Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, January 31, 2011

Kegerunan Seketika

Alhamdulillah..bersua akak dengan ms.lappy yang bernyawa juga akhirnya di bumi Kampung Melayu Subang ini.


Al-kisahnya, semalam aku menjemput suami aku di KTM Kampar pukul 12.30 malam. Niat di hati nak ajak emak aku sekali. Tapi, mengenangkan emak yang tak sihat, adik Soleh dan abang Izzat yang baru tenang melelapkan mata. Aku pun berlagak ala-ala berani nak pergi seorang. Hanya minta tolong emak tengok-tengokkan dua beradik tu.


Keluar rumah, macam biasa..bacalah doa keluar rumah dan macam-macam bacaan menenangkan perasaan. Takut juga kerana, mata aku ni masalah bawa kenderaan di waktu malam. Seorang pula tu.

Bertambah gerun bila kereta ku melalui kawasan ‘Kuil Biru’. Ramai yang cakap kawasan kuil india tu keras. Aku cuba tenangkan hati..’memanglah keras, semuanya batu dan simen’. Ala..tak ada apa-apa la..tiba-tiba ...


Dup..dap..dup..dap..aku Nampak cahaya biru berkelip-kelip. Aduh...road-block..takutnya aku macam Nampak hantu (walhal semua ada..lesen..road tax)..memang polis ni ada aura menggerunkan lebih dari ‘kuil biru’ tu. Tapi, aku belok sebelum menempuhi road-block tu.
Sunyi betul jalan menuju stesen keretapi tu. Aku terjenguk-jenguk dalam kegelapan kepekatan malam.

Tiba-tiba lagi..hehe..aku menjerit seorang...
Terlepas simpang aaa...nasib baik tak ada kereta tengah malam ni. Jadi, aku undur aje lah..terlajak kereta boleh undur. Terlajak kata silap-silap merana..hehe ..ingatlah pesanan Akak Nora ya.

Akhirnya, aku sampai juga di destinasi tersebut. Banyak juga kereta yang menanti. Tak lama selepas itu, en.hubby sampai dengan tren dari Rawang tu.


Akak nora dah selamat sampai di rumah tersayang. Karya en.hubby kali ini, agak tersusun. Tak lah berserabut. Cuma semak tetap semak. Akak nora sampai-sampai terus siap rumah pasal anak sedara akak nora ikut sekali. Jadi, kesian la dia duduk umah makcik nya yang bersepah ni...

Tersusun je kan sepahnya...hehe..kasihan en.hubby bila pn.wife tiada di sisi..haha..





Sunday, January 30, 2011

Cepatnya Ahad kan...

Sambil-sambil menunggu Viva Putih aku di cuci (tak daya nak basuh sendiri..sibuk..), aku bercadang nak post entri terbaru. Namun, kecewa juga. Kerana kat tempat cuci kereta ini sama saja di rumah aku. Tiada coverage. Jadi, aku save dulu entri ini.

Hari ini, en.hubby datang nak ambil isteri kesayangannya. Aku pula tak bersedia apa-apa. Pakaian yang hendak di bawa pulang masih bersepah..huhu..biasanya kalau en.hubby nak datang Perak ambil aku, baru masa tu lah aku cuci kereta. Haha..kalau tak, nanti dia berbulu..tengok kereta. Aku pun sakit hati kalau kereta comot. Tapi, mungkin aku jarang berkereta kuranglah terasanya.

Baju kurung yang dijahit pun..tinggal sepasang lagi. Baju anak saudara aku. Em..boleh kot siap hari ni. Alhamdulillah juga baju mak mertua dan kakak aku tu siap. Maklumlah dah hujung-hujung minggu baru nak buat.

Semalam aku dah sembur cikgu yang bermasalah tu. Sakit jiwa aku. Tapi, dalam sms je. Aku kata kalau jumpa berdepan aku siap bawa pegawai pendidikan dengan polis sekali. Mungkin ada sedikit gentar kerana aku telefon lepas tu asyik tak dapat je. Kat sini, abang aku terkenal dengan garang tak betulnya. Polis dan Ah Long menjadi kawan-kawan dia. Jadi, mungkin sekelumit rasa takut di hati cikgu tu. Tapi, naluri hati aku berkata perkara ni takkan berakhir lagi. Aku geram......bertambah nak pecah kepala bila aku bercakap, macam bercakap dengan tiang. Cuba korang bercakap dengan tiang apa korang dapat. Kalau dipukul..buat sakit tangan sendiri je. Tiang tetap tiang.

Yang pasal mengugut tu, aku baru cakap je. Aku tak cakap pun dengan abang aku. Kalau aku cakap ke...ish...patah riuk silap2 dikerjakan dek abang aku tu.

Siapa yang aku bebelkan ni..? adik beradik aku ke? Tak lah...seseorang yang ada tali kaitan dengan keluarga aku. Namun, masalah ini perlu juga di ambil berat. Bukan aku kecohkan kerana hal keluarga aku. Tapi, aku hairan...seorang guru yang sepatutnya memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa ke jalan yang betul menjadi seperti itu. Memang la guru tu manusia biasa, tapi bukankah manusia berbeza dengan binatang kerana manusia di beri akal fikiran untuk membezakan baik dan buruk. Jadi, kenapa anda nak samakan diri anda dengan binatang. Memang aku emo bab-bab macam ni. Ibarat anak sendiri yang terkena...

Mungkin petang ini atau malam nanti aku bertolak balik ke Subang. Hidup aku akan berjalan seperti biasa sebagai isteri seseorang dan sudah tentu ibu kepada dua orang putera ini. Hehe..Tak sabar nak tengok hasil karya en.hubby dengan rumah yang dah seminggu ditinggalkan untuknya...argh..bersedialah Akak Nora weh.... cepatnya minggu berakhir dengan hari Ahad...

Thursday, January 27, 2011

Hanyut dalam memikirkan...

Akak nora berhadapan dengan pelbagai jenis masalah...aku kena join sekali ke..?

  1. cikgu sekolah yg dah beranak dua bermain cinta berbaur lucah dgn murid 14 tahun.
  2. penagih dadah yg menyusahkan mak bapak
  3. anak dan menantu yang tak faham kesusahan ibunya. emak tu dah tua nak menjaga cucu, bila tersilap sikit..salahkan ibu. dah lah bg upah pun tidak..kalau pengasuh rm 2ratus lebih juga tau...
  4. ibu yang dah uzur dilayan seperti orang gaji oleh anak yg da besar yang sepatutnya membantu ibu itu.
  5. suami yg sentiasa tak cukup wang namun tak pernah bekerjasama jika isteri nak bekerja.
  6. suami yg bercita-cita nak kahwin 2 walaupun hidup tak pernah nak imamkan keluarga.
  7. orang yang suka ambil kesempatan ke atas orang lemah. org lain buat kerja dia goyang kaki nak upah. walhal dia lagi sihat dan kuat dari orang tu. tapi...isteri yang keluar bekerja...emm

Itulah dunia kan. Itu masalah yang berlegar di hadapan ku. Bukan aku gi sibuk jaga tepi kain orang, cuma mata hanya melihat dan minda ku berfikir tentang manusia2 begini. Namun, hanya jemari mampu berkisah dan menadah tangan moga Allah lindungi hidup kita.

Tuesday, January 25, 2011

Nasib baik Akak Nora double cek tau..

Ingat tak last entri akak nora? Adik Soleh ada rawatan susulan pada hari Rabu mengikut kata doktor dia. Akak Nora pun relax aje lah menanti hari Rabu yang dijanjikan...

Nak dijadikan cerita, semalam kakak aku lepak di rumah emak. Maklumlah nak menumpang aku ni menjahit baju, bukan senang dapat jahit baju free. Aku pun ketika itu sedang menjahit baju kurung emak mertua aku. Sejurus itu dia bercerita nak ke hospital hari ini 25 Januari 2011 temankan abang ipar aku buat rawatan lutut. Aku terus teringat, yang kad adik pun tertulis 25 hb. Tapi esok hari Selasa, bukan Rabu. Pergh...nasib baik akak double cek weh..

Tengok kad rawatan dia..25 hb tu...

Akak nora posing ngan adik dalam bilik doktor


Ini emak akak nora a.k.a opah Soleh


E eh..adik ada stroller aaa..nanti entri lain akak nora cerita ye..
Jadi, hari ini aku ke hospital satu kereta dengan family kakak aku. Ketika entri ni di taip adik dah buat rawatan. Doktor dah sahkan adik tak ada apa-apa. Dah sihat..Alhamdulillah...
Sekarang ni, tunggu abang ipar akak nora pula. Ok lah..adik soleh nangis plak..




Monday, January 24, 2011

Bukan lembab..langsung tak jalan..

HUhu...aku dah selamat berada di rumah emak di Kampar. Adik Soleh akan ke hospital sekali lagi hari Rabu ini utuk rawatan susulan. Jadi, en.hubby dah pulang dulu..maklumlah bekerja. Dia balik dengan kawannya yang kebetulan ke Ipoh semalam. Viva Putih tinggallah untuk kegunaan aku..hehe..dapat balik kereta aku. Da jadi kereta dia pula..pasal dia belasah gi site projek dia..sian Viva aku yang dulunya comel..sekarang da comot.

