Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Monday, November 29, 2010

Macam tak seronok je...

Entri di tgh pagi-pagi buta ni. Walhal hari ini nak bangun awal. Nak keluar ke Ipoh pukul 6.00 pagi nanti. Maklumlah nak berurusan dengan Hospital Kerajaan, kenalah awal waktunya. Juga, kalau tak ada masalah esok juga aku akan pulang ke Shah Alam. Sepatutnya aku gembira. Maklumlah balik rumah sendiri bersama dengan suami yang tercinta. Tapi, macam ada sesuatu yang tak menyeronokkan..rasa macam takut-takut je nak menghadapi hari-hari yang mendatang...kenapa ye..? Nak kata datang bulan..kot-kot ketidakstabilan hormon, tipulah tu....
Ish..walau apapun, harap-harap jangan berlarutan. Takut juga aku..mana tau sesuatu dugaan yang menduga keimanan..

Thursday, November 25, 2010

Undang-Undang Manusia.

Kata orang yang salah : Nak repot kat polis, pergilah... Aku cabar, cuba buat. Mesti aku lepas punya lah. Aku ada banyak kabel orang-orang besar.

Itu lah kelemahan undang-undang manusia. Ada pula main kabel-kabel orang dalam pulak. Jadi, yang salah boleh dianggap betul dengan kehadiran orang macam ini. Maka, bagaimana pula orang ditindas hendak menuntut hak.
Tunggulah dia dengan hukum Allah. Akan dihitung walau sebesar zarah. Tak de kabel-kabel dah..yang ada..kot kayu belantan. Wallahualam..
Inilah yang terjadi kepada pemuda yang kena belasah depan rumah aku tu. Tapi, dia nekad nak repot juga. Aku sokong, sebab..mak aku pun penduduk di taman ini. Dengan cara ini, kalau kita berdiam maknanya, dia boleh bermaharajalela nak buat undang-undang dia sendiri. Dia rasa nak bantai dia bantai je..teringat pula kes P. Kalimutu yang asyik nak menembak orang je...

Wednesday, November 24, 2010

Pekasam Goreng Emak

Ha...entri hari ini kisah makan-makan pula. Ini resepi zaman opah aku dulu. Inilah Pekasam Ikan Talapia. Emak saya kata, arwah opah saya dulu, buat pekasam ni sampai satu tempayan tau. Pekasam ini hanya menggunakan nasi sejuk, garam dan tentulah ikannya. Ikan yang sedap tentulah ikan-ikan sungai. Rumah emak saya di depan lombong ni, jadi banyak ikan talapia boleh didapati. Tambahan adik saya menjaring ikan.
Inilah rupanya ikan yang diperam selama 2 minggu lebih. Kalau lebih lama, rasanya masam lagi. Pekasam ni tak sama dengan pekasam beras tau..

Mula-mula basuh ikan itu bersih dari nasi-nasi tu.



Inilah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Pekasam Goreng ni. Hanya bawang besar di potong besar-besar, dan cili merah. Kalau nak lagi best guna cili padi. Ni pasal kes adik silap beli.


Masukkan minyak, bila dah panas masukkan ikan. Emak saya memang suka masak sekali banyak. Kacau sedikit, dah lama sedikit masukkan bahan-bahan tadi.


Kacau sampai hancur. Setahu saya, pekasam beras tak masak macam ni kan..
Amalan emak saya, bila dah mula nak hancur ikan pekasam tu, dia suka kutip tulang-tulang yang dia nampak. Nanti senang nak makan. Lagipun budak-budak kat umah ni memang gila pekasam tambahan kalau emak yang masakkan. Lauk lain tak payah dah..
Teruskan di kacau. Bila dah hancur macam, kawal api takut ada bahagian bawah yang hangus. Kalau nak garing, goreng lama lagi.
Hari ini, emak masak tak garing sangat. Simpan dalam bekas kedap boleh tahan dalam 5 hari. Kalau rajin panaskan lagi..macam kat umah ni..tak sempat nak panaskan..esok habis lah. tu pasal emak mesti masak banyak-banyak.

