Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, July 25, 2011

Hari ke-14:: perkara menarik yang anda lakukan hari ini?

Setelah rasa seperti bermusafir, sekejap di Perak, sekejap di Balakong, semalam di Perak..dan kini aku sudah kembali ke rumah aku yang tercinta.

Sabtu malam, aku bertolak ke Perak dengan emak, kakak ipar aku dengan 6 anak dia, adik aku dan seorang anak dia dan 2 orang anak aku..jadi boleh bayangkan..ada 9 orang kanak-kanak dalam kereta. Exora kepunyaan abang aku tu dipandu oleh adik aku pasal dia je yang boleh memandu dan tiada anak kecil. Aku ni, tentu-tentulah dengan kerenah si Soleh kan.

Tujuannya nak bawa anak buah aku yang terkena kayap tu, ala...lupa pula nak snap muka dia. Orang kata jarang sangat kena kat muka kan..

Sekali ke Perak tu, kira menghantar ibunda pulang juga.

Segalanya lancar, dan kami pulang semula ke KL pada petang ahad semalam.

Ketika melewati Lebuhraya di Tapah..tiba-tiba sesak. Aneh, juga..sebabnya bukan ada cuti khas ke jauh sekali kalau mereka nak balik raya kan..mesti ada kemalangan. Tapi, sehinggalah perjalanan kembali lancar, kami tak jumpa apa-apa..emmm..ke dah di clear kan..wallahualam..

Berbalik kepada cabaran akak hari ini, sebenarnya..tiada yang menarik. Cuma akak nora aje rasa terkinja-kinja menariknya.


Selepas bersolat zohor bersama Izzat Yusuf ni, aku cuba menjadi ala-ala 'guru tadika' sekejap. Maklumlah..teringat zaman jadi cikgu budak-budak dulu kan..Alhamdulillah percubaan agak menjadi kerana Izzat tidak 'menconteng' buku dia macam biasa. Dia buat kerja berdasarkan arahan.

Moga-moga dia berterusan begitu. Cadangnya nak bagi dia bersosial dengan kawan-kawan lain. Jadi, nak masukkan dia ke tadika tahun depan. Umur pun baru 4 tahun..jadi, biarlah dia buka mata dulu. Kalau dia maju dan terus belajar, syukur Alhamdulillah kan...

Saturday, July 23, 2011

Air liur janda berkahwin teruna jadi ubat

Orang nak kata aku apa...kata lah...dah memang pagi-pagi aku memang kebulur..tuan rumah beli kuih je..teruk la abang aku ni. dah tau anak dia ikan piranha..beli la telur ke..paling koman pun boleh makan nasi ngan telur goreng kan...
Dah dua malam aku tidur kat rumah abang aku di Balakong ni. Teman emak aku tengokkan anak beliau.Abang aku ni aktif, ada 6 anak. Seorang masuk wad tinggal 5 kan, tp campur lagi 2 anak aku dah jadi 7 pulak. Aku dan emak dah macam buka taska. Yang paling tua budaknya..darjah 6..huru hara weh dengan yang kecik-keciknya..anak aku yang alim-alim kekonon ni pun hampeh semua terpengaruh. Kalau dah namanya budak-budak kan...

Isterinya kena tunggu salah seorang anak mereka yang kena ditahan di wad.. semalam aku ikut menjenguk, da separuh muka dia bengkak. Kata emak aku, benda kat muka anak buah aku tu kayap. Bila dah kayap, mulalah emak aku bising suruh abang aku bawa anaknya jumpa sepupu kami. Dia boleh ubatkan hanya dengan semburan pucuk jambu batu yang dikunyah nya tu. Sebab kata emak, air liur dia yang penting sebagai ubat. Air liur janda kahwin teruna...hmmm...macam kelakar kan, tapi..mak aku pernah tengok dia mengubat, macam2 kes. Sampai sepupu aku tu muntah2 pun ada sebab pesakit tu dah kira teruk bernanah meleleh..Katanya, Walaupun dah ok masuk hospital...kayap itu akan datang semula dan makin teruk.

Emak dan adik ipar aku pun ada berubat dengan dia. Mana yang jumpa dia biasanya dah penat berubat dengan doktor. Maka, mereka akan mencari jalan alternatif. Bukan mahal pun..hanya rm 15 suku..

percaya atau tidak...mereka mencari ikhtiar dan Allah yang menentukan segala-galanya.

Friday, July 22, 2011

Hari ke13::apa yang ada dalam beg duit anda?

Apa yang ada dalam beg duit aku?
da nama nya beg duit kan.. mestilah isinya duit..takkan la kain baju.
tapi, duitnya takla setebal mana...apa yang tebalnya..tentulah segala jenis kad pengenalan, my kid mykad, insuran, bank kad, lesennya lagi...patutlah lepas dah jadi emak ni, beg duit tak mau kecik-kecik...huhu..macam-macam kena simpan kan..
Apa lagi nak simpan dalam beg duit... takkan tangkal nak tarik duit kot... haha...

Thursday, July 21, 2011

Hari ke-12:: apa yang ada dalam beg mekap anda?

Apa yang ada dalam beg make up aku? hmmm...weh aku ada ke beg mekap?

Teringat lagi masa aku solo remaja dulu. Penuh beg mekap aku...pelbagai jenis dan kegunaannya untuk bersolek. Sampaikan aku jadi tempat rujukan member yang tak pandai bersolek. Pandai ke aku ni? hehe...aku pun pandai yang asas je...cuma terlalu mengikut teknologi kan..aku rasa tu la sebab muka aku banyak je halnya.

