleh..yang ini? Berjaya tak..?


Published with Blogger-droid v2.0

Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday kekononnya..hik..

Irsyad Soleh nak jadi macam pok cik ustaz belakang nun..

Monday, October 24, 2011

Hari ke-26 :: 15 Fakta tentang anda..

Ini yang akak lomah ni.
 Nak cerita bab fakta-fakta.
Nanti orang ngata akak nora ni buek-buek cerite je..
Terpaksa la akak nora mulakan dengan..
INILAH AKAK NORA..hik hik

  1. Aku..wanita yang original..hahaha..FAKTA tu..
  2. Suka barang emas, tapi idaklah ada satu tupperware barang kemas.
  3. Garang..tapi cepat nak nangeh woo
  4. Alergik ubat tahan sakit..jadi tahan gitu aje la..
  5. Rabun tapi tak boleh pakai contact lense..
  6. Bisa tersangat dengan gigitan nyamuk, semut api atau seangkatan dengannya..bukan nak ngengada..satu gigitan macam kena serangan 10 tebuan. Bengkak2 yang melampau
  7. Suka kopi pahit tapi tak suka kopi tanpa gula.
  8. Suka makanan pedas tapi tak suka tergigit cili api
  9. suka romantik tapi geli kat jiwang-jiwang.
  10. belajar sendiri menjahit baju kurung dengan emak, ceduk2 ilmu dengan tukang jahit dan kawan.
  11. suka cuba resepi..tapi sekarang memang tak berkesempatan.
  12. nak belajar sedalam-dalamnya ilmu Al-Quran..(lapangkanlah jalan aku..)
  13. tiada tempat meluahkan perasaan..simpan sendiri.
  14. Tak suka sibuk hal orang..jadi agak tak suka orang sibuk hal kita kalau kita berat nak cerita.
  15. Gerak hati yang kuat..jadi takut nak fikir yang bukan-bukan..fikirkan yang positif.

Ringkas je entri hari ni. Banyak kerja pula. Si soleh mula la merengek kat lutut ni..senang-senang..akak nora balas kunjungan ya..

Moga hari anda di rahmati Allah.

Friday, October 21, 2011

Hari ke-25 :: makna disebalik LINK blog anda..

Tiba di hari jumaat juga kita.
Sekarang, masa berlalu semakin pantas.
Orang moden-moden cakap, sebab kita bertambah sibuk dan dunia dah banyak kecanggihan. Itulah sebabnya kita terasa masa berlalu pantas.
Namun, jangan di lupa..salah satu tanda dunia nak berakhir, adalah masa berlalu dengan cepat.
Beringat...

Cabaran akak diteruskan..

Link?

Url akak nora tu la ye kot..

aurajarinora.blogspot.com

Begini kisahnya..

Pada permulaan nak wujudkan blog ini, pasti itu dulu yang kita kena fikirkan kan..

mula-mula..aku buat auranora..senang kan..

tapi dah diguna pakai..

aurora lagi la..

Menung...aku nak link yang bermakna.

Bukan saja-saja.

Apa yang aura pada aku ni sangat..?

Akhir sekali aku terpandangkan..

JARI JEMARI AKU.

Besar amanah dan tanggungjawab jari aku ni.

Dengan jemari di tangan ini la aku menyediakan keperluan suami dan keluarga.
Membesarkan anak-anak.
Menadah tangan memohon keampunan dan rahmat dari Allah.
Mengira butiran tasbih sambil berzikir.
Menjadi penunjuk ketika mengaji Al-Quran.
Menjahit baju kurung.
Mencuba masak resepi baru belajar.

dan...semestinya..

dengan JARI ini juga akan kutaipkan setiap baris kata yang akan kupaparkan dalam halaman blog aku ini.

Ada orang serongkan pandangan dengan soalan..

aura sangat ke? tak de apa pun yang best dalam blog ni..

Maka wujudlah barisan kata mengiringi link itu.

" Jika tidak menggegar dunia,
moga mampu menenangkan jiwa".

Maksudnya, mungkin penulisan aku sekadar luahan perasaan dan mungkin tak mampu melopongkan mulut pembacanya, namun ianya cukup memberi ketenangan kepada jiwaku sendiri.

Follower pun baru 300 bukan 3000 tau..aku sedar diri aku..

Macam ada angin-angin emo lak entri aku ni..ish..bahaya tul aku..tak leh feelin..feelin sikit.


Thursday, October 20, 2011

Hari ke-24 :: tempat yang paling anda gemari untuk makan..

Cabaran diteruskan..sikit lagi. Nanti habis la tu.
Agaknya dia suruh kita cerita bab kedai makan kot ni..mana lagi kan..

Puas akak nora fikirkan..tiada tempat yang feveret atau kerap dikunjungi untuk aktiviti makan-makan ni..semua tempat adil dan saksama.

Kenapa?

Jawapan dia senang...

ikut mood

sedap

dan paling penting..

tak tutup!!

hahaha...

Wednesday, October 19, 2011

Akak Nora dah pergi klinik....anda rasa?

Entri lalu mengenai kehamilan cak kun cak akak nora.
Kejap ada kejap tiada..
Nak baca..KLIK DISINI.

Selepas cek kali kedua yang NEGATIF, rasa alahan pun macam tak ada apa apa, aku mengambil keputusan untuk biarkan dulu.

En.hubby pun dah malas nak layan keinginan aku..huhuuu..
sampai hati dia.

Hinggalah minggu lepas.
Salah satu tarikh penting dalam kehidupan aku.
Soleh nak kena cucuk dengan suntikan cukup setahun umurnya.

Sekali lagi berjumpa dengan doktor Aspalela.
Dah jumpa kan...aku pun buka cerita.

Kami dah lama ngam dengan doktor ni, dari tak ada anak sampai si soleh..memang rawatan atau cucuk2 ni kami ke klinik dia je. Bukan apa, ada kemudahan panel. Gunakan aje.

Doktor berkerut dengar cerita aku.

Aku dah tak kisah hamil atau tidak, yang pasti aku takut kalau ada masalah kesihatan yang lain. Sebab..tak pernah haid aku dah 2 bulan lebih tak datang..kang berkumpul je darah beku dalam perut aku.

"Azima pergi cek urine la, naluri doktor kuat mengatakan yang awak bi pregnant. Lagipun memang awak ni senang lekat..." sempat doktor perli aku..aku tergelak je..

Nak kepastian, aku pun buat urine test. Ye la..kali ni depan-depan doktor kan.

Beberapa minit, aku dipanggil masuk sekali lagi.


"Tak payah tunggu lama..terus clear..pasti..awak betul pregnant" doktor kata.
Gambar tu kabur sikit garisannya sebab dah terdedah lama.

Lagi sekali la aku terkaku.

"Awak tak rasa alahan ke..ketat perut ke?"

Aku geleng..memang tak ada. Ketat perut? perut aku ni besar..9 bulan pun budak tu boleh membesar lagi.