Amacam...pernah ke masak macam ni...rasanya? hehe..susah nak cakap..setahu saya sapa yang datg umah ni rasa pekasam, mesti nak makan lagi..hehe

Tuesday, November 23, 2010

Kek Merapi Nora

Setelah penat aku terklik sana dan terklik sini untuk memahami resepi kek yang tengah glamor masa kini. Pertama kali aku buat 2 hari lepas, habis aku rosakkan mixer emak. Dah tu, nak pukul adunan sampai kembang..tak kembang-kembang juga. Yang kembang lubang hidung aku menahan geram, mixer rosak plak. Apa lagi, aku hempuk pakai tangan, cukup semua..aku masukkan dalam oven. Memang aku tak harap sangat pasal adunan tak gebu langsung. Jadi, hasilnya memang mengecewakan. Lapisan karamel menjadi cuma agak nipis..kek nya pula dah boleh baling ke dinding..hahaha

Kali kedua, aku dah buat eksperimen. Tambahan pula kawan-kawan di Kongsi Resepi dah bagi banyak tips. Sungguh menggembirakan kali ini, semuanya menjadi. Adunan yang sungguh gebu. Tapi, bila aku terbalikkan ...bush...
.

Merapi memuntahlah laharnya...hahaha..kek dah gebu, karamel pula buat hal tak jadi..huhu sedih teramat sangat ni.

Tujuan aku belajar juga buat kek ni, mana lah tahu kot-kot hubby aku suka sangat pasal feveret dia puding karamel. Jadi, biarlah manis di mulut kenang dan sayang dia kat aku. Salah ke aku berniat begitu, nak pikat suami sendiri.

Dah terjiwang pula...

Keganasan yang memalukan.

Apalah kisah di sebalik tajuk di atas ni ye..sebenarnya, ada satu tragedi berlaku semalam. Sebagai wanita, aku mampu membantu. Tetapi, aku tak mahu langkah yang aku ambil memudaratkan semua orang. Tambahan di rumah, hanyalah aku dan 2 orang anak aku yang tak mengertikan apa-apa, emak aku yang mudah naik darah tinggi kalau gelabah dan anak saudara perempuan aku yang lemah.
Keganasannya, seorang hamba Allah yang mencari rezeki di bumi Allah ini, dihukum dengan undang-undang manusia yang tak mengenal erti keadilan, Hanya berkomunikasi satu hala dan diadili dengan sepak terajang. Memalukan kerana yang melakukan itu adalah orang Melayu beragama islam. Kasihan warga indon itu, dia sungguh naif. Bukan aku nak menangkan orang indon tu. Tapi, memang dia naif. Dia kawan baik adik aku, sama-sama kerja di tapak projek tu. Walaupun tak ada duit nak makan, dia tak ada pun sikap meminta-minta walhal dia boleh minta makan dengan adik aku. Tapi, dia sedar diri dia hanyalah pendatang ( ada permit wo..). Dia sanggup turun ke lombong menjaring ikan dan peroleh pendapatan dari penjualan ikan-ikan.
Memalukan kerana si pemukul berlagak kuat, kerana dia tahu abang aku tiada di rumah masa dia mengejar budak tu sampai di rumah aku. Takut dengan kebenaran, bila anak buah aku nak buat repot polis, malam tadi dah cabut lari. Ya Allah..moga dia dapat hukuman setimpal. Risau pula aku kerana dia memang banyak kes. Paling menakutkan, rumahnya selang satu blok rumah dari rumah emak aku. Rumah emak aku pulak paling hujung dengan lombong. Kalau dibuatnya dia nak naik minyak...ish..simpang malaikat..nauzubillah..

Sunday, November 21, 2010

Ibu dah pandai!!!

Anak aku suka makan donat. Dan seumur hidup aku, tak pernah buat donat. Akibat di desak oleh kakak aku ( dia pun nak belajar, pasal nak jual kuih ), aku pun beli bahan-bahan yang patut.




Adun apa yang patut, cey..macam dah pandai jek buat..walhal mata asyik-asyik tengok buku je...Tiba la saat menggoreng, sopan santun aku menggoreng (takut tak jadi..hahaha)



Betul kata orang..kalau buat lagi untung, naik jemu pula aku nak makan. Banyak kan..tapi memang gebu. Bukan aku tak nak kongsi resepi, buku aku dah dilarikan. Kakak aku nak buat esok pagi juga. Ala..korang mesti layan facebook..pe lagi join KONGSI RESEPI la..

Lepas ni ibu boleh buat donat untuk Izzat..berkat la hendaknya..