Bila dah kahwin ni, en.hubby suka aku nampak sweet je..dia tak suka traffic light kat mata dan macam tepung gomak muka tu. Alhamdulillah...aku lega , pasal sejak jadi ibu ni wajiblah kita pantas bersiap untuk ke mana-mana kan..penampilan juga penting.

Mungkin dah jarang menggunakan pelbagai solekan, muka aku dah tak banyak kerenah. Guna pembersih muka yang murah pun ok. Bila nak keluar rumah, aku hanya gunakan pelembab merangkap pelindung matahari, blusher skit dan tak lupa celak..sekejap je siap. Tak sampai 5 minit.

Jadi, apa dalam beg mekap aku..tentulah lipstick dan sebotol one drop perfume untuk melengkapkan segala persiapan. Juga beberapa brooch jika ada kecemasan, mana tau tiba-tiba pin tudung hilang kan...

kalau ada gambar mesti best..tp aku tak jumpa lagi cara post entri bergambar guna phone. sapa tau kasi ajar aku skit ye...

Wednesday, July 20, 2011

Hari ke-11:: gadget yang anda ada

Erm...agak lembab berblog hari ini..macam biasa la kan bila da balik rumah mak depan lombong ni.

Cabaran hari ini tentang gadget..teringat masa remaja dulu. Bila ada yang terbaru mulalah terkinja-kinja nak dapatkan. konon-kononnya tak nak ketinggalan zaman.

Bila dah jadi isteri dan ibu pulak tu, terasa macam dah tak terkejar teknologi sekarang ni. Macam-macam dah ada kan..

Jadi, secara rasminya..gadget yang akak nora ada hanya Phone Samsung Wave II. Itulah yang akak guna sebagai hp, berfacebook, berblog, youtube, mp3 @ 4 dan tak lupa juga sebagai camera dan video sebab ada tv out kekononnya kan...jadi itu aje la...bukan tak ada benda lain, tapi ini je yang selalu guna. Sekarang ni, ke simple lan itu adalah penting bagi akak..hee

Tuesday, July 19, 2011

Hari ke-10:: apa yang berlaku hari ini..?

Apa yang berlaku...?

Baru hari ini setelah berkursus selama 2 hari, baru la dapat on ms. lappy dengan jayanya. Nak update pakai hp tapi hp dirasuk 'hantu'..orang tak buat apa-apa, di dah sibuk menaip..betul..tak tipu. en. hubby dah bawa untuk di baiki.

Tapi, ini pun tak boleh nak panjang sangat cerita pasal, kain tempahan baju kurung dah makin bertambah. Semalam, cadangnya nak mulakanlah kerja yang dah terbengkalai tu. Tapi, tak dapat nak fokus juga, sebab teringatkan permintaan en.hubby.

Jadi, dari petang tu sampai nak maghrib akak nora buat kerja perlahan-lahan. Dari lauknya, sayur, coleslaw, sos lada hitamnya hinggalah menggoreng kentangnya, itu je mak akak tolong pasal dah akak dah sibuk menyusun dalam pinggan.

Jeng..jeng..makan malam semalam. Pertama kali juga aku menyediakannya. Puas makan. Kalau makan kat kedai tu tak boleh nak berehat-rehat..kan.

Itu hidangan ayam..en.hubby buat permintaan lamb chop. Dia ingat aku ni dulu keje chef nun..semua tau..minta aje kot..tapi prinsip aku.."aku buat dia.."..dan yang penting, Adik Soleh tak kacau.


Ha..ini untuk en.hubby. Jadi, kami menjamu selera dengan sedapnya sebab sayur-sayuran banyak..aku suka sangat, ada asparagus, carrot, brokoli ..emmm..salad pun ada. Sos pun boleh tambah-tambah kan, itu lah kelebihan masak sendiri..bak kata emak aku, sampai pagi ni kenyangnya.

Jadi, hari ini aku berehat tanpa masak yang hebat-hebat dan meneruskan aktiviti menjahit baju kurung ni ok...ok la tu...

Saturday, July 16, 2011

Hari ke -9:: perasaan anda pada hari ini::PEnat

Kan akak nora telah dipaksa masuk kelas yang diadakan dimasjid ari ini, bukan kelas agama. Dengan paksa rela la akak nora menghadirinya pasal mak dah bayar kan. Tapi, tak sia-sia la..kenapa?nanti akak citer ya...

Perasaan akak pada hari ini sungguh PENAT...ni baru balik dari tesco. Dah sampai rumah baru teringat malam ni nisfu syaaban, mak en hubby dah pesan baca yassin dan baca doa nisfu syaaban...argghhh....sungguh merugikan kerana terlupa!!!

Friday, July 15, 2011

Komen Pilihan:::Dia tetap ibuku sampai bila-bila...

Kalau anda baca entri sebelum ini tentang ibu mertua aku, nampak sangat macam dia tu kejam sangat kan. Pada mulanya, aku pun fikir macam tu. Ye lah..sampai ke tahap aku dipaksa ikut kakak iparku pergi buat direct selling Zhulian dari pagi sampai ke tengah malam. Masa tu aku duduk serumah dengan mereka. Bukan aku tak minta en.hubby berpindah. Tapi, dalam masa yang sama aku tak sampai hati. Maklumlah en. hubby adalah anak lelaki sulung dan banyak tanggungjawab dia kena pikul ke atas rumah-rumah sewa abahnya itu.

