Hari ini, cuba merajinkan diri klik juga url blog aku. Rasanya dah berkurun tak menulis. Sejak arwah emak pergi rasa macam sunyi hidup ini hingga tiada kisah ingin ku coretkan. Atau aku sudah mula menjadi pendiam hingga dah tak pandai nak coretkan kisah menghiburkan hati menghilangkan gundah. Entahlah..walau apapun aku tetap aku.
Bukan aku tak sibuk di arena alam maya. Sibuk di Facebook dan What's app melayan pertanyaan deretan pelanggan yang sungguh teruja dan perlukan bantuan makanan sihat di samping rawatan doktor di hospital. Dalam aku melayari kehidupan aku seharian begitu, disamping sibuk melayan kerenah anak yang bukannya makin surut tapi makin hebat cabarannya, menjadi aku kian lupa yang aku ini BLOGGER suatu ketika dulu.
Seorang insan yang berkongsi kisah, ilmu, bersama rakan-rakan dan insan di luar sana di dalam satu ruang khas ini.
Terlalu lama rasanya. Dan akhirnya rindu itu datang..rindu menjenguk raka-rakan blogger yang rajin menjenguk bertanya khabar. Arghh..rasa bersalah pula tak menyapa mereka langsung walau singgah di blog mereka seketika. Maaf..benar diri ini khilaf..
Budak kecil ini, sudah 8 bulan umurnya. Lupa namanya?
Iffat Yunus, yang sama2 berjuang dengan ku menghadapi saat-saat getir bersama soleh. Cuma masa tu dia dalam perut. Senang nak jaga. hehe
Sekarang dah kat dunia. Dah makin bijak. Makin ligat...
Habis lantai wad soleh dia teroka.
Soleh? Alhamdulillah makin positif. Cuma dia masih dalam proses pemulihan dan perlukan lebih sokongan untuk belajar bercakap dan berjalan. Tentang penyakit kansernya, walau sudah di kesan kansernya hilang, prosedur doktor masih memerlukan dia meneruskan rawatan kemo. Kasihan kan.tapi jangan sesekali tinggalkan rawatan doktor walau dah ambil pemakanan terbaik sebaik kapsul SNE.
Mereka selalu teroka rumah makmertua aku ni beriringan. Tapi, Iffat dah mula angkat badan nak merangkak. Soleh belum boleh lagi. Kurang stabil. Badannya masih kekurangan otot. Nak bagi dia makan berlemak sikit bagi gemuk.
Tahun depan, tentu sangat aku lagi sibuk. Abang sulung mereka, Izzat Yusuf dah mula melangkah setapak dalam hidup dia. Dah nak ke tadika sempena umurya dah 5 Tahun. Ya Allah..kejap je masa berlalu. Dah besar anak bujang aku seorang ni. Pemikirannya selancar mulutnya bertutur.
Tak sia-sia beri pemakanan SNE dan WIS D untuk perkembangan minda dan tulangnya. Tak pernah ajar dia ABC, tapi dia dah boleh mula membaca perkataan-perkataan mudah seperti cat, ant, duck,..Alhamdulillah..moga lancar urusan dan pembelajaran dia di sekolah. Aku nak dia kenal ilmu Islam selancarnya. Ye la..masa aku terhad nak ajar sepenuhnya.
Aku? Alhamdulillah..sihat..walau sibuk mana..kalut mana..Alhamdulillah...aku sihat menghadapi semua dugaan ini. Mereka kata makin berseri..makin ceria...
Makin berseri masa mula-mula aku promosi set untuk wanita keluaran SNE ini.
Alhamdulillah..berkat niat membantu rakan-rakan.
Ia memang pemakanan sihat. Aku sangat berpuas hati.
Dalam kehidupan sibuk aku, bukan lah senang nak luangkan masa khusus nak jaga badan jauh sekali merawat wajah. Yang aku pentingkan, kalau tak sihat, mudah nak pulih. Dan tenaga untuk menghadapi hari-hari aku yang semakin mencabar.
Alhamdulillah..bonus menjaga kesihatan. Kulit pun makin sihat dan berseri.
Jika ada yang berminat..Boleh hubungi saya, saya akan bantu anda sebaik mungkin hingga anda merasa sihat dan kesan-kesan positif pada diri anda.
016 304 53 73
Nora.
p/s: Akhir sekali promote SNE ye..jgn marah...kongsi kebaikan SNE kepada kami bersami anda.