Alkisahnya, kan dah aku katakan line lembab..bukan lagi lembab memang dah tak ade apa-apa coverage. Apa ke teruknya duk depan lombong ni tak ade line tenet langsung..Jadi, masa akak berlalu tanpa on kan ms.Lappy akak ni.

Sekarang ni? sekarang aku dalam kereta di tempat parking poliklinik kerajaan yang paling aku nyampah. Emak ambil ubat dan bawa adik lelaki aku buat rawatan sekali. batuk-batuk katanya..aku ambil kesempatan keluar dari kawasan rumah untuk meng up date blog. Sekaligus follow sapa yang sudi nak kawan ngan Akak Nora ni...kang kata aku sombong..tak..tau..fahamilah situasi akak ya...

K lah, nak guna masa sikit gi blog walking jap..kalau dapat la..pasal si soleh dah mula ada bunyi..bosan duk dalam maxi-cosi la tu. k see ya...

Saturday, January 22, 2011

Confirm weh...

Alhamdulillah..doktor kata adik telah menunjukkan perkembangan yang positif. Doktor benarkan Soleh pulang dan datang semula untuk rawatan susulan pada hari Rabu depan. Seronoknya akak nora..malam ni boleh tidur guling-guling..hahaha..dah penat tidur ala-ala cover coverage kat sini. Tapi, macam biasa..lembab la akak punya berukband ya...

yahoooooo...

Berserah saja lah..

Tengah layan tengok tv semalam, aku dapat rasakan badan aku macam tak betul. Tak betul..ala..macam kaki kat atas kepala kat bawah. Hish..aku dah tak sedap hati. Hati je tau..buah pinggang, jantung ke, peparu...ok..tapi tak bermakna lah sedap..hahaha..Akak Nora dah membebel.
Mata pun dah berair. Kepala dah denyut-denyut. Aduh...hidung dah mula geli-geli sumbat pula tu. Apa lagi tu..simptom-simptom nak pecah kepala la...hahaha demam la. Dah malam, kedai tutup..tak dapat le aku nak beli ubat kebangsaan. Nak minta nurse, mesti ada kan, nama pun hospital. Kedai jual buah pun ada panadol, takkan hospital tak ada.. Tapi aku tak nak makan ubat doktor punya. Kang kalo banyak sangat aku bagi alasan, mesti mereka cop aku 'mengada-ngada'. Tapi hakikatnya, aku tak boleh makan ubat panadol dari hospital atau klinik. Nanti mula lah mata aku bengkak macam katak tak cukup tido..(ada ke..?). Aku alahan sesetengah ubat.

Jadi, apa aku mampu buat. Aku bacalah Bismillah dan apa-apa bacaan kat sebiji epal merah ni sambil berniat kepada Allah kurangkan lah sakit aku jangan jadi melarat. Susahlah kan kalau aku sakit, dah terang-terang tak larat nak jaga anak nanti. Nasib baik semalam, adik Soleh tidur aje dengan tenang. Sungguh tenang jugalah aku semalam.
Pagi ini, doktor dah buat pemeriksaan di waktu paginya. Dia kata perkembangan yang bagus. Dada Soleh dah tak banyak bunyi. Petang nanti lepas dia cek, boleh keluar wad. Hidung aku pun menunjukkan perkembangannnya..kembang kuncup..kembang kuncup..tahan bersin depan doktor.

Cuma, kena datang untuk rawatan susulan. Dia kata dia boleh bagi surat untuk aku rujuk di hospital atau klinik di tempat tinggal aku nun di Shah Alam. Tapi....argh..payahnya la. Sebenarnya benda tu senang je..tapi..susah..lantakkan je lah..

Jadi, akak nora tengah menung dan buat yang apa patut kat lembaran blog akak ni sementara masa masih ada (ala touch-up je make up yang luntur ye..). Pasal kalau akak sampai umah mak akak nanti tentu dah tak ada line walaupun cross-line sekalipun..yang ada double-line kat jalan nak masuk umah mak akak tu..wahahah


Muhammad Irsyad Soleh memang pandai mengisi masa lapang. Sepanjang nak dekat seminggu di sini, dia dah boleh menguasai kemahiran tangan. Kekadang aku curi-curi tengok , tangan dia tengah kembang di hadapan muka dia..muncung toksah cakaplah terjuihnya ..dah macam ada skrip "ha..ha..jaga-jaga..jangan...."

uwaaa..Soleh nangis..jari jolok mata. Tak apa, berlatih lagi ya...

Friday, January 21, 2011

Dah nak jadi begitu..

Uwaaaaa..doktor jamin hari ni boleh balik. Tak jadi lah. Doktor kata kahak adik Soleh banyak lagi. Jadi, dia minta untuk tinggal sehari lagi untuk memantau keadaan untuk esok pula. Salah aku ke? Itu semua kerja Allah, aku dah cuba sedaya upaya untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang ini. Sepatutnya, doa dan kata-kata semangat mengiringi aku supaya lebih kuat kan..ini tidak..nape ni? Argh..abaikan..


Soleh memang tak nak baring atas katil. Bosan..nak dukung, faham-fahamlah berat 7.6kg. Dah kebas tangan, pinggang dan belakang tu. Alhamdulillah, aku bawak menatang tu. Kurang la sikit bebanannya.


Dah jadi beginikan..mulalah aku melayan perasaan yang dah mula rasa nak meleleh-leleh sikit. Sayu tengok adik menangis kena sedut hari-hari. Tapi, aku tak berapa sedih apabila pakar tu kata dia tak sakit, Cuma rasa geli-geli sikit.

Salah aku ke perkara ini terjadi? Kenapa manusia terlalu mudah menyalahkan manusia atau taqdir? Apa yang mampu aku buat..berserah...tak mampu rasanya dah susun ayat..biarlah hati terubat dulu..

Aku pun perempuan..

Ini malam yang keempat aku tidur di wad kanak-kanak (Ipoh Specialist Hospital) menemani anak kecilku, Irsyad Soleh. Malam ni sejuk sikit pasal tadi aku dah request kat nurse tu kasi down skit temperature kat bilik ni. Kalau nak panas je..jangan la pakai air-cond..berpeluh weh. Pasalnya katil aku jauh dari air-cond, memang la yang depan air-cond tu sedap jek..aku lah derita.

Dari pagi tadi menghayun si Soleh, baru sekarang dia tidur dengan rasminya kerana sejak tadi dia asyik tidur ikut resmi ayam.
Berbalik kepada tajuk di dalam entri tengah malam ku ini. Aku nak melayan perasaan sedikit. Teringatkan member seangkatan pangkat dengan aku..isteri dan ibu. Dalam kebahagiaan dia melayari bahtera, macam biasa pasti ada ombak yang mengganas. Cuaca pun tak selalunya cerah. Dia marah..nasihatlah macamana pun, hatinya dikuasai amukan marah kerana suaminya bermain cinta dengan wanita lain.
Aku pun perempuan. Dan aku faham. Memang kecewa bila diperlakukan begitu. Aku pernah kecundang. Mungkin terlalu cepat membuat andaian. Salah aku pun ada juga..aku nasihatkan kawanku berdasarkan pengalaman. Jangan terlalu cepat melatah. Kita bermuhasabah ingat pada diri kita. Apa Allah nak tunjukkan..(senang la cakap..bukan laki ko yang buat hal..) Siapa tau..akan datang..itulah masalah yang akan menimpa Akak Nora suatu hari nanti kan..Nauzubillah..


Prinsip yang mematangkan Akak Nora dalam menjalani rumah tangga ini :
  1. Bahagia macammana pun, belum tentu suami pendengar yang baik..kembalilah merintih dan merayu kepada Allah. Kerana Dia tak pernah jemu dengan kita.
  2. Memang sakit jiwa dan raga jika kasih dipersendakan oleh orang yang kita sayangi..anggaplah kita pun mungkin ada silap hingga dia mencari keseronokkan di luar.
  3. Lelaki tetap lelaki. Perempuan sekarang pun tak boleh percaya...kalau tak melayan tak jadi masalahnya..ni tahap gatal suka tengok rumahtangga orang runtuh..
  4. Jika kita da cuba sedaya upaya yang sebaik mungkin, kita berdoa dan bertawakkal saja kepada Allah..anggaplah ia ujian untuk kita rapat kepada Nya...

Lagi satu, akak nora pegang pesanan Rasulullah saw ..kalau kita perempuan ada masalah, jangan ceritakannya kepada lelaki dan begitulah juga sebaliknya. Ini adalah untuk mengelakkan fitnah dan membesarkan masalah yang sedia ada. Dan seriously, akak nora tak suka KONSEP BERKAWAN LELAKI DAN PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG. Kenapa mesti PEREMPUAN telefon lelaki yang dah kahwin tengah-tengah malam..atas alasan KAWAN..begitulah juga sebaliknya

" KUCING MANA NAK TOLAK IKAN ?" "Perempuan sekarang ramai dah tak sunat ke"

Wednesday, January 19, 2011

Ibu adik kena sabar lagi kuat ye...