Setelah beberapa bulan, memendam rasa. Kerana hidup dalam kongkongan rasanya, aku melarikan diri tinggal di tadika tempat aku bekerja. Sebelum itu aku dah inform kepada en.hubby dan bos. Bos aku dah boleh mengagak benda ni akan terjadi, cukup masanya dia datang ambil aku. Masa itu, emak dan kakak ipar Zhulian aku tu tiada di rumah. Tinggal suaminya yang menjaga anak.

Tapi, tak sampai sebulan. Kami di suruh berpindah di salah sebuah rumah sewa mereka. Siapalah aku nak melawan. Hanya wanita bergelar isteri. Namun, aku ada privasi di rumah itu. Sungguh aku tak berkata apa..dengan en.hubby aku tak pernah merungut.

Macam-macam aku kena hadapi. Tapi, sebenarnya...aku lihat emak mertua aku ni tak de lah teruk mana. Tapi, dia dipengaruhi oleh kakak-kakak ipar aku yang sungguh berbeza pendapat dengan aku. Nampak sangat...aku pun heran..pasal..aku ada 2 kakak ipar juga di belah aku la kan..tapi, memang tak pernah nak ambil tahu apa mereka buat. Yang aku tabik..emak aku..dia tak senang hati macam mana pun..dia tak pernah masuk campur hal rumah tangga anak-anak dia.

Aku tertarik dengan komen GreenAppleKu.com

Itulah yang akhirnya aku fikirkan untuk memujuk hati. Kan bagus berjimat..guna barang yang memang dah ada. Nanti membazir pula. Tapi, mak mertua aku bukanlah teruk sangat. Cuma mungkin kita tak mengenali dia.

Ketika kami berpindah sekali lagi, kali ni dihadapan rumah mereka. Kami berpindah sebab arwah abah en.hubby dah renovate macam-macam kat rumah ni. Tiba-tiba sayang nak bagi orang sewa, biarlah anak-anak yang dapat. Jadi, dia berikan kepada en.hubby. Di situ, ada kelebihannya..aku tak perlu nak pikirkan duit sewa rumah apatah lagi nak beli rumah. Yang paling bahagia..hanya 2,3 langkah dari masjid.

Mungkin dah lama aku ikut alunan rentak dia, sekarang kami ibarat tiada benteng pemisah. Atau mungkin yang suka mempengaruhi dia dah tiada..mereka dah pindah..tinggal aku je di sini.

Betapa, prihatinnya dia..sampaikan dia sanggup simpankan hampas kelapa yang di guna untuk bagi kat aku..sebab aku pernah cerita aku buat lulur dengan hampas kelapa. Macam-macam dia bagi..aku dah tak pandang benda-benda terpakai ke apa ke...sebab pada mata aku..DIA TETAP IBU KU...pasti dia buat apa yang dia rasa terbaik untuk anak-anak dia. Selain dari perkakas menjahit, buat kek..dia suka berikan buku-buku agama..doa-doa..

termasuklah kelas aku nak pergi esok ni..dia dah bayarkan..kelas apa..? tunggulah aku attend dulu ya..

Jadi, jangan cepat melatah dengan tindakan ibu mertua anda..yang dapat sporting, baik..dan macam-macam tu..Alhamdulillah..doakan mereka bahagia hingga ke akhirat..

suatu ketika dulu:: bukan takmampu beli, tapi tak mampu membantah

Dulu, masa mula-mula kahwin...aku rasa tertekan juga. Kenapa? pasal terasa macam rumah aku masa tu tempat orang buang barang tak pakai jek..nak tau kenapa?

Masa mula-mula ada rumah sendiri, en hubby nak beli mesin basuh...ibunya kata tak payah...dia bagi kami mesin yang dah 10 tahun digunakan oleh kakak ipar aku. Dia dah ada mesin hebat. Tapi, aku tak kata apa...tambahan kami berdua je masa tu.

Samalah dengan peti ais. Dapat yang kakak ipar aku punya juga. Simpan sayur dan ikan selalu busuk. Pernah en hubby bising nak beli lain...mati mati dia kena marah pasal peti ais tu elok lagi katanya. Aku tak nak bising sebab kan baru lagi di dalam keluarga itu.

Hinggalah pertama kali kami balik ke Perak nak menyambut raya sebagai suami isteri di rumah emak aku, en hubby begitu bertanggungjawab dengab tutup semua suis. Dan sungguh bijak, dengan suis peti ais sekali. Balik je rumah...bau busuk dan terus rosak peti ais tu.

Ingatkan dapat beli baru..tak, emak aku bagi peti ais lama dia pula. Lama juga kami gunakan walaupun tak la hebat mana..tapi tak ada la busuk ikan dan sayur. Tambahan aku tak suka sesakkan peti ais, jadi saiznya yang kecil tu tiada masalah bagi aku.

Pernah suami aku bersuara. Dia terasa..bila sampai turn dia semua barang terpakai yang dia dapat. Sedih aku dengar...ye lah semangat dia nak mula kan hidup bekeluarga dengan aku kan...jadi sebagai isteri aku pun pujuk la dia..

"jangan la risau yang...sebab yang pastinya ayg bukan barang terpakai, berani jamin freshhh.."Huuuhuuu

itulah kisah bila duduk dekat denagn ibu mertua masa mula-mula dulu. terasa cara dia layan aku macam aku yang habiskan duit anak dia. walhal masa aku bekerja, gaji aku pun kadang2 tak dapat merasa.

Hinggalah ada suatu kejadian, emak dia terus berhati-hati bila berbual dengan aku. Aku tak bekerja pun dia tak kata apa...