Doktor Aspa mengingatkan aku supaya pergi scan nak tahu keadaan budak tu. Kalau betul mungkin dah 2 bulan kandungan aku. Ye lah...dari bulan puasa kan..

Dalam perjalanan pulang, aku dan en.hubby kurang berkata-kata..tapi kami ucap syukur dan moga Allah berikan rahmat kepada kami.

Hari di tunggu telah tiba.
Sekali lagi aku ke klinik Aspalela..tapi, hari itu untuk klinik mengandung.
Doktor Radziah scan aku.

Kalau dua bulan..mesti kita bayangkan masih dalam gumpalan dan baru nak kembang-kembang sikit tu kan...

Dengan kuasa Allah, rasa nak teleng kepala aku melihat monitor tu.
Dah ada sifat-sifat manusia di dalam rahim aku.
Paling terbayang di mata aku tangan dan kakinya tergapai-gapai macam bayi yang dah keluar dari perut tu. Dan sungguh manis pengalaman itu, bila doktor tunjukkan saat-saat bayi tu bawa tangan dia ke mulut. Sungguh teruja aku...PASTI, YAKIN, TERBUKTI...
memang ada nyawa sedang membesar dalam perut ini...
ALHAMDULILLAH...rezeki Allah nak bagi.

Memang la anak dah 2..tapi, masa scan izzat dan soleh dulu..keje deme ni asyik tido je..memang diam aje bila doktor scan.

Kali ini memang comel..ciptaan terindah..


Tapi doktor print gambar kepala dia jek.

Yang TERKEJUTNYA...

Doktor kata DAH BESAR baby ni..

"HUH..Rabak lah aku nanti.." itu tanggapan aku pada awalnya.

"Besar..?" aku bertanya semula.

"Bukan..mungkin..bukan bulan puasa tu..mungkin lagi awak dari itu. Sebab, ikut scan ni dah lebih kurang 3 BULAN.."

Kehamilan kali ini penuh dengan misteri dan kejutan.

Walauapapun...syukur ke hadrat Illahi..Alhamdulillah...

Hari ke-23 :: dream wedding

Bila nak habis cabaran 30 hari aku ni.
Dah macam 30 bulan..tapi ok juga, ada lah juga tajuk yang boleh diutara, selatan, barat dan ditimurkan.

Cerita pasal dream wedding
atau perkahwinan impian.

Sebelum merancang nak berkahwin, memang tak pernah ambil tahu apa yang perlu dilakukan bila melalui proses berkahwin. Budget umur muda..lambat lagi la weh.

Hinggalah adik aku melangkah bendul. Di situlah aku mula mengikut dia  ke hulu kehilir.
Bukan ..bukan ikut dia..dia kerja dan tinggal di Balakong.
Aku, emak dan kakak aku la yang sibuk ke hulu ke hilir.

Sebelum itu, kami sibukkan abang aku berkahwin.
Penat juga..sebab semuanya kami buat sendiri.

Bila da tengok proses adik dan abang aku nak berkahwin,
Aku nekad...
Masa aku kahwin nanti, kakak dan emak aku tak penat macam tu.
Itu je. Impian pertama aku..yang kedua..aku nak nampak serba emas hari tu. Hehe

Dari makanan, yang lain-lain tu semua aku setelkan.
Aku kontrakkan aje. Tak ada lah susah payah mereka nanti.

Memang mereka berehat je..lagipun aku tak minta yang bukan-bukan..tak ada la permintaan nak tema garden ke, ala-ala padang pasir ke..aku nak setelkan semua udah..
pernah aku cakap nak sesimple boleh. Kenduri jek tak payah nak majlis besar berbagai..
emak dan kakak aku tak setuju, macam kena kahwin tangkap.
Jadi, buat la juga ala kadar..

Ada gak permintaan lain..

Tak nak inai berconteng..pasal aku suka inai biasa tu..sweet jer..

Nikah nak pakai baju sendiri ala-ala jubah..

Tanak mak andam cukur kening..takkan pasal kahwin aku kena cukur kening..memang kening aku tak cantik..tp ada aku kesah..

Tak nak mekap sampai jadi muka org lain..aku nak muka aku juga..

taknak baju kahwin cutting-cutting...memang aku tak suka...nak jadi cerita..nak dekat-dekat majlis, badan aku naik bagai di pam-pam..nasib baik dah buat persediaan..haha..

Yang paling kelako..aku nak veil panjang panjang..had lepas pinggang jek..haha kelako..kelako..

DEMAND sangat ker...

tapi memang mak andam tu geleng kepala jek dengan aku. Tapi, aku dah mudahkan kerja dia..sekejap je dia siapkan aku.

Pernah sepupu aku..merupakan besan kepada DATUK..dia ajukan soalan kepada emak aku.

"Berapa wan cu keluarkan duit untuk kenduri Sayang ni..?"

Emak aku jawab,

"Satu sen tak ada aku guna duit aku, semua duit belanja Am bagi tu.."

Terdiam dia sebab, masa anak dia punya kenduri, berpuluh ribu dia pinjam duit. Wallahualam..
Emak aku jawab yang betul..memang tak ada sikit pun aku minta tolong dari segi kewangan, sebab aku rasa aku benar-benar bersedia dan plan betul-betul.

Ha..itu adalah planing dalam masa setahun tau...itu pun pasal mak aku bising adik aku dah kawen..kalau aku tak ada kawan, mungkin dia tak bising..ni dah ada cinta kecintaan..baik dipercepatkan.

Belanja? tak ada mahal mana...terus terang cakap RM 6ribu je..aku tak nak seksa suami aku. Sebab..kehidupan lepas kahwin masih panjang lagi.


Berlalulah..saat-saat keemasan itu..

Tuesday, October 18, 2011

Salah ke akak merancang..?

Tersenyum aku membaca komen-komen rakan yang rajin menjenguk aku yang kurang sihat ni di dalam entri sebelum ini.
Alhamdulillah..tak ada lah memudaratkan kesihatan..kurang vitamin dan khasiat kot..hik..

Macam-macam bentuk komen. Walaupun tak ada la ramai mana, terima kasih atas keprihatinan anda terhadap kisah akak nora tu.

Kisah ini tidak berhenti di situ saja.

Sebelum itu, ada komen dari rakan blogger yang mengatakan anak itu ada rezeki masing-masing. Jadi kalau ikutkan dia, dia tak berapa suka merancang.

Bak kata member akak nora seorang lagi ni, merancang itu boleh dalam Islam untuk menjarakkan kelahiran anak. Di sarankan 2 tahun. Itulah motifnya menyusukan anak dengan susu badan sekurang-kurangnya 2 tahun.

Kenapa akak nora merancang?

Kalau lelaki...mereka tak rasa apa yang perempuan rasa.

Mereka hanya menyemai benih dan wanitalah bertanggungjawab membesarkan benih itu hingga hasilnya keluar dengan pelbagai keadaan.