Saturday, November 20, 2010

sakit lah...

Hari ni, diet aku berterabur ( diet = pemakanan). Semuanya aku bantai..kerap pulak tu. Petang tadi, ada jemputan pula. Makan lagi. Aku pula dah makan ubat kasi lawas..apa lagi memulas-mulas. Dah banyak kali ni, tak habis lagi.

Aku tak kisah nak membuang. Tapi, masalahnya aku rasa macam dicucuk-cucuk, di toreh-toreh di situ. Sakit weh..kepada yang berpengalaman, ada tak ubat atau pape yg berkesan. Pasal apa yang aku makan ni macam tak de kesan. Nak kata aku makan pedas, tak de..aku dah takut makan pedas..

tolong ekk

Friday, November 19, 2010

Hari praktikal ibu Izzat dan Irsyad

Memang dah agak lewat. Selalunya, aku malas nak update blog bila dah malam-malam macam ni. Lebih baik aku tidur. Namun, rasa macam tak sabar nak luahkan pengalaman aku dalam blog kesayangan aku ni (hehe..tempat meluahkan perasaan)

Hari ini betul-betul menduga aku sebagai seorang ibu..(sebelum ni ada gak terbabas kesabaran aku) jadi, setelah aku memotivasikan hati ini..aku mulakan pendidikan kesabaran. Memang Allah benar-benar member aku latihan praktikal.

Bermula dari malam Jumaat, anak kecilku meragam yang amat dasyat. Dah naik pening aku, apa yang tak bagi lagi ni. Semua cukup. Selalunya menangis sekejap dah tidur..Dah nak naik angin juga, cepat-cepat aku bersabar..ye lah baby tu kan baru sebulan umurnya..tak tau apa-apa lagi. Kuat betul setan ni ngaco aku. Aku rasa macam selang 5 minit je aku dpt tido..sampai lah kul 6.30 pagi, aku call kejutkan hubby ku di rumah ( aku ni jam loceng dia)..aku teruslah bangun siapkan air mandi baby. Kepala toksah cakap la..aku pun dah naik bingai tak cukup tidur. Jadi, aku pun mandi selepas itu dan buat kerja rumah apa yang boleh. Ingatkan dah ok tapi Irsyad Soleh meragam lagi..aku naik heran.. Dah penat berdondang sayang, akhirnya adik dapat feel nak tido.

aku cuma mengiringkan saja..dia bantai nak terterap..suka hati dia la..pasal dia pun dah lama menangis, kalau dibiarkan lagi, takut kembung pulak perutnya

p/s: Tak baik amalkan tidur meniarap, nanti jadi sahabat jin


Bila Irsyad terlelap, dapatlah aku menegangkan urat tulang belakang. Bila dah dapat baring tu, mata pun ada sikit-sikit kelat. Niat di hati ini, dapat pejam sekejap jadilah pasal kepala aku pun dah tangkap rasa sakitnya. Sedang asyik melayan syiok..mengalahkan mat gian, tiba-tiba macam guruh bunyinya. Terduduk aku, rupa-rupa anak sulung ku, Izzat Yusuf berkelahi pulak dengan anak abang aku. Ate..umah mak aku dengan umah abang dekat, bertembung pintu je..jadi anaknya boleh kuar masuk ke rumah opahnya ni. Rupa-rupanya, mereka berebutkan majalah aku. Niat si abang ni nak menyelamatkan harta ibunya dari si pemusnah ( sorg lagi ni suka koyakkan buku). Tapi, di gigit pula tangannya. Menjerit la kawan..bengkak tangannya sekejap. Yang sorang lagi terhantuk kepala ke dinding..ish..ni lah kalau anak-anak lelaki kan..ganas.

Izzat Yusuf menggosok tangannya yang digigit oleh sepupunya.

Aku malas nak bising-bising. Nanti mereka mengganas lagi. Budak lelaki la katakan

Bila dua-dua dah dipisahkan, Apih pun dah balik tidur. Si Izzat pun dah mula layan blues..hm..adik dengan abang dah tidur. Ibu pun mencari apa yang boleh di makan.
Apa lagi ..bantai nasi ngan pekasam goreng buatan emak. Memang tak payah lauk lain..layan..tenang sikit fikiran. Ha ha ha...