Thursday, July 14, 2011

Hari ke -8 PART 2

Sebelum itu...maaf kena ada episod..pasal hp ni tak leh menaip banyak-banyak. cukup je huruf dia pun hang tak leh taip..k sambungan entri cabaran.

Dikatakan itu pergaduhan paling teruk kerana tak lama selepas itu hanya kami berdua saja yang dilihat berasama.
Timbullah gosip mengatakan aku yang meracuni pemikiran cik zai dan menghasut dia supaya jangan berkawan lagi dengan budak tu. kecoh ...bukan kelas kami je, kos-kos lain pun sibuk dengan hal kami ni.

Hek eleh kecoh la mereka ni. Tapi, serius mereka nampak budak tu adalah mangsa keadaan yang telah dikecewakan oleh aku. Siap menghasut orang lagi kan...aku tak cerita dan terangkan kat mereka. Masih ada nilai kemanusiaan aku...dan aku teruskan hidup dengan gosip2 mereka..hinggalah mereka kenal sendiri siapa aku dan siapa dia...

pesanan dari akak nora...jangan suka membangga diri dengan cara menghina kekurangan orang lain kerana tiada faedah langsung dengan cara anda begitu

Hari ke-8- pergaduhan yang paling teruk pernah anda alami-PART 1

Dulu, ketika aku menyambung pelajaran di UiTM,Shah Alam..aku ada dua orang rakan baik. Kami dipertemukan di dalam dorm di Kolej Cempaka. Dorm tu kan panjang. Aku di hujung kiri, seorang tu di bahagian tengah dan kawan baik aky a.k.a sepupu en hubby tu duduk di bahagian hujung kanan. Begitulah kami ditemukan. Tambahan pula kami belajar dalam kos yang sama iaitu kos teknologi makanan.

Ke mana-mana saja kami pergi mesti bertiga. Sungguh akrab. Masalah di kongsi bersama. Sehinggakan rakan sekelas pun dah cop muka kami ni.

Namun, zaman semakin berubah. Mungkin hati masing-masing dipengaruhi dengan keadaan sekeliling. Lama juga aku menahan rasa di malukan, di sindir dan di rendah-rendahkan. Aku sedar yang aku ni banyak kekurangan dari dia. Tapi, tak payahlah nak down kan aku di hadapan orang. Sungguh terasa diri ini hina. Ingatkan aku seorang je terasa..rupanya kawan aku aka sepupu en hubby, zai pun begitu. Lama juga ..bersemester kami bagi peluang pada diri masing-masing. Mungkin dia akan berubah. Tapi, makin menjadi. Hinggalah suatu hari bila kelas hampir bermula, macam biasa dia duduk sebelah kami. Dia mulakan aktiviti "besarkan" diri tentang eksperimen yang dia sepatutnya tak boleh tak over dari kami pasal kami yang ambil paper tu bukan dia.

Aku yang memang dah tak boleh cover bengang meluat ni terus bangun dan duduk tempat lain. Yang aku tak tahan, cik zai pun ngikut aku sekali. gelak dalam hati aku. Dan sudah tentu satu kelas tercengang tengok gelagat aku dan cik zai. Aku tak bergaduh mulut dan tidak sekali kali membuka mulut memburukkan dia di hadapn orang lain. Aku cuma berkongsi rasa dengan cik zai yang sama-sama rasa apa aku rasa. Cuma lepas itu aku memang tak boleh nak baik dengan dia. Aku tak adalah bermasam muka, cuma dia tak sesuai jadi kawan baik aku.

Kenapa diktakan paling teruk...sebab..

Wednesday, July 13, 2011

Hari ke -7- tiga perangai baik anda

Wa...bab yang ini tak boleh cerite lebih-lebih nanti sah-sah akan di cop berlgak tak betul tempat nanti kan...

1 - suka berkongsi ilmu...jadi, agak menyampah dengan orang yang kedekut ilmu...serius, nak makan pemberian dia pun rasa tak lalu.

2- suka recycle - bukannya akak nora pergi kutip tin atau botol buangan pastu buang.
contoh kotak boleh jadi tong sampah, botol kaca boleh jadi macam-macam kan...

3- "alergik" barang mahal - kalau boleh aku akan usaha juga pakai benda yang murah dan bermutu. sakit jiwa kalau pakai benda mahal ni. tapi bukan bermakna akak suka beli brg kat kedai rm2 dan guna produk china nun...sebagai contoh pencuci muka akak harga dia rm 14 leh pakai 2 bulan, pelembab rm9 siang n malam pun boleh...handbag..rm 12 je. tudung paling mahal rm 10...tapi spek akak tak pernah dpt murah..mesti kena siap rm5ratus sekali buat..huhu..

panjang lak cerita, sekalilah akak terangkan entri sebelum ni, akak nora cuba-cuba pasal dah dua kali taip panjang2 tapi hilang entah ke mana bila di post. biasanya bila post entri hampeh2 ...segala akan kembali pulih..

Dia buat hal lagi...kenapa kau begini...