Memang semua anak ada rezeki mereka masing-masing. Tapi, pada akak nora rezeki itu tak datang bergolek. Hujung pangkalnya bergantung kepada ibu bapa juga berusaha untuk menambahkan rezeki mereka.

Dari aspek kesihatan, akak nora bukan kategori yang kuat. Tapi, bila dah berlaku kena la kuatkan juga. hehe. Alahan akak melampau, memang kalau orang tengok tak percaya. Mak mertua akak pun fikir akak ngada-ngada..sedih..Bagi kes begini, suami adalah kekuatan bagi seorang isteri. Tapi, bukan semua suami selalu bermuhasabah diri tentang siapa mereka sebagai SUAMI..cukup itu je komennya.

Bagi anak yang masih kecil..dia masih perlukan masa. Inginkan belaian yang khusus..kesian dia masih kecil. Anak akak nora menyusu badan pula tu. Ish...kesian Soleh. Dia baru setahun. Kalau alahan akak nora kuat, pastilah perhatian terhadap Soleh sedikit sebanyak akan terganggu.

Abang akak..isteri dia memang tak merancang. Setiap tahun seorang, dah 6 orang sekarang ni. Kakak ipar akak dah macam jerangkung..penat...kehidupan di rumah tak terurus. Jadi, akak nora rasa..mental dan fizikal perlu di sediakan sebaik mungkin jika mengambil keputusan untuk tidak merancang.

Dan akak nora pun bukannya hebat merancang sampai makan berbelas-belas tahun. Ye lah..umur lagi 2 tahun nak capai 30 tahun. Masa muda ni lah berusaha mana yang mampu. Akak bukannya kilang dik non...

Akak nora suka ramai anak..terbayang-bayang satu jemaah solat yang terdiri dari hubby dan akak serta anak-anak kami..ish..dah bergenang air mata pulak..

Yang penting, bila akak di alam kubur nanti..doa anak-anak soleh peneman akak tanda mereka sentiasa mengingati akak. Moga mampu selamatkan akak dari azab kubur yang entah bagaimana menanti akak. Nauzubillah...

Jadi, bila akak nora berkisahkan tentang merancang-merancang..janganlah fikir akak ni tak nak anak sangat, konon nak jaga badan..? tak ada maknanya...susah nak enjoy? hidup akak abdi buat Allah dan keluarga. Yang pasti akak nora ada alasan sendiri.

Namun, sentiasa bersyukur di atas kurniaan Allah ini.

Kita bukan nak MEMBELA anak saja..tapi kita nak MEMELIHARA dan MENDIDIK mereka menjadi peneraju, pembimbing dan hamba ALLAH yang beriman, berguna di dunia dan akhirat.

Saturday, October 15, 2011

Akak nora kisahkan gelora misteri di hati ini...

Kisah ini bermula ketika bulan puasa sudah. Sudah aku kisahkan yang aku hampir berpuasa penuh tahun ini. Terfikirkan bab 'terlekat', mungkin mustahil. Sebab aku telan ubat 'perancang' setiap hari. Bukan nak menolak rezeki. Tapi, kan adik Soleh masih kecil sangat lagi. Jadi..Memang perlu beri masa lagi. Lagipun, aku ni memang kategori alahan kuat. Ish..cuba bayangkan kalau 'mengena'..aduh..

Rupa-rupanya, suami aku pun tak sedap hati. Bukan..dia risau 'lekat' atau tidak. Aku bukan jenis bermasalah dalam datang haid. Setiap bulan normal.

Pernah masa dalam pantang anak sulung, emak aku cakap..lepas tu haid susah nak datang. Kalau ikut emak aku, 6 bulan baru datang balik. Emak Mertua aku lagi best..2 tahun tak datang. Kakak ipar aku pun setahun tak datang bulan. Ish..takut pulak aku.

Aku, habis pantang..haid aku mengikut kitaran semula. Aku pun bukan ada masalah senggugut ke apa ke. Datang berlebih-lebih pun tak pernah..normal le katakan..Alhamdulillah.

Oleh kerana En.hubby, risau..untuk langkah permulaan, dia belikan pregnancy test tu. Aku pun cuba aje la...punya percayakan kat 'pil perancang' tu kan...




Nak gugur sekejap jantung aku melihat ada 2 garis di situ. Itu tandanya aku MENGANDUNG..APAKAH?....

Memang tertanya-tanya dan..sungguh menghairankan. Sebab tak ada tanda alahan-alahan.

Kebetulan, esoknya kami ke klinik ASPALELA untuk rawatan sakit kulit adik. Teruslah aku cerita kisah aku. Doktor Aspalela terus ucapkan tahniah tanpa buat 'test' kat aku. Dia cuba buat pengiraan berapa lama dah..susah lah..sebab last period aku dulu pun aku tak ingat tarikh.

Maklumlah aku tak fikir nak hamil lagi, jadi aku malas nak ambil kira tarikh-tarikh datang bulan ni. Mungkin dah nak sebulan katanya. Jadi, Doktor Aspalela nasihatkan aku scan dengan Doktor Radziah esoknya. Dan aku pulang dengan di bekalkan asid folic. Dah hamil le katakan.

Esoknya kami ke klinik sekali lagi untuk scan, nak tahu berapa minggu agaknya.

Terkejut....

Bila doktor kata..tak ada apa-apa dalam rahim aku.

Dia pun tak buat 'test'. Cuma dia tanya, jelas tak garisan tu. Aku katalah ianya sungguh jelas.

Doktor kata kalau dah nak hampir datang bulan pun ia akan memberi kesan positif pada alat uji itu.

Dia minta aku datang selepas sebulan lagi. Kalau dah datang bulan, tak perlu lah datang.

Akak nora pulang dik dengan seribu tanda tanya..kalau anda yang hadapi..tak tau la akak nora anda fikir apa pulak. Tapi, memang akak jadi bingung. Bila solat, akak nora cuba rasa naluri akak, berdoa...kalau benar rezeki untuk aku..aku terima. Kalau tak...aku redha.

Besarkan impak mengandung ni pada seorang ibu. Walaupun akak nora merancang tak nak hamil dulu, tapi bila dah terasa-rasa macam dia ada 'bertapak' dalam rahim tu, lain rasanya. Bila doktor kata tak de..derut juga hati ni terasa..ye la..rasa kehilangan anak macam mana? Tu belum jadi lagi..
yang mereka, dah nampak mata anak tapi sanggup campak ikut suka hati..Ya Allah..memang menitis juga airmata akak tengok kisah-kisah bayi malang itu.

Kembali kepada kisah aku tadi, akhirnya aku berpuasa penuh. Pada hari raya pertama, en.hubby tak sabar-sabar nak bagi tau emak dia. Keluarga dia sambut dengan kalimah syukur. Tapi, pasti ke dia ada ni...berserah la..

