Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, November 23, 2010

Keganasan yang memalukan.

Apalah kisah di sebalik tajuk di atas ni ye..sebenarnya, ada satu tragedi berlaku semalam. Sebagai wanita, aku mampu membantu. Tetapi, aku tak mahu langkah yang aku ambil memudaratkan semua orang. Tambahan di rumah, hanyalah aku dan 2 orang anak aku yang tak mengertikan apa-apa, emak aku yang mudah naik darah tinggi kalau gelabah dan anak saudara perempuan aku yang lemah.
Keganasannya, seorang hamba Allah yang mencari rezeki di bumi Allah ini, dihukum dengan undang-undang manusia yang tak mengenal erti keadilan, Hanya berkomunikasi satu hala dan diadili dengan sepak terajang. Memalukan kerana yang melakukan itu adalah orang Melayu beragama islam. Kasihan warga indon itu, dia sungguh naif. Bukan aku nak menangkan orang indon tu. Tapi, memang dia naif. Dia kawan baik adik aku, sama-sama kerja di tapak projek tu. Walaupun tak ada duit nak makan, dia tak ada pun sikap meminta-minta walhal dia boleh minta makan dengan adik aku. Tapi, dia sedar diri dia hanyalah pendatang ( ada permit wo..). Dia sanggup turun ke lombong menjaring ikan dan peroleh pendapatan dari penjualan ikan-ikan.
Memalukan kerana si pemukul berlagak kuat, kerana dia tahu abang aku tiada di rumah masa dia mengejar budak tu sampai di rumah aku. Takut dengan kebenaran, bila anak buah aku nak buat repot polis, malam tadi dah cabut lari. Ya Allah..moga dia dapat hukuman setimpal. Risau pula aku kerana dia memang banyak kes. Paling menakutkan, rumahnya selang satu blok rumah dari rumah emak aku. Rumah emak aku pulak paling hujung dengan lombong. Kalau dibuatnya dia nak naik minyak...ish..simpang malaikat..nauzubillah..

No comments:

Post a Comment

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...