Kenapa...kenapa...kenapa

Tuesday, July 12, 2011

Hari ke-6- tiga perangai buruk anda

Hmm...bukan senang nak cerita tentang buruk perangai akak nora ni. dan tidak bermakna la pula akak nora ni baik perangai lak memanjang..

yang paling jelas dan nyata:

1- tak reti memulakan pergaulan
- disebabkan itu, akak tak ramai kawan pasal mereka kata akak ni kolot dan sombong. akak diam pasal akak takut tersilap cakap di awal perkenalan...manusia ni macam-macam, nanti mereka cop akak mulut tak de insuran pula kan. akak selalu kata akak ni macam sesumpah. kalau riuh orang tu, InsyaAllah...akak double kot..kih kih

2- tak sabar bila nak sesuatu
terkadang akak boleh sabar, terkadang rasa tak selesa selagi tak dapat. tapi sekarang dah kurang sikit. masa muda remaja dulu...kalau terlintas, berusaha akak nora dapatkannya

3- ni bahaya...akak suka seksi..haha..
betul..dari muda remaja dulu, akak minat pakaian seksi ni. tapi, percayalah..hanya bila dalam bilik tidur atau di rumah saja. bila adik lelaki akak makin membesar..kena jaga batas..
sekarang ni, boleh seksi dgn en.hubby. hehe..tapi kena kawal juga sebab tunjuk contoh yang baik kepada 2 anak teruna akak...

kalau akak boleh berfikir macam tu..suka seksi tapi masih terselit MALU... org yang saja nak tunjuk tu, apa la perasaan dia ye...ish..ish...nauzubillah...

p/s: bab-bab seksi nu habis kat sini je yek..jgn pjgkan isu..nanti akak saman pulak..haha

Monday, July 11, 2011

memang kecik dunia ni..

Kalau dah terjumpa seseorang yang kita kenal'..
"alahai..kecik je dunia ni.."

Cuba kalau nak mencari orang hilag..
"ko gila ke nak cari mana-mana..bukan nya kecik KL tu.."

Baru KL yang disamakan..

Ceritanya tatkala menjenguk blog makbed..macam biasa..memang blog dia dulu aku terjah..entah la..rasa macam pot..pet..pot..pet je dengan dia..walhal satu dua komen 1 entri jek..kan..kan..

Selepas di siasat..memang sahih dia. Tak sangka makbed pun kenal dia.

aku curi gambo kat blog makbed
Yang ready nak menikah tu kawan sekolah aku.
Lama woooo..dari sekolah rendah sampai menengah.
Tapi, percaya atau tidak..aku kenal dia pasal selalu sangat sama kelas ngan aku.
Kami berkawan?..bersembang pun tak pernah..pasal...

Khalis ni dulu..kategori COMEL DAN HANDSOME le agaknya...
aku ni bukan kategori jelita dan menawan.
Jadi, aku lalu sebelah pun dan macam langau berbunyi kot..
hahaha..teruknya perumpaan aku berikan.

Tu semua kisah zaman hingusan kat sekolah.
La ni..kami satu sekolah telah sama add menge add
di FB..ramai yang inform dah kawen atau jemput kenduri.
Tak ada lak si Khalis ni open cerita.
Aku block dia ke..?
Lantak la..
sebagai sesama ummah
aku doakan semoga ko berjaya membentuk keluarga yang bahagia dan dirahmati Allah hingga ke akhir hayat.
Fatin, isterinya baru ajak ke kenduri mereka di Ampang 17 Julai ni.
Sorry lah..akak nora ada kelas kat masjid..nak cancel..mak mertua aku dah bayarkan yuran..dasatkan paksaaan beliau terhadap aku..apapun demi untuknya kuturutkan aje..

kesan dari kisah ini..aku dah add makbed masuk list frend bebelan aku ..err....menjadi ke? ntah la pulak..

Hari ke-5 - apa status anda?relationship anda?



ha..en.hubby dan akak nora..jadi ternyata sudah status akak nora sebagai isteri orang.
Kiranya kami lambat lagi nak kahwin..nak jadi cerita, adik akak dah kahwin dulu. Mula-mula emak ok je..tapi..mula panas tak senang duduk..huhu..kena kahwin juga..tapi, memang dah ready, tunggu masa je..

Dan sekarang, ibu kepada dua orang teruna yang berjaya tunggang langgangkan hidup akak nora hari-hari. Terutama tu si kecik Soleh tu. Nampak macam 'tak bersalah' je kan..dialah hero di dalam rumah..apapun mereka permata hidup akak nora..hee..tanpa mereka hidupku tak bermakna

Sunday, July 10, 2011

Hari ke-4 - benda yang anda buat bila sorang-sorang

Cabaran hari ke 4..apa yang aku buat bila aku berseorangan.

Tika begini,
dah jadi isteri,
ibu pulak lagi..
bila dah tinggal seorang..mula la melilau dalam rumah apa yang tak sempat setel masa dengan budak-budak ni tadi.

Kalau tak ada mood nak kemas rumah, akak menjahit la pula. Jahit baju kurung yang orang tempah..sape nak tempah masih dibuka lagi ya..dibawah rm 25 sepasang..hehe

Kalau hari itu memang hari lemau sedunia...buka air-con..baring ngadap tv hinggalah tv itu mengadap akak. Bila situasi itu berlaku, bersiaplah..memang akak tak ada mood dengan anda..heheh

Saturday, July 9, 2011

9 julai 2011 - tarikh yang takkan dilupakan oleh en.hubby

hari ini 9 julai 2011,
tarikh yang sungguh menggemparkan Malaysia,
kata aku kepada suami ku..
"semangat betul mereka ye yang..."
sepakat berarak..
siaran langsung tak agak-agak kisah mereka je..
ishh..
suami aku terdiam...tarikh itu sungguh keramat...
Kalau semua pakat bagi rm1 pun kita dah boleh buat rumah terbuka..
Ni apa yang dapat..orang ingat sampai mati apa anda buat..
bukan yang baik se BERSIH nama anda..
orang akan ingat segala yang buruk dari anda..

Dari mereka penat buat perhimpunan haram tu..
lebih baik mereka bersatu hati ucapkan..