Hujung bulan depannya, hujung bulan 9 aku balik ke kampung dengan adik. Ingat tak masa ada masalah besar mengakibatkan emak aku tumbang tak sihat. Pada masa itu, haid aku tak datang-datang juga. Kuat juga perasaan ini mengatakan aku ni dah mengandung. Namun, biarkan aje ia. Keluarga aku pun dah tau. Tapi, lain penerimaan mereka. Mereka marah..cakap menyusahkan badan. Aku nangis dalam hati. Rezeki Allah nak bagi...walau aku berusaha nak merancang..tapi Dia nak bagi. Orang lain yang memang nak..tak dapat-dapat lagi..kan rezeki anugerah Allah nak beri pada aku. Aku malas nak layan. Sebenarnya..mulut kakak aku je aku tak tahan.

Sebelum pulang ke Subang, aku berjumpa dengan tukang urut yang memang boleh dipercayai. Kalau kita hamil, kita tak boleh urut dengan sesuka hati tau. Dengan Wan Cu ni memang aku percaya, dia urut perut naikkan peranakan pun sedap wooo..memang selesa. Belum pernah jumpa sesiapa lagi la yang boleh urut macam tu.

Sebelum dia urut, aku ceritakan lah kisah aku. Dia pun terus mengurut dan mengatakan bahawa tak ada apa dalam perut aku tu. Dia usik satu urat di bahagian ari-ari tu, kalau mengandung ..mesti urat ni tegang.

Aku balik dengan tanda tanya juga.

Balik rumah, aku cek sekali lagi.

Satu line...negatif..tak mengandung...tapi..haid tak datang juga.

Frust juga mula-mula..mungkin susah anda nak rasa apa aku rasa. Dah lama baru aku redha dengan apa-apa yang mungkin berlaku.

Aku terlepas masa untuk scan.

Rasa tak ada semangat nak ke klinik.

Namun, kena juga jumpa doktor sebab...mungkin aku sakit, tak sihat sebab kitaran haid aku tak pernah macam ni. Badan pun rasa tak betul...


Friday, October 14, 2011

Entri Jumaat : Fadhilat Surah Al-Kauthar




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.


Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sumber : Tok Wan (Facebook)

Akak Nora Berkata : Setiap pemberian Allah itu ada hikmahnya.

Friday, October 7, 2011

Bernafas....

Bercuti sungguh akak nora ni...
rasa macam dah berkurun tak jenguk blog picisan ni
dah lama tak buat renovation..
sekarang pun rasa tak berkesempatan lagi nak on lappy
nasib baik wave 2 dah sihat..boleh la sikit-sikit..
huru hara lagi rumah ni
nak buat sekali harung rasanya memudaratkan kesihatan..hik hik..
jadi, sedikit demi sedikit..kan...
teruje nak buat entri percutian ari tu..tp gambar banyak kat cik zai..kena tgu dulu..
sebelum tu...akak nora tak sabar nak sematkan kisah misteri yang dah terungkai ni...ish...
sabar..sabar...sekali bukak blog kang mesti ngadap je...tak boleh..kena setelkan apa yang patut dulu kan..
jadi....akak nora nak bernafas dulu..hehe

Thursday, September 29, 2011

Ada sesuatu...

Ada sesuatu yang membingungkan aku.
Aku nak kongsi dan catatkan di sini.
Tapi, tiba-tiba aku malu.
Mana tau ada yang kata aku ni tak cukup-cukup,
tak sedar diri....ish malu.
Tapi, perkara itu meninggalkan kesan mendalam jauh dilubuk hati ini.
Memang tiada apa pada riak wajah aku.
Tapi, hati kecil....tersedu sedan dalam tenang.
Walau begitu masih cuba mengharap yang terbaik.
Memujuk hati mungkin ada hikmah disebaliknya.

Wednesday, September 28, 2011

huh...

Melihat ringkasan tajuk-tajuk entri yang di follow.
Banyak...
Segmen pun boleh tahan..lulu caldina pun ada buat..
Cerita pun banyak..nabil raja lawak dah nak kawin?
Ish..ish..tapi tak juga aku klik baca sampai habis.
Menongkat dagu.
Selalu payah nak on..
Hari ni pagi-pagi dapat online...tapi, kenapa suram je.
Perut lapo kot..
Sekarang ni, rutin wajib diwaktu pagi...menyebat apa yang boleh mengenyangkan perut.
Wah...besar la badan Akak Nora lepas ni..entah lah..malas nak fikir. Tengah ni fikir, diet pemakanan adalah ok dan aktiviti harian pun boleh tahan. ok la tu...

Ada juga sikit-sikit kecewa...
tak jadi apa yang difikirkan menjadi.
Sungguh-sungguhlah berfikir dan merancang.
Tapi, untuk menyelamatkan mood masing-masing..cancelkan trip ke langkawi tu.
Kesian kat member yang ambil cuti dan nak pergi sama-sama tu...
Tak hairanlah sms aku tak di balas.
Tapi, bukan niat aku..aku hanya manusia biasa.
Kau marahkan abang sepupu kau..dia yang bising itu ini..dan kata 50-50.
Aku bukan susah..ku batalkan aje.
Senang..semua diam...

Saturday, September 24, 2011

Siapa pernah buat entri jalan-jalan ke Langkawi?

Huh..tajuk..sebenarnya akak nora nak buat study Kajian Tempatan..haha..

Sesiapa yang pernah berjalan-jalan ke Langkawi dan pernah post dan share info berkaitan percutian anda, boleh tak bagi link untuk akak membuat rujukan..haha..kalau yang budget dan best..lagi dialu-alukan..

Akak nora dah cuba tengok mana-mana web rasmi, tapi baca pengalaman orang lagi best rasanya...

Tolong ek..en.hubby dah buat kajian..tapi macam susah nak dapat markas lulus je..hik hik..asyik haru je...

Pertama kali ni nak buat percutian keluarga Akak nora dan si kecik berdua ni..huh..suspen juga..pasal si abang tu baru gi kedai dah penat, takut pulak nak ajak jalan-jalan jejauh ni kan..kalau tak..bila lagi nak merasa..

Hari ke -22:: Tarikh tarikh penting dalam hidup anda..

Serius aku katakan, kami, aku dan en.hubby tak pernah ambil port tentang birthday kami. Kalau en.hubby nak bagi hadiah..suka hati dia je bila-bila dia nak bagi. Kalau terkena bulan hari jadi tu..konon-konon la hadiah untuk birthday..tak ada maknanya!

Tarikh kahwin ni, susah nak cakap. Tengok dia macam ambil kisah. Tapi tak ada lah celebrate hebat-hebat lagi buat masa ni.

Bagi aku tarikh-tarikh yang penting dalam hidup aku:

- temujanji kalau anak ada suntikan ..masa untuk ke klinik
- temujanji kalau ada sakit..masa jumpa doktor
- temujanji buat ibu-ibu mengandung..kalau sedang seangkatan la..
- tarikh terima duit pasar..budget supaya cukup sebulan..
- due date tempahan baju kurung..jadi jangan bagi customer tunggu lama sangat..

