Hadiah en.hubby dah ada di tangan. Bulan Mac dapat Note sempena anniversary. Ni..en.hubby bagi mr.lappy pula...sempena hari jadi aku kononnya tak lama lagi ni. Huh..mengira hari tua dah aku ni. Sebenarnya aku tak kisah dah benda-benda macam ni. Sejak sibukkan hal anak-anak ni, memang tiada masa dah nak on lappy-lappy ni, sampai lah ms.lappy aku tu dilepaskan kepada adik en.hubby. Tak kisah la...
Bila dah dapat..jangan ditolak. Ucapkan Alhamdulillah..syukur..orang dah nak bagi kan...
Ada sahabat blogger beri komen di entri terakhir aku. Katanya dah tak sanggup nak baca kisah penderitaan Soleh. Maaflah...itu aje kisah akak nora selama lebih 5 bulan ni. Sampaikan susah nak berkisah tentang kehamilan akak kali ini. Dah nak menanti masa menjenguk dunia pula tu. Moga tak terasa si kecil nanti.
Sejak Soleh disahkan ada tumor otak, memang aku rasa hidup aku sentiasa di sisi dia. Setiap detik setiap ketika. Jadi, memang kurang kisah yang lain..suka duka gembira sedih hanya berkisahkan kisah Soleh. Maaf bagi yang dah tak sanggup nak baca. Akak nora tetap nak semadikan detik kisah soleh di sini.
Beginilah kehidupan kami di wad ni..dah nak masuk 3 minggu. Mula-mula nurse tolong lapkan badan Soleh. Tapi..aku tak puas hati. Jadi, aku gagahkan juga bersihkan badan Soleh. Semua celah aku gosok. Maklumlah nak mandikan masih tak boleh..sebab masih ada jahitan yang belum di buka masa tu.
P/s: Terkejut tengok gambar ni...rupanya..kerja abang Izzat. Dia yang snap gambar ni.
Entri terakhir, pakar barah mengatakan Soleh berkemungkinan akan menjalani kemoterapi untuk mematikan sel kanser atau tumor yang mungkin ada lagi dalam kepala Soleh. Memang terasa beban dalam hati ibu tak berkesudahan. Namun, masih berbaki lagi kekuatan mendengar penjelasan doktor itu.
Jadi, untuk memantapkan cadangan Dr. Lin , pakar bedah itu..dia minta soleh buat MRI hari itu juga..9 April. Soleh mula tak makan 11.30 tengah hari.
Punyalah lama..pukul 4 petang baru di tolak ke bilik MRI. Lepas tu sibuk mencari line..sebab nak masuk ubat contrast untuk mengesan kehadiran benda asing dalam badan Soleh. Berjam juga sebab line susah nak dapat. Akhirnya dr. Sofiah juga yang tolong. Soleh masuk dalam gelung MRI pada pukul 6.31 petang. Tanpa ubat tidur sebab kata staff MRI Soleh tak gerak-gerak mungkin tak perlu ubat tidur.
Scan dimulakan dengan tulang belakang...wah..sejam lebih juga..pukul 8 lebih baru soleh keluar. Tapi belum habis scan. Mereka terpaksa bagi ubat tidur juga sebab mereka nak scan bahagian kepala. Bahagian yang paling rumit. gerak sikit pun tak boleh. Ubat tidur diberikan.
Sampai hampir pukul 10 malam..soleh masih tak tidur. Dan satu jenis lagi ubat tidur diberikan. Hampir kul 11 malam baru soleh tidur. Scan di bahagian kepala pula diteruskan. dalam sejam juga.
Habis juga hampir pukul 11.30 malam. Soleh masih pengsan ketiduran ketika ditolak ke wad.
Risau dengan keadaan soleh, kami cuba gerakkan soleh. Alhamdulillah ada respon cuma nampak sangat soleh bawah pengaruh dadah. Tak lalu nak angkat mata. Nurse nak bagi ubat pun tak boleh..apatah lagi nak bagi susu..lagi merisaukan sebab dari kul 11.30 tengah hari Soleh tak minum atau makan apa-apa.
Akhirnya..kena masuk air sebab takut soleh dehidration. Badan kekeringan. Tapi...memang soleh pengsan sampai pagi...dia ada respon tapi payah nak angkat mata.
Tengahari juga baru soleh sedar dan kurang sikit mamainya.
Semalam dr. Kumar menjenguk Soleh dalam keadaan yang sungguh tidak ceria. Sebelum ini kan aku ada katakan dr. kumar berjaya mengeluarkan semua tumor di kepala Soleh. Mungkin dia rasa tercabar bila ada doktor lain mengatakan masih ada tumor tertinggal lagi.
Cuma dia kata..
"kita tunggu gambar MRI dia dulu.."
lepas tu dia keluar gitu.
Wad Soleh dekat dengan kaunter nurse sebab soleh perlu dipantau selalu. Akibat bilik ni berkepuk macam-macam bau..aku bukakan pintu.
Tiba-tiba terdengar dr.kumar bercakap di telefon..antara butir yang sempat aku dengar dia mengatakan dato' halili letak shunt dengan baik sekali..then dia ada cakap bahasa saintifik lain..aku tengah sibuk layan soleh makan masa tu.
Tiba-tiba dia masuk menyapa..
"kita ada berita baik dan berita buruk.." jantung aku berdetak..rasa penat dah menghadapi situasi begini..tapi tabahkanlah aku ya Allah..
"saya basuh tangan dulu.."
Kemudian, dia pam shunt di kepala soleh.
"inilah berita buruk dia..u masih kena pam shunt ini kerana air masih susah nak turun. banyakkan duduk.."
"berita baik..ketumbuhan memang sudah tiada..tak perlu kemo.."
Senyum dr.kumar memberi penjelasan itu.
Alhamdulillah...Sebak menyesak hati..kali ini memang rasa lapang selapang-lapangnya..walaupun begitu ..tak lah nak rasa soleh bebas sepenuhnya. tapi, sekurang-kurangnya..berita itu ada la sedikit memberi ketenangan dan kelapangan seketika.
"esok boleh balik.."kata doktor..memang aku nak balik hari ini sebab esok aku ada cek-up kat Pusrawi. Entah-entah kena tahan terus..
Namun begitu..ada berita yang agak sedap tak sedap dari pandangan dr pakar barahnya. Tak apalah..biar kisah itu dulu ye..
hari ini Soleh bangun dengan sungguh ceria. Asyik tergelak..terseyum..dan...dah pandai bergaduh dengan abang Izzat..
Bil dah setel dah ni..akak nora balik dulu ya...
senang-senang malam nanti sambung cerita di rumah juga. Kalau masih sempat perut ini menahan..hahah