Selamat Hari Jadi buat suamiku tersayang pada 9 julai 2011
Mohd Shah Idham bin Hj Sahbudin.
Moga Allah merahmati mu hingga akhir hayat mu
Cinta dan sayangku sentiasa bersamamu..

sms kecemasan dari emak aku di PERAK..

Semalam aku terkejut menerima sms dari emak aku. Pendek je..

"Tel mak.."

Aduh...apa benda yang tak kena ni. Dengan pantas aku menelefon. Adik aku menjawabnya dan diberikan kepada emak aku.

"eii..apa benda bersih-bersih yang nak buat kat shah alam tu. Rusuhan apa?" Emak aku memulakan perbualan.

Ya Allah..sampai nun di Kampar, Perak hal BERSIH ni. Yang paling aku tak tahan, emak aku dengar cerita ni dari perbualan kakak aku dengan adik ipar dia. Kakak aku siap warning mak aku jangan keluar hari ni. Takut kena serang....

Hahaha...aku pun terangkan lah serba sedikit dengan bahasa yang mudah di fahami oleh emak aku. Takut juga nanti di salah erti, dah aku ni salah seorang pembawa ajaran sesat pula.

Setelah emak aku faham...

"ooo...tadi mak dengar deme nak merusuh kat shah alam..wei...anak-anak aku kat shah alam weh...abih la anak aku.."

HAti seorang ibu kan, dia sebenarnya risaukan kami di Shah Alam ni..doakan kesejahteraan kami selalu ya mak...

Apapun BERSIH dah tamat...

kerana BERSIH..en.hubby di tahan polis.

En.hubby pulang kerja macam biasa semalam.
Sambil buka baju t shirt dia,

" Abang kena tahan dengan polis tadi"

" Kenapa?" Aku terkejut.

"Pasal BERSIH la.." dia menjawab

"Aii..abg teringin nak join ke.."aku kehairanan..

"Pasal baju ni la...macam-macam dia soal abang. Abang cakap la abang on the way gi keje je.."
Balas en.hubby sambil menunjukkan baju yang dia buka tadi. Pastilah bukan baju BERSIH..sebab dah comot dan ada bau masam-masam pakej baru balik kerjakan.

Yang menyebabkan dia kena tahan, hanya kerana baju itu berwarna kuning..huhu...

En.hubby hangin lepas tengok akaun FB aku..

Kenapa?
Mengapa?
Kes cemburu ke...
Akak nora ada post tentang video klip terlampau dari pekerja KFC..ala yang tengah hangat tu...
Marah la dia..pasal anak dia suka ajak gi KFC...
LAgi ngamuk dia pasal..orang melayu yang buat..
Jati-jati la Islam agama mereka..
yang datang makan tu orang Islam pun ada.
Apa motifnya..adakah dalam ajaran Islam..
Makan gaji haram lah anda..
Dunia sibuk berkempen sana sini..
kmpen BERSIH la apa lah..
tapi sayang..bende sekecik ini..
amatlah KEJI, KOTOR dan sungguh memalukan bangsa..
sekarang tidak jauh beza antara mereka dan binatang yang tiada akal fikiran.

Saja tak nak attach klip tu..buat semak blog akak je..

Hari ke-3 -benda yang anda selalu buat sebelum tidur.

InsyaAllah, moga menjadi tabiat...bersolat sunat taubat sebelum meletakkan kepala di atas bantal.

Bila mata dah bersedia untuk dipejamkan, baca doa tidur dan mohon keampunan dari Allah swt atas dosa yang lalu, kini dan akan datang. Berdoa sungguh-sungguh semoga kita menjadi insan yang semakin baik pada hari esok dan seterusnya.

Kalau mata tak mahu pejam, biasalah akak akan terfikir yang bukan-bukan dalam kegelapan tu. Fikirkan hantu? TAK LAh...

Entah-entah, kita tiada esoknya kan. Ya Allah..bukan takut mati, tapi takut mati dalam keadaan yang Allah tidak redha. Moga dijauhkan keadaan begitu. Kalau tak boleh tidur juga..banyakkan bertasbih..subhannallah walhamdulillah walailahailallah allahhuakbar..sampai terlena.

Ada sunnah Nabi yang boleh diikut..baca 3 Kul hembus ditangan dan sapu kat di anggota badan mana yang tercapai. InsyaAllah..tidur kita tidak diganggu syaitan.

Paling penting, berniat untuk bangun sunat tahajjud. Kalau kita tak sedar..pahala berniat kita dah dapat. Kalau sedar, Alhamdulillah..boleh kita solat untuk memohon lebih keberkatan di kala insan lain seronok bermimpi.

Errr...akak nora...ko buat cabaran ke tips nak tidur malam ni?...kira 2 dalam 1 kan..itulah perkara-perkara yang akan dilakukan sebelum tido. Bukannya nak pakai mask ke, pelembab ke, toner ke, tak sempat dah...hehe..tapi losyen dan pewangi tu perlu. Menenangkan....

Friday, July 8, 2011

Hari ke-2 - Movie paling best yang pernah anda tonton.


Anda nak kata akak nora ni jiwang..kata le...
Banyak movie paling best, dan susah sebenarnya nak kata paling best sebab setiap movie ada ciri-ciri tersendiri.
Termasuklah movie ni.
Ayat-ayat Cinta,
da banyak kali ditayangkan di TV.
Tapi, aku setia menontonnya.
Indah..di mana, hukum-hakam Allah dipraktikkan.
Nak menikah pun masih mengamalkan taa'ruf..
Tapi, sayang kan..hanya dalam movie.