Rasanya ada banyak lagi tarikh penting tu..contohnya, waktu nak mendaftar anak sekolah nanti..emm..due date nak bersalin pun jangan ambil tak endah ooo...

Bukan ke contoh-contoh tarikh berikut adalah penting dalam hidup akak nora sebagai suri rumah, ibu anak-anak kecil dan tukang jahit ni..kalau terlupa tarikh hari jadi tak pe..tapi jangan lupa puasa tak ganti..kan naya bila Ramadhan dah hampir menjelma.

Apa-apa pun, itu pada akak nora...buat apa beria nak sambut birthday. Tak ada makna langsung..tapi kalau membe nak belanja kek, akak tak marah aaa..makan jek..hehe, rezeki...

Wednesday, September 21, 2011

Hari ke-21 :: benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah

Wargh..macam dah basi beruih-buih aje Cabaran 30 hari akak nora ni ye..apa pun lantaklah basi tahap berbuih-buih. Perjuangan mesti di teruskan. Tak puas hati pula berhenti di tengah jalan.

Dulu zaman solo molo..tentulah, handphone, beg duit dan tentu-tentulah kunci rumah kan..tulah benda wajib nak diangkut ke hulu ke hilir di luar rumah.

Sekarang, tak boleh nak eksyen-eksyen pakai hangbag kiut miut dah..kena pakai gedabak punya..abih tu dah macam-macam yang wajib nak di bawak. Kalau tak bawak..tak tenang hidup weh...sebab bila keluar, mesti yang kecik-kecik tu pun ikut kan..

Jadi di tambah kan dengan pelbagai barang keperluan anak-anak.

-lampin pakai buang
-botol minum..susu dan air masak
-puting kosong..ni benda keramat..soleh menuntut ngisap puting kosong..bagus juga..kalo tak pelbagai benda dia nak sumbat dalam mulut

Kalau jauh sikit berjalan..tambah sikit,

- baju ganti
- tuala kecil
- bedak
- susu, botol air panas..

Pergh..nasib baik...kami ni berkereta..terel tul siapa yang ber anak-anak tu tapi masih menggunakan motor. Bukan apa..akak nora bersedia jangan anak meragam dalam perjalanan..kalau boleh nak mereka dalam keadaan selesa je..jadi tak lah mengganggu urusan kita kan..

Tuesday, September 20, 2011

Mak dah sihat...(lupa tuko tajuk tadi...)

Khamis lepas, adik aku pertama kali berjaya sampai ke rumah aku dengan kancil antiknya. Manual..lenguh bontot katanya. Maklumlah, hari bekerja, dari Balakong ke Shah Alam melalui lebuhraya Persekutuan. Memang masak bontot ko... jalan memang banya. Tapi, jalan tu aje yang aku tau dan mampu untuk ku ajarkan. Itupun bertahun jugak akak Nora nak khatamkan jalan yang berbelit-belit tu.

Kami pulang juga ke kampung malam itu juga. Kata adik aku, emak merayu juga suruh kami pulang. Katanya, dia lemah..ibarat semangat yang hilang. Kata adik aku..."jom kita balik, nyanyikan lagu Semangat Yang Hilang kat emak..". Bunyi macam lawak bodoh je kan. Tapi, itu cara kami tenangkan hati yang risaukan emak di kampung.

Kami bertolak pukul 10 malam. Boleh tahan juga..kereta banyak melalui lebuh raya utara selatan tu. Maklumlah, mungkin mereka mengambil kesempatan cuti dari hari Khamis hingga Ahad tu kan. Bercuti-cuti Malaysia la tu...

Adik aku ni..kategori minah rempit juga ni...berderum kancil tu dibuatnya. Kami sampai pukul 12 lebih. Sampai dirumah, emak baring di ruang tamu..tempat kami nak melanding nanti. Nampak kusut di wajah emak. Kalau ikutkan..memang aku nak hangin dengan 'masalah' yang menyebabkan emak begitu. Tapi, buat apa menambah kusut dalam jiwa emak kan...

Sepanjang aku di kampung, kami hura-hura..tengah-tengah hari memancing kat lombong depan rumah emak. Yang tak tahan..emak pun ikut turun ke lombong. Bosan..bukan bosan tak dapat ikan...pantang letak umpan..ikan pun sentap. Adik aku bengan..dah 3 joran bersimpul dek anaknya. Ikan pun tak dapat-dapat. Abang Izzat dah lama balik rumah. Panas... Akhirnya, aku serahkan joran aku kepada adik aku. Ha ha ha...memang tak de tuah la ko..ikan pun tak nak.

Bila balik...semua tumbang, muka terbakar..haha..giler memancing tengah hari buta...rasa macam tak ada nafas penatnya memanjat bukit balik rumah.

Alhamdulillah..masa kami di sana emak bertambah sihat. Aku pun tak mampu nak usahakan macam mana lagi. Nak ajak mak duk rumah aku, kempunan la..

Ahad, kami pulang dengan doa dan harapan. Semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik buat emak dan melindunginya walau di mana dia berada.



Seiras tak kami...? Masa ni..raya ke-4..bercuti di Pangkor...

Thursday, September 15, 2011

Alhamdulillah...

Adik aku baru melaporkan. Asyik dia je tel mak di kampung kan..Biarlah...mak tahu aku tak berkenan perkara yang terjadi tu. Jadi, adik aku yang banyak melaporkan.

Masalah emak dah agak berkurangan. Perkara yang dirisaukan, dah kembali tenang. Adik aku pun ada bagi kata dua kat masalah tu..nasib baik adik aku..dia je yang memahami masalah tu pasal mereka sekepala.

Kalau aku..memang dah siap ayat-ayat nak meratus..silap..silap..lantak la ko apa nak jadi..

Yang penting mak dah ok. Di sebabkan perkara ini..ada juga pekung yang terbuka..tiba saat dan ketika..kami menghadapi saat-saat kekusutan. Moga Allah permudahkan..

Jauh di sudut jiwa yang menyampah ini, Alhamdulillah..Kau masih sudi membantu hamba Mu yang hina ini. Siapalah aku tanpa redha Mu..

di saat kebuntuan..

Adik aku baru melaporkan berita terkini dari kampung, mak dah sampai tumbang-tumbang...

Adik aku pun pening. Kenderaan tak ada.

Bukan aku tak risau..aku buntu. Hanya berdoa dalam hati..moga selamat. Kakak aku pun ada sana. Disamping emak aku.

Cerita adik aku..dia merayu suruh adik balik..

"kalau cik tak boleh balik..tinggalkan..biarkan..." terdiam aku dengar kata-kata itu.

Bukan nak terasa, ye la..kondisi emak pun tengah tak betul. Apa yang boleh aku buat..