MODE : memujuk hati dan badan yang penat.
Demi anak-anak aku yang tersayang, ku gagahi jua. Walaupun belakang aku sakit, hidup dah tak tentu arah..rindu kat Izzat kat rumah opahnya..tapi tak pelah. Semoga Irsyad Soleh cepat sembuh.
Akibat batuknya yang kuat semalam, Soleh kena x-ray untuk melihat keadaan paru-parunya. Ish..takut jugak aku. Tapi, petang tadi doktor dah memaklumkan tiada apa-apa cuma asmanya mengambil masa untuk pulih. Dan doktor kata,
"..hari jumaat boleh balik ye.."
Akak nora tersenyum sambil menjerit dalam hati. Mampu ke nak sampai Jumaat..aku tak boleh nak berganti dengan orang lain kerana Soleh hanya minum susu ibu. Jadi, siapa lagi yang ada...takkan opahnya yang dah kira stok 'puting kosong' tu. Jadi, nak tak nak kena lah Akak Nora sabar lagi ek...

p/s: nasib baik opahnya anta laptop kat ibu..lembab pun lembab la aslkan boleh akak bebel sesorang..huhu

Tuesday, January 18, 2011

Kenapa Irsyad Soleh masuk wad ni? Aku pun tak jangka. Pada mulanya, aku Cuma menyangka Soleh hanya batu dan aku berikan saje ubat batuk yang dia dapat dari klinik di Subang. Batuknya bertambah teruk. Di susuli pula dengan muntah yang amat banyak selepas selesai dia menyusu.Esoknya nafas dia berbunyi. Aku tak puas hati, terus bersetuju dengan cadangan emak bawa Soleh ke hospital.

Terdapat banyak lendiran kahak di saluran pernafasan Soleh. Ianya kes agak serius bagi bayi 3 bulan. Tanpa banyak soal, doktor mengisi boring masuk wad. Kiranya Soleh ni macam dapa asma la sekarang ni. Kena sedut ubat...dan disedut juga..




Irsyad Soleh today



Wad 1 malaysia

Hai blog Akak Nora dan tak lupa kawan-kawan blogger akak. Entri terakhir, akak nora katakan akak tido dalam wad..alkisahnya jari jemari akak nak berkisah la ni..

Kan anak kecilku, Soleh tak sihat asyik batuk-batuk..menjadi melarat bila dada dan perutnya berombak-ombak bila bernafas. Jadi, aku yang sedang berada di Kampar terus terfikir nak bawa Soleh terus ke speacialist Ipoh. Tak percaya dah dengan perkhidmatan Hospital Kampar.

Sampai di ISH, bila giliran Soleh mendapat rawatan. Doktor terus cakap " dia penatlah..saya tak perlu guna ini dah boleh dengar bunyi kuat.." sempat pula dia tangkap video gambar anak aku termengah-mengah tu. Buat rujukan di kemudian hari kot. Dan dia mencadangkan Soleh masuk wad kerana dia perluka nebulizer selang 4jam. Jadi, bermula kehidupan aku seketika di wad kanak-kanak KPJ ini.

Semalam, langsung tak boleh tidur weh...bukan tak ngantuk dah mengong rasanya. Wad anak aku ni ada 4 orang pesakit termasuk Soleh la..yang 2 lain budak cina, dan seorang lagi pesakit baby berbangsa india. Kan 1 Malaysia tu..

Bila malam penjaga nya tidu, yang pesakitnya menjerit macam apa entah..bukan sakit tapi ngada-ngada. Aku kata gitu kerana doktor dah sahkan mereka dah sihat dan boleh keluar hari ini. Aku yang nak lena ni terbangun lah takut adik terjaga. Soleh pula suka terkejut-kejut takut juga. Bila dah lena..nurse datang nak buat nebulizer..argh..aku pening...

Buat pengetahuan kawan-kawan, ni musim penyakit oo..semalam Soleh ditahan di wad menunggu pasal wad kanak-kanak penuh sungguh. Hari ni pun Uncle yang jenguk auntie jaga cucu ni pun kata klinik penuh...huhu...

Maaflah, Akak Nora tak sempat upload gambar tempek kat blog..dah senang nanti ek..ni pun si Soleh ti do..tu yang layan sekejap..

Doakan semoga semuanya lancar dan Soleh cepat sembuh ya..akak nora mungkin lagi 2 hari kat sini..(nak meraung..boleh..)

Monday, January 17, 2011

Akak nora masuk wad

secara rasminya ..malam ni aku tido dalam wad

Sunday, January 16, 2011

Contest : SAYA ANAK EMAK...SEIRASKAN KAMI

Tengah melayan blog Makbed, tiba-tiba mataku terpaku di iklan yang tertempek kat side bar tu. Siyes..muka member aku dulu masa belajar kat Uitm. Aku pun klik..mengikut maklumat memang member aku. Tapi blog itu kepunyaan adiknya. Aku tau pasal adiknya seorang je..

Alang-alang Akak Nora dah masuk, akak pun nak join la ye dik..akak follow blog adik ek..kalau ada sesiapa yang berminat nak join, sila klik di gambar di bawah ni ye..


Jadi, setelah di godek dalam ms.lappy ni, Akak Nora jumpa gambar ni je..okla tu ek


Inilah gambar Akak Nora ketika selesai bergelar isteri orang..hehe
Nama anak : Norazima Bt Muhamod Razali.
Nama emak : Assmah Bt Sarid (23 Januari 1951)..happy birthday emak..(comingsoon)hehe..
Adik Eva minta tag..aku tag sapa ek..
Haaaa...MJ mesti suka masuk contest...n try tag kawan baru pulak, PUTERI CAHAYA...enjoy ya..


Akak Nora dan Ms. Lappy

Memang tahap bukan beruk dah ni.. ni dah kira siput sedut merangkak under the moonlight..tension. Nak terjah blog member yang ziarah pun memang tak dapat. Jadi, rakan yang dah jenguk Akak Nora tu, minta maaf kalau akak tak kunjung tiba pasal dari pagi tadi da cuba..tak dapat jugak. Mana yang bernasib baik tu sempatlah akak layan dengan entri terbaru anda. Memang lembab sungguh line tenet di sini. Bosan pun ada skit. Tapi, Alhamdulillah pasal boleh juga Akak Nora post cerita akak. Tapi memang panas punggung lah menunggu di post ke blog.

Entri tempoh hari ada aku selitkan, jika aku pulang ke kampong, memang tak dapat nak berblog. Maklumlah ms.lappy aku koma. Tapi kini tiada lagi. Malam yang en.hubby pulang lewat tu, dia bawa balik ms.lappy aku yang sudah sihat sepenuhnya. Sebenarnya beli adaptor baru je.


Ms.Lappy kembali memenuhi ruangan hidup aku.

Aku dah tak boleh kacau PC ni dah pasal en.hubby banyak taip dokumen kerja. Pernah aku tengok dia terpadam kerja yang belum di simpan dalam file. Pergh!! Ngamuk tu.. Macammana kalau aku yang buat..mesti panas telinga kan..mestilah dia tension, aku tengok dia taip semua butiran kerja dia yang semalam, yg buat tadi dan akan datang..wargh..gila la dia nak merekaciptanya semula.

Dan, yang paling penting...


Aku dah tak payah guna LCD 37inci ni sebagai monitor. Ada guna sekejap selepas monitor en.hubby lingkup di tengggelami banjir. Seronok woo...besar..tapi lama-lama boleh pening.

Ben Ashaari : Cinta Monyetku..

Keterangan lanjut bila anda klik disini.

Cinta monyet? Memang monyet...Kisah cinta aku bermula ketika di tingkatan 4. Ketika itu, aku bersekolah di Malim Nawar, Perak setelah berpindah dari Ampang, Selangor. Ketika itu semua orang ‘ushar’ aku. Mereka ingat aku ni betul-betul kelahiran KL nun..walhal aku lahir kat Hospital Kampar nun jugak. Bahasa aku still ok lagi..no hal lah. Di sebabkan itu, aku di labelkan sebagai budak sombong.

Cuma selepas beberapa bulan, barulah ok..dah mereka aku kaki loyar buruk pulak. Tu lah manusia..macam-macam label nak diberikan kepada orang lain.

Aku belajar dalam kelas 4 Sains 2. Ketika kelas agama, kami bergabung dengan 3 kelas sekali termasuk kelas perdagangan. Ketika itulah aku berkenalan dengan geng orang kampong, member sekelas aku. Aloi, Bad dan Shah. Shah memang best..kaki gelak je..loghat perak memang pekat.


Masa berlalu, aku makin pelik..si Aloi suka bagi hadiah..kalendar buat sendiri la, itu lah ...ini lah..Aku dapat syak..mesti dia ada hati ngan aku. Aku layan jek...tapi dah mula geli skit pasal dia macam berlagak romantic..aduh!!!


Berlainan dgn Bad..dia ni memang lelaki pujaan di dalam geng aku tu. Aku pun tak terfikir nak rapat dengan dia. Tapi, banyak urusan dan pembelajaran yang merapatkan kami. Tambahan, aku ni tutor matematik kepada aloi dan shah..dia pun sibuk sama. Mana aku pergi dia pun ada. Pernah aku belek muka aku kat cermin. Bukan kategori rebutan orang ketika itu..comot!!