Suka melihat keadaan di mana-mana,
sentiasa ada 'tasbih' di jari mereka.
Berzikir sentiasa mengingati Allah,
Menjaga pandang, pendengaran dan perkataan.
Cuba kalau akak nora buat..
pasti..."weh..nak berlagak pun agak-agak lah.."
Aduh...kasihan minda masyarakat yang kononnnya moden sekarang.

Suka bab lelaki itu tak ambil pusing surat cinta yang diberikan oleh gadis yang meminatinya.
Kalau realitinya, bukan tak ambil pusing tapi makin berpusing-pusing mereka mengambil kesempatan..kan..

Yang tak suka, perempuan yang merana kerana CINTA.
tapi, nak kata apa..dia kan berwatakkan perempuan kristian.

Melalut sudah.
Apapun..pada akak nora..Nur Kasih The Movie yang hebat publisitinya pun tak mampu lagi nak lawan movie ni.

Banyak kali tengok pun...berjaya menyentap hati..uuuhhh tangkap leleh juga. Bukan akak layan cerita, Biasanya kalau akak meleleh tu, akak letakkan diri akak dalam situasi tersebut. Moga-moga Allah tunjukkan jalan semoga akak menjadi wanita solehah...

Thursday, July 7, 2011

Hari 1 - Lagu yang anda dengar hari ini.

Ya...cabaran 30 hari akak nora bermula hari ini. Kena pantas menaip ni, pasal azan zohor dah nak berkumandang tu.

Hari ini..
emm..hari-hari aku bangun mesti kena senyap-senyap. Pasal bila dua beradik tu dah bangun, apa pun tak jadi kerja.

Hinggalah tiba-tiba terdengar lagu ni...



Itu pun disebabkan ianya ringtone phone akak nora. Kedudukan yang jauh antara ruang tamu dengan dapur..menyebabkan akak kena dengar nak sampai habis juga la lagu ni. Saja je melambatkan diri nak baca mesej.

Akak suka maroon 5..dia nyanyi lirik terang. itu yang penting. Tak nak lah..hebat-hebat muka tapi lagu tu tak dengar apa dan faham apa pun kan...

Dan yang penting, lagu ni kuat...haha...

Secara tak langsung..setakat ini tu je lagu yang akak baru dengar...boleh tak gitu...hahaha

Akak Nora nak sahut cabaran...Sapa sokong..tak sokong pun layan kan aje..

Dah lama melihat di blog sahabat-sahabat lain..ermmm...mana la mereka dapat benda-benda cabaran ni kan. Macam best je, ada sekali tu..makbed pun buat..ish...maklumlah, sekarang nak buka blog pun skrin kecik. Agak terbatas...

Hinggalah..sahabat jelita akak ni menyahut, jadi ada la juga sumber untuk akak meneruskan cita-cita..haha..Lulu Caldina..akak seiring menyahut cabaran..hahaha..




day 1 - lagu yang anda dengar hari ini

day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton

day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido

day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang

day 5 - status anda ? relationship anda?

day 6 - tiga perangai burok anda

day 7 - tiga perangai baek anda

day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami

day 9 - perasaan anda hari ni

day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?

day 11 - gadjet yang anda ada

day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda

day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda

day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini

day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?

day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka

day 17 - gambar bilik idaman anda

day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri

day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda

day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?

day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah

day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda

day 23 - dream wedding

day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan

day 25 - makna disebalik link blog anda

day 26 - 15 fakta tentang anda

day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda

day 28 - hobi anda

day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?

day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?



errr...mengambil keputusan tanpa berfikir panjang ni. Macam mana nak mula kan ye..sok pagi aaa..kang tak sedar nak sahur. Baca doa tidur ya..

Tuesday, July 5, 2011

PERHATIAN....akak nora ada masalah baru bila ber blog walking...tolongggg....

Hari ini la kira bertuah aku nak ber blog..line dan masa clear. Tapi, kenapa bila ber bw, masa nak komen..tak boleh..kira macam kita ni tak sign -up lagi...walhal dah berkali-kali sign up..tapi macam tak sign-up juga..

huaaaaa...sedih ni..dah macam orang terpinggir la..boleh tengok tapi tak boleh komen..macam mana ni..tang mana kena cek..tang mana nak ubah..akak nora dah tengok..tapi..dah macam pi mai pi mai tang tu jugak jadinya..tolong ekkkkk...

Aku rebah jua...

Entri pembukaan setelah agak berhari tak mengisi ruangan.
Bukan tak sudi menjenguk blog sendiri.
Biarlah tiada yang setia menjenguk,
blog akak..tetap blog AKAK NORA kan...heee

Selain dari sibuk menyiapkan tempahan baju kurung,
emak mertua akak pula buat kenduri tahlil pada Ahad lepas.

Aku tak pernah sertai kenduri di rumah emak ni secara sepenuhnya.
Memang rumah mak dari rumah aku tak sampai 10 langkah.
Akhir aku sertai sepenuhnya, masa anak adik emak nak bertunang.
Jadi, pagi tu mereka berkumpul dulu di rumah emak sebelum rombongan meminang bertolak.

Terlalu sibuk ke depan dan ke belakang..hingga tetamu menggelarkan aku
"orang dapur". Tapi, lepas itu ..hampir apa saja kenduri emak, aku dah tak berapa pergi.
Kenapa?...emak buat di saat aku tak berapa sihat.
Termasuk lah..kenduri arwah abah dulu.
Emak aku suka buat lepas isyak..
Masa tu aku alahankan si Soleh.