Telefon en.hubby, dia kat site. Tiba-tiba ada masalah menyebabkan mereka kena korek balik tanah..entah kerja apa yang mereka buat kan..terus terkaku aku nak cerita. Aku pesongkan, saja nak tanya entah-entah dia dah menghala balik ke rumah.

Jadi, sekarang..ibarat ada peperangan yang meletus-letus dalam jiwa aku.

Di sebalik hati terdetik.

Terakhir handphone yang aku guna, Galaxy Mini. Sejak semalam, cuma pegang simkad je. Tu semua kerja en.hubby. Tak tau la aku apa yang dibuatnya. Tekanan gak pasal, tak boleh nak connect dengan internet. Tunggu belas kasihan Masjid ni buka wifi dia.

Lepas ni entah handphone apa yang dia nak bagi aku lagi. Suka hati dia la..

Yang menjadi aku tak senang hati, susahnya tak ada telefon kan..bukannya nak harap sapa-sapa telefon. Tapi risaukan kot-kot ada kecemasan tapi tak dapat menghubungi aku. Kan bahaya tu..

Memang tengah tak sedap hati..

"Abang Izzat, mana fon abang..?" akhirnya aku minta belas kasihan anak aku. Ala..phone aku dulu.

Phone tu pun dah tak boleh harap. Rosak. Tapi, kalau setakat menerima mesej dan panggilan tu..masih boleh la..Alhamdulillah..

On saja phone, masuk satu mesej. Nombor macam abang aku dari kampung.

"Emak tak berapa sihat. Sejak semalam....." ada kisah lain membuat mak tak sihat.

Memang aku ada tel mak semalam. Dia kata pening-pening. Tapi, selalunya mak aku naik darah apabila ada 'sesuatu' yang tak dapat di kawal oleh emosinya.

Secara tak langsung aku turut beremosi. Serba salah aku dibuatnya. kalau tiada masalah memang aku luncurkan aje kereta VIVA aku tu..tapi, kan baru lepas eksiden, terperuk dalam workshop pakcik aku nun..lambat lagi nak siap..aduh..ape aku nak buat ni. Aku tak cerita dengan en.hubby..pening dengan balasan dia kang..terlalu prihatin..

Sekarang aku menunggu adik aku..kot-kot dapat idea untuk balik ke kampung..dan yang penting cari kenderaan..semoga semuanya selamat...

Aku menyampah dengan remaja sekarang..

Bengong, tak betul, ikut perasaan je lebih-lebih..hidup dalam fantasi dunia sendiri. Fikir bila dah tua baru nak bertaubat..hidup tak de hala tujuan...tegur sikit tak boleh...dah tau tak boleh ditegur..perangai tu biar elok sikit. Kalau perangai tu memang boleh dipuji, cantik..bukan minta jadi alim ustazah..tapi cukup jadi baik..jangan nak nyusahkan orang..fikiran pendek..otak tak ada..aku menyampah..

dah tahap menyusahkan orang...aku nak maki boleh tak..sial....tu je..

Wednesday, September 14, 2011

"Abang accident tadi.."

Sedang aku menyuap makan dua mulut kecil ni, kedengaran pintu rumah di pulas-pulas dengan kuncinya. En.hubby balik. Awal...

Salam diberikan sambil tersengih kambing depan muka pintu.

"Yang..tadi abang accident.." kata dia sambil sengih-sengih kambing sefamily..

Apa reaksi yang perlu aku tunjukkan?

"Macamana accident pulak.." itu yang terpacul dari mulut aku.

"Eh..boleh tanya macam tu pulak ke?" balasnya.

Aku pun beri kata dua..tak boleh bebel. Nanti dia ingat aku tak ambil berat pula.

Tapi, sebenarnya memang aku tak minat cara dia bawa kereta. Selalu aku katakan nak tau dia ok ke tidak memandu, cuba bawa pesakit jantung. Tengok sama ada dia sampai dalam keadaan tenang atau tidak.

Kalau malam-malam, serius ngantuk macam mana aku tak boleh tidur. Tekanan perasaan ooo...paling aku manyampah orang bawak kereta ikut belakang kereta hadapan tu serapat yang boleh. Berkali aku katakan, bahaya kalau dibuatnya orang depan tu brek mengejut. Lagi satu, kalau dah nampak orang depan brek, kenapa masih tekan minyak lagi..bersedia lah untuk kita pula membrek.

Dia selalu kutuk perempuan bawak kereta. Aku kata, itu perempuan yang dia kata tu..

aku perempuan lain..aku tak suka bawa menggelupur. Nak laju tengok tempat la. Jangan macam nak terberak sangat. VIVA tu dah lunyai semua angkara dia. Kalau ngutuk aku tak kemas kereta hebat tul...at least aku ta calar balarkan atau remuk redamkan kereta tu.

Huh...emo tul aku. Pasalnya aku selalu nasihatkan dia. Tapi, tak ambil endah. Pernah masa Izzat baby lagi, dia duduk dalam bekas baby tu di belakang. teguh tu. Tapi, dasyat tak dasyat nya org ni membelok sampai tertonggeng terbalik bekas baby tu.. izzat yang sungguh lembut badannya ketika baby terperosok masuk bawah kerusi pemandu. Adik Soleh pun dapat sekali kejadian macam tu. Tapi, badan dia keras..dia tak jatuh teruk sangat sebab dia imbangkan diri dia dan berdiri berpaut di kerusi belakang tu.

Tu, en.hubby ke kedai nak ganti bumper. Tahun lepas kes bumper belakang..ni bumper depan pula. Nauzubillah...dah bebel bebel kan....syukur Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada abah Izzat dan Soleh ni.

Berhati-hati lah di jalan raya. Jangan sampai hantu raya pun takut dengan anda.

Tuesday, September 13, 2011

Anak-anak aku.



Wajah terkini Muhammad Irsyad Soleh.
Putera kedua kepada pasangan,
Mohd Shah Idham dan Norazima.
Usianya, bulan depan baru genap setahun.
Lagaknya, Ya Allah..rasa macam mendaftar diri masuk gim.
Bagus juga, jimat duit ibu kan.

Kerjanya asyik menyelidik.
Tak kiralah, selongkar beg ibu dan abah.
Selongkar di rak buku, ofis ibu menjahit,
beg buku abang Izzat dan apa-apa yang boleh di selongkar.
Paling tidak dia bosan, dia akan tarik seluar abang Izzat
sampai terlondeh untuk menyelongkar apa ada
dalam seluar abang tu.
Ish..ish..abang Izzat akan menjerit....
Ataupun, tak lama selepas itu adik Soleh pulak melalak..
Ibu dah tak larat nak bagi arahan.
Suka hati anda kerana anda dalam proses pembesaran.
Ibu hanya memberi tunjuk ajar, dimana sepatutnya.
Ish..kalau diikutkan nak marah je..tak kemana..
kerana mereka kanak-kanak aktif.