Berlalu hingga ke Tingkatan 5, kami makin rapat. Berhubung cuma dalam disket...(ceh, tak main lah surat2 cinta)..akhirnya kami pun mengaku konon-konon berpasangan. Apa lagi, rupa-rupanya aloi kecewa..Emak aku kesian mendengar kisah itu. Tambahan Aloi tu anak yatim. Teruslah dia ambil budak tu jadi anak angkat dia..lagi lah aku geli pasal aku dah anggap dia adik aku. Pasal dia lahir lambat..hehe


Aku dan si dia menjalani hidup seperti biasa. Tapi, kami tak macam budak sekarang..bersembang kat sekolah? Tak pernah..kalau bertembung..senyum je..Telefon?..weh jangan lah..mengamuk mak dia ataupun bapa aku. Nak jumpa kat luar..? duk berdua dalam bas pun payah..memang payah kitorang..maklumlah budak sekolah. Tapi bebudak sekarang..ish..ish..siap buka kain..nauzubillah anak-anak aku nanti.


Hubungan kami terputus selepas tamat SPM. Puncanya, aku kesal dengan sikap hipokritnya. Dengan aku semua takut...tapi dengan perempuan (di cop penggoda dalam kelas aku) semua boleh..member aku siap jumpa naik motor berdua dengan perempuan tu. Bukan aku jeles aku tak naik motor berdua ngan dia..Cuma aku sedih pendiriannya begitu.

Selepas itu, aku teruskan hidup aku tanpa cinta (hanya kawan-kawan begitu je). Hinggalah aku masuk UiTM..Bad ada menghubungi aku untuk bertemu ketika cuti sem. Aku cuba juga, mana tau cinta bertaut kembali..ceh..memang tak boleh!! Ketika belajar di Uitm pun, memang aku mengelak cinta sama kampus. Tapi, Alhamdulillah memang aku tak ada perasaan langsung kat bebudak sana nun..hehe


Lepas kisah itu, aku tetapkan syarat untuk diri aku sendiri. Nak dikatakan cinta haruslah berkawan jujur ngan aku lebih dari 6 bulan. Dan yang penting nak jumpa aku mesti depan mak bapak aku. Nak tau siapa yang lulus...? Itulah suami aku..


Bad..dah selamat kahwin tahun lepas. Cantik juga isteri dia..Aloi..lepas raya cina ni kahwin lah dia..


Pesanan Akak Nora, janganlah adik-adik yang bersekolah ni menjebakkan diri dalam percintaan. Sungguh TIADA CINTA SUCI dalam arena persekolahan pada ZAMAN INI. Percayalah...kalau ada pun..Ya Allah..payahnya dik. Bukan budak sekolah je..budak-budak lain jugak. Yang penting, jaga kehormatan diri. Kalau tiada orang nakkan kita pun, Allah pasti siapkan yang terbaik untuk kita. Janganlah terlalu mudah mencampakkan diri ke arah itu. Bataskan diri kita dengan sifat MALU terutamanya MALU KEPADA ALLAH...

Sekian jariku berkisah.

Aku Kat Kampar juga akhirnya!!!!

Alhamdulillah...akhirnya sampai juga aku di Kampar ini.
Kisahnya bermula begini, en.hubby sampai di rumah pukul 8.oo malam. Aku agak-agak mungkin tak jadi balik kampung malam tu. Ye lah tentu dia penat. Lagipun tak ada gaya dia nak bersiap. Aku pun berlagak seperti biasa. Untung siapa dapat aku ni, tak reti nak merungut, membebel apatah lagi nak bentak-bentak..(pergh!!!puji diri sendiri..)
Tiba-tiba dia bersuara, “macam tak nak balik je..?”
“E..eh, aku dah lama bersiap..dia yang main tarik-tarik tali..” hanya di dalam hati kecil yang da kecut ini.
“Barang semua dah siap-siap, anak-anak dah siap (mestilah, dah malam..baju tidur aje lah..)..abg tu kan baru sampai. Nak rehat, makan pun belum lagi. Biarlah dulu..”Berhati-hati aku menyusun ayat dan menjaga intonasi suara. Ye lah..dia kan baru balik..penat.
Tik..tak..tik...tak..(bunyi jam kat dinding rumah aku)..dah pukul 11.00malam. Dah separuh barang-barang di letakkan dalm kereta oleh suamiku. Dalam ketika itu seram sejuk tiba-tiba badan aku ni..ish..tak de kaitan dengan cerita hantu. Aku nak demam pulak ni..
Bila bergerak..kesejukkannya makin dasyat. Apa lagi aku telan la ubat femes masa demam. Aku memang elakkan diri dr makan ubt ni. Tapi, kalau dah teruk..aku telan jugak. Hubby bawa kereta sampai hentian Rawang je. Kepala ni sakit, mata pun tgh problem..tambah bawak kete malam-malam ni memang problem. Tapi, tiada alasan, terus aku ambil alih.
Janji sampai kat Tapah je..tapi aku terus memandu sampai ke rumah. Kesiankan suami..lagipun dah alang-alang aku memandu.
Malam tu ( dah masuk waktu pagi dah ketika tu)..memang tak boleh tidur..sejuk pun ada, kepala nyup nyap sakitnya..aduh...sampai ke pagi. Aku demam lagi teruk esoknya. Tapi, Alhamdulillah..hari ni dah sihat..anak kecil aku pula, batuk-batuk sampai tak ada suara.

Friday, January 14, 2011

Bersabarlah hati ...Lelaki jangan mudah lupakan janji.

Sepatutnya ketika ini aku dah tak boleh berblog dah..maklumlah lappy aku tengah koma dan di rumah emak aku nun di Kampar tu..tak ada line yang ok. Semuanya k.o.

Sepatutnya aku dah sampai semalam kat Perak. Tapi, en.hubby call semalam mengatakan balik hari ni lepas solat Jumaat. Usahkan lepas solat, ni pun tak balik lagi. Emak aku dah nak dekat berapa kali call tanya dah bertolak ke belum. Aku pun jawab "jauh lagi nak tolak ni, bukan senang.."Mak bengang!! huhu...

Aku bukan marah kat suami aku apa yang telah berlaku ini. Aku cuma bengang bila mudah sangat dia berjanji tapi satu pun dia tak ingat. Cuba lah kata InsyaAllah.."abang tak janji tau.." at least tak de lah aku menunggu-nunggu. Itupun aku da malas nak bersiap dulu. Dibuatnya betul aku siap semua dengan anak-anak sekali tunggu dia lepas solat Jumaat tak ke aku leh ngamuk..tapi percayalah..kak nora tak pernah begitu..tabahkanlah hati ini lebih lama lagi ya Allah...no big matter lah..

Akak Nora siap buat kek favourite dia lagi..cheddar cake..huhu



Sedap wo...nak resepi klik kat sini.

Berkedut pasal letak dalam pinggan je..sian dia..

Thursday, January 13, 2011

kita semua orang yang baik.

Kita semua orang yang baik. Tapi kita yang rosakkan hati nurani, jiwa raga, mental dan fizikal kita supaya menjadi orang yang tak baik.
Cuba kita lihat, kanak-kanak kecil. Apa yang menjadi idola mereka..macam anak Kak Nora ni minat Ben 10, Attonggeng (Ultraman tertonggeng..dia yang namakan hero tu), pendek kata semuanya super hero. Akak rasakan bukan anak akak seorang je yang gilakan kartun superhero ni.Mesti ramai lagi di luar sana kan..
Semua nak jadi superhero..kenapa mereka tak nak jadi raksasa ke? orang jahat ke? alien ke..sebab dah mula fikir nak selamatkan alam sejagat dengan cara mereka. Hehe..
Lagi satu, walau seteruk mana ibu bapa mereka, penyamun ke..perogol ke..penagih dadah ke..pernah tak mereka menamakan anak mereka dengan nama FIRAUN? Sebab tiada siapa di dunia ini nak kan anak yang tidak baik..betul tak..
Cuma silapnya kita, cara kita mendidik dan di mana pendekatan agama kepada anak kita..? Mari kita fikirkan. Selamat beramal.
Salam Maghrib

Wednesday, January 12, 2011

SEGMEN MADAH PUJANGGA - Ben Ashaari

Sejak dua hari berlalu ini, aku rasakan hidup aku huru-hara. Kenapa ye..? Rasa macam nak belah lapan badan ni moga aku dapat penuhi keperluan di setiap ceruk. Ish..badan pun semacam je. Nak kena makan supplement semula ni..mungkin pemakanan tak teratur. Jadi, menyumbangkan kesihatan yang kurang baik.
Sepatutnya aku dah mula mengemas untuk pulang ke kampung esok. Tapi, betul la..tak de jiwa dalam bekerja sejak 2 hari ni. Kot nak ber MADAH PUJANGGA kot. Jadi, biar aku melayan perasaan dengan gambar dari saudara Ben Ashaari ni..

Jom kita bermadah pujangga malam ni di sini.

Tenang..
Mungkin tercetus bila dipandang,
Mungkin terasa jika dipegang,
Mungkin terbuai jika hati melayang.

Sebenarnya tenang..
Anugerah Yang Esa,
Buat hamba-Nya yang dicinta,
Moga di dunia sentiasa bahagia,
Mensyukuri nikmat-Nya.