Nampak je cincai tapi kalau ada lauk lain, dah tak nampak dah dek terkena penangan ikan pekasam ni..kalah panahan arjuna..hahaha

Thursday, November 18, 2010

Jahitan bercorak.



Lihat gambar di atas. Ini bukanlah iklan untuk menjual barangan kemas, jauh sekali ruangan untuk anak mami nak tunjuk barang di badan.

Cuba lihat pergelangan tangan baju kurung ini. Itu adalah jahitan corak buatan saya. Jika anda berminat, anda boleh nyatakan anda mahukan jahitan bercorak. Jika tidak, saya hanya jahitkan seperti biasa.

p/s: TIADA BAYARAN TAMBAHAN DIKENAKAN, ANDA SELESA, SAYA GEMBIRA. DOAKAN REZEKI SAYA MURAH..CUKUPLAH..AMIN.

ish....apa ni?

Sekarang ni aku baru belajar nak tukar template. Godek sana godek sini, penat weh..mana anak aku ni memain lak ngan aku. Kejap bangun, kejap nguek..ish..takkan aku nak buat keje separuh jalan. Kehebatan aku dalam IT ni dah la memang yang terhebat..hahaha..



Dah cuba ngubah apa patut ( walaupun mata aku tak best nak tengok) lagi sakit mata aku ada benda yang tak ada fungsi..aaarrgghhhh....esok aa sambung so jgn terkejut kalo ada bahasa espanol plak..hahaha

Kalau ada yang sudi membantu, memberi tunjuk ajar, memberi pendapat, saya sedia mengalu-alukan pertolongan anda..tapi kalau ada yang nak ngate2 aku tu..tak pe la..aku tau lah siapa aku..sob..sob..

aku nak tido sok nak bangun awal nak jadi dreba mak anta dia gi klinik..k selamat malam

Wednesday, November 17, 2010

Merdeka 2 hari lagi...YEAH!!

Aku suka sangat dengan gambar ini. Inilah gambar pertama yang merakamkan senyuman putera keduaku. Ketika itu, umurnya cukup seminggu. Aku pun pucat lagi. Maklumlah, kehilangan banyak darah. Tapi, tidaklah serius sangat kerana aku masih boleh berjalan.
Pejam celik, pejam celik tempoh berpantang 44 hari dah nak sampai ke penghujungnya. Tinggal 2 hari lagi. Tak sabar nak bakar tali pembentan di pergelangan tangan dan kaki aku ni. Jadi, aku dah boleh jalani hidup seperti biasa. Kalau tak, walaupun aku sihat dan boleh berjalan, orang tetap pandang serong kat aku..hehe.di sini, masih lagi kesalahan besar kalau berjalan ke luar rumah bila di dalam pantang. Walhal ada orang tu siap melancong lagi, 30 hari dah boleh bekerja, ada orang dah pergi berlari pula. Macam-macam kan..maklumlah emak dan kakak aku masih dalam kategori orang lama. Jadi, tak baik melawan..iye kan aje.




Gambar ni pula selepas Irsyad mendapat suntikan untuk umur sebulan di PUSRAWI Kota Damansara. Macam biasa, berat anak akan diambil sebelum pemeriksaan doktor. Bila jumpa doktor, doktor terus tanya aku.

'Baby makan nasi ke?' Aku rasa lawak pulak, ye la..kan dia baru sebulan, takkan aku nak bagi makan nasi kot.

'Minum susu apa?' Aku jawab susu badan la tak de campur-campur pasal susu melimpah-limpah.

"Hm..baru sebulan dah 6 kilo ye.." Aku tersengih dengar doktor kata begitu.

Aku ingat kot 5 kilo lebih je pasal memang lenguh dan tak larat dukung lama-lama. Rasa nak tanggal bahu..haha sekali Irsyad bantai 6 kilo, patutlah...doktor pun sangsi kot-kot aku bagi makan benda lain..tak baik tau..hehe

Apa pun yang penting anak aku sihat. Cuma yang tak seronoknya, Irsyad suka meragam waktu malam. Orang kata lagi nak dekat habis pantang, lagi la budak tu tunjuk perangai. Aku pun bawa-bawa bersabar. Sakit kepala weh tak tidur, bukan boleh cover waktu siangnya. Mak aku kata tak lama lagi kuruslah tu pasal tak cukup tidur. Tapi, aku rasa macam nak kembang lagi ni..Ish..tak boleh jadi, aku kena nekad ni. Bukan nak kurus, cuma jangan gemuk. Pasal, kalau aku kurus..aku rasa badan aku macam kelakar je..besar kat atas..haha..