3 Hari aku tak pergi..
Memang adik beradik ipar aku tak tegur apa dah dengan aku..hina sangat dah aku ni.
Tapi, emak tak pernah menyisihkan aku.
Tapi, aku bersyukur juga tak menjenguk kenduri tersebut...
biasanya kalau aku tak buat sesuatu..mesti ada benda nak jadi..
Disebabkan di sini semua orang boleh baca..biarlah benda tu jadi rahsia.

Kenduri kali ini, aku cuba juga tunjukkan potensi yang baik.
Mungkin dah banyak kali emak kena masak seorang, akhirnya emak mengupah tukang masak
masak juadah kenduri.

Namun, pagi Ahad aku tetap menjenguk emak.
Emak nak buat kuih kasturi. Aku tak pernah buat kenduri itu..serius...
Tapi, buat-buat pandai. Setakat nak tempa kacang hijau yang dah masak tu je..
Seperiuk la juga..satu talam besar tu banyak juga dapatnya.

Aku balik ketika azan zohor.
Aku rasa badan tak berapa sihat..tertidur lepas tu dengan anak-anak aku sekali.
En. Hubby layan cd pirate.

Lepas asar, aku kembali ke rumah emak.
Dapur dah riuh. yang buat kerja seorang..tukang sembangnya banyak..
Inilah aku menyampah kerja 'gotong-royong'...
aku tak minat ini lah dia..
memang lah merapatkan hubungan tapi..kerja yang sepatut buat..pergh..semua tonggang langgang lagi.
Halaman depan tak berkemas lagi..sofa tak berpindah.
Aku tengok mak dah ke hulu kehilir..sibuk..
Aku diam menung melihat orang dapur lagi..
kakak sulung encik hubby menggoreng kuih kasturi.
Mak cik-makcik yang sebaya dengan dia tak ada kerja..tapi, tetamu kan..
takkan kita nak sergah nak dia buat kerja..gila perrr..

Aku membuka langkah..
Sofa perlu kupindahkan..
beratnya!!!..mesti boleh..kita buat dia...
Aku mop apa yang perlu.
Mak kata karpet tak perlu angkat..vakum je..
Bahagian dalam pula. Aku ke hulur ke hilir mengubah barang..yelah buat seorang kan..
Barulah En. hubby datang..
kami pindahkan sofa gedabak tu..
kalau aku sorang, agaknya satu sofa 20 minit..hehe..

Tiba masa nak pindahkan meja kaca.
En.hubby kata berat..kena panggil orang lagi.
Aku tanya sapa?
yang ada masa tu semua ibu-ibu yg telah 3 kali czer..memang confirm hubby mereka tak bagi buat kerja berat.
Aku pun tolak aje meja tu sikit-sikit. Dah tak boleh angkatkan..en.hubby pun membantu. Siap...haaa..kan boleh tu..en.hubby diam je..
terfikir juga kalau tertakdir aku pun di czer..ish..hilanglah kudrat aku..nauzubillah..

Siap semua, aku ke dapur pula.
Adik soleh dah hilang masa tu..haha..ada jiran sudi mengendong budak muk-muk tu.
Itu yang buat aku langkah panjang sedikit.
Membantu emak membersihkan bekas-bekas yang mungkin diperlukan.

Dah nak dekat maghrib.
Kami sekeluarga pulang ke rumah sekejap.
Lepas bersolat. Aku bersiap.
Adik tidur. Maka, en. Hubby tunggu dulu di rumah sementara aku kembali ke rumah emak bersama Izzat Yusuf.

Aku buat apa yang perlu.
Emak mertua aku dah berubah..lebih memudahkan kerja aku.
Sekarang dia dah pandai 'minta tolong'.
Jadi, selain kita buat apa yang perlu, kita juga tahu apa yang nak buat lagi.
Ingat lagi aku masa memula dulu..sikit pun dia tak cakap apa nak buat..
memang bengong tahap cipan la aku..sudah pasti budaya dia dengan budaya keluarga aku macam langit dengan bumi bezanya.
Alhamdulillah..rasa macam tiada jarak dah aku dengan emak.

Alang-alang bertahlil..emak suruh aku sertakan nama arwah ayah aku sekali.
Terharu aku....
Sekurang-kurang ada juga sesuatu untuk ku sampaikan buat roh apak kat sana..huhhh..syahdu..

Kerja aku terhenti bila en.hubby menghubungi telefon rumah emak bertanyakan kain pelekat dia.
Tu la...bila hal rumah tak ambil endah, kain sendiri pun tak tau di mana.
Bila aku balik, adik soleh pun dah jaga.
Maka berhentilah kerja aku di situ. Menunggu tetamu datang dan majlis tahlil dimulakan dengan bacaan yassin beramai-ramai..

Ketika sesi berdoa..adik soleh mula 'berzikir'..sampai berdiri aku dibuatnya.
Nak tak nak...aku kena balik sebelum makan.
Dan majlis tu berlalu dan tamat tanpa aku..tak pe,
ramai yang menolong mak lepas tu...

Esoknya, aku berpuasa di hari Isnin.
Petang, aku rebah...kepala berat.
Dekat masa nak berbuka, aku nak muntah..tahan..tahan..
kalau sakit kepala memang nak muntah rasanya.

Berlarutan sampai malam.
Mencucuk-cucuk rasanya di kening ini...
Memang rebah tak boleh bangun.
En.hubby keluar belikan panadol..dan memaksa aku makan.
Bukan takut makan ubat..tapi, selagi aku boleh tahan..aku tak mahu panadol menerjah perut aku.
Hinggalah memang tak boleh tahan..ku telankan jua..dan melelapkan mata...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...