Tapi tenang..
Sungguh tenang kita di bawah,
Hingga terlupa di atas adalah Allah,
Kita sentiasa buat salah,
Bila mana ucapkan Alhamdulillah,
Yang kita tahu hanya serakah.
Astaghfirullah…

Moga tenang..
Kembalikan kita kepada Illahi
Dalam hati,kita ingatkan mati,
Balasan syurga dan neraka yang pasti,
Doakan kita jadi hamba-Nya yang di kasihi.

Tuesday, January 11, 2011

AKU BOSAN...

Bosan..ngan sapa..hubbyku? my boys...? my life? tak lah...
Bosan tak pandai lagi ni..nak tukar aaa..sapa leh ajar or ada link suggestion ce mana nak tukar template ke? buat header ke..? tmbh itu ini ke..share with Akak Nora ek. Tunjuk jalan je..seterusnya akak leh cari. Janganlah tunjuk sungguh2..akak tau kome pun sibuk nagn kroje kome kan...
Perubahan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ataupun nak cari glemer untuk femes..ia hanya untuk kepuasan aku sebagai tuan punya blog. Ala..kira macam kita nak hias rumah sendiri la kan...
ok..out dulu. Hari ni tak boleh bebel lama-lama..

Monday, January 10, 2011

Apa perasaan anda..

Buat keje sendirian...tolak kabinet dapur, angkat almari, panjat situ dan sini..cukup masa kang..anak-anak punya aktiviti pulak..argh..kain belum sidai..lipat..susun...dapur tak mop lagi...
Apa rasanya....PENAT!!!!!!!!!
bukan entri merungut..cuma bunga-bunga nk gitau tak larat nak berkisah malam ni..bahu rasa nak tercabut..sok ya blog...

Sunday, January 9, 2011

Kisah Tulang Lauk.

Ish..tajuk menda tu..resepi ke..tak lah..ni petua orang tua-tua. Aku tak berkesempatan nak guna. Bila dah berhadapan dengan situasi yang diperlukan. Memang lupa..takkan ingat. Kalau dah tersebut nama betulnya..memang takkan menjadi. Mak le kata...Nak juga aku rasa, boleh pakai ke petua ni. Bertahun juga la aku tak pernah. Nak minta jumpa..? Minta dijauhkan ada la...

Al-kisahnya, sejak 2 menjak ni, dah 2 ekor anak-anaknya masuk. Seekor suami aku jumpa di pintu. Yang kedua aku jumpa..best jugak kisahnya. Mcm biasa, aku bersila menghadap blog aku. Pakai seluar pendek time tu..nak tido..
Tiba-tiba geli geleman kat pelipat bawa paha. Semut ke? Nyamuk tersepit ke? Lalat terhimpit ke? Rupa-rupanya, DIA!! terlompat la aku sekejap. Terus aku ketuk dengan apa yang ada di tangan. Dah arwah..
Semalam pula, tengah berehat watching tv. Tiba-tiba terpaku mata aku ada benda bergerakgerak di pintu. Ku amati, memang kaum dia. Tapi yang ni besar...terus aku menjeri...
"Abang.....!!!! Tulang lauk tu..." suamiku memang skema..
" Tulang lauk apa pulak kat dinding.."
" Orang tua-tua kata, kalau kita sebut gitu..dia tak bergerak mana-mana dah..tak lari" aku menerangkan.

Suratan atau kebetulan..memang dia statik tak ke mana-mana. Kecoh-kecoh kitorang snap gambar pun dia statik jugak..apakah kaitannya? Memang lipan ada sifat statik or pertahanan konon-konon dia invisible kat situ..ish..kena google ni..hahaha

Apa pun dia da selamat dalam tong sampah selepas gambar ni di snap...

p/s: kalau berkesempatan, cuba korang try pulak..

Kak Nora Terujalah!!! tapi..

Teruja..Alhamdulillah..dah mula ramai blogger sedar kehadiran aku. Hari-hari on, paling sikit pun 2,3 orang kawan baru mesti ada. Besh...anda memang sporting. Akak dah follow mana yang sempat tau. Tapi, tak sempat walking-comment pasal jam dah kul 2pagi. Ni pun pasal nak update sikit.


Kan pagi tadi shopping barang keperluan. Ramai juga orang. Macam acara mencari harta karun le sekejap. Dah tak boleh bersantai-santai macam anak seorang dulu. Cukup waktu, si kecil mesti mula lah perangai nya.



Ingatkan beg-beg tadi tidak mencukupi. Berlebih lagi...penat...

Sampai rumah terus buka langkah masak tengah hari pasal dah kul 12 waktu tu. Alhamdulillah..semua ok

Petangnya, ajak en.hubby g kedai bakery. Aku memang fanatik kedai macam ni. Selama ni nampak signboard aje. Bila dah mula gerakan membuat kek dan macam-macam projek, aku try la terjah kedai bahan bakery yang terletak di Kota Damasara ni. Memang mula-mula masuk rasa nak ambil semua benda. Serakah tul..
Nasib baik datang dengan en.hubby, kenalah kawal sikit. Tak baik membazir. Beli keperluan aje..anak aku kan gila kek. Ni pasal dah lam tak buat. Mula lah dia membebel..beli sepotong kat kedai rugi..bukan pasal mahal..tak cukup ibunya nak tumpang..hehe

Tu je lah yang sempat akak capai. Ada lagi yang teringin nak beli dan cuba. Tapi, perlahan-lahan lah. Kalau kat kedai baju, aku boleh tahan lagi kalau tak beli. Tapi yang ini ada rasa bengang sikit..hehe

Cadang nak try sebijik tadi..rupanya telur sebijik pun tak de hampeh!!!

Tido le..

Saturday, January 8, 2011

Hijaukan bumi anda - versi Akak Nora ..hik!!

Kelatnya mata nak bangun subuh. Tapi, cepat-cepat ingatkan yang setan sedang bertenggek kat mata tu. Aku tak nak bagi ko menang!!!! Automatik bangun terus mempersiapkan diri untuk solat subuh.
Siap sudah..aku mula proses mengelilingi rumah mengumpulkan koleksi yang selama ini aku kumpul untuk memudahkan aku balik kampung. Ish..ada ke gitu...
Jadi hari ini aku sahut kempen "Tak guna plastik hari Sabtu"- tu ayat aku sendiri kasi mudah dan faham. Keterangannya untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga alam ini. Kasihan, dia dah semakin tua. Lagi terseksa menanggung pelbagai jenis manusia yang melakukan kemungkaran di atasnya.
Terluka hatinya, melihat dia di kotori, di cemari dan diperlakukan pelbagai rupa. Belum lagi terpaksa hadap orang yang bercengkerama buat maksiat di balik hidupan di atasnya. Nauzubillah..malu lah wei...memang sama la korang macam kucing meragan..(tau tak istilah tu.)
Aku memang ajar anak aku dari kecil ni. Alhamdulillah..memang dia tak pandai buang sampah keluar kereta..(abahnya tak terajar lagi, dah liat). Kalau di luar, dia berusaha mencari tong sampah nak buang sampah, Di rumah, tak payah suruh-suruh semuanya dalam tong sampah..termasuklah mainan dia,kasut aku, telefon abahnya, kunci rumah, kunci kereta, kunci motor abah. Tapi, tu kisah memula ajar dia dulu. Kalau rasa macam hilang je sesuatu, carilah dalam tong sampah tu. Pasti ada jawapannya..(tong sampah ni kering tak bercampur dengan barang basah di dapur tau..kang kata aku pengotor pulak..). Betullah kata oarang melentur buluh biar dari rebungnya. Tapi tu buluh, tak pandai cakap. Ni anak orang, banyak jugaklah komander pasukan ni asyik keluarkan arahan..baru lah tersemat di otak tu.
Oklah, selesai keliling rumah. ini je Akak Nora jumpa..
Selalu kalau beli barang dapur dan rumah memang banyak (walaupun dewasanya ada 2 orang jer). Hari ni mungkin nak shopping untuk 2 bulan. Ganda 2x tu, erm..sebenarnya sebulan punya pun tak cukup tu. Sumbat ajelah jawabnya dalam kereta kang..bukannya naik bas pun.
Bila ada plan nak keluar rumah pagi-pagi. Mulalah aku berdentum-dentam di dapur siapkan sarapan dan di selang seli dengan apa yang patut. Tapi, kelancaran kerja aku terjejas kerana..

Subuh-subuh lagi dia dah jaga..duduklah awak kat situ macam biasa. Orang kasi tidur tak nak tidur..

Tapi kan, lepas aku solat tadi. Aku terdengar de eh- de eh dia berbunyi. Aku jenguk lah ditempat tidur Soleh. Dia dah meniarap sendiri la...hehehe.

Itulah jiwa ibu, anak meniarap pun dah hepi sangat. Macam mana kalau kita bahagiakan ibu, bagi ibu bangga walaupun kita bukanlah sehebat mana kerana kita tak sempurna tapi ibu, amat sempurna di mata kita.

Jadi, kenapa ada kes buang mak. Sedih aku, doa dalam hati kecil ni..jauhkan musibah itu dari aku. Bukan aku risau dibuang..aku takut anak aku menerima azab yang maha dasyat di sana kerana buat begitu kepada ibu mereka. Keredhaan Allah kepada seorang anak terletak kepada keredhaan ibu bapanya. Wallahualam.

Beransur dulu yah..ingat, mulakan setiap perlakuan yang baik dengan bismillah...