Aktiviti harian.
Menyediakan kerja tambahan untuk ibu membakar lemak.
Tak ada maknanya, awak yang semakkan,
awak la yang kemas balik.
Setakat ini, abang Izzat lah memikul tugas mengemas.
Sebab, adik Soleh terlebih memahami arahan.


Soleh baru lepas kena lempang kiri dan kanan..hehe..
Tak ada lah..ini ada lah sifat terbaru dia.
Bila ibu sibuk pegang kain menjahit, dia mula lah buat aksi telenovela.
Memanjat-manjat ibu..akhir sekali..melalak.

Bila, ibu baring dan teman dia bergolek-golek, dia sibuk buat kerja dia pula.
Ibu dibiarkan keseorangan pula..


Ini abangnya, Muhammad Izzat Yusuf.
Tahun depan nak dimasukkan ke tadika.
Saja bagi dia bergaul.

Sekarang ni, dia boleh diharapkan membantu ibu di rumah.
Ketika menyidai kain, mengangkat kain jemuran.
Tolong isi air masak dalam botol adik,
Tolong kemas rumah..kutip mainan dia je la..

Tapi, ada satu kelemahan dia.
Dia tak nak masuk campur dalam hal adiknya membuang.
Minta tolong buang lampin tu pun..tak nak.
Kalau terlupa buang lampin tu,
dan masih ada dalam bilik air..dia sanggup tahan kencing atau tak payah mandi.
Sampailah lampin tu di buang.
Ish..pembersih sangat la konon..
Tapi..aku rasa dia penggeli..bahaya ni...


Apapun..mereka lah zuriat kami.
Amanah untuk kami bimbing ke jalan yang lurus.
Moga Allah membantu kami.
Amin..


Sunday, September 11, 2011

Huh..tercapai juga keinginan di hati.

Sebenarnya...bukan tak boleh buat sendiri. Tapi, memang tiada kesempatan. Nak cari kat kedai..nak jadi cerita, mesti memanjang je habis. Bukan sehari dua, bertahun dah tu..

Emak di Kampar kata susah nak cari daunnya. Emak di Subang, macam malas nak buat..huhu sedih..nak buat sendiri, lagi berkurun la aku nak makan. Pendam aje la perasaan. Nampaknya, tahun ni tak merasa lagi..aku rasa dari aku kahwin sampai la sekarang. Memang payah nak merasa. Agaknya, tu la pasal Soleh asyik meleleh je liurnya, ibunya mengidam sampai adik dah besar pun tak kesampaian.

Pagi tadi..tengah bergolek melayan ketidak keselesaan badan, sayup-sayup terdengar suara budak memberi salam diluar pintu. Lambat-lambat aku membukanya..ye ke ada budak bagi salam.

Rupa-rupanya anak kak depan rumah ni.

"Ni, ibu bagi,,"

Aduh, memang sedih dan terharu bila menyambut pemberian tu. Tapi, hanya membalas dengan ucapan terima kasih. Memang tiada apa di rumah dik ooii..nanti acik buat kek ke apa ke acik anta umah ye..


Aku tak tengok dah rupanya. ikhlas orang tu bagi..Alhamdulillah. Murahlah rezeki dia sangat-sangat. Paling best..panas lagi ooo
Dia bagi kosong je..argh...Allah Maha Besar, serunding ikan ada lagi kat dapur.
Mula-mula ngadap dengan Izzat, sikit je dia makan..apa lagi...sekali hadap aje...
Ya Allah..syukur nikmat yang kau berikan. Rasa macam lega sangat-sangat..

Hm...bila dah habis. Akak nora berehat..ligat otak ni berfikir..confirm ke aku ni? hmm..hari tu dah rujuk doktor. Doktor kata tiada apa-apa..mungkin simptom nak datang bulan..tapi..bulan tu tak mengambang-mengambang juga. Nak kata akak mabuk...tak ada juga. Akak ni memang tergolong dalam kategori alahan kuat, lantaklah bergelen produk biodex ke apa ke ko telan..memang jenis nak mabuk je...tapi, Sihat walafiat..argh..mainan fikiran je.

Hidup perlu diteruskan. Nak habiskan jahit sepasang baju tu. Lepas tu boleh teruskan dengan baju member tu..

Saturday, September 10, 2011

Terharu...

Sedang sibuk memasak di dapur, telefon ku berlagu-lagu..bila ke ruang tamu, senyap. Kali kedua, aku berlari, agak pantas kali ini. E eh..makin pendek pulak deringannya.Nombor tidak dikenali.

"Siapa ni?"

Aku ambil keputusan untuk menghubunginya. Sambil tu, tangan mengacau udang di dalam kuali. Tak berangkat. Ish..seretntak itu..mesej sampai.."As salam Nora.."

"Siapa ni?" Aku tertanya lagi dalam hati.

Kali ini, hendphone telah ku letakkan di kabinet dapur. Kalau berdering lagi..pasti dapat ku capai dengan pentas. Memang berdering..

"Assalammualaikum Nora...." panjang ayat-ayat seterusnya. Tu baru ayat perkenalan..

Aku termenung berfikir sejenak.."kak Zila..blog MyRainbow.."

Oh ye..memang ada aku titipkan no tel aku supaya mudah dia nak menghubungi aku untuk menempah baju kurung nanti.

Dia bertanyakan khabr, entah-entah aku tak sihat atau ditimpa sesuatu. Setakat ni..Si soleh je rajin menimpa aku. naik senak ulu hati..Abah si Soleh? tu cerita lain..

Terharu juga dengan kak Aziela tu..terasa la..ada orang ambil kisah walau hanya di alam maya ni. Moga persahabatan kita bertambah erat ya ...

Si soleh dah jaga..mula la merengek hentak hentak lutut aku ni..sambil tu membebel...nampak je cam tak bersalah anak aku ni..tapi ganasnya..huru hara..kadang2 tergelak juga aku ..


Sunday, August 28, 2011

boleh ke boleh blah ni...

leh baca tak...?
haha..last entri..nasib baik tajuk dia selamat hari raya kan..sebenarnya isi dia panjang..tapi..mcm biasa la kan..dan macam biasa juga la dengan dua orang pengomen setia entri hampeh akak tu..si senja dengan gen2merah..hehe..betul2 memberi pendorong kepada akak nora supaya berusaha lagi.jadi..akak testing lagi ni..bila semua dah ok..baru la best nak jenguk blog kawan..kawan kerana segalanya dihujung jari sahaja..

Monday, August 22, 2011

memang sedih..tapi..kita perlu hadapi qada' dan qadar..Ganjaran syurga menantinya..

selepas menjenguk makbed..ada berita sedih dalam entri terbarunya. Aku ni baru on lappy..memang banyak entri terlepas. terus ku menjenguk dan mencari kisah sebelumnya.

bergenang air mata membacanya..comel puterinya ..tambahan aku memang lemah bab-bab keluarga ni..adakah aku cukup kuat diduga seperti hamba-hamba Allah yang terpilih ini.