Friday, November 12, 2010

Bila Azan Berkumandang...

Terbaca artikel ini. Walaupun ringan tapi memang benar maksudnya. Sekarang ni, ramai rang seakan ambil ringan je bila azan berkumandang. Moga dengan perkongsian artikel ini, sama-samalah kita berfikir sejenak akan kesalahan kita terhadap Allah. Tambahan pula si penulis menyuruh kita menyebarkannya. Jadi, memandangkan ia adalah perkongsian ilmu apalah salahnya saya kongsikan di sini.
**********************************************************
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimic mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

salam mujahadah..(^^,

Thursday, November 11, 2010

Mula menerima tempahan!!!Mari...mari...

Sedar tak sedar, tempoh masa aku berpantang sudah sampai ke penghujungnya. Tak lama lagi aku akan menjalani kehidupan biasa di rumah aku sendiri. Yang membezakan keadaan, hanyalah kehadiran si kecil itu. Mesti bertambah meriah. Emak aku siap berpesan “ Pakai seluar, jangan pakai kain, nanti asyik lucut aje..” Gurauan mak aku tu nak menggambarkan bahawa teruknya aku nak menjalani kehidupan sebagai suri rumah dengan anak dua orang. Relaks la mak...tak boleh cara itu kita guna cara ini, tak boleh cara ini kita guna cara itu. Hidup mesti diteruskan..

Dikesempatan ini, aku ingin menghebahkan bahawa aku sudah mula menerima tempahan baju kurung BIASA. Kepada yang berminat boleh la roger n out denganku ya...di jamin murah, tak sampai RM25 sepasang, bleh piping juga...Bagi pelanggan yang pertama kali menempah, aku bagi harga istimewa iaitu rm20 sepasang ya...cuba-cuba lah ye..

Saturday, November 6, 2010

Doa Wanita

Assalammualaikum, doaku semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah swt. Hari ini, saya sebagai wanita, ingin berkongsi satu susunan kata umpama doa kita kepada Allah swt. Saya terserempak dengan doa ini di blog kegemaran saya. Mari kita salami dan moga Allah menerima amalan kita.


Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Thursday, November 4, 2010

Lawak Malam Pertama

Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)

Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil.

Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis,

"Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir.

"Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ?

Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri

"Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?"

"kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad.

Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'.

"Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...

(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".

"oh. cam tu." sengih ramli,

"baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"



Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur.

cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.

"lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli.



Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata,

"Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun...

"Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut,

"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"



Moral cerita:

Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri

Nora ~ gelak aje...hahaha

Monday, November 1, 2010

Pelbagai Kisah Wanita

Assalammualaikum.

Ketika entri ini di taip, suasana di luar rumah agak mendung. Sejuk dan nyaman rasanya. Ruam peluh anak aku pun sudah berkurangan, Alhamdulillah.

Semalam, aku ada membaca kisah tentang hebatnya menjadi WANITA di blog sahabat blogger baru ku. Terasa nikmat dan untungnya dijadikan sebagai wanita. Menjadi hiasan dan penghibur untuk suami dan anak-anak. Syukurnya jika kita mampu bergelar wanita solehah kerana seindah-indah hiasan dunia ialah wanita solehah.

Namun begitu, WANITA seringkali lupa, termasuklah aku. Golongan ini paling mudah mendapat dosa dan azab dari Allah. Inilah yang dikatakan orang, 'bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah'. Bukanlah senang kita nak mengawal dan mendidik jiwa dan raga kita menjadi wanita solehah, itupun kalau bukan dengan hidayah dari Allah. Berdoalah kita, wahai wanita..semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dari-Nya. Bukan pula susah kita nak mendapat azab Allah, semudah berhias dan berkata.

Buat rakan-rakan wanita, marilah kita berkongsi ilmu yang saya perolehi dari artikel seorang Hamba Allah yang ingin menyelamat kita, kaum WANITA ini agar tidak jauh terpesong dari landasan Allah. Ia adalah berkaitan dengan azab bagi wanita.

Azab Bagi Wanita
(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat /
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...