Friday, January 7, 2011

Hidup mesti diteruskan..

Tajuk di petang hari, macam berat je tajuk tu kan. Apalah dugaan aku kali ni. Sebenarnya, tak ada apa-apa yang menyedihkan atau menakutkan. Saja je Akak Nora ni tau..hehe
Bagi mereka yang bergelar ibu, pastilah pernah mengharungi saat dan ketikanya mempunyai anak kecil. Naknya yang jenis kerap tu, nakminta tolong kat yang sulung kecik juga lagi. Yang ada pembantu kat umah tu lain cerita lah..
Biasanya kita akan tunggu mereka tidur dulu. Barulah kita macam Charlie Chaplin menyiapkan tugasan yang belum siap..termasuklah ibu-ibu yang nak berblog tu. Tu yang ada kes ibu-ibu update blog tengah malam pasal anak-anak semua dah tidur. AMAN...
Itu hal blogging, yang aku ni. Kerja dah berderet..kalau biar tertunggak. Habislah tak masak, tak basuh kain, tak kemaslah rumah aku..silap-silap dengan aku sekali tak mandi-mandi (ni kes kalau tetiba dia bangun dah sesubuh tu).
Jadi, penyelesaian untuk anak kecil ibu yang BESAR ni....

Duklah kamu dalam bucket tu.
Jadi, akan ku angkut dia ke mana aku pergi, ke dapur, ke bilik, sidai kain dan ke mana-mana. Sebabnya kalau tak tengok muka aku, dia angin satu macam.
hehe..tu lah..hidup mesti diteruskan..

Bila berdoa..

Tadi sempat aku menonton "Tanyalah Ustaz". Dah nak hujung-hujung juga. Tapi, sempat lah akak Nora ni dengar isi penting berkaitan doa. Meh kita kongsi, kalau akak silap sampaikan..tegur la ek.

Bila kita berdoa, selalulah berdoa mohon kesejahteraan kerana kesejahteraan itu lebih luas maksudnya (dengar di masjid). Bila Allah tak makbulkan doa kita, jangan cepat putu asa kerana Allah balas doa itu dalam 3 cara:


  1. Allah makbulkan apa yang kita minta.

  2. Allah jauhkan kita dari musibah.

  3. Allah tukarkan doa itu dalam bentuk pahala.
Yang penting, kita mesti percaya dan yakin dengan doa kita. Allah Maha Mendengar dan Dia juga Maha Mengetahui walaupun terselindung.
Mungkin dialog yang selalu kita dengar "Kenapa benda ni terjadi kat aku..kenapa?". Kerana Allah menguji kita. Mungkin senang je cakap kan, bila dan terkena batang hidung sendiri baru tahu. Aku tak nafikan. Nasihatkan orang memang senang. Tapi bila sendiri hadapi, agak perit. Namun, cuba kaitkan dengan diri. Mungkin Allah balas kesalahan kita, atau Allah nak uji keimanan kita. Yang paling penting, Allah sedang perhatikan kita. Ruginya kita kalau Dia mula memalingkan rahmatNya dari kita. Nauzubillah...

Jadi, akak nak pesan kat diri akak..marilah sama-sama kita berdoa kerana doa adalah senjata mukmin.

Jom Beramal.

Mata tak leh pejam lah..

Malam ni en.hubby kerja tergempar. Aduh..sampai pagi pulak tu. Tetiba, mata yang sepatutnya ngantuk, tak boleh nak tidur. Takut ke? Mungkin lah..bukan takut hantu..aku takut orang jahat. Doakan keselamatan umat sejagat termasuk aku ek..
Aku buat walking-comment jap..kalo ada citer best..kite share ya..

Thursday, January 6, 2011

Segmen 2011 : mereka kata...

Dianjurkan oleh Ben Ashaari. Untuk keterangan lanjut, klik gambar di atas.


MEREKA KATA….
Blog aku simple sangat. Kena banyak belajar dan usaha lebih gigih.
( Aku tak pernah marah orang nak kata aku gitu. Dah kenyataan. Belum setahun, memang kena tuntut banyak ilmu ni..)

Kepada para blogger baru dan lama. Salam perkenalan bagi yang baru dan salam persahabatan kepada yang menjadi kawanku. Semoga anda memberi pendapat dan menegur saya jika ada yang tersalah kerana tema blog saya..
“Jari aku menari mencoretkan kisah, tegurlah aku jika tersalah.”

Blog kepunyaan Nora Shahaira ini memang simple kerana di sinilah saya meluahkan perasaan, berkongsi pendapat, ilmu, dan pengalaman yang dihadapi oleh saya. Semoga anda sudi bersama-sama menjadi salah seorang follower saya dan sudi berkongsi kegembiraan, kesedihan, ilmu yang berguna dari anda dan saya juga membantu saya kerana saya bukanlah insan yang sempurna.

Kehadiran anda di teratak saya ibarat kehadiran seorang insan yang sungguh bermakna buat saya kerana anda begitu sudi dan sporting klik kepada url blog saya. Sebagai tanda keikhlasan, saya akan balas dengan termampu dan cuba untuk tidak mengecewakan anda kerana
DIRIMU BEGITU BERHARGA.

Kepada blogger yang tidak hadir itu, janganlah anggap saya pilih kasih. Tidak, saya tetap menjenguk anda jika berkesempatan. Walaupun anda bukan follower saya kerana berkawan biar seribu kan…

Akhir sekali,
Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datang Lagi.
p/s:thanks to Mr.Ben..kasi chance guna trademarkmu..

Adik soleh dah 3 bulan (mengimbas kembali)

Hari 6hb Januari lah..teringat aku masa tarih 6hb Oktober. Sebenarnya aku dapat tarikh yang best. 10.10.10, ramai orang kata tarikh tu cantik lah apa la..tapi pada aku biarlah selamat cepat dah tak tahan nak menanggungnya. Baca ayat gitu mesti dah boleh agakkan? Itulah tarikh aku melahirkan anak aku yang kedua. Cey..ni sesi mengimbas kembali. Maklumlah genap tarikh ini, genaplah anak kedua aku ini berusia 3 bulan.

Setiap kelahiran mesti berbeza kisahnya. Samalah juga dengan aku ( macam permulaan buat karangan sekolah dulu pulak).


Kehamilan kali ini, memang agak melembikkan aku. (mungkin umur dah bertambah kot..hahaha). Sampai aku berhenti kerja dibuatnya. Bos tu yang cari gaduh ngan aku..hehehe
Selalu buat cek-up, doktor kata sihat dan ok. Berat pun ok..2Kg lebih je..sampai lah seminggu sebelum due date..diulangi lagi seminggu tau.Berat dia hanya 2.8Kg. Aku ceritakan pd doktor yang baby first yg kena induce pasal besar sgt dan jalan dah terbuka. Doktor kata yang ini ok dan tak perlu induce, tunggu sakit biasa dan tak perlu nak paksa-paksa.
Aku pun pulang dengan bahagia selepas mendengar jaminan doktor. Tunggu punya tunggu, tak jugak sakitnya. Emak yang aku import sejak balik raya dah mula gusar. Bukan risaukan aku, risaukan rumahnya yang dah tinggalkan lama. Sabarnya emak ketika itu..
Hinggalah hari cek-up terakhir, belum due date lagi tu. Tapi, naluri aku serta pesan mak juga, bawa sekali beg kelengkapan. Kalau tak jadi pun, pe salahnya..simpan dalam kereta je. Dalam perjalanan ke Pusrawi pagi tu, ada rasa semacam sikit. Sakit yang datang dan pergi. Sampailah aku jumpa doktor, aku ceritakan apa yang aku rasa padanya. Dia pun mulalah scan baby dalam perut aku.


Aku terkejut..tapi tak tanya lagi dengan doktor. Aku nampak bahagian saiz baby tu, nombornya banyak sangat…4xxxg. Weh..tu dah kira dah 4KG lebih dah anak aku. Dalam seminggu je. Mulalah jantungku berdegup kencang. Doktor pun senyap jek..sehinggalah,
“Awak admit lah, hari ni. Sebab saya tengok, baby pun agak besar ye. Nanti kita tengok pintu rahim..”
Aku angguk macam biasa walaupun dah mula kegerunannya. Gerun tetap gerun woo..walaupun anak kedua.


Bila cek pintu rahim dah terbuka 3cm. Apa lagi ubat keterpaksaan pun masuklah pada pukul 12.00tengah hari. Uwaa…ingatkan tak payah dah tempuhi saat-saat begini. Kena juga.
Bermulalah saat-saat kesakitan yang tak boleh nak cerita. Zikir, doa tak lekang dimulut. Airmata bergenang, bukan menangis. Kalau menangis, hilang tenaga tau..tak baik..TAHAN..
Pukul 3 petang, aku dipanggil masuk bilik bersalin. Air ketuban di pecahkan. Doktor bagi kalau nak berjalan-jalan. Aku tak larat, Cuma bersedia simpan tenaga bila nak diperlukan. Masa tu sakitnya makin hebat, tapi tak da tanda dia nak keluar. Cuma aku berjuang dengan rasa sakitnya tu.