Namun, kuasa Allah tak mampu jua kita menghalangnya..adik Dania pergi jua petang tadi mengikut update terbaru ibunya ...pasti ibunya sedih dalam hampir nak menyambut hari lebaran. Namun, kita hanya mampu berdoa...dan percaya bahwa Allah sudah sediakan tempat terbaik buat anak kecil ini.

Al-fatihah...kisah nya di sini



testing..testing..1,2,3..cobaann..cer try cube test..

Kalau entri pembukaan selepas masalah melanda blog akak nora ini boleh dibaca oleh rakan-rakan kesayangan akak nora semua..maknanya..dah ok la tu ..boleh menaip dan post entri. Kalau dia bengong lagi dan masih paparkan tajuk tanpa kupasan..tak pe..akak tau anda semua rajin memaklumkan kepada akak nora yang lemah lagi "kerdil" ni..(entah bila nak hilang lemak ni..dah tepu kot..)


Akak baru habiskan tempahan terakhir untuk raya tahun 2011 ni. Kawan en.hubby bagi kain ni hari Jumaat lepas. Nasib baik baju budak..sebaya dengan izzat yusuf..sekali hadap aje la..ok tak..macam ni akak nora kenakan rm 15 je sepasang..tahun depan siapa nak cuba tempah baju anak-anak dara yang comel tu dengan akak nora..roger-roger la ek..

Ada lagi tempahan dalam barisan..tapi mereka ni memang sporting. Walaupun tahu akak boleh buat, merka dah putuskan nak ambil lepas raya. Alhamdulillah..benar-benarnya memang dah tak larat.

Bukan apa, baju aku belum habis berjahit. Pasal sebelum ni mengadap baju orang j kan. Sekarang ni tengah adjust baju izzat yusuf, sampin nya..maklumlah saiz tak berapa secocok dengan badan..nantilah ibu belajar buat baju melayu ..saiz budak pun jadi la..hehe..

Dari awal puasa..sampai sekarang, tengah puasa penuh. Siapa yang dengar..tak ada fikir lain la tu. Adik soleh dah kena jadi abang soleh la tu..tapi, akak Nora ni MERANCANG...tak tau la pulak kalau terkena..ye la..Allah yang menentukan kan..atau mungkin Allah nak mudahkan akak takpayah ganti-ganti..hanya berpuasa enam dengan amannya nanti..InsyaAllah...jangan buat apa-apa spekulasi tentang keadaan akak nora ni ek.

oh ye..kepada rakan yang sudi komen entri hampeh berhampas sebelum ni..terima kasih ye..kerana anda begitu prihatin dengan akak walau pun kecik masalah tu..tapi pada akak nora dah besar sangat tu..

Salam beribadah ya..

Saturday, August 13, 2011

Hari ke-20:: hari ke 20..apa yang telah terjadi:: Luka lama berdarah kembali?

Sebenarnya, hari ini adalah hari pertama akak nora berbuka di luar. Kawan en.hubby sibuk nak tengok kami anak beranak. Berjumpa lah juga aku dengan 3 orang perempuan bergelar isteri juga. Kami tak berapa bersembang. Mungkin nampak muka garang aku kot. Sebelum balik sempat la sembang sikit-sikit dan ada juga antara mereka menyatakan nak hantar tempahan baju kurung. Aku kata kalau setakat sepasang tu..sempat lagi siap sebelum raya..rezeki..memang tak de cukup nya RM 20 tu, tapi akak nora amat berharap rezeki selepas dia merasa hasil tangan akak ni kan..moga dia boleh rekeman kat rakan-rakan dia yang terdekat..tak ke gitu..

Ok, kita beralih ke kisah hari ke 20 ini.
Cabaran yang lepas ada mengisahkan tentang pergaduhan yang paling teruk yang pernah aku alami kan..atau sedikit ceritanya di sini.

Aku menaip kisah itu dengan tulus, tak sebut nama dan menggambarkan rupa parasnya. Hanya luahan hati dan perasaan. Kisah itu sudah lama  berlalu..dan ianya terbuka semula apabila aku paparkan di blog picisan ini. Dan sesungguhnya kes itu habis di situ sahaja.

Apa aku merepek ni..?

Kerana tiba-tiba..aku dapat msg di FB aku, berkata-kata...

salam sha,(nama pena di UITM dulu..shahaira..)







ape kabar? bz menjahit ker? alhamdulillah rezeki anak2 ko..






Tujuan aku msg ko ni sbb aku bru je godek2 ko pnye blog, dan ade satu entry ni aku macam perasan yg ko tujukan entry tu tentang aku, btul ke?






Serius selama ni sampai sekarang ni aku mmg tak tau langsung aku da wat ko n zai sampai mcam tu skali. Bile aku bace, menitis air mata aku rasa bersalah ya amat sangat...


Sbb seingat aku sblm kejadian tu korang sempat bgi kt aku hadiah sempena besday aku yg aku masih simpan sampai sekarang....dan aku jdi kompius knp korang memulaukn aku selepas tu...






Aku mmg tak sangka...mungkin aku tak sedar perbuatan aku tu dan aku rasa sedih sebab korang tak bgtau kt aku ape salah aku yg mungkin aku boleh perbaiki sikap buruk aku...huhuhuhu....






Jadi hari ni aku ........... mengambil kesempatan di bulan baik ni nk mohon maaf semaaf-maafnya atas perbuatan aku yg lalu pde ko n zai.


Dan terima kasih sbb skrg ni pon korang masih mau nk cakap n balas komen2 aku di fb.






Ikhlas dari hati,


xxxxxx (akak rahsiakan nama dia..)

Wahai kawan ku..sesungguhnya, terlalu lama aku memikirkan kisah itu. Sepicing pun aku tak mahu memalukan kau, oleh itu aku pendamkan saja apa yang aku rasa. Aku tidak mengadu domba kisah ini pada rakan kita yang lain selain zai. Mereka kata aku yang burukkan keadaan, tapi tidak sedikit aku melenting.

Bukan kita tak boleh berkawan..kita masih berkawan..percaya lah..

Masa berlalu mengajar kita semakin matang dan lebih berfikiran. Moga itu membantu kita lebih berpengalaman menghadapi manusia dengan pelbagai jenis sifat, siapalah kita nak melawan kuasa Allah yang telah mencipta hamba Nya pelbagai rupa untuk kita saling kenal-kenalan,

Sempena bulan baik ini, ingin kunyatakan sekali lagi..dari dulu lagi telah aku maafkan. Tiada guna menyimpan dendam. Jadi, jika ada yang masih tersaki baki rasa tersinggung tu, aku dengan rendah hati memohon ampun dan maaf kerana aku tetap manusia biasa. Aku bukan yang terbaik, namun sentiasa berdoa dan berusaha menjadi yang terbaik. Salam Ukhwah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...