Selepas Maghrib, suamiku masuk meneman. Dia boleh buat lawak lagi. Aku tau, dia pun dah tak tentu arah..kekiri kekanan dia bantu aku mengurang kesakitan. Jarum laser pun dah masuk tangan (bak kata makbed).
Hinggalah rasa pening gelap, aku nampak doktor dah mulakan kerjanya. Disuruh push aku pun push..kemudian aku buat sendiri tak payah dia suruh. Aku rasa nak pecah muka aku bila push. Tapi tak ada beza. Aku lemah, kesakitan makin kuat. Aku tak nak risiko, aku inform doktor yang aku sungguh dah tak larat. Apa lagi, vakum masuk di pintu rahim kerana hanya rambut je nampak, kepala tak juga keluar. Teran yang terakhir memang aku hamburkan sampai ke hujung nyawa. Keluarlah baby boy yang menangis keras. Alhamdulillah…besar sungguh kuasa Mu Ya Allah..Kau permudahkan juga. Itulah yang aku monologkan dlm hati. Kalau yang first dulu aku leh gelak dan sembang dgn doktor, kali ni aku diam nak pitam. Rupa-rupanya, darah aku banyak keluar. Doktor memaklumkan berat anakku itu 3.8kg, patutlah…

Usahkan comel, comot pun dah tak layak. Bukan atas permintaan, hubby ku saja test kamera. Dah selesai, si isteri nak berehat ye, lagipun dah malam tu.

Di sertakan foto Soleh yang tak pernah di update dima-mana..Pergh macam anak Hollywood plak..

Soleh dimandikan esok pagi sebab hari dah malam. Jadi takut dia bertambah sejuk.

Lepas darah aku dipastikan mengalir keluar dengan normal, aku dibenarkan pulang. So, adik dah pulang rumah masa ni. Tentulah abang Izzat yang sungguh happy. Dah lama dia tanya bila baby nak keluar.

Dengan hanya susu ibu, berat Soleh 6kg pada bulan pertama dan bulan kedua 7kg. Bulan ketiga ni tak tau lah..tengoklah pipi dia..

Anak-anak bujang ibu.





















Jangan tertipu. Di sebelah kiri, gambar Izzat Yusuf ketika sebaya Soleh. Berbaju hijau itu pula wajah Irsyad Soleh hari ini. Lebih kurangkan je kan..nama pun adik beradik..heee

Ibu dan The Dogols. (semcm pula tgok gbr ni)

Itulah kisah pengalaman aku. Pada yang dara takda makna anda takut nak beranak bila baca entri aku ni. Dunia dah moden. Anda fikir je cara apa anda nak lahirkan anak. Pada aku biarlah cara apa pun asalkan selamat. Dan bersyukur teramat sangat kepada Allah kerana masih ada rezeki buat aku kerana dulu doktor pernah mengesahkan aku bahawa aku agak susah nak hamil setelah kemalangan dasyat yang membabitkan kawasan peranakan aku.
Melahirkan anak pun merupakan satu jihad, didik mereka sebaik-baiknya dengan ilmu dunia dan pentingkan juga akhirat. InsyaAllah..
p/s:lepas entri ni..aku BW plak ek. kengkawan..jangan merajuk. aku ni lembab skit bab IT. Nak buat ni pun ber jam2..hehe. aku singgah nanti..tunggu tau..tak sabar ni..

Wednesday, January 5, 2011

Bloglist Istimewa Untuk Blogger Baru



Jumpa Banner cute ini di Blog Makbed. Nak tahu dengan lebih lanjut klik aje banner tu ya..


Menurut pihak penganjur..peserta mestilah meminati dunia blogging dan tidak sombong. Follower juga mestilah kurang dari 300 orang.


Aku suka blog ( kalo ada masa lah..bz dgn si keciksss..)

tapi, sumpah aku tak sombong. Semua yang follow aku, aku follow balik dan aku suka follow sapa2 yang berkesempatan..tapi aku malu nak ajak follow..(ajak singgah ada lah..).

Aku malu pasal...aku sedar blog aku tak seberapa..huhu(rendah diri yang menjurus kepada kurang keyakinan)

Tapi, yakin boleh...aku usahakan juga.


Apa-apa pun terima kasih kepada pihak penganjur yg sungguh berbesar hati buat bloglist tu..saya sokong sangat-sangat..


Dia suruh tag..aku tag...emmmm..sapa yg kurang..sume hebat-hebat

ko je lah Natasha Aimee..kalo ko minat aaa

Tuesday, January 4, 2011

~ Saatku Milikmu Contest ~

Sedang nyaman berjalan-jalan dari rumah ke rumah blogger. Mata ku terpana dengan seorang sahabat yang menyertai satu contest yang romantik je namanya “ Saatku Milikmu”. Tetiba gatal tangan mengklik untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang contest tersebut. Saja nak mengaktifkan jari berblog dan mencari kenalan untuk bertukar-tukar pandangan, mungkin diperlukan suatu hari nanti. Contest ni aku dapat dari blog Aku Ibu Muda.


Untuk keterangan lanjut, klik aje lah banner di atas ye..

Kisah aku bertemu hubby agak berpusing-pusing nak ringkaskan pun aku naik pusing. Aku cuba mudahkan ye..bermula ketika aklu menuntut di Uitm, Shah Alam. Aku berkawan rapat dengan minah berdua ni (salah seorangnya adalah sepupu kepada hubby ku). Yang seorang ni selalu berlagak yang dia cantik..ye lah aku bukan putih gebu. Yang selalu kena adalah aku..ada lagi ke member gitu?


So, sahabat seorang ni kasihan kat aku dia pun ajak aku berlakon untuk sakitkan hati member berlagak tu. Bermulalah aksi missed call yang dimulai oleh sahabat aku dengan menggunakan hp aku (jenama sagem woo.. time tu). Dia kata itu abang sepupu dia, pernah kecoh nak cari member kat Uitm. Ceh..


Malamnya, abg sepupu nyer tu menelefon aku untuk bertanya nombor siapa, kenapa call dia (eleh..zaman ngayat..maklumlah caller perempuan). Aku ni memang lurus bendul, aku nyatakan je lah yang betul. Termasuklah sepupu dia yang miss call. Jujur bebenor kan..Sejak itu bermulalah aksi sms dan telefon menelefon antara kami selama setahun lebih dalam tahun 2001. Kami tak pernah bersua muka.


Sehinggalah suatu hari, abg nak bertemu adik sepupu di Central Market. Si adik mengajak aku..tergezut la wei..aku paling takut lelaki time tu. So, automatik aku matikan telefon dan pergi ke KL bersama kawan aku yang berlagak tu.


Bila bertemu..alahai ketotnya. Berlagak macho pulak. Memang dia tak pandang aku, dia asyik tenong member putih gebu tu jek. Aku diam aje lah..memang tak banyak cakap. Minah comot lah katakan…Si member siap cakap “tak padan dengan ko lah Sha”. Malu dalam hati Tuhan je tahu..lantak aje lah..

Namun persahabatan di dalam masih di teruskan, kali ini aku terpaksa auta sikit. Bukan apa kesian kat adik sepupunya.


Tup..Tup…Tup..dipendekkan cerita. Masa aku nak daftar masuk sem baru, aku stuck kat depan Central Market..dengan beg besar. Bingungnya aku..tak de sapa nak minta tolong..rasa nak nangis..nekad aku nak menapak cari bas..payah pun payah lah dengan beg besar gedabak tu. Tiba-tiba macam ada kebetulan di situ, si abg menghubungi aku. Saja-saja telefon..yang aku tengah tertekan ni cerita la satu persatu. Rupa-rupanya si abg ada di sekitar situ. Baru habis kelas..


Rupa-rupanya, dia intai aku dari jauh dengan cara menelefon aku dari jauh dan melihat perempuan mana yang angkat tel. So, aku terperangkap dan berjumpa lah kami buat kali pertama. Ayat yang tak boleh aku lupa “Macam pernah jumpa”. Aku diam aje..dia mengajar aku cara-cara naik Komuter manakala dia membantu aku bawak beg besar tu ke Uitm.
Bila dah jumpa, selalu lah dating…tapi belum declare pape memang kami agak menjurus kepada persahabatan. Hinggalah identiti aku terbuka juga..macam mana cerita, memang kelakar kalau ingat balik. Nak cerita pun tak boleh pasal pjg sangat.


Aku declare ngan dia pun pasang aku yang buka mulut dulu..aku kata, aku malas nak kawan lama-lama tapi putus di tengah jalan. Dalam hati ni dah mula rasa sayang, jadi aku nak tau apa dia anggap aku. Pergh..memang berani maut time tu pasal aku dah bosan dengan lelaki sampai menjadikan aku takut dgn lelaki. Rupanya dia malu nak kata apa-apa dengan aku sebab dia rasa dia taklayak dengan aku. Actually, secara tak sengaja aku dah ter..kenal keluarga dia dahulu masa mengikut adiknya ke kenduri saudaranya. Aku terpikat dengan keluarganya jadi aku yakin aku dalam keluarga yang boleh membimbing aku.


Cerita macam senang kan, banyak ranjau yang kami tempuhi..putus berapa kali. Ada dalam 6 kali kot, eksiden patah riuk ada dlm 11 kali kot..memang banyak dugaan. Nak bertunang pun ada juga halnya, sampai mak dia turun dari Shah Alam ke Perak nak tanyakan kat aku nak ke kat anak dia yang dah meroyan tu (masa tu nak putus lagi dah) dalam 5 tahun juga kami berkawan..Tak ade apa yang gempak masa kami nak bernikah kerana dalam nak nikah tu masing-masing kerja lagi. Hehe..Cuma ada sikit sayu..pasal ingatkan tak jauh dah hubungan kami. Rupanya masih ada sinar ..cuma matangkan diri hadapi segala kemungkinan

haha..tulah kata orang JODOH TAK KE MANA..Kami dah dikurniakan 2 orang putera dalam tempoh 4tahun perkahwinan.

Aku bertunang : 17 Sept 2006. Memg budget, semua sendiri..make-up pun sendiri, hantaran pun sendiri gubah..Aku memang simple.

"Diikat" oleh mak mertua aku.

Inilah suamiku tercinta, Mohd Shah Idham.

Selesai dinikahkan pada 17 Mac 2007.

Memang sendirian bhd aje. Aku tak suka lebih-lebih. So letak apa yang patut je..yang pasti Alhamdulillah..selamat sudah..

Yang ni memang lebih sikit..sikit jek..kening pun tak nak cabut tau!!

Doakan kami bahagia ke akhir hayat dunia dan akhirat ye..

Buah hati kami.

Muhammad Izzat Yusuf : 21 Feb 2008

Muhammad Irsyad Soleh : 6 Okt 2010

Memang tak sedar yang aku ni tengah buat entri contest..maaf kan saya kalo berlebih dari yang terlebih..sambil-sambil masuk contest, leh juga kongsi cerita..ye tak..tapi ada jugak keinginan nak menang...fuh!!! mintak2 lah menang..hehehe

Hmm....

Aku baru balik dari Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Sebenarnya, en.Hubby mengajak ke rumah kakaknya yang dah berpindah ke sana. Sebelum ni, mereka sekeluarga duduk serumah dengan emak aku. Lama jugaklah..sampai anak kedua ni berumur setahun lebih. Lalu mereka berjaya juga mendapat sebuah rumah yang diimpikan di sana. Berpindahlah mereka ke sana. Foto-foto tak dapat nak disertakan kerana aku di kelilingi dengan ahli keluarga yang tak suka berfoto. Jadi, usahkan foto kandid, foto curik pun payah..berperamlah kamera yang sentiasa aku bawa dalm beg tangan.

Al-kisahnya, hari Rabu ni, abang ipar aku tu nak ke Paris atas urusan kerja. Bukan sekejap, dalam 2 tahun jugalah kalau tak salah aku. Hmm...berfikir juga aku. Aku yang duk kampung seminggu ni pun dah rasa semacam terfikirkan en.hubby di sana. Hebat betul orang yang bekerja jauh-jauh ni. Tapi, ye lah...nak tak nak, urusan kerja kan..Lagipun kakak ipar aku bukan jenis duk rumah atau suri rumah seperti aku ni. Dia memang tak reti duduk diam. Keluar rumah pagi-pagi dan pulang semula pagi jugak, lebih kurang pukul 1,2 pagi gitu. Itu pun buat aku terfikir...aku nak tinggalkan anak aku sekejap pun sayu..dah makan ke mereka, sunyi tak mereka...ish, memang kalah lah cara hidup begitu dengan aku. Macam mana ni...dulu masa aku bekerja pun, tak terasa sangat pasal bos aku benarkan aku bawak anak ke tadika dengan alasan dia menyusu badan dan waktu kerja pun tak lah lama sangat..jadi aku puas hati juga anak aku masih dalam jagaan aku. Sekaligus dia sama-sama belajar kat tadika dalam usia 2 bulan lagi. Hehe..

Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan..jadi, walau pun duduk di rumah..aku isikan pelbagai ilmu untuk dimanfaatkan. Janganlah pandang serong kat surirumah seperti aku ni..Aku tau lah aku tak dapat membantu ekonomi keluarga dengan megahnya. Tapi aku berusaha memegang jawatan Menteri Kewangan rumah dengan sebaik-baiknya.

Jadi sesiapa nak tempah baju kurung yang murah..RM22 sepasang..boleh la gitau saya ye..Saya menawarkan perkhidmatan bagi mereka yang tinggal di sekitar rumah saya di Kampung Melayu Subang ni...hehe jauh pun boleh jugak..tapi khidmat pos tak ditanggungjawabkan..ahaks..tetibe je..aku nakletak banner ke iklan ke..tapi masa belum mengizinkan..so, promote dari mulut ke mulut je. Yang rajin promote..mak mertua aku. Heee..tanx la mak..

Kenapa murah..? jawapan aku..saja je..nak jalankan mesin jahit yang aku beli mahal-mahal tu. Biarlah dia berbakti sikit..baju kurung aje tau..kerana aku pencinta baju kurung sampai tak nak jahit baju lain..(Padahal, malas nak susah-susah)...

K lah, mata dah datang kelat-kelat kantuk..jumpa esok ya blog..

Monday, January 3, 2011

Hormon ku tak stabil lagi..

Kacau bilau betul hari ini. Walhal bukan anak aku yang nak pergi sekolah..aku pun dah lama meninggalkan arena perguruan. Hm..memang pagi-pagi lagi sebelah rumah aku ni dah bising dengan pelbagai bunyi kenderaan. Termasuk jugalah lori sampah.
Sebenarnya rumahku terletak di jalan utama menuju Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Subang. Di sebelah rumah aku ni pulak, sekolah agamanya dan ada sebuah tadika. Huru hara aku tengok pagi ni. Nekad aku bila nak hantar anak aku gi sekolah nanti.."Kita jalan kaki je lah ye.." Aku dah merasa dulu, tersilap jalan ikut jalan sekolah ketika budak sekolah pagi habis waktu persekolah. Perghh..!!! rumah dah hujung hidung je nampak..tapi jem sampai 1/2 jam siap bergesel ngan van sekolah..(masa tu, bawa Waja..baru sgt lagi memandu)nasib baik kat side mirror je tau. Memang haru-biru coklat hijau kelabu taik anjing..bak kata mak aku.
Tapi, itu semua aku tak lalui lagi dalam masa terdekat ini. Kenapa rasa mengong je...malas ke? Aku dah motivate jiwa dan raga supaya rajin hari ni. Cuma badan macam lemau. Mungkin kesan bleeding..ceh ayat..mcm mengandung lagi.
Selepas aku berpantang, aku di datangi bulan mengambang macam biasa..subur sangat ke? Dah tu, makin aku hairan..kerana kedatangan biasa seminggu di ikuti dormal 2,3 hari dan datg semula untuk seminggu dan begitu seterusnya sehingga hari ini dalam masa sebulan ni lah.
Masalah ini telah aku lanjutkan kepada doktor peribadi aku -ceh, mcm ayat org kaya jek..dia kata masalah hormon. So, bilalah hormon nak stabil ye. Jadi lemah gemalai lemau lemauan...apa-apapun hidup mesti diteruskan...

Sunday, January 2, 2011

Apa-apa aje lah..

Sebelum entri ni di tulis...aku termenung memikirkan apa yang nak di ketak-ketukkandi keyboard ini. Hmmmm...menghelakan nafas yang panjang. Saja meluangkan masa. Berehat sebentar sebelum memulakan kerja aku yang terhenti seketika.


Teringat pula aku entri-entri yang banyak aku terlihat ketika BW hari ini. Faizal Yusuf meninggal dunia..?Innalillah..Allah sudah menyeru dia dalam usia yang boleh kita katakan masih muda lagi. Apa-apa pun kita yang hidup masih perlu meneruskan kehidupan ini. Dan kita anggap itu sebagai contoh bahawa belum tentu umur kita panjang hingga ke anak cucu. Bersedialah kita sentiasa menghadapi kematian yang sepatutnya kita rindui.


Ada juga lagi kisah pembuangan bayi yang masih belum surut masalahnya. Aku pun bukanlah insan mulia dan suci. Namun, bila kita dah buat salah, mengapa kita nak teruskan kesalahan itu lagi. Tak salah kalau kita cuba perlahan-lahan kembali ke fitrah kehidupan kita sebagai hamba Allah.


Tak dinafikan bukan senang kita nak jadi baik. Macam-macam godaan dan cubaan yang akan kita hadapi semata-mata ingin merosakkan iman kita yang masih mentah ketika itu. Percayalah kepada Allah..dan kita sematkan di hati ingin berubah ke arah kebaikan..inilah nasihat aku kepada diri aku sendiri.
Kita rasa macam kita ni orang yang baik, tapi percayalah kita juga masih ada kelemahan. Lebih-lebih lagi bila kita mula rasa bongkak dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Nauzubillah..

Senjata orang mukmin adalah berdoa. Namun, jangan lupa timba ilmu berkaitan doa. Adab berdoa, apa yang perlu didoakan, apa yang perlu dilakukan jika doa tak dimakbulkan..marah..? tidak..bersabar..kerana Allah menyediakan yang terbaik untuk kita. Dan percaya dan sentiasa percaya kerana percaya itulah tunggak keimanan kita. Teruskan berusaha dan akhirnya kita kembalikan kepadaNya dalam tawakkal kita.

Inilah entri memujuk jiwaku yang letih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...